Thursday, June 23, 2011

Team Building punya citer Hari Akhir


Hari akhir seperti biasa setiap pagi kena pergi senaman pagi. Pukul 6.45 ja dah kena pergi padang. Ari tu buat taichi kat tepi kolam renang kali ni kat tenis court la pulak.

Ada macam  atlet je gayanya padahal nak senam pagi jo.

Ni sessi memakai kasut sukan selepas selesai bersenam. Senam tak yah pakai kasut sukan weiii pakai kaki ayam jo. Penat ayam berkejor sebab kakinya kena pakai. hehehe

 
Sarapan time. Ada nasi dagang tapi orang tak minat sedap lagi makan meehoon.

Gaya mesyuarat ahli tingkap je. Amboiii khalid tau le minum teh tarik. Over le

   Ni pulak upacara membuka hamper. Kiranya pembahagian barang-barang le. Sementara nak ke aktiviti seterusnya lepak dulu sambil tu mengemas barang sebab habis je pukul 1 kena daftar keluar, lepas makan tengahari terus balik. Yeh nak balik KL.


Pukul 9 semuanya berkumpul mengikut kumpulan di dewan untuk sessi aktiviti minda pulak. Kiranya ujian dan sesi memerah otak. Ni tengah berbincang macamana nak selesaikan masalah.

Koordinator tunjukan kertas  bagaimana dengan titik tu semua boleh di cantumkan dengan 4 garisan tanpa mengangkat pensil.
Diberi 10 klip dan apungkan sebanyak 9 dalam air dalam mangkuk. Huh susah wooo
Ni pulak bagaimana sekeping kertas boleh digunakan untuk membuat bulatan dengan semua kaki peserta boleh dimasukkan kedalam lubang tersebut.
Kertas tersebut jadi rantai sue la pulak. hehehe

  Lepas tu pergi ke tempat lain untuk ujian berpasukan pula. Bagai mana cara supaya semua ahli boleh melompat ke sebelah tanpa mengoyangkan tali tersebut. Kiranya kesian juga pada sah dan encik fazli sebab kena jadi batu tunggangan bagi budak perempuan untuk melepasi tali tersebut.
  Ni pula mengangkat bola dengan mengepit menggunakan tali dari sebesar bola sehingga ke sekecil-kecilnya dari hujung sana dan masukkan dalam baldi. Susah juga dan jenuh le nak kepit bola tu. yang besar ok tapi bila makin kecil bola huh jenuh le wei. Sebenarnya tak kira besar ke kecil ke pangkat seseorang kalau tiada muafakat antara semua maka setiap kerja tidak dapat disempurnakan. Jadi jangan le fikir kau besar pangkat kau boleh pandang hina kat orang bawahan padahal setiap kerja kalau tidak ada orang abwahan boleh selesai ke? Yang penting sebenarnya tidak kira besar ke kecil ke pangkat, kerjasama dari semua pihak dapat menyelesaikan kerja. Macam kata wonderpet "apa yang penting, kerjasama" .


  Setelah selama 3 hari berkampung di Tekam Resort maka tibalah masanya untuk kembali semula ke KL. Dengan pengalaman yang tidak pernah di perolehi dan juga aktiviti yang begitu mendebarkan maka selesailah semuanya. Selesai makan tengahari semuanya bersiap nak balik.

Dalam tempat letak beg pun sempat lagi tu posing. Peace

Menunggu bas kat tepi longkang

Khalid dengan shah ni memang madang je gaya over.

Chow kit, chowkit. Sapa nak berhenti di chow kit.

Semua hepey nak balik.

  Felda Residence Tekam pun selamat kami  tinggalkan dengan segala kenangan dan memori indah yang banyak telah kami  tempuhi. Tapi kalau lain kali nak buat Team buiding lagi kat tempat lain kita orang dah chop dengan CC Bohari jangan lupa kita orang. Pergi team building lagi seronok dari pergi kursus dalam kelas mendengar ceramah bertali arus tapi selalunya masuk telinga kanan keluar telinga kiri dengan mata asyik je lah nak lelap. huhuhu teruk sungguh. Sayonara Jerantut.

