Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Wednesday, December 12, 2012
Masuk paper Sinar Harian - 12.12.12
Assalamualaikum,
Tengahari semalam time rehat buka je facebook, keluar lah tag yang Izza letak. Wah gambar aku dan geng semasa Jualan Karnival Alaf di Shah Alam. Fuh femes sekejap masuk dalam paper tapi huh Sinar Harian. Kalau paper Utusan ke Berita Harian ke lagi klas ko jah. hahahaha perahsantan sungguh, masuk paper je dah rasa macam retis pulak. Mana taknya sekejap pi besday Remy lah, sekejap besday Fahrin lah, lepas tu pi terjah Baim Wong pulak tu. Lepas ni siapa pulak retis macho lagi hensem yang menjadi kegilaan ramai dan terlaris di pasaran. Kita tunggu ya..
Penulis Izza Ariffin ni sebenarnya lama dah kita orang kenal sejak dia menulis di kakinovel lagi. La ni kat Alaf pula dan dah keluarkan novel terbaru yang merupakan kesinambungan dari kisah Ryan tulisan Izza novel di kakinovel. Sebelum tu dia dah tepek kisah Ryan tu dalam blog. Dulu-dulu memang rajin membaca enovel la ni emm dah tak jumpa enovel yang kick yang boleh buat aku tidak keruan selagi tidak membacanya setiap hari seperti dulu-dulu seperti RADHA, Rumah kecil Tiang 1000, Enigma dan beberapa blog yang menjadi kemestian sebelum memulakan tugas. Kiranya pemangkin dalam berkerjalah. La ni blog cucuratap pun dah lama sepi lepas tu dia tutup dan yang lain pun dah kurang berkarya dalam blog seperti kaksu dan Anis Radha. Rasanya pemulaan Enovel dahulu ialah Radha, lepas tu terjumpa rumah kaksu, dan terjumpa rumah Hlovate. Dari situ kami berkenalan secara dalam talian tanpa mengenali siapa orangnya. Dan pesta buku menemukan kami dengan mereka-mereka yang pada mulanya hanya bertegur sapa didalam petak shoutbox dan komen dan akhirnya mewujudkan silaturahim yang berpanjangan disebabkan minat yang sama. Ajaibnya silaturahim yang terjalin itu. Akhirnya aku mengenali mereka didalam geng Ulat buku malahan boleh melancung bersama-sama dan silaturahim itu terus terjalin sehinggalah sekarang. Malahan dapat berkenalan dengan kawan di Singapura, di Brunei dan di Indonesia hanya melalui blog enovel sahaja. Macam kaknoor , nacha dan Iejay di atas tu aku kenal hanya semasa menghadiri launching buku di kakinovel, lepas tu pesta buku jika sama-sama nak membeli buku, dan seterusnya jika ada apa acara yang kami nak pergi. Tu belum lagi masuk kaksu, yah, nawwir, wan, lia, wabbit dan lain-lain lagi geng Ulat buku.Tak sangka aku dapat ramai kawan hanya melalui minat kami yang sama iaitu membaca novel ini kerana ada sebahagiannya yang merupakan juga penulis novel.
Berbalik gambar kami yang Izza tepek tu balik kerja je aku terus ke kedai, jenguk kut ada lagi akhbar Sinar Harian tersebut sekali tinggal 2 huh terus aku rembat satu. Apa lagi lah buat kenang-kenangan. Dulu masa pergi konvo kaksu, masuk juga lah gambar kami dalam majalah Nur, lepas tu masa pesta buku ada juga gambar masa penulis Indon launch buku dia. Tak jadi penulis tumpang kisah penulis pun jadilah. hahahaha
Tuesday, December 11, 2012
Korea 2011 Day 3 Bhg 2
Buah apa agaknya ni? Nak kata limau bukan tapi macam buah pisang kaki je. Tenguk buahnya banyak rasa geram je. Nasib baik pokok ni tinggi kalau tak rasa macam nak panjat je.Ngenang kan org punya tak berani. Pokok ni aku terjumpa semasa sedang mencari cafe coffee prince.
Day 3 - Lokasi 11- Coffee Prince Cafe
Assalamualaikum,
Siapa pernah tenguk kdrama coffee prince. Kalau pernah mesti suka dengan cafe dia kan? Hah iejay minat pelakon lelakinya iaitu Goong Yoo, perempuan yang berlakon sebagai lelaki ialah pelakon Yoon Eun Hye, yang juga pernah berlakon dalam Princess hour. Untuk sampai ke lokasi cafe ni sebenornya pemandu bas kurang arif dengan tempatnya. Malahan kami terpaksa berjalan kaki mencari lokasinya.Kalau tenguk kat internet ianya terletak di Hongdae.
