Assalamualaikum,
Dunia penulisan novel Malaysia di kejutkan dengan berita kematian penulis Melur Jelita pada petang Jumaat pada 1hb June 2018 baru-baru ini. Dalam bulan Ramadan bulan yang mulia di hari yang mulia juga. Dalam facebook Arwah sebelum tu ada yang memohon doa semuga Arwah cepat sembuh setelah sakit demam yang teruk sehingga dikomakan selama 15 hari. Tapi takdir Allah lebih mengetahui segalanya. Akhirnya Arwah menghembuskan nafas terakhir pada petang tersebut.
Aku terkejut sebab bagaikan terimbau memori semasa pesta buku baru-baru ini yang terserempak dengan Arwah semasa melalui booth nya. Arwah yang tegur kami. Peramah dan baik orangnya. Banyak juga novelnya di bawah penerbitan Karyaseni yang laris dan ada juga yang telah di jadikan adaptasi drama. Kawan aku kat pejabat memang peminat novel Arwah.
Gambar dari google
Antara novelnya yang laris.
Selang sehari selepas kematian Arwah penulis Melur Jelita, keluarga Jemari Seni pula terkejut dengan pemergian penulis Imaen. Penulis Imaen ni sebenarnya suami Kak su aka Noor Suraya juga seorang penulis juga.
Masa aku dapat call dari Nawwir, petang Ahad tu sedang sibuk nak masak untuk juadah berbuka. Terkejut sangat. Tergamam sekejap bila dapat perkabaran tersebut. Kali akhir pun terjumpa semasa pesta buku. Rupanya hari Sabtu dah masuk hospital Annur di Bangi sebab demam panas. Tu pun kata Nawwir demam on dan off dah beberapa hari. Agaknya dah tak tahan baru pergi hospital. Bayangkan kalau demam suhu sampai 40'C. Lepas tu jantung berdegup laju.
Urusan pengkebumian dibuat pada pagi Isnin dan dikebumikan di Bangi. Aku dan geng ulat buku sempatlah menziarah Arwah memberi penghormatan terakhir buat Arwah. Tapi yang tak tahan tu bila memandang wajah Kaksu yang nampak begitu tabah kehilangan suami tercinta yang sentiasa bersama selama ini. Hanya Allah ja yang tahu perasaan Kak su didalam. Semuga Kak su tabah menghadapi ujian ini.
Buat mereka berdua hanya Al fatihah ja yang dapat aku sedekahkan. Semuga Allah mengampunkan dosa kalian dan ditempatkan kalian bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Meninggal di bulan yang mulia bulan Ramadan.
Al fatihah
Antara novel Imaen terbitan Jemari Seni.
Al-fatihah..suka jg novel Melur Jelita yg tu..drama tv mak saya suka tengok..
ReplyDeleteBanyak juga novel dia yang laris tapi huhuhu tebal-tebal semuanya.
DeleteAl Fatihah buat kedua-duanya, moga tenang di negeri abadi. Walaupun belum berkesempatan membaca karya Melur Jelita, tetapi selalu ikuti perlembangan dunia penulisannya. Nor Suraya pula, beberapa tahun lalu sempat saya khatam novel.... hujungnya Oxford. Cintaku Luruh di Oxford mungkin.
ReplyDeleteOh itu novel duet mereka bersama. Novel kak su yang femes ialah Nyanyian tanjung sepi dari creative enterprise. Tapi kalau bawah Jemari Seni banyak dah. Daripada peminat terus jadi kawan semasa mula-mula kak su menjadi penulis. Jadi bila melihat kaksu kehilangan soulmatenya memang terasa sedih.
DeleteSALAM TAKZIAH..TURUT BERDUKACITA...ALFATIHAH
ReplyDeleteTerima kasih sis. Semuga mereka tenang di sana. Al Fatihah
Deletesecara peribadi mengenali melur jelita walau x bersua muka...bersms saja zaman dulu...ms tu arwah baru berjinak2 dlm penulisan...ya...peribadinya arwah mg peramah...dan baik... semoga arwah di cucuri rahmat Allah
ReplyDeleteAamiin. Arwah memang seorang yang peramah walaupun masa terjumpa tu kami tak pernah kenal.
DeleteAl-fatihah... Semoga rohnya tenang di sana...
ReplyDeleteAamiin.
DeleteSalam takziah utk keluarga akk melur. Saya suka karya2 dia. Semoga arwah ditempatkan dgn org2 yg beriman. Amiin
ReplyDeleteAamiin. Dunia penulisan kehilangan seorang penulis yang berbakat besar.
Deletesaya sgt suka novel2 kak Melur...nanti saya nak jadi mcm dia....novel dia byk mmberi byk motivasi kpd saya..
ReplyDeleteSemuga Allah makbulkan impian anda
DeleteSaya nak tanya karya arwah melur jelita yang mana ye yang arwah x sempat habiskan?
ReplyDeleteRasanya..macam mikayla
DeleteMikayla 2
ReplyDeleteTerima kasih jawapkan
Delete