Tuesday, June 21, 2011

Team Building punya citer Hari kedua


  Opss dah banyak hari baru nak sambung balik cerita team buliding. Huhu ampun ya sebab kena attack demam selsema hari tu jadi 3 hari kerjanya rehat je. hehehe Ok kita sambung semula cerita team building yang tergendala beberapa hari ni . Hari kedua pagi lagi dalam pukul 6.45 dah kena buat senaman pagi. Kali ini buat gaya taichi sebab nak tegangkan urat semua badan sebab selepas ni nak pergi mendaki gua pulak di Gua Kota Gelangi. Semalam semasa night walk memang pegi kat situ cuma lalu gua angin je. Kali ni katanya lagi banyak gua kena terokai. Habis senaman pagi semua pergi sarapan dan berkumpul dalam pukul 9 pagi.

Ni menu sarapan pagi. Sampai 2 jenis orang tibai tapi kuew tiaw makan sikit sebab dia tertumpah pak haji. Orang makan sikit je terus rasa nak loya. Nasib baik belasah lontong dulu emmm sedap kuah kacangnya walaupun lodehnya lebeh kurang je . Teh tarik memang sodap. Semua licin.

Sempat lagi tu posing kat Dining hall sebelum balik bilik. hehehe

  Pukul 9 semua beratur dan naik bas pergi Gua Kota Gelanggi. Kali ni pergi seronok lah sebab nampak semuanya. Tapi sembenarnya banyak juga pantang -larang sebelum masuk hutan. Maklum le tempat Jin bertendang kan jadi mulut atau perbuatan haruslah berhati-hati. Jangan buat sembarangan beb nanti ada yang kene histeria atau pun tak sedar atau pun ada benda lain ikut balik. Hish mane tau kan. Di jauhkan le.


Menunggu di parking lot sebelum masuk hutan

Ni gua pertama tapi tak ingat gua apa.

Hah tenguk tu begitu sempit jalan yang perlu di lalui tapi boleh lalu lah. hehehe walaupun begitu payah
.
Rupanya ada taktik juga untuk menyelit di ruangan gua yang sempit. Walaupun nampak sempit kena adjust badan yang penting dan juga kaki nak selit dan pijak di batu yang mana dan sebagainya. Fuh berpeluh den woiii selepas satu-satu aktiviti melepasi gua.


Macam biasa posing memang tak hengat. hahahaha

  Ni kita orang dah sampai kat gua sanding. Dan banyak bentuk atau arca di dinding dan atas gua yang terjadi dek kerana lama usianya. Di namakan gua sanding sebab ada relplika macam bentuk orang bersanding. Ada banyak sebenarnya arca dan bentuk tapi dah lupa apa dia. Tempatnya keras juga sebab menurut guide tu ada sessi sebelum ni yang pesertanya terpecahkan kepingan pinggan (orang tak berani nak ambil takut lain jadinya) dan dan tu juga peserta tu kena lempang dek sesuatu yang tak boleh di lihat. (huss serem) Lepas tu tak sedar diri. Jadi banyak pantang-larang semasa dalam gua ni.

  Ni ada bentuk Aummm tak? Depa panggil bentuk maybank. Tapi cam bentuk Lion kat singapore je.

Gua sanding besar malahan pancaran matahari yang masuk dari salah satu lubang dia begitu menarik sekali.

  Selepas gua sanding kami kena menuruni curam yang begitu curam dan gelap. Malahan kata guide kena juga lalu sebab dah takada jalan lain nak keluar dari gua tersebut kecuali kena melalui jalan tersebut.Walaupun ada tali peserta perempuan yang jalan dulu seorang demi seorang dengan di bantu oleh guide.  

