Assalamualaikum,
Akhirnya dah nak balik malaysia, walaupun hanya 3 hari 2 malam namun alhamdulillah majlis pertunangan berjalan dengan lancar. Tunggu pula majlis perkahwinan nanti.
Kita orang solat zohor dulu sebelum check out. Pukul 1, terus je siap-siap pergi ke airport. Mana barang makanan yang tinggal seperti maggi, beras, nasi kuning dan sebagainya kita orang letak dalam kotak dan Helmy akan bawa ke rumah sewanya. Dah selesai bersihkan semua, check barang kut ada tertinggal, selepas kembalikan kunci, kita orang terus menuju ke airport.
Airport Brunei yang baru ni memang cantik dan besar.
Kaunter check in barang.
Aku dan Kak tulipk tak ambil lugage jadi, bila check in ada lebih lagi muatan aku pun selit 1 beg. Pergi barang memang banyak tapi bila balik memang kurang sebab tiada bertambah barang. Brunei tempat melancong yang nyaman tapi bukan untuk shopping.
Kita orang dah selesai masuk beg, jadi sementara tunggu nak bording, lepak dulu kat luar. Mula-mula nampak Azemah tunangnya Helmy datang. Lepas tu adik beradik dia pulak. Ke 6 semuanya datang. Jadi bila dah ramai sembang lah dengan akak Azemah dan adik-adiknya. Rupanya masa bekerja depa semuanya dok Quarters polis. Bapa Azemah kan polis. Malahan akak Azemah yang tua... ala lupa nak tanya nama. berbual tanpa mnegetahui nama. Suami Kakak Azemah juga polis. Aku sempat lah usik kakak Azemah, wah ni mesti dok Quarters ngurat polis kat balai ya. Akak dia senyum je. Tak lama kemudian Bapa Azemah dengan seorang perempuan datang. Masa ni kita orang dah terdiam. Tapi sempat lah tanya Akak Azemah siapa sebelah bapa dia tu. Rupanya Girlfriend bapa dia. Aku pun apa lagi... wah ini siapa yang dulu ni anak ke bapa. Atau pun terjangkit dari anaknya.
Bila di bandingkan Tunang Helmy dengan adik beradik dia, kiranya dia yang paling pendek dan rupa lain sikit dibandingkan dengan adik beradik dia yang lain. Yang lain semuanya tingi-tinggi. Kemungkinan ikut raut wajah Aruah mak dia. Aruah mak dia meninggal dah 3 tahun kerana kanser. Tu anak buah Azemah dengan rambut tocang daun kelapak.
Tak lama kemudian mak saudara Azemah datang. Mak saudara dia ada anak yang kahwin dengan orang Sabak Bernam. Jadi biasa ke KL. Mak saudara dia cerita lah kesian kat girlfriend abangnya sebab anak buah dia semua menjauhkan diri. Yalah kan mana anak yang suka orang lain mengantikan tempat aruah mak dia. Tapi mungkin abang dia sunyi setelah anak dah besar. Anak buah dia kena lah paham perasaan bapanya.
Seronok kita orang bersembang padahal baru semalam berjumpa. Dah nak jadi saudara kan.
Suka melayan di kecik 2 orang tu.
Bergambar beramai-ramai dulu.
comel je depa berdua.
dia nak peace jadi dikira dulu jari dia. Memang comel kulit mulus gitu.
Akhirnya kita orang pun masuk tempat berlepas.
Luas sungguh kawasan di dalam.
Akhirnya dampai di Gate 6. Menunggu kapalterbang sampai. Seperti biasa flight delay dan kita orang balik dalam pukul 4 gitu. Sampai dalam pukul 7 di KLIA2. Akak-akak aku semuanya turun di Putrajaya Central manakala aku terus ke Bandar Tasik Selatan. Cari teksi dan sampai rumah dalam pukul 10. Kak Tulipk pula anak buah dia yang jemput. Besok dia cuti lagi dan baru balik ke Kluang.
Ni oleh-oleh dari kak mon. Kayu pemotong khas tertulis namanya.
Dapat mug yang penuh dengan ayat romantis. Muah cayang Kak Mon juta-juta lemon.
Mug yang cute
Ni pula kain dari Ryn. Cantik. Cayang juga buat Ryn.
Berakhirlah kisah rombongan peminangan anak saudara aku. Puteri Brunei tu hanya ayat-ayat jiwa je padahal tunang helmy tu anak orang biasa je. Oleh kerana Helmy kampungnya di tangkak jadi ayat yang cantik sekali ialah Putera Gunung Ledang menyunting Puteri Brunei. Tunggu pula adat istiadat masa perkahwinan pada tahun hadapan. Insya Allah.
Pss... Masa tunggu kapalterbang kak jal tunjuk kad jemputan masa majlis Pertunangan. Nama Helmy tiba-tiba ada Awang didepannya dan Azemah ada Dayang. Oh itu apakah maknanya. Patutlah majlis meriah sebab dapat kad jemputan bagaikan kad perkahwinan pula. majlis nanti entah macamana agaknya ya.