Monday, November 26, 2012

Data hilang rasa nak pengsan



Assalamualaikum,

Aduhai rasa nak menangis je mengenangkan cpu aku yang sakit. Bayangkan seminggu cuti masa Deepavali tu sampai la ni aku masih dok teringat-ingat data yang entah boleh dapat balik atau tidak ni. huhuhuhu sampaikan demam dan batuk tak baik-baik dek kerana risau dengan Cpu aku yang sakit tu. Bayangkan 1 drive G tak boleh conected dan 1 drive tu adalah kerja aku selama berpuluh tahun di KKM. huhuhuhu camno le nak trace balik ni. Dah rasa macam habis semua usaha kerja aku selama ini. Dah lah format contoh aku tak simpan, yang dah aku merging pun elek juga. huhuhuhu habih camno ni. Dah hujung tahun, nak siapkan laporan tahunan lagi. Bayangkan separuh bulan kedua aku dah merge siap semuanya dah tally tinggal nak siapkan separuh bulan ke 2. Ayoyo ama apa.

  Yang aku bengang tu BPM tak boleh buat dan secara kebetulan pulak pihak Vendor Edaran Sdn Bhd dah habis kontrak. Bila tak boleh buat dia suruh kita cari vendor luar untuk baiki. Mana lah kita orang tahu vendor baiki CPU. Minta tolong dengan Julie, dia kata boleh trace balik sebab dia pernah kena malahan 1 hari 1 malam dok on komputer nak trace balik data yang hilang. Dia punya data lagi lah, jenis yang lagi penting daripada data yang aku kumpul. Maklum ler Audit Negara katakan. Aku ni cuma data kesihatan je.  Tapi tu lah dia tak boleh tolong sebab lain kementerian.

  Tak puas hati hantar balik pada BPM, tapi hasilnya tetap sama juga malahan drive C pulak dah berbunyi-bunyi. Entah apa lah yang dia godeh agaknya sampaikan drive C pun dah nak corupt juga. Contact pihak Edaran, alhamdulillah staf dia Suhadi tu nak datang tolong tengukkan. Tapi em sedih juga bila dia tak boleh trace juga data dalam drive G tu. huhuhuhu lagi lah aku dah rasa nak pitam. Sambil save baki yang ada dalam drive C sambil nangis. Sedih lor kenangkan kerja yang hilang, rasa penat sangat bila hasil usaha kita selama ini zaz hilang begitu saja. Sekali bos pulak menjenguk, apa lagi terpaksa lah bagitahu apa yang dah aku alami sambil nangis-nangis. 

 Apa lagi terpaksa lah kena masuk bilik dia dengan bos kedua dan bos Medical care. Kena marah, kena kata aku degil la apa lah, aku nganguk je lah. Dah memang salah sendiri, nak nangis mata darah pun dah tak boleh buat apa pun. Solutionnya nak minta tolong Mimos pula macamana, mungkin depa lagi terer dari Edaran. Tapi tu lah makan masa lagi ni. Buat masa ni belum selesai lagi masalah tu samada boleh trace balik atau tidak data dan semua kerja aku selama ini. Ya Allah semuga semua kerja hasil titik peluh aku selama ini jika ianya rezeki halal yang aku buat semuga ianya dapat kembali pada ku. Amin   

 Ni lah drive yang aku tenguk masa Julie buka CPU aku. Rupanya ada 2 drive iaitu C dan G. Patutlah masa dapat CPU baru dulu, dalam tu ada drive G yang mana semua data daripada PC lama aku transfer semuanya dalam CPU baru yang dalam tak diam dah hampir 3 tahun lebeh aku dapat. Malahan ianya lebeh besar ruang dalam drive G tersebut. Sebabnya bila transfer dari pc Fujitsu spacenya hanya suku je. Dan bila transfer dari Dell dengan kapasiti yang lagi besar hanya separuh suku je padahal aku banyak simpan fail yang besar-besar. Sebab tu lah aku nak nangis sebab banyak data semuanya yang aku  dah simpan.   