Tenguk tu betapa curamnya. Kena guna bumper mengelunsur sedikit demi sedikit sambil menuruni cerun tersebut dan dibawahnya ada tali. Ngeri siot.
Akhirnya berjaya curam tersebut di lalui. Ni sebenarnya gelap ni tapi dek pancaran flash kamera je nampakle muka yang semuanya dah lepak.
Akhirnya semua cerun dan curam telah dapat di tempuhi, dan  dah sampai di pinggir hutan .

Besar sungguh kayu balak yang merentang jalan ni. Entah berpuluh tahun agaknya.

Akhirnya sampai semula di tempat parking bas. Rupanya hampir 3 jam lebeh mengembara di gua Kota Gelanggi tapi sebelum masuk dalam bas kasut semuanya kena buka almaklumle lumpur dah tak kira banyaknya. Kasut memang dah cun le dengan seluar yang kotor maklumle meleser dalam curam menggunakan bumper masing-masing mane taknya kotor. hahahahaha Malahan pacat pun ada tau.
Lelong2 kasut.

Adegan yang tak perlu di lihat. hehehe

 Sampai kat Resort amboi perut berkeroncong sungguh na apa lagi terus je terjah Dining hall, belasah semuanya , sedap sampai licin makan. Almaklumle begitu banyak tenaga diperlukan mendaki dan menuruni curam. Lepas makan lelap jap sebelum pukul 3 aktiviti petang pula membuat dan menaiki rakit. Kali ni pula membina rakit dan setelah siap menggunakannya untuk berakit dengan semua ahli diatasnya.

Tapi yang buat geram tu ada 2 peserta lelaki tak muncul sampai sudah acara. Jadi lelaki hanya 2 dan perempuan ada 5. Berhempas pulas le kami ber7 membina rakit.

                                        Ikat batang paip dulu sambung dengan kecil dan yang terpanjang.

Lepas tu ikat tong antara batang paip pendek dan panjang.
                                                       Dah siap sebelum di terbalikan.

Bila tong di terbalikkan check semua ikatan tali supaya tiada yang longgar. Kena ikat kuat ni takut terburai tengah tasik.

 Chewah sedia nak mendayung tengah tasik.

Bersedia untuk berakit. Cuak juga ni. huhuhu Masa nak naik ngerilah juga. Oleh kerana orang lelaki hanya 2 je jadi orang dan kak Temah mengemudi di hadapan. Oleh kerana takut kamera masuk air jadi tinggal je kat tepi tebing. Jadi tak nampak le gambar kumpulan kami berdayung.

   Ni kumpulan 2 yang sudah memulakan pendayungan. Tenguk  encik junaidi kat hujung tu, macam nak tengelam je dah buat orang takut. Semua kumpulan berdayung sampai di tengah dan buat satu barisan. Lepas tu wisel di tiup dan kami semua berlumba sampai ke satu tali yang merintang di tengah tasik.
Kumpulan yang pertama memegang tali tersebut adalah pemenang. Seronok juga berlumba walaupun kumpulan kami hanya 2 org je lelaki tapi semangat tetap bersemangat akhirnya dapatle no 3. Ok apa jika dibandingkan dgn kumpulan lain yang semuanya cukup pesertanya. 

 Selesai berakit terpaksa pula memikirkan persembahan pada malamnya pula dimana BBQ akan diadakan dan semua kumpulan akan membuat persembahan. Kita orang plan nak buat kumpulan Panca sitara. hehehe ada saloma dan p ramlee, aziz dan sudin pun ado. Orang ngan kak temah cuma jadi minah pacak je kat belakang sambil  buat gaya patah tangan. Yehhh tarakuca ca tara kuca.

Tenguk le tu si Romlee dan saloma bercanda. Alahaiiiiii

Acara makan BBQ tapi awat ikan gorengnya keras berdentum huhu

Malamnya pula acara BBQ dan persembahan. Malam terakhir lah katakan dan juga acara bagi hadiah bagi aktiviti yang telah di jalankan. Sambil makan acara pun dijalankan. Ada juga pertandingan karaoke. Masing-masing tunjuk gaya dan bakat menyanyi. Caya lah.


