Hari Isnin dan Selasa minggu lepas kiranya kena pergi Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Kiranya balik kampunglah tapi aku tak sempat pun nak balik Bakri sebab agenda padat. Hari Selasa habis je semak data, habis dalam pukul 4.30 petang terus je balik KL. Dek kerana orang KL nak merasa kopi yang femes kat muar jadi kitaorang pun singgah lah kat cafe 434. Kopi 434 ni femes di muar. Dah hampir 63 tahun ianya beroperasi. Cafe dia bertentangan dengan Bus Stand Bus ekspress . Sebenornya ni lah pertama kali aku masuk cafe ni walaupun dah tau kewujudannya. hahaha orang luar yang dah masuk dulu orang kampung buat tak reti je. hahahahaha
Ingatkan hanya minum kopi je rupanya ada juga makanan lain di jual. Boss aku nak makan mee bandung bila tenguk menu ada di jual. Tapi bila dah masuk dalam, tanya ada lagi tak mee Bandung. Rupanya dah habis. So layan air kopi je lah. Ada yang layan roti bakar.
Deko didalam yang penuh dengan pakaging kopi yang pelbagai jenis. Geram tenguk cawan dalam cermin kaca tu. Sebab macam-macam bentuk. Dia tayang je bukannya boleh beli. Kut eksklusif dan tiada di mana-mana. Aku suka sebab antik dan comel je bentuknya. hehehehe
Hah bersusun ko kopi yang di jual. Ada yang 3 in 1, ada yang serbuk. Ada yang uncang. Macam-macam ado.
Deko-deko yang menarik sekeliling cafe
Hah antik kan mesin proses kopi tu.
Menu yang ada. Aku cuma order kopi aiskrim.
Ayat tak boleh blah punya lah. Tagline Menantu yang baik adalah Orang Muo. hahahaha. Buat gempak jo. Wal hal orang baik ni bukannya kira tempat, mana-mana pun ado terpulang pada diri sendiri nak jadi baik ke nak jadi jahat. Terpulang le.
Hah cawan dan teko yang antik lagi dalam almari berkaca. Hah tenguk teko yang berbunga-bunga tu. Comelnya. hahahahaha
Anugerah yang pernah di terima. Hah depan kaunter dalam cafe tu macam-macam yang di tayangnya.
Cafe yang aku masuk tu bertutup manakala yang ini open air sebab khas untuk perokok sedunia. Kalau dalam aircond tu bercampur dengan bau kopi lepas tu bau asap rokok huh mau pengsan ko. Bau kopi aku boleh lagi terima tapi kalau bercampur dengana asap rokok huh beracun lah udara sekeliling. hehehehe.
Selesai pekena air kopi, kita orang pun chau balik KL. Entah apa silapnya lepas minum tu masa nak masuk kereta, kepala aku dah ting tong. Nangkap kat kepala lah pulak. Jadi sepanjang balik tu aku terus lelap je sebab kepala dah pening. Nak kata tak boleh layan kopi selama ini kopi tu lah yang aku minum tapi entah mungkin sebab otak dah penat menapis semakan data sebelumnya. Jadi sepanjang perjalanan sehingga sampai putrajaya aku ngorok sedunia. hahahahaha Penat kepala otak tak sama dengan penat kudrat weiii.