Tuesday, November 13, 2012

Ulangtahun yang ke 3 tahun




Assalamualaikum,

 Wah diam tak diam dah berusia 3 tahun rupanya blog saje suka-suka ni. Dalam pada kadang rajin, kadang malas, kadang entah apa-apa merapu-meraban, kadang mengimbau kenangan lalu, sekali bila tenguk masa pembukaan blog rupanya 13hb November 2012 ni usianya 3 tahun. Kalau lah ada anak dah semakin membesar dan semakin nakal agaknya baby aku yang berusia 3 tahun kan. Apa pun diam tak diam dah banyak juga yang aku coretkan dalam blog aku ni. Pada mulanya ianya hanya sekadar mencoret rasa untuk tempat sessi meluahkan perasaan dan akhirnya ianya juga coretan perjalanan kehidupan yang aku lalui, dan kekadang perjalanan tempat-tempat yang telah aku lawati. Walau pun  banyak sangat gambar yang aku tepekkan tapi sesekali aku suka baca balik dan ingat balik tempat-tempat yang telah aku pergi. Semakin banyak kita berjalan semakin bersyukurnya kita sebab dapat melihat kehebatan dan kecantikan hasil ciptaan tuhan yang begitu hebat dan cantik yang tidak terdapat di tempat kita. Sebab itu ada perpatah yang mengatakan jauh berjalan luas pemandangan. Apa pun rezeki yang Tuhan beri selama ini, aku rasa bersyukur sangat dengan limpah kurnia yang tidak terhingga yang telah Allah kurniakan kepada hamba nya yang lemah ini. Apa pun semuga Allah mengurniakan dan melimpahkan rahmat dan keberkatan serta kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan yang penuh onak dan duri ini. Semuga ianya memperkuatkan lagi ketabahan dan kekuatan diri aku dalam mengharungi cubaan dan dugaan kehidupan. Amin     

 Bertepatan dengan Hari Deepavali pada hari ini aku juga mengucapkan Happy Diwali buat kengkawan seperti Vanaja (opismate), Appu dan Meenakar (ex-opismate semasa di Segamat).

Wednesday, November 7, 2012

Exam SPM punya cerita

Dewan peperiksaan

Assalamualaikum semua,

Wah cuaca hari ini baik nampaknya. Semuga mangsa-mangsa banjir di 4 negeri dan terutamanya di kampung akak aku kat Parit Sulong, Batu Pahat tu beransur pulih. Hari tu masa aku call Kak Ijah, keliling rumah dan dapurnya dah penuh air. Kak ijah tengah pening nak pindah ke rumah anaknya atau ke pusat pemindahan di sekolah Agama, dimana dah ada orang yang dipindahkan. Kesian Kak ijah, ialah dengan sakit kaki lagi, banjir lagi emm macam-macam.

 Minggu lepas sudah bermulanya peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia. Dan minggu ni pula minggu akhir sekolah dan minggu depan akan bermulanya cuti sekolah penggal ke3. Bila tenguk budak-budak sekarang pergi periksa teringat pulak aku masa zaman-zaman dolu-dolu yang dah berpuluh tahun ditinggalkan zaman persekolahan masa nak periksa SPM. Dolu-dolu kalau nak lulus mesti target dapat pangkat 1 dan 2 ya bukan pangkat 3 dan 4 atau SAP. Pangkat 1 dan 2 boleh lah sambung belajar di Universiti ya. Sekarang orang dok kejar dapat berapa banyak A. Emmm aku pun dah tak tahu skema kelulusan sekarang macamana.

 Dulu sebelum periksa ada ujian lisan dan amali sains ya. Masa tu aku dalam aliran sains jadi amali sains 3 subjek tu lah yang kita orang selalu bengang. Tapi dalam 3 subjek sains aku suka biologi lah daripada fizik dan kimia yang buat peningkan kepala. hahahaha. Tak sangka aku dapat masuk aliran sains sebab bab matematik memang ler aku out. Tu sebab matematik tambahan aku tak ambil pun cuma Matematik je.

