Assalamualaikum,
Kita sambung balik misi mencari asam pedas ya. Setelah ku keciwa tak dapat terjah Kedai Asam Pedas tersohor di melaka, acara diteruskan juga. Selepas makan kat kedai Mak gayah terus lah pi Klebang. Jadi dari Batu Berendam tu kiranya merentas negeri Melaka separuh je lah. Maknanya tak payah turun ke bawah ke bandar Melaka. Terus menuju ke Klebang mencari coconut shake yang femes seantero dunia tu.
Selain daripada Asam Pedas kat Pasar Borong, terdapat juga kedai Asam pedas di Kota Laksamana. Kata Kak Uda, kedai tu buka waktu malam dan dia dah pernah makan kat situ. Sebenarnya kedai Asam pedas tu banyak, cuma aku yang tidak tahu secara detail kedai mana yang sedap. Walaupun aku selalu ke rumah akak dan adik kat Melaka, manalah sempat terjah kedai makan sebab bila ke rumah Kak Nong je, Kak Nong dah sediakan masakan asam pedas. Bila dah makan kat rumah Kak Nong, mana lah dan nak ke kedai makan lain. Lepas tu terus balik KL. Jadi mana tempat makan best kat Melaka memang le aku tak tahu.