Dan akhirnya tadaaaa sampai tapi malangnya tak boleh masuk hanya kerana nak ambil gambar sahaja. Kalau nak kena minum dalam cafe tu baru boleh ambil gambar. Aku apa lagi lah nak je sebab nak masuk dalam, jadi aku, nacha, iejay dan yasmin menonong terus masuk dalam. Apa lagi lah pose sana pose sini. Sambil orde coffee, ya ampun mahal secawan coffee berharga dalam rm8 duit kita. hehehehe. Minat nak posing dan dapat masuk tempat lokasi drama minum coffee mahal pun belasah je lah. Yang lain melilau kat luar ambil gambar dari tepi pagar je.
Poster pelakon yang terlibat sebagai pekerja didalam cafe tersebut.
Dalam cafe
Tempat tukang buat ayor
Lukisan ni kalau tak salah 2nd heroin yg melukisnya.
Signature pelakon perempuan
Depan cafe Coffee Prince
Selesai minum coffee dan dah puas posing dalam cafe tu kita orang pun keluar lah. Semasa dalam perjalanan tu nampak lah kedai buku, apa lagi sebab geng Ulat buku posing le depan kedai buku tersebut.
Kedai buku terpakai
Lokasi Drama apa tak tahu.
Aiskrim berinti kacang merah
Sambung bahagian 3
Labels:
Geng Ulat Buku,
Travel - korea
Location:
Seoul, South Korea
Monday, December 10, 2012
Korea 2011 Day 3 Bhg 1
Aquarium di hotel Vision
Assalamualaikum,
Jenjalan diteruskan semula. Kali ni nak pergi Lokasi Coffee Prince, Gangnam, Full House dan Sad love Song drama. Jadi semua pun teruja nak berjalan. Hotel yang kita orang duduk ni Hotel Vision. Kiranya hotel ni hanya buat tempat tidur je sebab pagi-pagi lagi dah start jalan sampai malam baru balik.
Ni posing depan hotel menunggu bas sampai. Semua perempuan cuma seorang je lelaki tu pun dah macam hero korea je mukanya. Adik yana.
Day 3 -11.11.2011- Lokasi 9 - Coex Mall
Coex Mall ni macam shopping kompleks juga pejabat. Kebetulan pada masa tu ada pameran bunga-bungaan serta festival food korea. Wah memang cantik tak boleh tahan melihat pelbagai bentuk bunga-bunga dipamirkan. Masa kami sampai pagi tu hujan gerimis pulak tu. Tapi ianya tetap tidak menjadi masalah untuk posing walaupun hujan rintik-rintik. Belasah je asal jangan demam sudah. Banyak nak jalan lagi tu. hehehehe
Geram tenguk bunga
Macam-macam bentuk deko bunga-bunga
Bunga Kekwa besor ko
Memang seronok sungguh melihat bunga-bungaan yang sedang memekar dan berwarna-warni. Bunga kekwa yang sungguh besar hish geram sungguh aku melihatnya. Tapi dek kerana hujan ada bunga yang sedikit demi sedikit dah mula nak gugur.
Lokasi 10 - Gangnam - tempat belibelah di bawah tanah di perhentian keretapi bawah tanah
Gangnam ni kata Nazmi adalah tempat rumah pelakon-pelakon yang terkenal. Dan dibawah perhentian keretapi bawah tanahnya terdapat tempat membeli-belah yang boleh tahan murah dan pelbagai jenis juga. Kat sini aku beli baju sejuk kait yang boleh tahan murah juga lah. Masa ni 1,000 won lebeh kurang Rm3 duit kita. Kalau 10,000 won baru dalam RM30.
Stesyen keretapi bawah tanah
Pakaging depa cantik -cantik.... ni entah apa cream kecantikan agaknya
Tenguk lah baju kait yang pada aku boleh tahan murah lah. Hah tu ada yang 5,000 won baru RM15 sahaja.
Kawasan Gangnam... ni kena nyanyi lagu Gangnam style... Masa kita orang pergi belum lagi femes dengan lagu tu. Baru tahun 2012 je ni jadi sebutan.
