Wednesday, December 20, 2023

Perhimpunan Bulanan HPJ


Assalamualaikum,

   Sejak jadi warga HPJ ni dah 2 kali aku hadiri perhimpunan pagi bulanan yang diadakan setiap bulan. Setiap bulan ada 3 gabungan Jabatan yang akan menganjurkan Perhimpunan pagi. Jadual perhimpunan bagi tahun depan pun kita orang dah dapat email.

   Selalunya 3 orang staff akan mewakili jabatan aku. Kali ni Pn Hanum cuti jadi aku dan Lida yang hadir. Awal je dah nyanyi lagu negara ku, Lagu KKM dan akhirnya lagu HPJ. Kali ni siap ada koir lagi. Baguslah unit Kejururawatan.


Selepas baca doa, amanat dan perutusan dari Pengarah Hospital pula. Dr Suraya juga highlight kan apa juga berita yang staff kena ketahui selain daripada berterima kasih kepada semua staff HPJ yang bertungkus lumus menjalankan tugas bagi tahun 2023. Malahan banyak penghargaan daripada pihak Awam yang kami terima selain daripada aduan yang juga ada. Tak sah le kalau hospital takde aduan. Jabatan aku je aku tenguk ada 6 kes aduan. Selalunya pasal Lapuran Perubatan.


Pengarah juga memaklumkan berkenaan pembinaan Surau hospital yang telah dibuat perasmian pecah tanah. Ini juga adalah untuk orang Awam supaya dapat bersolat di tempat lagi selesa daripada surau Hospital yang kecil tu.  Begitu juga perancangan tahun 2024 pula apa aktiviti yang akan diadakan. Plan of action bagi tahun 2024 bagaimana agaknya.   

Selepas amanat Pengarah, di siarkan video bagi menunjukkan prestasi Jabatan yang berkaitan.  



Video yang di tayangkan



   Akhir sekali koir daripada Jabatan Kejururawatan telah di persembahkan sebelum majlis berakhir. Syiok pulak bila sesekali nurse menyanyi. Jururawat lelaki pun dah ramai sekarang. 




 

Tuesday, December 19, 2023

Gotong royong di PBBR

 


Assalamualaikum,

Semalam telah di adakan gotong royong di stor Rekod Perubatan di PBBR. Tapi bukan semua staff. Mana yang terlibat dengan kaunter dan ada hal lain tidak terlibat le. Kalau semua emm kena cari hari tak kerja le.

Sunday, December 17, 2023

Orkid Putrajaya - Taman Botani

 


Assalamualaikum,

Jom tenguk bunga orkid. Sapa suka tanam bunga orkid hah kena pergi ni. Macam-macam jenis orkid ada. Nak cuci-cuci matapun boleh. Seronok tenguk bunga mekar di sana sini.

Kita orang pergi ni hari Ahad semalam. Acara start pada 14hb Dis sehingga 20hb Dis 2023. Masa pagi tu nampak le orang ramai pakai tshirt larian. Oh ada juga larian rupanya. 

Thursday, December 14, 2023

Balik kampung - tebang pokok sukun

 




Assalamualaikum,

Baru-baru ni balik kampung mengejut. Sepatutnya plan nak ambil cuti panjang pada Hari Krismas sebab nak gotong royong tebang pokok sukun sebelah rumah yang dah tinggi menjulang. Takut roboh menghempap rumah Kampung.

Sekali adik kat melaka kata crane yang dia upah akan datang pada 9hb yang lepas pagi sabtu tu. Jadi kena lah balik. Sebab nanti kena tolong bersihkan kawasan. Kesian pulak adik dan kakak. Anak buah emm memang semuanya busy.

Jadi petang jumaat tu balik kerja je terus je balik Tangkak. Besok pagi nya dengan Kak Jal ambil kak Limah pula. Tapi pagi tu hujan lebat juga kat Tangkak. Sepanjang perjalanan ke Muar mendong je. Bila sampai kat Bakri tenguk crane dah sampai dengan adik atasnya sedang gergaji pokok. Masa tu juga nampak Jol baru sampai dengan isteri dan anak bungsunya.

Ingatkan sewa crane dengan tukang potong pokok. Rupanya tidak. Sewa crane je tapi pemandu dia tukang gerakkan crane tu ke sana ke sini. Adik lah yang gergaji semua pokok. 



Sekali tenguk rupanya pokok sukun sedang berbuah lebat. Malahan ada yang masih muda. Tapi dapat le juga buahnya yang dah tua. Hish sedap ni kalau goreng sukun cecah sambal kicap.


Jol sedang tarik kayu-kayu yang sudah di tebang di kumpulkan satu tempat. Nanti bila dah kering boleh bakar. Pokok Buah sukun ni batang pokok dia lembut. Kalau tinggi hah menjulang gitu. Ni pun dah berapa kali kita orang tebang. Kalau nampak tinggi je hah ada lah ura-ura nak kena tebang. Nanti dia tumbuh dengan cepatnya dan merimbun dahannya.
 


