Monday, June 25, 2018

Selamat Hari Raya dan kad ucapan


Assalamualaikum,

Selamat hari raya buat semua. Amacam raya tahun ni. Mesti seronok kan. Aku ni alang-alang raya cuti tak banyak songeh tapisannya jadi hah berdezup aku ambil 2 minggu. emm ni baru naik kerja setelah 2 minggu cuti raya rasa macam nak cuti lama-lama tapi bila teringat kerja yang masih tak siap-siap jadi bersemangatlah hari ni nak pergi kerja.

Ala lupa sebelum tu nak minta maaf seandai ada kata bicara ku yang mengusik sanubari kalian. Aku ni hanya insan kerdil yang banyak kesilapan. Apa pun aku maafkan semua dan kalian maafkan aku juga ya. Kiranya kosong-kosong lah ya. Hidup ini terlalu singkat untuk kita penuhi dengan perasaan hazad dengki, dendam dan tidak puas hati dengan semua orang. Setelah sebulan berpuasa semuga hati kita bersih dan suci dari segala perasaan yang tidak baik kepada sesama insan. Memaafkan orang lain akan membuatkan hati kita tenang dan tenteram. Semuga Allah mempermudahkan urusan kita.

Seminggu sebelum cuti tiba-tiba dapat kad raya dan sampul duit raya ko. Haiiiii ada juga orang yang ingat aku ya. Apa pun terima kasih lah adik kacok bergaya yang mengirimkan kad raya buatan tangan dia sendiri. Pandai sungguh kan. Kreatif dan berseni sungguh tangan SS. Terima kasih adik SS. Semuga Allah sentiasa memelihara dan melindungi SS, JM dan HH walau dimana berada.



          Tada......kad raya pertama aku dapat. Toche toche toche. Cantik kan kasut SS tu. Cun sangat tapi mata aku  cuma nampak kasut warna biru je.



            Ni  kad raya kedua dan sampul duit raya daripada Kembara Umrah JDT yang aku ambil pakage umrah tahun lepas. Bagus KUJDT ni sebab dah berapa bulan ukhwah diantara kami masih berterusan dan macam-macam ilmu kami terima melalui whasap walaupun dah berbulan balik tanah air. Masing-masing menanamkan niat kalau dapat pergi lagi dan mendapat undangan dari Allah akan mengambil pakage KUJDT lagi. Semuga doa kami semua Allah perkenankan, Aamin. Rindu nak ke Mekah dan Madinah lagi.

Monday, June 4, 2018

Kembalinya penulis Melur Jelita dan Penulis Imaen ke alam abadi


 Assalamualaikum,

   Dunia penulisan novel Malaysia di kejutkan dengan berita kematian penulis Melur Jelita pada petang Jumaat pada 1hb June 2018 baru-baru ini. Dalam bulan Ramadan bulan yang mulia di hari yang mulia juga. Dalam facebook Arwah sebelum tu ada  yang memohon doa semuga Arwah cepat sembuh setelah sakit demam yang teruk sehingga dikomakan selama 15 hari. Tapi takdir Allah lebih mengetahui segalanya. Akhirnya Arwah menghembuskan nafas terakhir pada petang tersebut.

  Aku terkejut sebab bagaikan terimbau memori semasa pesta buku baru-baru ini yang terserempak dengan Arwah semasa melalui booth nya. Arwah yang tegur kami. Peramah dan baik orangnya. Banyak juga novelnya di bawah penerbitan Karyaseni yang laris dan ada juga yang telah di jadikan adaptasi drama. Kawan aku kat pejabat memang peminat novel Arwah.


Gambar dari google


Antara novelnya yang laris.

Selang sehari selepas kematian Arwah penulis Melur Jelita, keluarga Jemari Seni pula terkejut dengan pemergian penulis Imaen.  Penulis Imaen ni sebenarnya suami Kak su aka Noor Suraya juga seorang penulis juga. 

Masa aku dapat call dari Nawwir, petang Ahad tu sedang sibuk nak masak untuk juadah berbuka. Terkejut sangat. Tergamam sekejap bila dapat perkabaran tersebut. Kali akhir pun terjumpa semasa pesta buku. Rupanya hari Sabtu dah masuk hospital Annur di Bangi sebab demam panas. Tu pun kata Nawwir demam on dan off dah beberapa hari. Agaknya dah tak tahan baru pergi hospital. Bayangkan kalau demam suhu sampai 40'C. Lepas tu jantung berdegup laju. 

Urusan pengkebumian dibuat pada pagi Isnin dan dikebumikan di Bangi. Aku dan geng ulat buku sempatlah menziarah Arwah memberi penghormatan terakhir buat Arwah.  Tapi yang tak tahan tu bila memandang wajah Kaksu yang nampak begitu tabah kehilangan suami tercinta yang sentiasa bersama selama ini. Hanya Allah ja yang tahu perasaan Kak su didalam. Semuga Kak su tabah menghadapi ujian ini.

Buat mereka berdua hanya Al fatihah ja yang dapat aku sedekahkan. Semuga Allah mengampunkan dosa kalian dan ditempatkan kalian bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Meninggal di bulan yang mulia bulan Ramadan.   

Al fatihah


                                                                           Ambil dari google

                                                                       Antara novel Imaen terbitan Jemari Seni.