Monday, October 19, 2020

PKPB pula di Selangor, Wilayah KL dan Putrajaya

 Assalamualaikum,

Aduhaiiiiiiii Lembah kelang pulak dah kena PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) lah pulak.  Tapi seriau juga ni tenguk angka kes baru naik mencanak-canak. Ini kiranya gelombang ke 3 lah pulak. Aduhaiiiiiii kita beriya lah jaga diri tapi orang lain sonang-sonang je kesana ke sini ke sana ke sini. Aku nak pergi shopping kompleks pun takut bila tenguk orang ramai sangat. Tu pun rasanya tahun ni pi Alamanda shopping kompleks yang terdekat di Putrajaya pun  2 kali je. Tu pun sebab nak beli kasut skeechers sobab ada offer beli satu dan beli kedua harga RM 1. Lepas tu yang kedua celebrate birthday julai bersama geng bulan julai. Itu pun selepas PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) yang sepatutnya habis 31 Disember 2020.  



Nampak gaya tak boleh lah kami rentas negeri semula. Huwaaaaa.....baru cadang nak balik cuti maulud nanti. Mudahan habis 27hb tak ada sambung lagi ler.  Mudahan juga kes positif semakin surut.




Ini kes hari semalam punya. Gelombang ke tiga ni nampak betul kenaikan kes positif mencanak-canak naik. Risau sungguh.  Semua negeri dah ada kes. 



Kematian di sabah juga semakin banyak. Kesian sungguh buat warga emas yang di jangkiti dan meninggal dunia. Dah le ada macam-macam penyakit bila di jangkiti virus Covid 19 je emm lagi lah parah.  Aku pun risau juga dengan kakak-kakak aku warga emas semua tu. Mudahan Allah lindungi kami semua dari di jangkiti virus Covid 19. Aamiin.

Apa pun yang telah terjadi sekarang kita hanya dapat menjaga diri kita sendiri sahaja dan jangan salahkan orang lain yang membawa virus merata-rata. Virus ni bukannya kita nampak. Mungkin orang yang bawa tu pun tak tahu kalau mereka pembawa virus. Kecuali lah orang yang degil yang dah tahu positif covid 19  eh ke sana ke sini bawa virus. Geram aku dengan orang yang degil ni. 

Marilah kita sama-sama berdoa semuga musibah yang melanda ni berakhir hendaknya. Semuga Virus Covid 19 ni nyah dari muka bumi Malaysia dan dunia hendaknya. Aamiin.  Jaga diri semua.