Dah penat bersihkan pokok apa lagi makan tengahari. Kak Jal masak nasi dengan periuk nasi sekali kami angkut. hehehehe sonang. Sempat lagi pagi masak sambal tumis dengan sambal goreng soohoon. Kak nong kata dia nak bawak nasi himpit dengan rendang. Tapi sebab pergi majlis kahwin dulu jadi sampai lambat. Kita orang dah kenyang baru nampak Kak nong dengan Abang Berahim sampai.
 


Selepas pokok sukun belah bilik air pokok jambu gelas pulak Adik tebang. Masa ni nampak pokok sedang berbunga lebat. Emmm tak pe lah lain kali ada rezeki lagi.

Rupanyapokok yang lagi satu pulak sedang berbuah lebat sambil bunga putik baru berkembang. Ingatkan dek musim hujan buah takde lah besar. Sekali tenguk banyak juga yang jatuh. Besar-besar juga buahnya tapi tinggi. Jolok mana yang dekat je. Yang tinggi terpaksa tunggu dia jatuh sendiri.


Hah ni lah jambu gelas atau jambu botol atau jambu susu. Akak aku kat rawang suka. Ni ambil gambar tayang kat dia sebab dia tak balik. hehehe Buah yang ada kak Jal buat jeruk .


Nampak tak buah dia di balik daun yang lebat. Jambu bol nampak berbunga tapi susah nak dapat yang buahnya besar. Kalau monyet ada emmm memang tak dapat le rasa.


Ni hasil buah sukun yang dah tua. Ada lagi beberapa biji. Jol dengan Kak nong bawa balik. 

Besoknya pagi sarapan buah sukun goreng cecah dengan sambal kicap. yehhhh sodap. Susah nak dapat buah sukun yang dah tua dan bila goreng masak asa lemak buahnya. Yum yum yum

Selesai je tebang pokok jadi driver Crane tu india. Berhenti makan dan minum air. Dia kata hari ni puasa. Minum boleh tapi makan boleh sayur-sayuran je. Kami hidangkan kat gazebo. Adik yang layan.

Masa tu aku ada potong buah jambu. Kak jal yang beli. Potong 3 biji dalam bekas tupperware. Lepas tu tabur kulit limau. emm memang sedap le sebab jambu batu tu dah masak. Jadi bila tenguk India tu dah selesai makan bagi lah kat dia suruh rasa. Sekali dia kata tapau ye. Terus dia ambil satu tupperware jambu potong tu. Basuh tangan terus naik Crane dan nak balik. Aku dengan Kak jal melopong tenguk India tu bawak lari jambu potong kami satu bekas besor. hahahahaha Ingatkan nak suruh rasa sekali dia kata tapau terus bawak balik. ayoyo amaaaaa

Nasib baik ada tinggal sebiji. Tapi ralat juga lah sebab yang 3 biji tu besar-besar buahnya. Kak limah kata ala takpe lah bukan rezeki kita. Adehhhh
 

    


Thursday, November 23, 2023

Majlis Bersama Jabatan (Pekerja)



Assalamualaikum,

Sejak menjadi warga HPJ ni banyak benda aku kena tempuh. Almaklumlah semuanya itu adalah jalan-jalan kehidupan pembelajaran aku di sini. Semuanya benda baru walaupun ada je kat pejabat lama tapi sebab tidak berkaitan tidak le ambil tahu. hehehe Almaklumle kerja sendiri pun tak habis lagi nak buat kerja lain.

Tuesday, November 21, 2023

Majlis perpisahan buat Pn Hana

 


Assalamualaikum,

Kat hospital Putrajaya ni aku dah ada staff bawahan dimana dalam Unit Lapuran Perubatan ni ada 6 orang.  Ada My Step, Pembantu tadbir dan AMRO dibawah jagaan aku. Tu lah  diam tak diam dah 4 bulan aku di Hospital Putrajaya. Anak-anak buah aku semuanya rajin dan bagus walaupun kadang ada angin pus pus tapi so far ok lah. Ala biasa le orang muda. Banyak ragamnya. 

Wednesday, November 8, 2023

Trip Turkiye - Zakir Galery

 


Assalamualaikum,

Selalu kalau pi obersea mesti nak cari cenderahati kan buat kawan dan saudara di Malaysia. Mula-mula memang le dia bawa ke tempat yang mahal-mahal walaupun kata Bilal dia akan syorkan mana tempat yang murah untuk cenderahati. Dah hujung-hujung time duit dah ciput ada lagi murah oleh-olehnya.   