Ni kumpulan Khalid tapi tak ingat kumpulan berapa. Lagu wali band best "baik baik sayang". Amboi khalid miming macam suara sebenor. Dia jadi Mc dia juga le tukang nyanyi.

Kumpulan Mekjay buat lagu apa ye lupa. Ni kumpulan 2.

                            Kumpulan Nor buat sketsa guna lagu jejaka terhangat di pasaran lagu KRU.

Kumpulan 1 yang last sekali buat persembahan.


Sambil tu acara karaoke berlangsung. Hah tu ada yang joget lambak. Saje suka-suka.

Sambil acara karaoke berlangsung ada juga penyampaian hadiah bagi aktiviti yang telah di jalankan. Kumpulan 1 dapat tempat last dalam treasure hunt, night walk tempat ke 2, Acara berakit tempat ke 3 dan acara pentas dapat tempat 2. Tapi yang paling best dapat hadiah kumpulan terbaik malahan ada cerita kenapa kumpulan kami di pilih kumplan terbaik. Kata pengacara semangat berkumpulan yang terjalin dengan semangat berpasukan dan berkerjasama yang kuat antara satu sama lain. Yang dia orang pandang adalah semasa acara berakit dimana walaupun kami kekurangan 2 peserta tapi kami masih dapat menghasilkan rakit yang kukuh dan dapat menghabiskannya sehingga sampai ke tebing. Ada kumpulan mana tah yang terbarai ikatan rakitnya tapi nasib baik dah sampai ke tebing. Yang terjunam ke tasik nasib baik budak lelaki. Apa pun semuanya dapat hamper. Selesai acara karaoke pulak semuanya berjoget lambak. Huh semuanya hepey dan bergumbira setelah penat 2 hari menjalankan aktiviti yang begitu mencabar. Apa pun memang best lah.


Semuanya ikut sama berjoget lambak tak kira mak budak ke akak budak ke bapak org ke bujang trang tang tang ke semuanya join sama.
Bersama hamper yang di menangi.

                          
Hamper yang di menangi kami buka dan bahagi untuk semua dalam kumpulan.   

  Semasa balik ke bilik rupanya ada cerita  serem berlaku semasa mendaki gua. Kata mekjay masa night walk kumpulannya kena kacau. Dia terdengar bunyi umpama motor berhampiran tapi bila siangnya baru perasan kalau tempat tu nun jauh dalam hutan. Lepas tu ketuanya encik Salim ada ternampak sesuatu dan ada tempat setelah guide nampak ada benda kacau terus je guide yang mengiringi tu pasang lampu besar sehingga sampai tempat penamat. Dan semasa dalam gua sanding ada yang macam ternampak benda lain tapi masing-masing tak berani tegur dan yang bestnya semasa menuruni curam semua orang perempuan turun dulu dan kemudiannya baru lelaki. Encik Junaidi telah mengambil gambarnya sendiri sebab dia yang last sekali. Sekali dalam gambar handphone tu ada gambar lain di belakangnya. Dia ingatkan nak simpan dan tayang kat internet tapi rupanya dia tak boleh nak tidur malam tu. Dan atas nasihat kawan-kawan yang tahu telah menyuruh dia delete je gambar tu barulah dia boleh tidur. Hish seremnya. Mek jay kata masa lepas night walk semasa nak masuk bilik kami telah berdoa dan selesai baca ayat kursi dia rasa macam ada sesuatu bagaikan melepaskan diri dari mengikut kami balik. huhuhu Orang tak rasa apa pun cuma time night walk tu memang senyap je dan banyak2 doa semasa dalam perjalanan. Ialahkan malam-malam jalan dalam hutan. Bukannya tempat kita tu. Yang best Mai lah macam-macam story dia kecek dengan penjaga Gua Kota Gelangi. Semasa kami semua masuk gua dia tak masuk sebab ada sakit semput jadi dia tinggal lah dan ada guide yang hantar balik ke resort tapi sebelum tu sempat lagi mengorek rahsia Gua Kota Gelangi. Hish pengalaman yang tak boleh lupa lah.




.