Thursday, August 29, 2024

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia


               Selamat Hari Kebangsaan buat Malaysia.


MERDEKA MERDEKA MERDEKA.

yeh yeh yeh nak balik kampung. eh

MPOX TANDA DAN GEJALA JANGKITAN

                         


Assalamualaikum,

Sekarang tengah hot dengan penyakit ni. Walaupun dah ada kes tapi masih lagi terkawal. Cuma kalau boleh berhati-hati lah ye. Kalau ada tanda-tanda seperti di atas hah pergi lah ke hospital ye. 




Ini juga tanda-tanda yang terdapat jika di jangkiti.



Bagi mereka yang baru balik travel daripada negara yang di jangkiti hah kena alert sikit ye. Takut bawak balik virus dan merebakkan di malaysia. Macam Covid dulu. Bawa balik dari negara di jangkiti lepas tu terus merebak jadi wabak.


Aku tenguk yang daripada Afrika aduhaiiii menakutkan sekali. Almaklum lah mereka dari segi perkhidmatan kesihatan masih lagi mundur jadi memang terkesan lah bila ianya merebak.


Bagi golongan yang berisiko lagi lah kena ambil berat ye. 


Tanda-tanda dan gejala yang timbul bila telah di jangkiti.


Gambar yang aku tenguk kat internet. Menakutkan sekali. 




Sementara di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, mengumumkan sebanyak 31 kes mpox disyaki di Malaysia setakat semalam dengan 25 kes disahkan negatif manakala enam masih dalam pemantauan.

Kredit KKM dan kementerian luar negeri

Monday, August 26, 2024

Pejam mata Cafe di Bangi

 

Assalamualaikum,

Selepas penat merayap kat Floria Putrajaya kita orang pi cari makan lah. Oleh kerana Kak Jal ada jadi kita cari special sikit lah. Sebab lepas ni kak Jal nak balik Tangkak. Mula-mula kita orang nak pi Soru kat bangi sekali bila pergi tempat tu, parking penuh lepas tu dia bangunan 2 tingkat. Tempat makan kat atas. Oleh kerana macam tak sesuai jadi julie cari tempat lain. 

Friday, August 23, 2024

Gotong Royong di PBBR





                                         Seronok je semuanya nak pi gotong royong 

Assalamualaikum,

Oleh kerana BHT banyk lagi yang belum di sorting kali ni kita orang gotong royong lagi sorting untuk tahun 2019 pula. Bulan lepas dah setel tahun 2018. Jadi jom lah pi PBBR yang terletak di Ayer 8 dimana terletaknya stor ke dua kami. 

Thursday, August 22, 2024

Lauk biashe - biashe

 


Assalamualaikum,

Hari ni hari jumaat. Cc mila belajar buat singgang ikan tongkol style Terengganu dengan Aida. Lepas tu layan dengan tempoyak dan sambal belacan. Ada ulam timun dan buah tomato. Nasi panas-panas masak kat pantry. 

Perghhh semasa masak singgang tu bau dah sampai keluar walaupun pintu pantry dan tutup. Aduhaiiiii bila bau dah menusuk ke hidung ni....tak boleh jadi. Kena ngendap apa dah siap ke juadah hari ini.

Aku pula bawa buah nenas dan epal. Ada kuah Coleq beli kat FB. hehehehe Boleh lah try.




Hah ni coleqnya. Ada 6 jenis rasa. 

Tapi yang sedapnya ialah makan singgang ikan dengan tempoyak serta sambal belacan. perghhhhh menambah-nambah aku. Apa lagi dapat tempoyak digaul dengan sambal belacan.... menjilat jari. yum yum yum. Sedap. Nasi pulak panas-panas. 

Lepas tu layan nenas dengan coleq.... yum yum yum Alhamdulillah rezeki hari Jumaat. Terima kasih cc mila dan aida serta cc Shu. 


Wednesday, August 14, 2024

Proses penyediaan Carta Organisasi


Assalamualaikum,

Oleh kerana pperuntukan bagi membuat carta organisasi tiada, kami terpaksa beli white board dan yang lain-lain dalam shoppee. Manakala gambar mengunakan khidmat staff yang amatur dan yang pandai edit gambar. Kira-kiranya semua staff aku memang creative lah bab ni. 

Jadi satu hari di pilih untuk penyediaan gambar. Hah tenguk macam atas tu.... bilik mesyuarat,  kami jadikan studio gambo.....caya lah orang Rekod HPJ. Semua bertudung hitam dan memakai blazer. 


Touch up gambo sebelum di ambil.


Yang ni ada yang ala-ala mua... tolong cantikkan kawan


Senyum cc mila


Pn wawa tolong bagi cantik.


Contoh papan carta organisasi kami


Tu dia ko studio kecil kami. Abaikan lah alia yang tukang ambil gambar atas meja. hehehehehe


      Setelah siap gambar, hanim pula jadi tukang edit. Tada.....gambar kami semua. cun-cun belako


                                                                         Team LP

 

Tada......... setelah berbulan-bulan membuat penyediaan akhirnya siaplah carta organisasi pejabat kami. Terima kasih berkat kerjasama semua akhirnya siap lah .