Trip Turkiye - Safron terbaik di Turkiye


Assalamualaikum,

Masa pergi kashmir dulu kita orang di bawa ke kedai safron juga. Kalau ikutkan safron kashmir adalah yang terbaik. Rupanya kat Turkiye pun ada safron juga. Sudah semestinya mereka akan kata mereka punya terbaik. Tapi dia tunjukkan lah bagaimana nak pilih safron asli takut dapat yang tiruan.  


Tuesday, November 7, 2023

Trip Turkiye - Makanan di Hotel Tripolis di Capodocia

 


Assalamualaikum,

Ni video yang aku ambil dalam hotel time makan. Sebenarnya kalau tenguk pada makanan yang terhidang banyak makanan dia yang sihat-sihat. Salad dan sayuran dia yang pelbagai jenis. Roti pun macam-macam. Tapi kalau tenguk desert dia masyAllah memang mengoda sungguh tapi yang aku dah cuba baklava dia aduhaiiiii manis meleting. Itu je sekali aku rasa. Lepas tu pandang dan lihat je. 

Tapi semasa mula-mula sampai hotel di Bolu aku cukup suka makan buah tembikai dan watermelon dia. Ya Allah sedapnya. Watermelon dia kalau kat malaysia susah nak jumpa yang manis tapi kat sana aduhaiiiii sedap ko. Tembikai dia pun manis. Jadi bila dapat buah yang sedap apa lagi kenyang dengan buah tembikai dan watermelon le.  

Ada juga yang aku nampak dalam perjalanan, ladang buah watermelon dia tunggu di petik je. Banyak yang dah tua. Mungkin sebab tanah dia yang sesuai itu yang menyebabkan watermelon dia sedap tak boleh lawan kat malaysia. hehehe itu ikut tekak aku le. 

Ada juga makanan dia yang aku cuba tapi tak kena dengan selera aku. Just mencuba untuk merasa jangan kata tak cuba ye. Jadi bila kita tak suka kita carilah makanan yang kita boleh makan dan suka.

Akhirnya keluar lah sambal ikan bilis lah, sambal tempoyak le, serunding daging le....itu semua import dari Malaysia sebab dia takde makanan pedas-pedas ye. Banyakkan macam soup banyak tomato. Aku suka juga tomato ni tapi bila dah banyak sangat jadi loya. 

Apa pun itu semua ikut tekak masing-masing le. Bila tak ikut selera aku hah aku makan roti , roti dia boleh tahan sedap. Ada macam-macam jenis roti. Itu yang aku makan bila yang lain tidak memenuhi selera aku. Bila tak habis aku tapau dengan tisu sebab dah ambil kan takkan nak buang. Jadi bila lapar hah ngap le roti yang aku tapau dari dapur hotel. 

Ini ikut tekak aku lah ye bukan tekak rombongan kami. hehehehe aku tenguk depa semua makan berselera sungguh. Jadi itu yang aku kata ikut tekak aku. hehehehe tekak orang johor kalau takde pedas tak sedap. 



 

Monday, November 6, 2023

Turkiye - Lawatan di Muzium Kamal Antartuk

 



Assalamualaikum,

Hari ke 2 masa kat Bolu kita orang pergi ke Mausoleum of Mustafa Kemal Ataturk. Masa sampai tu kami nampak ada serombongan kumpulan yang berpakaian kemas berkot bagai. Malahan ada yang aku nampak Pingat kebesaran mereka bergayutan di bajunya.

Kata Mr Bilal, cepat masuk kalau nak tenguk. Nanti bila rombongan tersebut masuk kita orang tak berpeluang tenguk. Mereka bagi can dulu pada rombongan VIP tersebut. Betul pun bila masuk je laluan pun di tutup.


Menunggu signal nak masuk ke dalam

 Ramai orang dan pelancong

  
      Ada laluan khas untuk pelancong tapi bila ada VIP nak masuk terpaksalah kami menunggu di tepi.

Sekali bila VIP serta rombongan yang sedang menunggu tu masuk emm kita orang memang takde can le nak tenguk tanda peringatan tersebut. Nampak tak dia punya jalan Askar yang dihadapan sekali. Janggal sungguh gerak kaki dia. Tapi dah memang budaya mereka jadi tenguk je lah. Kepelbagaian dalam berkawat. 



Sempat le aku berposing. Mungkin staff lama yang berjasa besar sebab termasuk bersama gerombolan VIP tadi.

Kata Bolu mereka ada konvensyen dan sebelum konvensyen mereka bermula, kena jenguk ke sini sebagai  menghargai jasa Presiden mereka.    

                                                          Lukisan gagah perkasa Mustafa Kemal Ataturk.

Wednesday, November 1, 2023

Trip Turkiye - Keindahan bumi Cappodocia


 Assalamualaikum,

Ni adalah video yang aku ambil semasa nak keluar dari Bandar Cappodocia menuju ke Konya dan Pamukalle.  Masa ni belon panas masih banyak lagi di udara Cappodocia. 