 Bila cerita pasal ujian lisan dan amali ni em budak asrama macam aku dan geng kengkawan aku memang banyak cerita lucu yang kami tempuhi. Kadang bila teringat emmm sengeh sngsorang tapi tu lah pengalaman yang tak akan di perolehi bila kita dah kerja. Jadi buat pelajar-pelajar sekarang tuntutlah ilmu sehingga berjaya, bukannya pergi sekolah nak main-main dan sekolah hanya nak menghabiskan harta mak bapak ja. Masa belajar ni lah nak kena belajar betul-betul agar memperolehi markah yang bagus dan dapat melanjutkan pelajaran di Universiti. Bila dah terlepas semua tu nak menyesal pun dah tak guna. Jadi ambil lah peluang belajar ni semasa masih muda. Selalunya selepas habis Sijil Rendah Pelajaran, masa zaman aku dulu SRP ya sekarang ni PMR. Dapat naik tingkatan 4 selalu fikir tahun rehat sehingga lah masuk tingkatan 5 baru dok pulun belajar sebab akhir tahun dah exam, Apa lagi ianya yang menentukan arah tujuan kita selepas habis sekolah.

 Hish aku ni asyik merapu meraban je padahal nak cerita kisah lucu masa aku ambik SPM dolu. Terutamanya masa ujian lisan BM dan amali sains Biologi. Pertengahan bulan rasanya em lupa bulan apa tapi pelajar SPM dah kena bersedia nak ambil ujian lisan. Yang aku ingat cuma ujian Lisan Bm ja yang BI tak pasti samada ada ambil atau tidak tapi yang aku ingat Ujian Lisan BI masa tingkatan 3. Ok masa tu minggu bagi huruf N dan geng yang sama kena ujian lisan ialah aku, Azah, Norkhanifah, Norhalina Md Noor, Norhaliza Hamzah, em siapa lagi ya geng asrama yang pangkal nama N em aku dah lupa. Tapi pada hari kejadian tu pagi lagi dah bersiap sedia, aku ingat aku dengan Anifah ja. Jadi kami pun sama-sama lah dari asrama tu menuju ke sekolah yang hanya bersebelahan sahaja. Dan kebetulan masa tu kami melalui ampaian asrama berhampiran dengan bilik air sebelum kami keluar melalui pintu kecil asrama untuk ke sekolah. Jadi dengan selambanya sambil membawa beg sekolah sambil bersembang sambil tangan memegang tuala sebab fikir nanti nak lalu ampaian boleh lah sidai nanti tengahari balik sekolah dah kering. Jadi sembang punya sembang sebab tengah gemuruh ni nak ujian lisan, ialah ujian lisan ni macam kena pergi interview gitu. Ada 2 orang cikgu dari sekolah lain akan menginterview kita samada tentang pelajaran atau pengetahuan am. Jadi tentulah kecut, seram, gementar dan macam-macam lah rasa. hehehe. Sebelum tu member aku Aini dah lepas dah sebab dia pangkal A jadi dah tahu lah macamana dan soalan apa kena soal.

  Sembang punya sembang kita orang sampai kat kantin dan lepak situ dulu sebelum start pukul 9. Sekali masa aku letak beg.. eh apa yang berbulu kat tangan ni. Sekali aku tenguk hah towel busyuk aku, elok je atas lengan aku. huhuhuhu. Camna ni? Adeh aku pun tunjuk lah kat Anifah. "Laaa towel orang ni, aduhaiii pasal lah lupa nak sidai tadi". Si anifah pandang muka aku, pandang towel aku.. lepas tu dia bantai gelak kan aku.  huhuhuhu Sabo je lah aku, aduhaiiiii, orang dah lah panik nak ujian lisan ni ada adegan tak di ingini pulak berlaku. Nasib baik orang sekeliling kat kantin yang penuh dengan pelajar lain tu tak perasan kalau aku terbawa towel busyuk aku ke sekolah. Aku pun cepat-cepat lipat dan masuk dalam beg. Balik lepas ujian lisan nanti baru jemur. Rupanya bila balik hostel tengahari tu aku jadi mangsa gelak dek kengkawan.. hehehehe sabo je lah Ops lupa masa ujian lisan tu kena tanya pasal kereta nasional. Masa tu dah ada perancangan nak buat kereta buatan sendiri tapi masa tu belum keluar lagi jadi bila kena soal masa akan datang tu entah apa lah aku jawab ek. Aku dah lupa dah. Tapi dek kerana soalan tu sampai la ni aku menyokong kereta buatan malaysia buktinya aku dah beli 2 kereta dan keduanya adalah kereta buatan malaysia iaitu Proton Saga versi yang pertama dan Proton Sawwy. Apa pun aku tetap bangga dengan kereta buatan malaysia.