Lunch kita orang bimbimbap emm lebeh kurang le bunyinya. Gaul semua lepas tu ngap, hahaha
Sambung bahagian ke 2
Labels:
Geng Ulat Buku,
Travel - korea
Location:
Seoul, South Korea
Korea 2011 Day 2 Bhg 3
6) Day 2 - Lokasi 6 - World Cup Stadium
Assalamualaikum,
Ok kita sambung bahagian ke 3 pula. Maklum le lokasi banyak jadi terpaksa lah buat sebahagian dengan gambar lagi nak tunjuk. Nanti pergi rumah Full house rasanya kena buat 1 entry je kut. Sebab teruja tenguk rumah dia dengan naik feri lagi. Nami Island jangan cakap le memang posing sakan. Yang bestnya selepas balik dari korea, tv7 sedang tayangkan cerita Full House jadi bila tenguk movie tu seronoklah masing-masing, hah tempat tu aku dah posing hah tangga tu aku dah jejak. Kelakor je lepas tu call bertanya tenguk tak Full House. Kaki drama korea le katakan.hehehehe.
Selepas pergi muzium tentera kami pergi ke stadium World Cup pula. Kita tahu kan Korea pernah menganjurkan World Cup. Tahun bila em cari sendiri lah aku dah lupa. hahahaha dah sah le tak minat bola sebab tu tak ingat pun. Tahunya bila game bola ni nak tahu resultnya je sebab tak mahu sakit dada tenguk bola. hehehehehe alasan.
Perjalanan diteruskan ke Namsan tower. Jenuh juga nak naik bukit ni.Bas tak sampai di atas hanya berkumpul di satu kawasan untuk bas. Jadi kalau nak ke tower tu kena jalan kaki. Ada juga kereta kabel tapi aku tak pasti belah mana maklumlah dah gelap. Atau kereta kabel tu hanya untuk waktu siang je malam tak ada. Yang teruknya tu ketinggiannya tu mencanak macam 45 darjah. Nak lebih best naik bukit dengan cara mengundur tak ada le rasa mencanak sangat. Nasib baik malam dengan udara sejuk jadi tak ada lah berpeluh sangat tapi huh semput juga lah. Tapi bila dah sampai di atas melihat pemandangan bandar seoul emm memang cantik. Masa ni kamera aku dah nak kong. Ya lah kita orang belum sampai hotel lagi ni setelah sampai dari malaysia jadi belum sempat nak charge bateri lagi. Bateri pulak tu tak ada spare jadi menumpang bergambar pada yang masih boleh guna lagi. Lokasi atas Namsan tower ni rasanya banyak terdapat dalam drama korea. Malahan drama malaysia pun ada juga buat pengambaran di situ. Rasanya drama kat Astro kut dimana pelakon Scha bekerja sebagai peramugari di Airasia, tu entah apa tajuknya. Sebab rupanya kat atas tu terdapat tempat untuk meletakkan kunci bersama orang yang tersayang. Macam-macam jenis kunci yang ada. Sampai penuh kawasan tersebut tapi aku nampak ada lagi kawasan yang masih kosong.
Banyak sungguh kunci pasangan sedang bercinta terpateri di situ.

Pemandangan dari luar stadium
Cenderahati yang disimpan sempena World Cup
Begitu luasnya stadium tersebut.
Posing depan model apa ya, emmm macam cerita Dragon ball je eh tu cerita jepun.
7) Lokasi ke 7 - Myeong Dong (tempat shopping yang femes)
Selepas melawat stadium world cup, kita orang pun di bawa ke tempat membeli-belah yang femes di seoul. Ada beberapa tempat shopping yang femes di seoul seperti Dong daemun, Namdaemun. Myeong Dong ni juga salah satu tempat yang femes dan mesti singgah kalau dah sampai korea. Tempatnya macam kita pergi ke Bukit Bintang je. Terdapat deretan kedai yang pelbagai jenis. Kebanyakkannya kedai kasut, kedai baju, kedai mekap serta penjagaan diri. Yang aku suka kalau kedai bahan penjagaan diri dia begitu meriah dengan pom pom girl atau penjualnya. Yang best tu kadang dapat cenderahati kecil seperti kotak tisu atau sample barang yang kecil. Malahan model-modelnya selalunya pelakon korea yang hensem dan femes. Macam Kim Hyun Joong kat bawah ni. Aku tak ingat ni model jenama apa. Tapi teringat dulu opismate wan beli sebab harga di sini lebih murah dari di malaysia, banyak beza juga lah. Pencuci muka lah, krim lah, dan macam-macam jenis lagi. Tapi tidak di nafikan yang kulit pelakon- pelakon korea begitu licin dan mulus. Cantik kulit dia orang. Adakah kerana pemakanan disebabkan kimchi atau barang-barang penjagaan muka yang bagus.