Di Cappodocia bermalam 2 malam. Tapi macam tak puas je dok situ. Dah le tepi hotel tu banyak anggur. Hish hati ku tertinggal di Cappodocia. 

Majlis Pelancaran Kembara Sihat Sejahtera bersama Didi n Friends


 Assalamualaikum,

Hah sapa suka Didi n friends....hehehe bukan budak pun suka terutamanya aku. hehehehe

Boleh lah ramai-ramai pi IOI City Mall Putrajaya tu. Pi le serbu ramai-ramai. Dari 4hb Nov 2023 sehingga 5hb Nov 2023. Hah 2 hari berkampung tu. Yang 4hb tu YB Menteri Kesihatan yang rasmikan majlis. 

Jom-jom sapa yang free pi lah IOI City Mall Putrajaya.  


Monday, October 30, 2023

Trip Turkiye - Meraikan setelah selesai aktiviti

 


Assalamualaikum,

Masa Jeep safari tu selepas menikmati keindahan belon panas naik ke udara di kawasan belon panas naik,  dia bawa kami pusing-pusing kawasan ke tempat lain. Jalan yang kami lalui memang extreme sikit sebab tidak rata malahan rasanya Ahmed tu bawa macam nak terbalik jeepnya. Aku yang dok depan emm apa lagi berteriak le. Seriau sungguh tapi adventure lah.

Kami di bawa ke Love valley dimana kawasan tu pun cantik sambil melihat matahari naik. Kami di turunkan kat situ untuk beberapa minit sehingga puas posing dan melihat keadaan sekeliling yang cantik dengan banyak belon panas di udara.

Lepas tu kami di bawah ke suatu tempat. Kata wan tempat tu namanya Rose valley tapi rosenya tak banyak mana pun. Dan kiranya kat situ penamat aktiviti Jeep Safari. Kita orang rasa terkejut juga bila nampak dia keluarkan botol dan gelas. Ala macam acara goncang botol dan sembur air macam kat Formula one tu. Hah macam tu le. Ingatkan air alcohol rupanya epal juice ye kengkawan.Hah epal juice boleh minum. Gelas minum tu bila pulangkan hah bagi le tip 100 lira dalamnya. Nak bagi lebih pun boleh.


Ni kat kawasan Love Valley. Masa ni jeep kami dah jalan dulu. Ni kawan-kawan naik jeep lain.


Ni tempat akhir aktiviti Jeep safari. Back ground dia memang macam-macam bentuk. Indah sungguh ciptaan Tuhan.

Friday, October 27, 2023

Trip Turkiye - Love Valley Panorama view

 


Assalamualaikum,

Haiii  alaahaiii tak boleh move on lagi dengan belon panas ni.....jadi saksikan lah ye keindahannya. Banyak juga video yang ada tapi tu lah tak puas tenguk gambar pemandangan indah di Cappodocia. Banyak lagi gambar aku tak up jadi aku update sikit-sikit je dulu ye. Nak buat cerita hikayat perjalanan macam lambat lagi. Jadi mana yang menarik mata aku up lah dulu ye. 



Di cappodocia kami tak naik belon panas sebab harga dia mahal. Tapi ianya serentak dengan jeep safari yang lebih murah harganya. Sudah tentu kita orang pilih jeep safari. Dalam pada masa yang sama kami boleh tenguk begitu banyaknya Belon Panas berterbangan di udara. eh berterbangan ke. emm tak tau nak ungkap perkataan dia .




Daripada gelap subuh sehingga lah terang benderang. Tak reti nak ungkapkan perkataan betapa indahnya suasana pagi itu. Jadi rambang mata nak tenguk. Eh tu cantik eh tu nak naik eh tu lagi lawo. hehehehe 


      Cantik kan dengan deretan jeep yang menunggu untuk safari pulak selepas semua belon panas naik ke udara. Cantik kan. 



 

Thursday, October 26, 2023

Trip Turkiye - Tenguk Model catwalk

 


Assalamualaikum,

Macam biasa bila pergi melancong ni mesti dia bawa kita ke tempat barangan kulit lah, carpet lah, silk lah. hah macam-macam tempat si Bilal ni bawa.

Tapi kali ni best sebab tiba-tiba kami di bawa melihat model-model dia mengayakan kot dan jaket kulit. Cantik-cantik ko dan harga pun cantik le. Memang berkualiti tapi aku macam biasa pandang dan lihat. Ada kawan yang beli. Yang best boleh di gunakan kedua belah. Sebelah corak lain bila dibuka yang dalam boleh jadi corak lain. Memang berbaloi lah kalau beli. Kulit beb memang le cantik dan lembut serta halus buatannya.

Ok kita tenguk show macam kat Fashion show gitu. Tak pernah tenguk fesyen show hah ternganga-nganga le tenguk model tu gayakan baju dia. 