 Ok sambung semula. Yang tadi tu pasal ujian lisan, kali ni pulak amali sains biologi. Kali ni aku semeja dengan Azah Rahman, manakala Anifah meja di depan. Kali ini kami  dapat ikan dan jagung. Ikan tu sebenarnya sebelum di siang kena lukis insangnya. Rupanya ada member aku yang terus siang ikan tu dan buang insang ikan tu. Lepas tu bila tenguk orang lain dok melukis insang dia terpinga-pinga nak lukis apa dah kosong ikan tu. hahahahaha Ni kalau tak salah pengalaman anifah tu sebab masa kat bilik hostel dia cerita apa yang dia dah buat kat ikan tu. Aku pulak masa tumbuk jagung ada adegan hulk hogan berlaku. hahahahaha kenapa aku kata macam tu. Sebab masa tumbuk jagung aku dah pecahkan lesung kaca makmal. hahahaha memang hulk hogan sungguh aku. Malahan masa aku angkat tangan dan cakap dengan cikgu, lesung batu aku pecah, cikgu tu pandang aku dengan riak muka macam tak percaya, bila aku kata nak tukar lesung sebab dah pecah. Dia macam terperanjat je tenguk lesung kaca aku dah terbelah 2. Aku dok hint kat azah yang di sebelah aku bila aku dah gigil sebab dek kuat sangat menumbuk jagung , lesung pecah dah tentu lah aku takut, dia tak  terkata apa-apa sebab masing-masing tengah sibuk dengan eksperimen masing-masing. Cikgu pun bagi lesung ganti tapi agaknya dalam hati , fuh ganas sungguh anak muridnya boleh tumbuk jagung sampai lesung pecah terbelah 2. Balik je kat hostel apa lagi lah aku jadi mangsa ketawa kengkawan lagi. Dengan Anifah yang menyiang ikan macam nak masak gulai, dengan aku dah menjadi hulk hogan sampai pecah lesung. Semua kat dorm coklat bantai gelakkan kami. Aduhaiiiii macam-macam je kan. Sesekali bila terimbau kenangan itu aku sengeh sengsorang. Macamana lah lesung makmal tu boleh terbelah 2 ya. Aje giler.   

 Tapi yang bestnya masa sebelum periksa budak hostel dan sekolah dah cuti kita orang dengan cikgu Bedah main tiang galah kat padang Hostel. Hahahahaha kami jadi kanak-kana ribena sebelum nak pergi berjuang. Gambar masa main tiang galah tu ada tapi em entah mana aku nyorok, tak jumpa kalau tak boleh jadi bahan bukti tau budak SPM main tiang galah. hahahahaha Masa tu seronok je padahal kami akan berjuang menentukan arah kehidupan kami sebelum tamat persekolahan. Apa pun itulah memori zaman sekolah yang tetap akan kami kenang sepanjang hayat.

Friday, November 2, 2012

Jenjalan Korea 2008 Bhg 5


  Ok kita sambung lagi cerita korea. Kali ni kira dah nak habis lah ya. Sebab besoknya kita orang dah nak balik malaysia setelah 7hari 5 malam berada di korea. Sebelum ni kita dah pergi ke Ice bar yang maintain dia punya suhu -5 darjah celsius sahaja. Setelah kesejukan dalam Ice bar tersebut dan dah selesai posing bagai emm cepat-cepat keluar sebab tak tahan sejuk. Opss lupa nak cerita sebelum ke Ice bar kita orang di bawa ke tempat ginseng dan amethyst factory. Kat situ tak boleh ambil gambar jadi aku tak adalah gambarnya. 

