Thursday, October 28, 2021

Lagu kelentang kelentong - Hael Husaini

 


Assalamualaikum,


hah sapa dah pernah dengar lagu ni...bila tenguk Hael santai kat tepi pantai....wawawa kita pun nak pi holiday lah....habis semua hari di sebutnya....nak jumpa buat apa tunda ya

Lagu ni aku dengar kat radio mula-mula ingat lagu Indon sekali eh hael husaini yang nyanyi...bila selalu dengar eh sedap pulak...catchy gitu muzik dia... hah apa lagi  jom layan

Tapi bila bab kelentang kelenting kelentang kelentong tu macam bunyi kuali lah pulak time masak...siap ketuk-ketuk tepi kuali gitu....hehehehe


siang malam tidur aku tak lena 

makin lama makin rindu padanya 

oh rindu rindu manja 


boleh jumpa buat apa nak tunda

 tunda tunda bila masa nak jumpa 

oh rindu rindu gila 


isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad 

ayuh sayang kita bersua 

ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong

 ala lali lale 

ayuh sayang kita bersua 

ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong 

ala lali lale 


bukan mahu ganggu engkau bekerja

tapi teringin juga kau merasa 

oh rindu rindu gila 


kata tak mahu tapi hatiku mahu

kau patut tahu apa yang aku mahu 

dekat sama kamu 


isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad 

ayuh sayang kita bersua ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong 

ala lali lale 

ayuh sayang kita bersua 

ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong 

ala lali lale 


punya lama kita berpisah kan 

dah boleh bersua 

ayuh sayang kita bersua 

ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong

ala lali lale ayuh sayang 

kita bersua ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong 

ala lali lale

Sumber : https://www.liriklagumalaysia.com/2021/10/lirik-kelentang-kelentong-hael-husaini.html


Pss nyanyi sambil ketuk periuk...hehehehe

Friday, October 15, 2021

Delhi Kashmir Hari ke 6 - Hotel Jaypee Palace Agra

 

                                                    

Delhi kashmir hari ke 6 Qutub Minar

Assalamualaikum,

Lena punya tidur dek kepenatan jadi tak tahu apa ada di luar bas. Rasanya perjalanan lama juga sebab jauh. Lalu highway jalan selesa je. Bila sedar tenguk dah gelap. Masa ni lalu tol eh cantik pulak bentuk tol bayaran dia. Rupanya kami dah hampir Bandar Agra. Tapi sebab dah malam tak nampak sangat apa di luar. Akhirnya bas berhenti....oh dah sampai hotel rupanya.

Macam biasa bila masuk hotel mesti gaya kat airport...hehehehe kena scan beg dan barang serta orang sekali. Dah penat tak larat nak ambil pintu masuk hotel. hehehe Hotel dia besor ko dan cantik.


                                               Tu dia bunga dia tinggi....serba kuning.

       

   Model nak berposing juga walaupun sudah dalam kepenatan seharian berjalan dari Kashmir terus ke Agra.


Masuk je kami dipakaikan bunga malai cheh macam VIP je bila dipakaikan bunga malai tu. ...  


Lepak kat lobi dahulu sebelum dapat kunci...masing-masing dah kepenatan dengan dah lapar lagi.



 Ni barang hiasan tapi tenguk le batu permata dia... merah mengilap ko.

Alhamdulillah masuk lobi je dapat air sejuk. Rasa nyaman je dapat minum air sejuk dan manis. Tak ingat air apa tapi sedap lah.


Posing ala-ala model India gitu. hehehe


Laluan dia panjang.....kiri dan kanan....tapi cantik je


Nampak gambar kawasan sekitar hotel dalam pc yang dijadikan model memperomosikan hotel. sekejap gambar lain sekejap gambar lain. dapat snap gambar yang ini je sebab warna kehijauan dia daripada luar mengamit mata.



Masa ni bagi kunci bilik dan tag beg sebab kami nak pergi makan malam. Jadi dah tahu nombor bilik letak kat tag beg masing-masing. Pihak hotel akan hantar ke bilik kami sambil kami menikmati juadah larut malam. Dah lapor semuanya.




Masuk dewan makan dia...emm besar maklumlah hotel berbintang-bintang. Cari meja dulu baru kita melilau tenguk juadah ya. Aku suka tenguk botol warna warni yang dijadikan deko sebab warna biru ada.  




Kalau tak nak makan berat makan macam ni pun ok. Ala-ala sarapan di waktu malam. hehehe 


Malam-malam makan sup pun sedap kan. Ada macam-macam jenis lauk pauk dalam periuk tu tapi aku cuma jengah je mencari apa nak makan. 



   Pencuci mulut dan manisan ada macam-macam. Suka tenguk hiasan makanan di hotel dari pada mata turun ke tekak.  Alahaiiiiii


hah lagi pencuci mulut. Geram je aku tenguk... tu sedap ni sedap rambang mata. Perut ko satu je weiii
dia buat dalam cawan macam tu comel je kan.