Wednesday, October 25, 2023

Trip Turkiye - Turkish Delight without meal

 


Assalamualaikum,

Sebelum tarikh perjalanan kami telah di beri senarai aktiviti yang kita orang nak join. Tapi semua aktiviti tersebut menggunakan harga USD. Jadi kena siap-siap tukar duit lah kat Malaysia. Oleh kerana budget ciput tapi teringin juga nak naik Belon panas, aku pilih yang kat Pamulkkale kurang usd 100. Yang ni boleh pilih aktiviti yang lain.

Jadi bila pi Cappodocia Bilal dah cadangkan pi Turkish Night. Dia cerita yang sebelum ni pi Derwish Night orang yang pi semuanya pening kepala sebab dia punya dace tu pusing-pusing banyak kali. Jadi dia syorkan yang ni. 

Sampao di cappodocia oleh kerana 2 malam di situ jadi takde lah tergesa-gesa pack beg. Lepas dinner kami pun di bawa ke suatu tempat.  Tada....tenguk orang joget.



Yang last semua pelancong dia ajak bersama. Lepas tu dah keliling ramai-ramai dia pi keluar. Kata Rasyid ada buat unggun api di luar. Kita orang yang dok dalam tak nampak. Patutle lama bebenor.

Shila dan anak ruby serta Anim begitu seronok join depa berjoget.

Trip Turkiye - Lif untuk kerusi roda

 


Assalamualaikum,

Kalau ada yang mengikuti perjalanan travel aku ke Bromo dulu mesti ingat cerita kawan yang kena stroke tapi nak jenjalan juga. Kiranya tu cerita lama lah ye. Yang pasti setelah Pkp dan setelah lama tak cop pasport sudah tentu lah nacha nak jenjalan sebab itu kesukaan dia.

Dan trip ke Turkiye ni dia ikut juga dan kali ni bawa suami. Yah dengar ceritanya pada mulanya macam tak nak bagi nacha ikut tapi mungkin Kak su pujuk Yah pun diam je. Yah aka Ketua rombongan sebab dia yang cari travel agent. Kak su tukang cari orang.

Masa mula-mula perjalanan kat airport,  aku terdengar Kak su bercerita...nampak Nacha gembira je dapat jenjalan ke Turkiye. Jadi sebagai kawan bila dengar macam tu memang le tak sampai hati kan tak bagi ikut. Lagi pun suami dia ada. Kak uda sampai tak nak ikut sebab masih trauma lagi masa pi Bromo dulu. Trauma sebab menolong mengangkat Nacha. Kudrat perempuan kan mana sama dengan lelaki. Lepas tu kena marah lagi. Masa mula-mula tu kan mood dia swing. Kita orang sabar je. Ni nostalgia jenjalan di Bromo dulu.

Masa kita orang pi muzium Mustafa Kamal Ataturk kat Bolu ni lah pertama kali aku tenguk lif untuk kerusi roda. Tempat tu macam menaik dan banyak tangga. Kiranya tinggi juga kawasan tersebut. 

Sekali bila Bilal aka tour guide bawa ke Nacha tepi dinding....eh rupanya lif untuk kerusi roda. Wah changgih lah. Terpegun kami tenguk. Kat Malaysia takde nampak lagi.  Bumi Turkiye ni ada pelbagai bentuk. Ada yang ok ada yang memang tak sesuai untuk kerusi roda. Tapi alhamdulillah.


   

Tuesday, October 24, 2023

Trip Turkiye - Dapat petik buah epal , Anggur dan Delima

 


Assalamualaikum,

1. Petik buah epal semasa pergi ke tempat  Turkish Delight

Monday, October 23, 2023

Trip Turkiye - 7 bandar di harungi


 


Assalamualaikum,

Hah ni lah plan perjalanan kami sepanjang berada di Turkiye. Sikit punya jauh antara satu sama lain malahan banyak sekali hotel yang kami duduki sepanjang berada di kawasan tertentu.

Tapi paling best kat Cappodocia dan Pamukalle dan terutamanya Istanbul lah.   Mukabuminya yang pelbagai bentuk memang menarik sungguh lah. Tapi tak tahan tu tukang sapu sampah pun hidung mendongak ke langit ko......hahahahahaha. 

Akhirnya wishlist aku nak naik belon udara panas tercapai. Walaupun mahal nak mampus sebab duit Rm yang semakin menurun nak lawan dengan USD yang semakin menaik. Pejam mata je lah bayar. 

Cappodocia USD 300 manakala Pamukkale USD 200. Yang lebih USD 100 aku boleh buat aktiviti lain seperti tenguk Turkish Delight dan nak jeep Safari.

Dapat tenguk panorama yang sungguh ohsem SubhanAllah ciptaan Tuhan begitu indahnya.   