  Biasalah kalau melancong pakai package ni mesti akan pergi ke tempat product jualan mereka samada yang berbentuk tradisional atau pun moden. Member wan semasa kat tempat ginseng semuanya memborong. Mahal tau ada yang ribu riban satu kotak. Maklumlah nak hasilkan ginseng pun makan tahun menanamnya. Lagi lama lagi bagus kut khasiatnya. Aku dan wan dok perati je lah. Kat amethyst factory tu tenguk lah juga barang kemas batu permata dari korea. Cantik-cantik dan pelbagai bentuk rekabentuknya memang cantik secantik wonnya. hehehehe. Benda-benda macam tu aku kureng sangat kalau nak membeli lainlah kalau cenderahati ataupun kain yang murah tapi buat masa ni borong cenderahati ja. Macam brooch pun cantik juga tapi budget ciput untuk benda tu semua kalau tak huh memang aku belikan akak-akak aku sorang satu. Berkilau-kilau batu dan memancar-mancar batu brooch dari korea.  

  Selepas itu kami telah di bawa ke night market iaitu Shincheon. Kat sini kita orang dok melilau, melihat, membelek dan berjalan-jalan sehingga lah dari terang sampai dah malam. Rasanya 2 jam kut kat area situ. hahahaha Baju-baju dia memang fashionable tapi manalah ada sixe besar semuanya cinonit je. Jadi kiranya cuci mata je lah sampai dah gelap.   


Sepanjang jalan macam-macam kedai jualan yang ada.

Nama yang unik 7 monkey minum kopi. hehehe

   
      Selepas dah penat jalan kita orang pergi lunch. Kali ini kami berdua sahaja yang makan kat tingkat bawah manakala yang lain semuanya pergi tingkat atas. Agaknya kat atas dia orang sediakan minuman arak kut, tu sebab dia suruh kita orang makan berdua kat bawah. Tapi best juga sebab ada  tv besar berdepan dengan meja yang kami duduki itu. Dan kebetulan pada masa tu cerita tentang perkahwinan aktor korea yang popular iaitu Kwon Sang Woo. yeh my feveret aktor dah kahwin. Jadi lagi teruja lah tenguk berita dan gambar masa perkahwinan KSW. Tenguk tu gambar KWS besor ko... wan tolong ambilkan gambar bagaikan kami saling pandang memandang. kekekekeke. Perahsantan sungguh. Minat ler katakan. Semuanya tentang KWS teruja je nak tahu. Aku suka KWS ni berlakon terutamanya bila part sedih seperti cerita Stairways To Heaven. Huh memang berjujai-jujai ler bila tenguk cerita ini. Siapa tak pernah tenguk tu hah pi tenguk. Kiranya cerita tu yang pertama aku tenguk lakonan KSW dan terus tersuka dengan lakonannya. Tapi lately ni dah lama tak ada drama terbaharu dia. Mane dia nyorok ek.

  Selesai lunch kami telah di bawa menonton teater Break Out. Walaupun kami tak paham sepatah haram pun teater tersebut tapi kelakar sungguh melihat lakonan pelakon mereka. Ianya mengenai banduan yang berikhtiar melepaskan diri dari tahanan penjara. Berbagai aksi dan kejadian yang mereka kena tempuhi supaya dapat mengelakkan diri dari pengawal penjara. Memang kelakar sungguh. Teater tersebut memang mendapat sambutan baik dari peminat di korea malahan sambutan orang pada setiap hari memang ramai. Dan oleh kerana terkenalnya teater tersebut malahan ada di jemput mengadakan show di malaysia.  Kalau tak salah dalam tahun 2009. Bila nampak iklan dia, aku dan wan terus teringat persembahan mereka yang telah kami saksikan. Memang kelakor lah sebab rasanya dia tak banyak menggunakan bahasa tetapi hanya dengan lengguk dan lakonan pun boleh menyebabkan kami ketawa terbahak-bahak. Ala macam tenguk cerita Charlie Chaplin tu hah macam tu lah tapi versi korea le.  

  Malam akhir selepas melihat teater Break out kami pun menuju ke hotel. Sambil tu melihat pemandangan indah bandar seoul dengan lampu-lampu yang cantik menghiasi pokok-pokok. Maklumlah dah nak  Krismas. Malam tu sebelum tidur terus je kemas beg walupun tak banyak beli barang tapi cenderahati yang aku beli kena juga dikemaskan. Nasib baik naik MAS jadi takde lah fikir terlebih muatan ke apa.

