Thursday, November 24, 2022

Memori PRU 15 - Segamat P140

 


Assalamualaikum,

Hah PM ke 10 dah tahu kan. emmm mengundi satu hari je dah dapat result ni nak jadi PM pun sampai melarat-larat. Masing-masing pertahankan depa ada majoriti. Keluar masuk Istana tak habis-habis. Pening Agong nak buat keputusan dan bagi restu.

Apa pun semuga Malaysia di lindungi dari apa juga anasir luar dan dalam yang nak memecah belahkan rakyat malaysia. Semuga Malaysia aman damai dan ekonomi semakin baik. Risau juga ni. Apa pun kita doa yang baik-baik. Allah kan ada. Semuga Allah sentiasa memberkati dan merahmati rakyat Malaysia hendakNYa. Aamiin.

 Macam biasa aku mengundi di Segamat. Jadi pagi-pagi lagi aku pun zoom ke Segamat. Tapi pagi tu hujan dan cuaca sejuk je. Jadi bila lalu menghala ke Jementah, Gunung Ledang di selaputi awan. Nyaman je mata memandang. Lama dah tak pi Segamat. Jadi terpegun aku melihat keindahan bumi Jementah dengan gunung Ledang yang gagah perkasa. Gunung Ledang memang kebanggaan kami rakyat Muar.

Ok kiranya ini cerita dan memori aku mengundi  bagi tahun 2022. Kali akhir mengundi tahun 2018. Macam biasa dapat le peluang aku datang ke Segamat sambil mengimbau kenangan lalu semasa bertugas di Segamat. Rindunya waktu-waktu itu. Rindu kawan-kawan yang dah macam saudara dan adik beradik gitu, kemesraan dan silaturahim yang sudah terjalin  selama ini. 

Kali ni memang aku rasa sedih sangat sebab kak Maryamah dan Kak Nani dah meninggal dunia. Kiranya kali akhir aku jumpa kak Mar adalah semasa menghadiri jemputan kenduri kahwin di segamat semasa kenduri kahwin anak kak Sal. Mereka berdua merupakan adik beradik dan meninggal selang beberapa bulan. Masa Kak Sal talipon aku bagitahu Kak Mar meninggal di Kuantan, kami menangis sama-sama . Lepas tu bila aku bagitahu Appu, Appu pun macam aku, kami menangis sama-sama. Ya lah kan bertahun kenal dari zaman muda sehingga mereka dah pencen.  Gurau-gurau usik mengusik..... Al Fatihah buat Arwah Kak Maryamah Ibrahim dan Kak Mariani Ibrahim. Semuga Allah ampunkan dosa mereka dan masukkn mereka ke dalam Syurga Firdaus. 

Jalan Muar ke Segamat dah cantik malahan dah ada highway tanpa toll. Bayang kan jalan bermula selepas jalan masuk ke tempat femes Air Terjun Gunung ledang, jalan daripada dua menjadi 4 lorong. Hah tak rasa macam kat highway ke. Seronok aku. Kalau dulu rasa macam jalan bengkang bengkuk dengan laluan  yang mendebarkan kalau nak memotong kenderaan lain. Kali ni hah boleh potong sesuka hati tanpa takut kenderaan depan datang menghadang. hehehehe. Tapi aku bawa santai-santai je sambil terpegun melihat keindahan bumi jementah. 

Sampai je kat Gemereh kat traffik light tu dah banyak kenderaan di tepi jalan. Jadi aku pun berhenti lah. Rupanya Sekolah Kebangsaan Agama. Tanya guard yang jaga laluan jalanraya kena masuk ke dalam. Ada 2 sekolah. Satu rendah dan satu menengah. Hah sudah yang mana satu ni.

Jadi bila masuk ke dalam dengan jalan sempit sebab itulah satu-satunya jalan keluar masuk Taman Bunga Raya. Masuk sekolah yang berdekatan. Sekali bila disemak rupanya Sekolah Menengah Kebangsaan. Kat dalam lagi. Jadi kena rempuh jalan yang sempit dan jem terjah le ke belakang pulak. Aku ada nampak ada 1 kereta menuju ke dalam. Hah ikut lah mungkin dia pun nak pi mengundi. Rupanya betul. Kali ni confirm tempat mengundi aku. Tapi apasal tak ramai orang.  