Sunday, October 22, 2023

Trip Turkiye - Syiok je tenguk orang naik Tram di Taksim Square



Assalamualaikum,

Syiok aku tenguk orang naik Tram tapi tu lah Bilal aka si tour guide sudah azan siap-siap pada kita orang jangan nak naik tram kat sini ye. Nanti entah sampai mana-mana tempat di bawanya. Kat sini dia bagi duit 150 lira untuk makan malam. Mana cukup. Beli burger pun kita orang kena tambah apa lagi nak beli kebab. Dah le masa ni dah nak muflis. Duit lira tengah ciput sebab besok dah nak balik KL. hehehe 

Ni aku dok sorang-sorang kat perhentian dia sambil tenguk orang naik TRam. Geng yang lain dah melilau mencari makan. Ada yang beli piza ada yang beli aiskrim lah. Ada pulak pi Turkiye cari Starbuck....emmm ada juga hantu Starbuck ye ikut sampai Turkiye. Asal ko bahgia lah aisyah oiiiii   

 

Trip Turkiye 2023 - 3 negara bergabung

 


Assalamualaikum,

Lamanya tidak bersiaran. Sejak di tempat baru ni mood nak menulis pun terjunam jatuh hehehehe. Kalau kata busy nanti kata alasankan  tapi memang sibuk lah juga.  Banyak aktiviti baru yang aku ambil bahagian tapi tu lah nak citer emmm mood manjang je terobang jauh. 

Jadi setelah cuti naik belon panas...mood sudah mai. yolah tu. Tapi apa pun nak citer trip Turkiye kali ni emmm memang osem dan ada satu hari di Istanbul tu aduhaiiii memang minta nyawa sungguh sebab berjalan seharian sampai hampir 20,000 ribu langkah. fuyoooo.  Dengan batuk lagi dengan sejuk lagi. Balik timbang turun berat badan 2 kilo. yeh. 

Ok nak citer ni. Bila di belek-belek ahli rombongan rupanya ada 3 negara bergabung bervisata bersama. Satu daripada Indonesia iaitu Nurul. Nurul ni sudah kawan dengan kak su aka penulis Noor Suraya sudah lama.  Malahan masa Kak su dan geng Ulat buku pergi ke Bandung tahun bila aku dah lupa tapi dah lama dulu lah, mereka singgah rumah Nurul. Selain daripada Bunga kawan Indonesia yang aku kenal , Kak su ada ramai kawan disebabkan minat dalam penulisan dan pembaca buku.  Nurul juga pernah menulis buku katanya. Nurul juga merupakan pengajar di sekolah di Indonesia. Malahan anaknya Fatihah ada menuntut di Turkiye. Jadi bila Kak su ajak visata ke Turkiye, Nurul pun nak ikut sebab dapat berjumpa dengan anaknya di sana. 

Malahan pernah Nurul dan keluarganya datang melancong ke Kuala Lumpur. Kak su dan Yah yang berjumpa dengannya. Aku jumpa pertama kali dengan Nurul di Masjid Putrajaya, bagi kerepek tempe dengan mee siput pada Kak su masa balik dari kerja. Jumpa sekejap je bagi barang bersalaman dan balik.   

 Manakala Nir pula merupakan warga Singapura yang merupakan bekas penulis Jemari Seni. Semasa menjadi penulis Jemari Seni telah bertemu jodoh dengan seorang lagi penulis Jemari Seni iaitu Pingu yang merupakan orang Malaysia. Masa baru terima perkabaran mengenai perkahwinan Nir dan Pingu....kita orang terperanjat dan tak sangka. Alhamdulillah jodoh mereka di Jemari Seni. Setelah Jemari Seni melabuhkan tirainya, Nir dan seorang lagi penulis Jemari Seni Lila Vee telah menubuhkan Manes Wordworks. Sekarang Nir dah berhenti menjadi cikgu di Singapura dan duduk di Putrajaya sebab Pingu dah berkerja di Jabatan Audit Negara. Anak 2 perempuan dah besar-besar dah setelah lama tak jumpa.

Kalau Ryn dan kak mon daripada Brunei join sama trip Turkiye ni lagi best sebab 4 negara bergabung. Tapi Ryn dah pergi Turkiye tahun lepas dan Kak Mon pula tidak sihat. Apapun kita doakan semuga Kak mon aka Stubborn  Bakers sihat walafiat hendaknya. Aamiin.



Tada....... Nir baju putih dan aku bersama Nurul. 