Yeh Pelakon Kim Hyun Joong dalam cerita Boys Over Flowers
Pelakon Won Bin dalam Autumn in My heart
Lawa baju-bajunya
Fesyen baju-baju korea pada masa ni banyak baju sejuk almaklumlah dah nak masuk winter tapi memang fesyen terkini semuanya. Malahan yang pergi shopping pun cantik-cantik baju-baju mereka. Ada tu hanya berstokin panjang warna hitam digayakan dengan blaus pendek yang comel. Orang korea ni rata-ratanya kecil dan kurus jadi baju-baju mereka kebanyakannya size yang comel lote lah. Aku dan akak takde lah nak beli apa pun cuma kak Jal beli beg kecil yang ada kelopak bunga. Nak beli banyak pulak tu untuk kawan-kawannya, aku cakap mahal kalau semuanya nak di beri. Lagi pun baru 1 tempat kita pergi belum lagi tempat shopping yang lain. Mana tahu ada lagi benda lain yang lebih murah dan cantik seperti brooch. Selepas tu balik semula ke Itawon untuk makan malam.
8) Lokasi ke 8 - Namsan Tower
Perjalanan diteruskan ke Namsan tower. Jenuh juga nak naik bukit ni.Bas tak sampai di atas hanya berkumpul di satu kawasan untuk bas. Jadi kalau nak ke tower tu kena jalan kaki. Ada juga kereta kabel tapi aku tak pasti belah mana maklumlah dah gelap. Atau kereta kabel tu hanya untuk waktu siang je malam tak ada. Yang teruknya tu ketinggiannya tu mencanak macam 45 darjah. Nak lebih best naik bukit dengan cara mengundur tak ada le rasa mencanak sangat. Nasib baik malam dengan udara sejuk jadi tak ada lah berpeluh sangat tapi huh semput juga lah. Tapi bila dah sampai di atas melihat pemandangan bandar seoul emm memang cantik. Masa ni kamera aku dah nak kong. Ya lah kita orang belum sampai hotel lagi ni setelah sampai dari malaysia jadi belum sempat nak charge bateri lagi. Bateri pulak tu tak ada spare jadi menumpang bergambar pada yang masih boleh guna lagi. Lokasi atas Namsan tower ni rasanya banyak terdapat dalam drama korea. Malahan drama malaysia pun ada juga buat pengambaran di situ. Rasanya drama kat Astro kut dimana pelakon Scha bekerja sebagai peramugari di Airasia, tu entah apa tajuknya. Sebab rupanya kat atas tu terdapat tempat untuk meletakkan kunci bersama orang yang tersayang. Macam-macam jenis kunci yang ada. Sampai penuh kawasan tersebut tapi aku nampak ada lagi kawasan yang masih kosong.
Banyak sungguh kunci pasangan sedang bercinta terpateri di situ.
Ayat-ayat cinta yang lovey dovey tangkap leleh. Memang jiwang karats sungguh ayatnya.hehehehe
Selesai berjalan di Namsan tower semua pun dah kepenatan. Sampai di hotel check in, semua pun dah ngantuk dan kepenatan. Sampai bilik je aku terus je charge bateri kamera. Itu yang penting. Sepanjang di korea ni kamera memang kena guna sepenuhnya dari pagi sampai malam. Nasib baik kamera canon ni boleh sampai 1000 gambar jadi snap je lah. Bilik ok lah malahan boleh layan drama korea lagi tvnya walaupun tak ada sarikata emm faham-faham sendiri lah ceritanya main agak je. Bilik hotel dia kecil je malahan yang share 3 orang seperti kak noor, wan dan iejay memang sempit dgn beg baju lagi. Jadi kaknoor tumpang solat di bilik aku yang muat untuk seorang. Bawa juga makanan sikit mana lah tahu tekak tak layan sangat makanan korea jadi maggi mee dan roti serta makanan dalam tin kena bawa juga untuk kecemasan.
Kita sambung hari ke 3 pula ya.

Thursday, December 6, 2012
Korea 2011 Day 2 Bhg 2
Day 2 - 10.11.2011- Lokasi 3 - City Hall
Assalamualaikum,
Ok sambung lagi hari kedua. Ada 4 lokasi yang kami pergi sebelum lunch di Itawon. Selepas pergi Blue House dan Istana Gyeongbok kami telah dibawa ke City Hall. City Hall ni cuma lalu je sebelum kami di bawa ke Sungai Gwanghamun. Sungai ni dulu aku dah tunjukan juga masa pergi tahun 2008. Kiranya lokasi yang mesti singgah seperti Blue House dan Istana Gyeongbok. Sebab sungai ni special kerana di tengah-tengah kotaraya Seoul terdapat sungai yang begitu bersih dan jernih.