Jadi memang tak ambil masa yang lama proses pengundian. Pergi semak nama, lepas tu masuk ke dalam menunggu turn. Ada seorang sedang menunggu. Lepas tu aku pulak. Bagi kad pengenalan dan slip kecil. Dah jerit nama aku kuat-kuat baru dapat slip nak menconteng undi selepas dah dapat inai di jari yang seketul tu hah ala.....jari telunjuk ya bukan jari manis. hehehe




Ni calun-calun yang bertanding dan kita dah tahu kan resultnya. 

P140 SEGAMAT

1. Syed Hairoul Faizey Syed Ali(PEJUANG)

2. Tan Sri M Ramasamy (BN)

3. R Yuneswaran (PH)

4. P Poobalan (PN)


Selepas tu aku pun terus ke rumah kak Sal. Rindunya. Anak-anak kak sal semuanya balik mengundi walaupun ada yang kerja di KL dan JB. Kami sembang tak lama sebab nak ke rumah Appu pula. Appu bagitahu dia baru je baik dari kena Covid 19. Masuk wad selama 4 hari. Allahuakbar.....siannya Appu.

Bila call Appu dah balik rumah kami berdua pun ke rumahnya. Cadang nak pi rumah Kak Jah dan Pak Rusli  lepas tu.

Masuk bandar Segamat....wah dah banyak berubah. Laluan keretapi dah jadi bertingkat....jadi dah tak kena banjir lagi lah. Lepas tu masuk Bandar Segamat Baru dan bertambah Taman IOI lah pulak. Aku hentam saje jalan masuk ke rumah Appu sebab dah banyak berubah. 

Masuk 1 jalan tu aku dah cuak mana rumah Appu ni. Sekali nampak ada pintu pagar 2 pintu aku pun berhenti depannya. Talipon Appu hah betul lah. Dulu depan rumahnya pokok Kelapa sawit sekarang dah ada taman perumahan baru. Tu yang aku ingat-ingat lupa. Rumah Appu memang yang hujung dan dia beli rumah sebelah bila tuan rumah nak jual. Jadi rumah dia 2 buah le tu yang pintu pagar panjang je.  


Aku dengan Kak sal dan keluarga Appu.

Kami hanya berbual di luar je sebab Appu tak sihat. dapat berbual sekejap pun jadi lah. Aku ajak dia ke rumah Pak rusli tapi dia tak nak. Nak rehat je. Dia pun tak pasti Pak Rusli ada di rumah atau di rumah anak-anaknya.

Tenguk Appu macam ni emmmm sebelum balik kami nangis sama-sama bila bercerita tentang  Arwah Kak Mar. Sembang sekejap je sebab dia pun nak rehat. Sedih juga bila aku nak balik. Sebab kami tak pasti ada umur lagi ke tidak di lain masa dapat berjumpa lagi. 

Masa aku minta diri nak balik Appu menangis dan kami menangis sama-sama. Masing-masing rasa adakah lagi umur dapat berjumpa lagi. Kata Kak sal jarang tenguk orang lelaki menangis. Jadi memang sayu je kami bila nak masuk dalam kereta.


Sembang jauh-jauh. 

Selepas tu kami menuju ke Kampung Jawa menuju ke Taman Mega. Aku ingat-ingat lupa jalan ke rumah Kak Jah dan Pak Rusli. Tapi lalu je depan rumahnya dan tak pasti yang mana satu. Tak ada orang yang keluar jadi tak boleh lah nak tanya. Akhirnya aku hantar Kak sal balik ke rumahnya.


Bersama kak Sal di rumahnya.



Bersama Kak Sal dan anak-anak daranya. Alhamdulillah Yana dan Nisah dah kahwin. Abang Zaki pun dah pencen. Cuma belum ada rezeki dapat cucu je. Syukur aku ada lagi rezeki dapat jumpa Kak Sal dan anak-anaknya. Walaupun ralat tak dapat jumpa Kak Jah dan Pak rusli. INsya Allah ada rezeki nanti aku cari mereka lagi. Sementara masih ada umur ni dapat jumpa sekejap jadilah. 