Trip Turkiye pada 6hb Okt sehingga 13hb Okt 2023 

Thursday, September 14, 2023

Audit KPI dan HPIA di Hosp Putrajaya

 


Assalamualaikum,

Masa minggu pertama kerja kat Hospital Putrajaya tiba-tiba dapat tahu ada Audit Kualiti HPIA dan KPI. Aduhaiiii Sebelum tu audit Internal manakala yang ini Audit External lah pulak. Pengaudit datang dari Jabatan Kesihatan WP.   Aduhaiiii seram sejuk aku.  Dah le kena incharge Unit Lapuran Perubatan, lepas tu kita ni baru lagi. Tak boleh tidur rasanya nak hadapi pagi tersebut. Audit kat Jabatan Rekod yang di pilih ialah Pengeluaran Lapuran Perubatan. Bagi Hospital Berpakar macam HPJ ni tempuh menunggu rasanya 28 hari. Tu pun kadang dapat lambat. Almaklumle Jabatan Rekod proseskan tapi bila sampai kat Doktor kadang lambat lah kadang tak lengkap lah. Manakala pelanggan pula iaitu si pemohon bila lambat je marah-marah. Dia ingat kita layan dia seorang je ke. Selain daripada permohonan Lapuran Biasa serta daripada Insuran dan Peguam kami juga memproses Lapuran Perubatan serta post mortem daripada pihak Polis. Macam-macam orang ado yang datang. Kes kemalangan lah, claim insuran lah, claim socso lah, hah macam-macam jenis ada. 

Kalau tenguk pada jumlah yang kami terima hampir dekat 300 sebulan permohonan. Tu average je. Tapi paling kurang 300 lebih lah. Ada sekali tu aku tenguk dah nak 400 ke 500 permohonan pada setiap bulan. Jenuh aku menyemak dan menyain permohonan report yang dah siap pada setiap pagi.  Setiap bulan permohonan yang di terima kami akan catit dalam form tertentu dan buat pelapuran di JK WP. Ini adalah KPI yang amat penting bagi Hospital untuk jaga agar mencapai peratusan 90 ke atas. Kalau banyak lagi le banyak hari kena selesaikan. Nasib baik ada 4 orang staff yang handle. Ada 3 Pembantu tadbir dimana 2 orang adalah pegawai Mystep. Alhamdulillah aku tenguk mereka bekerja keras di hadapan kaunter bila menerima permohonan Lapuran Perubatan.

Ni fail penting untuk pegawai Audit menyemak.

Audit External siap ada pembukaan dan penutupan. Masa Majlis pembukaan telah diadakan di Auditorium. Mula-mula buat kat bilik mesyuarat. Tapi bila sempit pindah ke Auditorium hah baru lega sikit. 

Kata-kata alu-aluan dari wakil Pengarah serta Pegawai yang incharge Unit Kualiti Hospital. Selain daripada itu jemputan tetamu juga diberi berucap untuk memberi penerangan mengenai Audit yang akan di jalankan. Audit berjalan selama 2 hari. Selesai acara pembukaan semua pun balik ke tempat masing-masing menunggu Pegawai Audit datang ke tempat yang akan di audit. Ada jadual yang telah disediakan untuk Pegawai Audit membuat Audit.

Jabatan Rekod di audit pada hari pertama. Dalam pukul 10 lebih rasanya selepas Pegawai Audit mengaudit Unit IT yang berada bersebelahan dengan Jabatan Rekod Perubatan. 2 orang Pegawai Kualiti Hospital serta 2 pegawai Audit dari JK WP. Selalunya seorang doktor dan seorang lagi staff nurse.

Nasib baik lah Boss aku Puan Hanum dah bersedia. Manakala Puan Hana walaupun baru beberapa bulan dah cekap dalam mentadbir Unit Lapuran Perubatan. Manakala aku yang baru seminggu yang masih tak nampak bayang lagi kerja aku macamana menunggu di Bilik Puan Hanum semasa mereka sampai. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Laju je Hana bila kena soal. Fail pun dah lengkap. Lepas tu file update setiap bulan. Jadi akhirnya Jabatan Rekod Perubatan kami lulus dengan cemerlang. 




Sessi soal jawab semasa Audit dijalankan. Aku berdiri di belakang melihat proses pengauditan berjalan. Satu perkara baru bagi aku bagaimana nak menjawap soalan-soalan dari pihak Audit.

Alhamdulillah kami berjaya. 

Thursday, September 7, 2023

Kemeriahan di Perasmian Bulan Malaysia Sihat Sejahtera

 


Video ni yang tukang lawak tu merupakan junior sekolah aku. Wati de clown. Femes juga sebab jarang terdapat pelawak  wanita di Malaysia ni. Dah 7 tahun rupanya berkecimpung dalam bidang tersebut. Tahniah Wati. 


Assalamualaikum,

Member-member kat pejabat lama up le gambar dalam Whatsup group aktiviti yang mereka jalani pagi ni. Aku yang tenguk alahaiiii kalau kat sana lagi boleh join hip hop cardio dan macam-macam lagi. Jadi aku pun letak le gambar-gambar yang mereka share bersama.


Kat pentas utama.... tenguk orang ramai seronok pulak. Kalau masih warga Ibu pejabat mesti join pagi ni. 


Ramai ramai berhip hop cardio

        Matron siew dan sister pun join sama. Pagi-pagi lagi dah daftar nama. Seronok tenguk depa. 