Pasta pun ado hah nak apo


Tu dia macam-macam ado....keju, yogurt emm yang lain-lain aku tak tahu. Macam-macam boleh di jadikan juadah sampingan untuk di gu kan dengan makanan lain. Rasanya ini boleh digaul dengan salad rasanya.



                                                        Juadah masakan India


Akhirnya ini yang aku ambil. Dok rambang mata sampaikan tak tahu nak makan apa. Jadi ambil tu sikit ni sikit nak rasa. Ada papadom besor ko. 


Ni pun sedap juga ni makan tapi lupa nak tanya kak Su makan dengan apa. 


Suka tenguk botol warna warni dia.


Sampai kat bilik tenguk bilik dia biasa je dah rasa macam kat kl juga. deko dalam bilik biasa-biasa je. tapi tenguk tilam tu emmm rasa nak lepak je. Tapi malam ni kena siapkan baju untuk besok. Oleh kerana Iron aku dah kena tinggal kat Kashmir....jadi kena share ramai-ramai lah. Tunggu yah dan yang lain dah guna kami guna yang last sekali. Jadi Iron tu boleh berlama-lama dalam bilik kami.


Kita orang pakat pakai baju kurung bila ke Taj Mahal. Jadi malam ni kena seterika siap-siap baju untuk esok.  Lepas tu besok juga lepas selesai kat Taj Mahal...tengahari kena check out dan malamnya balik Malaysia. dah rindu tanah air.  Besok pun kena bangun awal sebab nak pergi pagi ke Taj Mahal...alahaiiii akhirnya jejak kaki ke Taj Mahal ya. 

Sunday, October 10, 2021

Dah boleh rentas Negeri....Jom Balik Kampung

 



Asslamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya rakyat Malaysia mencapai 90 peratus yang telah di vaksin...dan semalam PM telah umumkan boleh rentas negeri dan negara....hah apa lagi dah boleh rentas negeri kan. Boleh lah kita balik kampung.... dah rasa macam nak raya lah pulak.



Semalam PM telah umumkan bermula pada hari ini iaitu 11hb Oktober 2020 boleh lah rakyat Malaysia merentas negeri dan juga merentas Negara. Syukur akhirnya boleh balik kampung. Hah apa tunggu lagi. Ni pun aku dah nak apply cuti nak balik kampung. Yeh yeh yeh nak balik kampung. 

Tapi sebenornya kita orang balik minggu depan sebab takut bila bukak sempadan negeri je semua menderu balik kampung. Mesti jalan jem dan orang ramai....jadi kita bagi peluang lah dulu atok-atok dapat jumpa cucu masing-masing. nanti dah seminggu mungkin dah kurang sikit hah baru lah kami balik. Masing-masing dah tak sabor sebenarnya.


Tapi jangan lupa SOP ya. Kita ni dah dalam norma baru....kena ikut SOP...jangan lupa pakai mask jangan lupa penjarakan fizikal.. hah apa lagi jangan lupa cuci tangan. Sebenornya takut juga ni nak balik kampung....bukan apa takut bawa virus...tapi apa pun kita ikut SOP semuga Allah lindungi kami adik beradik, anak saudara, cucu saudara dan semua rakyat Malaysia yang balik kampung di jauhi dari di jangkiti Covid 19 ni. Aamiin.

Yeh yeh balik kampung ooooo balik kampung

Eh rentas negara nanti lah dulu apa-apa hal nak balik kampung dulu.....yeh yeh balik kampung balik kampung....Jom nyanyi ramai-ramai.


Monday, October 4, 2021

Program Menderma Darah di PBBR Hospital Putrajaya


Jangan takut untuk menderma darah. Bagi yang berminat menderma darah, saringan awal dilakukan kepada bakal penderma iaitu perlu tidak bergejala, negatif COVID 19 atau tidak ada kontak rapat pesakit COVID -19 bagi tempoh 14 hari.


Antara lain adalah memastikan penderma memakai pelitup muka, menjalani ujian suhu badan, mengimbas kod MySejahtera, pengisian borang deklarasi Covid-19 serta mencuci tangan dengan sabun atau pembasmi kuman sepanjang berada di lokasi pendermaan.

Jom Derma, bantu insan lain..Anda warga prihatin.

#hpjprihatin
#KeluargaMalaysia
#Malaysia Prihatin
#dermadarah
#Putrajayasihat
#putrajayaprihatin 


Assalamualaikum,

Buat semua warga Putrajaya boleh lah datang menderma darah. Darah memang sedang kritikal apa lagi di musim pandemik ni memang orang yang menderma berkurangan di bandingkan dengan tahun sebelumnya.

Aku kan kumpul data dari Bloodbank jadi memang nampak le penurunan pemgumpulan darah pada tahun 2019 dan juga pada tahun ini. Tahun ini yang memang drastik sekali turunnya. Jadi ni dah beralih fasa kalau ada sesiapa yang layak dan nak menderma di galakkan lah ya. Darah anda amat berharga dan bernilai untuk orang yang memerlukannya.  Malahan dapat  menyelamatkan orang lain jadi dermalah darah anda ya. 

eh aku bukan vampire nak sedut darah hehehehe aku cuma jaga data darah je.  Jom derma dara eh darah lah...