Segamat bukan pekan cowboy lagi ye. Dah banyak perubahan. Rindu waktu dulu-dulu semasa mencari rezeki di sini. Teringat naik kenderaan pejabat pi bandar sekali ada roadblock dan orang yang menahan tu crush aku dari mula-mula aku datang Segamat sampai sekarang eh.... teringat lah pulak. Dapat tenguk orangnya pun jadi le. Tak pun dapat tenguk bangunan Balai Polis Segamat pun jadi lah hahahahahaha 


Akhirnya perjalanan balik ke Tangkak sambil mengimbau kenangan lalu. 


Hah tenguk macam aku kata mula-mula tadi jalan Muar - Segamat 4 lane ye. Balik ke Tangkak dapat tenguk GUnung Ledang yang cantik menawan. 

Alhamdulillah akhirnya aku dapat menjenguk ke Segamat sambil menunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia di Pilihanraya ke 15 ini sambil mengeratkan lagi silaturahim. Sedih sebab aku tak ada peluang lagi jenguk Arwah Kak Mar. Apa pun aku seronok sebab dapat jumpa Kak sal dan Appu. Semuga ada rezeki dapat berjumpa lagi. Amiin.





Wednesday, November 16, 2022

Kempen di sana sini - PRU 15

 

Assalamualaikum,

Meriah sungguh suasana sekeliling ketika ini sebab di mana-mana saja banyak poster dan bendera yang melambangkan parti yang bertanding. Cantik juga bila ada warna biru, light biru, merah, putih hah apa lagi warna yang ada. Dek penangan pilihanraya yang ke 15.

Kat area Putrajaya hah dekat roundabout terbesar tu masa aku balik dari Seremban hah ko terpampang gambor Datuk Dr Radhi Jidin. Sebelahnya baru nampak Ku Nan. Putrajaya aku tenguk ada 6 calun yang akan bertanding tapi di sepanjang jalan keliling Roundabout tu warna biru dengan light biru bergandingan bersama-sama. Pergh sakan ko. Kalau sekeliling semuanya pasang bendera mesti cantik putrajaya.

Bagusnya mereka yang pasang bendera sebab bertolenransi dengan calun lain yang dah ada malahan diletak berdekatan. Hah baru lah cantik. Berkempen secara berhemah gitu.Kadang cantik juga bila ada pelbagai warna bendera yang di pasang mengikut calun yang bertanding.

Dan hari ni kat cafe E7 pulak Datuk Dr Radhi Jidin belanja orang yang makan kat cafe E7. Masa aku  turun nak beli makanan untuk lunch takde lagi  sebab masa tu takut makanan habis kita orang turun cepat dalam pukul 12. Sekali bila dah pukul 1 katanya Dr Radhi Jidin belanja .... wah habis roti kat rak cafe licin. Amboiiiii Hj Jelani tokeh cafe apa lagi sengeh lebarle  sebab barang jualan dia laku. Makanan licin dan macam-macam lagi yang ada dalam peti sejuk semuanya licin. Kempen orang nak bertanding kan. Masa ni semuanya nak belanja. 




Ni semasa balik kerja semalam. Nampak biru je tapi selang seli light biru pun ada. Yang lain aku tak nampak.


Oh ada warna lain tapi tak banyak 


Ni area jalan bunga raya


Ni calun area pandan



Hah yang ni cantik sebab semua warna ada. Biru, merah  dan putih

Tapi yang aku tak tahan tu bila sampai simpang masuk jalan ke Taman Melur dan Taman saga, hah tu dia terpampang gambar Rafizi Ramli calun Pandan sebesar-besar iklan gambar dia. Bayangkan sebesar alam ko dari bawah sampai ke atas pokok.

Besok cuti moh le kita balik kampung pi mengundi. Aku mengundi di Segamat. Sebab dulu daftar di Segamat. Kiranya ni balik mengundi sambil mengimbau kenangan lalu serta berjumpa kawan- kawan yang masih ada di Segamat.