   Pagi-pagi subuh lagi kami terus check out dari hotel sebab nak elakkan dari jem dan di bawa bersarapan di sebuah tempat yang berhampiran dengan Airport Incheon, yang mana sebahagiannya merupakan tempat untuk makan kemudian bila kita nak keluar dari tempat makan tu kita terpaksa melalui tempat barangan jualan seperti makanan, cenderahati dan macam-macam lah. Kalau rasanya masih belum cukup cenderahati atau makanan boleh lagi menyoping. Kiranya last kopek punya shopping ler. Kat sini ada satu adegan lucu yang telah terjadi pada aku. Agaknya bangun pagi sangat dengan malamnya tidur lambat dek kerana mengemas bagasi, jadi kiranya pagi tu masih ngantuk lagi lah. Kat restoren tu pintunya dan kelilingnya banyak cermin. Jadi bila sampai je kat restoren tu aku pun pergi lah ke bilik air. Entah macamana aku tak perasan kalau pintu keluarnya pun bercermin juga jadi terus je aku terjah.." kelekuk" Opss adeh aku terantuk cermin rupanya. Nasib tak pecah. Dan kebetulan masa tu ada isteri opismate wan berdekatan. Kami pandang memandang lepas tu sama-sama ketawa. Ketawa sebab dek kerana rasa mengantuk pintu sebesar itu pun aku boleh tak nampak main terjah je. hahahahaha Lepas tu baru terang sikit mata tak ngantuk. Nasib baik tak bertelur dahi. Aje gile.    

Kat luar restoren tu macam-nmacam poster di letaknya. Apa lagi aku pun posing time sebelum balik. 

Sebelum masuk airport sempat lagi tu bergambar dengan pak supir yang begitu baik dan perihatin membawa rombongan kami berjalan-jalan. Gamsahamida

Lambaian nak balik Malaysia, rasa dah rindu sangat bumi Malaysia setelah puas berjalan makan angin di Bumi Korea


Cantik kan bunga di dalam airport Incheon seoul, rasa macam nak bawak balik je hehehe

Yeh Sayonara Seoul

  Akhirnya percutian Korea di musim sejuk 2008 pun berakhir bila kami selamat sampai di malaysia. Bersama kenangan merasakan salji dan meluncur salji serta berbagai lagi panorama pemandangan serta pengalaman di bumi korea yang begitu mengujakan. Lepas ni lawatan korea di musim gugur pula ya pada tahun 2011. Tu lagi best tempatnya dan banyak lokasi Kdrama akan aku ceritakan.

Thursday, November 1, 2012

HariRaya Aidil Adha aka HariRaya Haji



Assalamualaikum,

Alhamdulillah rasanya telah selesai jemaah haji menyempurnakan ibadah haji setelah selesai Hari wukuf di Arafah pada hari Khamis dan kita di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari Jumaat, malahan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia telah pun selamat sampai di KLIA semalam. Tahun ni 2 orang sahabat aku, telah pun di panggil menunaikan Ibadah Haji  iaitu Aini dan Maziah. Alhamdulillah akhirnya hajat Aini nak membawa maknya menunaikan Haji bersama suami akhirnya tertunai juga. Aku tumpang gembira bila mendapat perkhabaran tersebut sebulan yang lalu. Hai kawan-kawan semuanya dah pergi, aku nak ke sana ni emmm bila lah agaknya ada rezeki sampai ke sana ya. Baru-baru ni ada kawan ajak buat umrah tapi tarikh tersebut iaitu bulan 3, sudah tentu cuti aku tak lulus sebab bulan 1 sehingga 4 selalunya memang boss tak bagi cuti selagi kerja lapuran tahunan tak siap kecuali kecemasan sahaja yang di luluskan. Dan lagi simpanan untuk menunaikan haji belum lagi mencukupi , macamana aku boleh pergi buat umrah pulak sebab aku ada dengar dalam TV9 rancangan Tanyalah Ustaz. Ustaz tu kata kalau boleh, hendaklah kita simpan duit buat yang wajib dahulu barulah buat yang sunat. Andaikata simpanan yang wajib dah tersedia sementara nak menunggu giliran nama sampai, kalau ada lebihan simpanan untuk buat umrah, barulah boleh kita pergi buat umrah. Apa pun semuga Aini dan Maziah sekeluarga memperolehi Haji yang mabrur. Amin.


