Thursday, November 23, 2023

Majlis Bersama Jabatan (Pekerja)



Assalamualaikum,

Sejak menjadi warga HPJ ni banyak benda aku kena tempuh. Almaklumlah semuanya itu adalah jalan-jalan kehidupan pembelajaran aku di sini. Semuanya benda baru walaupun ada je kat pejabat lama tapi sebab tidak berkaitan tidak le ambil tahu. hehehe Almaklumle kerja sendiri pun tak habis lagi nak buat kerja lain.

Tuesday, November 21, 2023

Majlis perpisahan buat Pn Hana

 


Assalamualaikum,

Kat hospital Putrajaya ni aku dah ada staff bawahan dimana dalam Unit Lapuran Perubatan ni ada 6 orang.  Ada My Step, Pembantu tadbir dan AMRO dibawah jagaan aku. Tu lah  diam tak diam dah 4 bulan aku di Hospital Putrajaya. Anak-anak buah aku semuanya rajin dan bagus walaupun kadang ada angin pus pus tapi so far ok lah. Ala biasa le orang muda. Banyak ragamnya. 

Wednesday, November 8, 2023

Trip Turkiye - Zakir Galery

 


Assalamualaikum,

Selalu kalau pi obersea mesti nak cari cenderahati kan buat kawan dan saudara di Malaysia. Mula-mula memang le dia bawa ke tempat yang mahal-mahal walaupun kata Bilal dia akan syorkan mana tempat yang murah untuk cenderahati. Dah hujung-hujung time duit dah ciput ada lagi murah oleh-olehnya.   

Trip Turkiye - Safron terbaik di Turkiye


Assalamualaikum,

Masa pergi kashmir dulu kita orang di bawa ke kedai safron juga. Kalau ikutkan safron kashmir adalah yang terbaik. Rupanya kat Turkiye pun ada safron juga. Sudah semestinya mereka akan kata mereka punya terbaik. Tapi dia tunjukkan lah bagaimana nak pilih safron asli takut dapat yang tiruan.  


Tuesday, November 7, 2023

Trip Turkiye - Makanan di Hotel Tripolis di Capodocia

 


Assalamualaikum,

Ni video yang aku ambil dalam hotel time makan. Sebenarnya kalau tenguk pada makanan yang terhidang banyak makanan dia yang sihat-sihat. Salad dan sayuran dia yang pelbagai jenis. Roti pun macam-macam. Tapi kalau tenguk desert dia masyAllah memang mengoda sungguh tapi yang aku dah cuba baklava dia aduhaiiiii manis meleting. Itu je sekali aku rasa. Lepas tu pandang dan lihat je. 

Tapi semasa mula-mula sampai hotel di Bolu aku cukup suka makan buah tembikai dan watermelon dia. Ya Allah sedapnya. Watermelon dia kalau kat malaysia susah nak jumpa yang manis tapi kat sana aduhaiiiii sedap ko. Tembikai dia pun manis. Jadi bila dapat buah yang sedap apa lagi kenyang dengan buah tembikai dan watermelon le.  

Ada juga yang aku nampak dalam perjalanan, ladang buah watermelon dia tunggu di petik je. Banyak yang dah tua. Mungkin sebab tanah dia yang sesuai itu yang menyebabkan watermelon dia sedap tak boleh lawan kat malaysia. hehehe itu ikut tekak aku le. 

Ada juga makanan dia yang aku cuba tapi tak kena dengan selera aku. Just mencuba untuk merasa jangan kata tak cuba ye. Jadi bila kita tak suka kita carilah makanan yang kita boleh makan dan suka.

Akhirnya keluar lah sambal ikan bilis lah, sambal tempoyak le, serunding daging le....itu semua import dari Malaysia sebab dia takde makanan pedas-pedas ye. Banyakkan macam soup banyak tomato. Aku suka juga tomato ni tapi bila dah banyak sangat jadi loya. 

Apa pun itu semua ikut tekak masing-masing le. Bila tak ikut selera aku hah aku makan roti , roti dia boleh tahan sedap. Ada macam-macam jenis roti. Itu yang aku makan bila yang lain tidak memenuhi selera aku. Bila tak habis aku tapau dengan tisu sebab dah ambil kan takkan nak buang. Jadi bila lapar hah ngap le roti yang aku tapau dari dapur hotel. 

Ini ikut tekak aku lah ye bukan tekak rombongan kami. hehehehe aku tenguk depa semua makan berselera sungguh. Jadi itu yang aku kata ikut tekak aku. hehehehe tekak orang johor kalau takde pedas tak sedap. 



 

Monday, November 6, 2023

Turkiye - Lawatan di Muzium Kamal Antartuk

 



Assalamualaikum,

Hari ke 2 masa kat Bolu kita orang pergi ke Mausoleum of Mustafa Kemal Ataturk. Masa sampai tu kami nampak ada serombongan kumpulan yang berpakaian kemas berkot bagai. Malahan ada yang aku nampak Pingat kebesaran mereka bergayutan di bajunya.

Kata Mr Bilal, cepat masuk kalau nak tenguk. Nanti bila rombongan tersebut masuk kita orang tak berpeluang tenguk. Mereka bagi can dulu pada rombongan VIP tersebut. Betul pun bila masuk je laluan pun di tutup.


Menunggu signal nak masuk ke dalam

 Ramai orang dan pelancong

  
      Ada laluan khas untuk pelancong tapi bila ada VIP nak masuk terpaksalah kami menunggu di tepi.

Sekali bila VIP serta rombongan yang sedang menunggu tu masuk emm kita orang memang takde can le nak tenguk tanda peringatan tersebut. Nampak tak dia punya jalan Askar yang dihadapan sekali. Janggal sungguh gerak kaki dia. Tapi dah memang budaya mereka jadi tenguk je lah. Kepelbagaian dalam berkawat. 



Sempat le aku berposing. Mungkin staff lama yang berjasa besar sebab termasuk bersama gerombolan VIP tadi.

Kata Bolu mereka ada konvensyen dan sebelum konvensyen mereka bermula, kena jenguk ke sini sebagai  menghargai jasa Presiden mereka.    

                                                          Lukisan gagah perkasa Mustafa Kemal Ataturk.

Wednesday, November 1, 2023

Trip Turkiye - Keindahan bumi Cappodocia


 Assalamualaikum,

Ni adalah video yang aku ambil semasa nak keluar dari Bandar Cappodocia menuju ke Konya dan Pamukalle.  Masa ni belon panas masih banyak lagi di udara Cappodocia. 



Di Cappodocia bermalam 2 malam. Tapi macam tak puas je dok situ. Dah le tepi hotel tu banyak anggur. Hish hati ku tertinggal di Cappodocia. 

Majlis Pelancaran Kembara Sihat Sejahtera bersama Didi n Friends


 Assalamualaikum,

Hah sapa suka Didi n friends....hehehe bukan budak pun suka terutamanya aku. hehehehe

Boleh lah ramai-ramai pi IOI City Mall Putrajaya tu. Pi le serbu ramai-ramai. Dari 4hb Nov 2023 sehingga 5hb Nov 2023. Hah 2 hari berkampung tu. Yang 4hb tu YB Menteri Kesihatan yang rasmikan majlis. 

Jom-jom sapa yang free pi lah IOI City Mall Putrajaya.