Semuga undian kita kali ni dapat memilih calun yang betul-betul berkhidmat untuk rakyat. Semuga Malaysia mendapat pemimpin yang betul berkhidmat demi negara dan rakyat Malaysia. Aamiin

Mari lah mari kita mengundi eh ternyanyi lah pulak




Bengkel Latihan Pengekodan ICD 11

 

Assalamualaikum,

Lama tak pi outstation. Tiba-tiba nama naik lah pulak kena pi Seromban bengkel ICD 11. Alahaiiiii malas betul dah hujung-hujung tahun ni pi bengkel. Lepas tu ada exam lah pulak.....huhuhu dah lama den tak buat koding banyak lupa lah apa lagi dah ada version yang terkini.

Monday, November 14, 2022

Port best makan dan lepak di Sg Abong Muar

 


"Port Best makan dan lepak kat Sg Abong Muar"

Gaisss, korang yang belom sampai, kene set time singgah sekali kat sini. Pelbagai aneka menu dan hidangan disediakan berkonsepkan medan selera..
Lepak dgn suasana santai sambil menikmati hidangan2 yang enak kat sini lalu dijadikan kenangan indah bersama sahabat dan family..
Landmark kami belakang hospital Muar jalan Sg abong, kalau dari hospital masuk jalan sg abong depan sikit je dah nampak kedai kita belah kiri (depan ade bangunan tengah di buat)
Google maps
Markas Food Court
010-790 4535
Waktu operasi
Setiap hari 5.30 ptg hingga 11.30 malam.
Cuti hari rabu..

Thursday, November 10, 2022

Elak Tekanan semasa Musim Banjir


 Kredit post master KKM

Assalamualaikum,

Buat semua yang tempatnya selalu di landa banjir bersiap sedia lah ya. Jangan stres-stress tapi kalau aku kat tempat mereka pun memang stress le. Ya lah banyak benda nak kena buat. Selamatkan barangan di rumah, kenderaan dan keluarga. Huh memang stress.... mana lagi nak larikan diri dari banjir. Apa pun semuga semuanya di permudahkan Allah. Semuga semua tabah menghadapi musibah tersebut.

Tip Keselamatan Makanan Semasa Banjir


Kredit : post master KKM 


Assalamualaikum,

Semalam dengarnya kawasan Meru banjir berlaku. ada staff aku yang sangkut nak datang kerja sebab berada di tengah-tengah kawasan banjir. Rumah dia tak naik air tapi kawasan sekliling yang naik jadi tak dapat lepas ke putrajaya.

Semuga semuanya yang terkena musibah banjir ni di permudahkan urusannya. 

KKM ada ada bagi tips dari segi keselamatan makanan semasa banjir. Almaklumlah kadang dah banjir makanan ada yang tidak sempurna dan ada yang di jangkiti bakteria. Hah lagi susah. Dah le kesejukan menghadapi banjir, lepas tu makanan pulak tercemar. Allahuakbar.

Jadi jaga diri semua time musim hujan ni. Musim hujan dan juga musim pilihanraya. Dah tahu nak musim banjir tak sabar-sabar juga nak berpilihanraya. Macam le kalau tangguh tu dunia porak poranda terutamanya Malaysia. Sekarang kita guna kuasa kita memilih pemimpin yang boleh mentadbir negara dengan  jujur dan penuh intergriti demi kerana rakyat bukannya kerana kuasa dan penuhkan poket sendiri.  Kadang muak le tenguk drama politik di sana sini. Dah le ekonomi Malaysia tidak menentu. Barangan pun semakin mahal dan sekarang ada trend nak naikkan barangan tertentu dengan kurangkan stok sehingga harga naik mencanak-canak sebab tiada stok. Bila dah naik eh ada lah pulak barangan tersebut. Hish hish geramnya. 

Tuesday, November 8, 2022

Majlis Perpisahan Encik Mohd Rosli dan birthday bulan Sept dan Okt


Kek birthday bulan Sept dan Okt

Assalamualaikum,

Hari Isnin minggu lepas kami buat  jamuan kecil-kecilan, majlis perpisahan buat Encik Rusli yang dapat bertukar ke Jabatan Perangkaan Selangor. Dulu Encik Rusli memang bekerja di Shah Alam malahan telah membeli rumah di area situ. Bila naik pangkat kena pindah ke Putrajaya emm memang jauh lah. Dan menjadi masalah pada Encik Rusli ialah dia ada penyakit mudah terlelap semasa memandu. Walau bagaimanapun kerana tugas kena lah hadapi. Malahan pernah accident semasa memandu motor. Jadi permohonan pertukaran tersebut dah lama lah di pohon dan akhirnya asyik kata dapat tukar je akhirnya Allah makbulkan doa dia. Memang Encik Rusli gembira lah akhirnya dapat bertukar walaupun sayang nak tinggal kan kawan sekerja.