Ok selain daripada Raya Haji ianya sinonim juga dengan Hari Qurban. Teringat pula aku pada tahun 2006 dimana itulah pertama kali keluarga aku berkongsi nama adik beradik dan nak buat korban seekor lembu. Lembu tu Ijan adik aku yang kat melaka yang cari dan belikan. Jadi sehari sebelum Raya Aidil Adha, dia hantar lembu tersebut dengan menaiki lori. Lembu tersebut hitam, besar  dan gagah sekali. Mendengar dengusan hidungnya bukan main kuat lagi. Lembu tu di tambat kat belakang rumah di bawah pokok kelapa.

 Bila tiba hari Raya, selepas solat Hari raya adik beradik aku  yang kat melaka, parit sulong, tangkak semuanya balik muor sebab nak menyaksikan upacara penyembelihan lembu untuk korban terutamanya yang berkongsi nak membuat korban. Yang menjadi ketua Abang Ipar aku yang sulong dengan di tolong oleh adik-adik lelaki serta anak saudara aku yang ramai tu. Ada juga orang kampung yang berdekatan datang menolong. Kiranya semuanya saling tolong menolong lah. Susah juga nak menariknya. Satu lubang besar telah di gali untuk meletakkan kepala lembu tersebut sebelum disembelih. Mula-mula macam ganas juga lembu tersebut. Tapi bila telah diterbalikkan badannya dan terbaring di tanah, nampaknya dia macam pasrah je menyerahkan nyawanya untuk dikorbankan.

Bertungkus lumus untuk membaringkannya di atas lubang yang telah di gali untuk darah lehernya mengalir ke dalam lubang.

Lembu telah siap untuk di sembelih

Masa mula-mula menarik lembu tersebut kami cuma memandang je melihat reaksi lembu tersebut. Tapi yang aku tak tahan tu semasa Abang Ipar aku baca Bismillah dan mula nak menyembelih tu entah macam mana ada le seseorang tu yang mula teresak-esak. Rupanya akak aku yang tua Kak ijah dok heran siapa lah pulak yang dok teresak-esak bila mata pisau menyembelih lembu korban tersebut. huhuhuhu rupanya aku tanpa sedar rasa sayu dan tanpa disedari menangis melihat lembu tersebut di korbankan. Aje giler boleh pulak tangkap syahdu ni. Apa lagi jadi mangsa gelak lah oleh adik beradik aku.
Bila dah selesai sembelih anak saudara aku yang menyiang kulitnya dan beramai-ramai kami adik beradik anak saudara sama-sama melapah daging korban tersebut. Tenguk tu budak-budak kerumun beramai-ramai.

Ni badannya akak-akak aku yang melapah

Tenguk tu isi perutnya. Besar sungguh rangkanya. Budak kecik pun boleh nyorok dalamnya.


  Hah yang ni pulak melapah kaki lembu. Rasanya ada 2 yang di gantung untuk di lapah. Nasib baik anak saudara lelaki ramai jadi semuanya dapat disiapkan petang tu juga dan di agih kan pada penduduk kampung. Petang tu masing-masing kepenatan setelah selesai melapah se ekor daging korban. huhu masing-masing tak tahan bau daging je.  Yang kesiannya akak aku yang nombor 2. Dia datang kemudian lepas tu terus tuju kepala lembu. Sekali rupanya balik rumah dia tak boleh tidur teringat-ingat kepala lembu yang tertongok je atas tanah. Rupanya dia kena badi lembu. Kiranya selepas tu tak ada lagi buat korban di belakang rumah mak. Kalau buat pun share dan buat kat surau. Apa lagi masing-masing dengan pengalaman yang tidak boleh dilupakan.