Comelkan gerai tepi jalan ni. Tak pasti pulak dia jual apa?
Di tepi jalan daun pokok dah berubah warna almaklumlah musim gugur kan. Cantik sangat.
Roundabout penuh bunga
Tepi penjalan kaki ada pameran
Geramnya tenguk bunga kat traffik light tu
Dari City Hall kita orang berjalan ke mercutanda yang berwarna merah tu. Kiranya disitu permulaan melihat sungai dimana ada tangga menuruni ke bawah.
Lokasi 4- Sungai Gwanghamun
Di kiri dan kanan adalah tangga ke bawah untuk melihat sungai dibawahnya. Cantik buih-buih air yang membusar-busar keluar.
Di belakang aku dan kak zah tu lah sungainya. Masa ni ada pelbagai model dan hiasan di tengah-tengah sungai tersebut. Aku takde lah nak turun melihatnya sebab dah pernah tenguk jadi melepak je kat atas sementara menunggu kengkawan berposing di bawah.Semasa menunggu tu terdengar lah bunyi gendang berbunyi. Rupa-rupanya ada perarakan yang dihadapan membawa bendera. manakala di belakang tu tak pasti pulak apa yang dibawa. Nampak macam perarakan je. Berwarna-warni pakaian depa.
Sebahagian daripada perarakan
Dari atas nampak kengkawan sedang berjalan-jalan santai melihat air sungai mengalir.
Ni rupanya mereka sedang mogok. Yang anihnya tu siap pasang khemah lagi dan diwaktu ini mereka sedang rehat untuk makan tengahari. Mogok yang tidak membahayakan orang lain. Protes tetap protes tapi secara aman.
Lunch di Itawon
Itawon merupakan kawasan dimana banyak kedai halal dan juga orang Islam terdapat. Dan ada satu masjid yang merupakan satu-satunya masjid di korea. Tapi jalan masuk ke masjid ni kecil. Oleh kerana pada hari pertama kami menaiki bas yang agak besar juga jadi kami terpaksaberhenti di jalan besar sebelum jalan kaki melalui jalan kecil ke tempat makan. Agak jauh juga lah sebab jalan mendaki bukit. Korea kan banyak kawasan yang berbukit seperti kita tenguk didalam dramanya.
Ni lunch kitaorang. Masa ni memang semuanya dah lapar sangat setelah banyak berjalan. Bagi yang pertama kali makan kimchi ada yang tak boleh telan. Manakala aku dah kali kedua rasanya boleh lah. Nak kata suka dan tak tertelan boleh lagi lah makan.
Selesai lunch kitaorang terus ke masjid Itawon yang berdekatan dengan kedai makan tersebut. Tapi tempatnya nun atas bukit. Ramai juga lah kami bertemu dengan orang Malaysia yang datang melancung yang singgah solat di situ.
Perjalanan di teruskan lagi. Kali ni kami di bawa melawat Muzium Peperangan. Macam-macam peralatan dan kenderaan yang telah digunakan semasa berperang malahan kapalterbang pejuang pun ada.
Ni sebenarnya ada tertulis sejarah silam korea. Tapi gambar yang di letakan cantik juga. Kiranya history bergambar semasa zaman perang korea dahulu. Malahan ada juga gambar tentera semasa dalam latihan. Kita sedia maklum rakyat korea diwajibkan menjalani latihan ketenteraan, dan masa kita orang pergi ni pelakon korea Hyun Bin sedang menjadi kegilaan ramai dan kami juga meminati lakonannya. Masa ni kecuh Hyun Bin nak masuk kem nak jalani latihan ketenteraan setelah habis berlakon dalam secret garden.
Ni muka-muka ngantuk dan penat. Ngantuk sebab tak cukup tidur, tahu je lah tidur dalam kapalterbang makcik Asiah kan kecik tempatnya jadi tidur pun tak nyenyak le. Kedai makan ni merupakan kedai India yang telah berkahwin dengan Orang korea. Dan pembantu dia pula perempuan Indonesia yang berkahwin dengan lelaki korea. Kak uda pandai cakap jawa rajin melayan bibik Indon tu bercakap. Kedai makannya kecil bila group kami masuk je terus penuh. Dan ramai juga pelajar Malaysia datang ke Itawon mencari tempat makan yang halal.
Ni lah kedai makan yang Nazmi dah booking buat kitaorang selama jenjalan di Korea.
Lokasi 5 - War Memorial
Labels:
Geng Ulat Buku,
Travel - korea
Location:
Seoul, South Korea
Subscribe to:
Posts (Atom)