  


Matron bancuh cocktail. 


Tu dia kalau letak ais emmm memang walah le. Aku dapat rasa secawan je sebab bila tenguk lagi eh dah habis padahal bahan-bahan dia Matron buat sampai 2 bekas sebab banyak.  


Ayam bakar.....sos dia emm sedap

KIta orang buat jamuan lunch hour sebab Big boss sibuk. Jadi Chief kelab order makanan tengahari dengan katering Arafat. Sedap lauknya.
 


Daging masak lomak cili api



Sambal goreng


Yang ni memang tak tahan. Sambal budu dengan cili sebiji-biji. Licin kau walaupun aku tak makan pun. Ngeri tenguk cili api dia.


Yang ni hah tu dia minyak sebakul....sambal macam sambal penyet. Tapi kita orang buang sikit minyak atas nya tu.

Selain daripada menu diatas ada juga ulam-ulaman timun, bendi rebus, ulam raja. Layan dengan sambal penyet tu lah

Matron ada tapau bawa balik sambal ni. Dia kata dia campur dengan ikan goreng sedapppp. Tak pedas sangat. Macam sambal penyet gitu. 


Team belakang order spageti.....nampak tak atasnya. Penuh dengan seafood. Tapi dalamnya hanya spageti. Bila orang yang mula ambil hah memang di korek atasnya lah sehingga orang yang akhir hanya dapat spageti je. Makan dengan ni lepas tu layan dengan masak lomak cili api dan sambal yang lain fuh berdesing telinga kepedasan. Tapi sodap.



Aktiviti sebelum acara bermula. 


Antara yang hadir


Encik Rusli sedang berucap. Yang pakai baju putih.



Kat depan tu ada meeting yang dipengerusikan oleh pengarah. Jadi kami terpaksa pasang penghadang supaya orang luar tak nampak kami berjimba membuat jamuan.



Meraikan yang bertukar dengan birthday bulan Sept dan oktober.

Selamat berjaya Encik Rusli.


Monday, November 7, 2022

Nasihat kepada orang ramai yang hadir kempen PRU


 kredit page KKM


Assalamualaikum,

wah bahang pilihanraya semakin hangat setelah pencalunan dibuat pada 5hb yang lalu. walau pun hebat berkempen kena jaga diri ya. Sebab tenguk ada peningkatan kes yang positif. 

Kempen tu kempen juga tapi kalau dah bersesak-sesak tu emm kena ingat diri juga lah ye. Orang lain yang menang semasa bertanding tapi ko terbongkang sakit sebab postif covid.hah sapa susah.....diri sendiri juga.

Buat semua kita amalkan 3 W ya

1. Wash

2 Wear

3. Warn


Lepas tu kalau rasa tak siaht hah buat TRIIS pula ya.

T - Test atau buat ujian covid

R- Lepas tu report kalau positif

I - kalau confirm hah buat pengasingan diri atau kurantine

I- maklum kan pada saudara mara atau keluarga tersekat

S - kalau teruk sangat dapat kan rawatan 


Buat semua yang aku sayangi  jaga diri semasa berkempen ya dan semasa mengundi.

Sunday, November 6, 2022

Persediaan Sebelum Banjir bagi Pesakit Kronik

 



kredit page FB KKM

Assalamualaikum,

Hah musim banjir dah mai apa lagi musim mengundi yang sedang kencang berlaku. Tapi sebelum banjir hah kita buat persediaan dulu ye terutamanya yang sakit kronik tu. 

Ahli keluarga kena lah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sebab banjir berlaku secara tiba-tiba. Apa pun kena siap siaga lah keluarga yang mempunyai ahli yang tidak sihat atau pun OKU.