Dah gaya pemanah international je Matron. 


Dr nafisah dah lain rupanya.

Ada macam-macam acara. 



Wednesday, September 6, 2023

HIP HOP CARDIO SEMPENA MAJLIS PELANCARAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA 2023



Assalamualaikum,

 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menjemput semua untuk menyertai HIP HOP CARDIO yang akan diadakan pada 8 SEPTEMBER 2023 (JUMAAT) bersempena Majlis Pelancaran Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan Dan Pelepasan Kembara Sekolah 2023.

Ayuh sama-sama memeriahkan acara ini. Daftar dan hebahkan kepada orang ramai. Pelbagai hadiah menarik menanti anda. Untuk pendaftaran, lengkapkan google form di link berikut:  https://forms.gle/SG1ej1hAqiZcrpgw9

Jumpa anda di sana!

Pelancaran Kebangsaan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera

 


Assalamualaikum,

Haiiii sejak bukan warga IPKKM ni banyak pulak le event kat opis lama apa lagi tempat aku park sebelum ni kat tengah bulatan tu dah jadi port cantik punya event. Kali ni selepas pelancaran bulan Kemerdekaan bulan 8 hari tu dan bila masuk bulan 9 kempen sihat sejahtera lah pulak.
Kali ni berkolaberasi dengan warga Kementerian Pendidikan. Almaklumkan kami berjiran. jadi boleh le buat bersama-sama.

Kalau tenguk pada aturcara hah macam-macam ni. Sapa yang berdekatan dengan Parcel E tu hah boleh le terjah. Macam-macam ado. Aku je yang tidak ado. huhuhuhu tenguk dari jauh je lah kawan-kawan update cerita.


Hah tenguk lah betapa meriahnya pelancaran peringkat kebangsaan ko. Hah apa lagi jom jom jom jom heboh heboh. eh 

  




Wednesday, August 30, 2023

Posing di Lobi Utama KKM

                                                        

Assalamualaikum,

Masa last kat opis lama hari jumaat tu sebelum balik sempat le kita orang posing kat lobi E7. Deko bulan kemerdekaan kat lobi tu cantik. Siap ada jambatan di tengah-tengahnya. Hah ni kita orang posing macam model gitu. Takut nak naik atasnya sebab dia macam tak kukuh sangat apa lagi semua model berdiri atasnya. hehehe Takut runtuh. 


                                            Lepas tu bunga-bunga menghiasi jalan ke lif. Cantik


Kat bahagian luar pun cantik lukisannya


Bersama Dd


Sebelah kanan tu kaunter khidmat Pelanggan. Bhg dalam lif 

                                               Bersama Matron Siew dan Anne


Berselfie ramai-ramai. Orang lalu lalang pun buat dek aje. hehehehe


Kawasan keliling lobi tu cantik sangat dekonya sampaikan tak tau nak posing kat mana. 


Sesuai lah kan dengan warna bunga-bungaan yang sedang mekar diatas tu.

Salam Merdeka semua.

Selamat Hari Kebangsaan dan Semuga Malaysia aman damai selalu. Aamiin

Selamat hari jadi juga buat mereka yang menyambut hari kelahiran sama dengan tarikh kemerdekaan kita. 




Tuesday, August 29, 2023

Markah Eksa IPKKM

 



Assalamualaikum,

Ingat tak aku citer pasal audit Eksa dalaman dan luaran sebelum ni. Hah kalau audit dalaman memang cerewet tapi opis lama aku aduhaiiiii sedih sebut opis lama. Kena move on ni kalau tak asyik teringat-ingat pejabat lama yang penuh aktiviti dan memori. Opis lama aku dapat markah tinggi.

Kemudian audit luaran pula. Audit eksa yang di komen dan tak betul. Kali ni bila merangkumi semua bahagian di Perancangan yeh kami dapat markah tinggi. Kerja kuat semua bahagian inilah hasilnya. 

Nanti aku akan rindu momen-momen eksa di pejabat lama. Mana taknya asyik kena audit tiap-tiap tahun sampai dah bosan semuanya.  hehehehe 

Kat HPJ ni banyak audit. Audit koding lah audit KPI lah audit casemix lah. Seminggu aku kerja join audit koding IKN. Dah lama tak buat koding jenuh juga nak buka buku ICD 10 yang tebal tu. Nasib baik team ramai membantu. Minggu ke 2 pulak dah ada audit HPIA. Dah le aku orang baru. Yang di audit tu pulak nanti akan menjadi tanggungjawab aku. Hush berdebor-debor rasanya.  Nasib baik boss baru aku dengan Hana yang dah expert walaupun baru juga bertugas di HPJ. Jadi semuanya dapat menjawab soalan. Akhirnya HPIA Rekod lulus. Yeh

Akan datang tak tahu apa lagi audit yang aku kena harungi.