Jaga diri semua   

Thursday, November 3, 2022

Saringan Kesihatan Buat warga IPKKM


 Assalamualaikum,

Pagi ni kat auditorium ada aktiviti saringan percuma buat warga KKM. Apa lagi aku dan geng belakang pun pagi lagi dah naik tingkat 8. Tapi tu lah bila kata buat saringan je....hah hati aku jadi berdebar-debar.  Tapi bila matron siew ajak emm ok lah jom kita buat saringan percuma.


Changgih ko bila buat pendaftaran. Cuma guna kad pengenalan je dah boleh daftarkan diri.  Tapi ada lah staff yang tunjukkan camne nak guna. 

Jadi masukkan kad pengenalan dalam tempat dia. Ala macam kita pi cucuk duit tu kat atm hah tapi ni kita pi cucuk kad pengenalan. Hah salah cucuk dia tak boleh baca kad pengenalan kita. Hah camno nak daftar. Sebab ada depan aku mesin tu tak leh baca kad pengenalan dia. Mungkin sim kad pengenalan dia ada masalah. Jadi ketepi dulu , jadi aku pulak dapat no register awal dari Matron padahal kami beratur sama-sama cuma sebelah menyebelah je.  Ada 2 mesin di depan dan 2 mesin pendaftaran di belakang. 

Sister siti, iza dan anne dah sampai dulu jadi dapat nombor cepat. Tapi aku Matron siew dan Dd terlambat jadi bila sampai kat mesin pendaftaran tu di depan berderet orang beratur. Jadi kami ke belakang. Dapat lah aku nombr 2046.


Lepas tu pi meja pendaftaran selepas dapat nombor. Sebenarnya ada form yang kami perlu isi tapi kami dapat semasa menunggu nombor naik. Jadi jenuh le isi form.Form tu senang ikut je  flow dia.


Dah dapat nombor register moh le kita tunggu nombor naik. 



Sebelum nama di panggil



Masa ni baru berapa orang yang di panggil. Jadi belum ramai lagi.


Akhirnya nombor aku yang di panggil. Kat sini dia tanya history kesihatan kita. Lepas tu ukur ketinggian dan berat badan. huwaaaaa berat naik huhuhu 


Lepas tu check BP. Aku dah le berdebar-debar masa datang, lepas tu  kain balutan mesin tu tak boleh baca.  Akhirnya guna alternatif lain tapi huhuhu bp yang atas tinggi. Sistolik bacaan yang diatas tinggi dari 120 dan yang diastolik bacaan yang dibawah 80. Yang bawah ok tapi yang diatas huhuhu 


Selepas tu cucuk darah tenguk bacaan gula. Aduhaiiii patutnya pagi tu tak perlu sarapan baru buat test tapi dek terlupa dah siap sarapan dan dan minum air baru check darah. huhu memang le naik. Tapi risau juga ni sebab bacaan tinggi. Kena kurangkan gula ni. Patutnya ada juga check kolesterol tapi peralatan terhad. Yang mula-mula je dapat cehck tapi bila sampai kat aku dah habis. hish patutnya bawa le banyak sikit. 



Matron sedang check BP.

Selepas tu jumpa doktor pula. Oleh kerana aku dah ada setiap 6 bulan appoitment Doktor kat klinik kesihatan jadi tak perlu le rujuk ke klinik kesihatan.  Ikut je appoitment yang ada. 

Selesai terus data kesihatan yang kami buat tadi dimasukkan dalam Hrmis. Yeh dah selesai saringan kesihatan. Sekarang kena pantau BP dan gula serta berat badan. Huwaaaaaaa.


Selain daripada saringan kesihatan ,ada juga aktiviti CPR dan ada bahagian di luar kesihatan mental. Ada juga kesihatan wanita tapi aku tak pi. Dan ada juga check kesihatan dari segi perubatan Islam. Sebab Iza ada pi jumpa. Ada ustadz yang check dia. Sebab dia mudah tarik angin dari orang lain lepas tu sendiri yang tanggung angin tak sihat orang lain. Kata dia ada benda lain juga yang menumpang dalam diri dia. huhuhu seram pulak aku.

Ok begitu lah ujian saringan kesihatan yang kami hadiri pagi ni.