Tuesday, June 13, 2023

Audit Eksa - yang di komen dan tak betul




Assalamualaikum,

   Hah hari tu aku dah citer kan Eksa datang lagi. Hah 7hb jun yang lalu audit dalaman eksa pun datang le kat pejabat aku. Apa lagi semua tempat di beleknya mencari kesalahan, hehehehe tapi berkat mak matron siew yang bagaikan mak di rumah mengawasi keliling pejabat mencari apa lagi yang belum di label dan apa lagi yang belum mengikut teori Eksa.
 

Monday, June 12, 2023

Meeting di langkawi : 16hb - 18hb Mei 2023


Assalamualaikum,

2 minggu lepas ada rezeki pi Langkawi. Rasanya macam dah berkurun tak pi. Paling lama tahun 2016 masa Konvensyen rekod Perubatan di Baron Hotel.

Thursday, June 8, 2023

Majlis Perkahwinan Anak Lizah

 


Dr Awyn dan Dr Hanif

Assalamualaikum,

Sabtu lepas kita orang menghadiri majlis perkahwinan anak Lizah. Majlis di buat di Royale Palace Cyberjaya. Majlis memang meriah. 

Masa sampai tu pengantin belum sampai, tengah menunggu pengantin sampai. Jadi aku dan Ita serta yaya dapat le meja makan dengan Dr Shahi dan Husband dia. Makanan sedap. Ita siap caari cendul dengan ampam balik yang katanya berderet orang menunggu. Sebab dia buat panas-panas.  


Amboiiii mak pengantin....dah macam naik pelamin lagi je. Sweet sangat.

Keluarga kedua pihak dari sabah datang untuk sama-sama meraikan kedua mempelai. Anak Lizah sekarang bertugas di Hospital Tawau. Doktor gigi gitu.

Mak kerja KKM. Anak dan menantu pun kerja KKM juga.


Family Lizah bersama pengantin


Pengantin bersama Lizah dan suaminya


Mantan boss aku juga hadir bersama isteri dan anaknya. Masa mereka bergambar ni aku tak perasan kalau mantan boss aku ada datang. Sejak pencen dan di serang stroke memang nampak beza sekali. Semakin kurus dan ingatan pun sekejap ingat sekejap lupa. 


Bersama mak pengantin serta ex opis mate aku. Dr Hafiz dan pindah bahagian lain manakala Encik Firdaus dah pindah ke MAMPU.


Masa baru sampai nampak Kak Rosni yang dah jadi YB.  Lama sungguh tak jumpa. Majlis perkahwinan anak-anak je kita orang dapat berjumpa.


Belakang tu tempat jalan masuk ke tempat majlis. Masa saudara Lizah menunggu pengantin, dengar lah mereka cakap Sabah. Semua gembira meraikan pengantin. Ni bersa Dr Shahi yang dah nak balik dan DD yang baru sampai.


Sebelum balik bergambar dengan rakan sepejabat bersama mak pengantin.


                Nampak TP kami dah nak balik. Sempat le selfie sebentar.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Aku dan Ita balik sebab masa tu Yatt baru sampai dengan anak-anaknya. Takde tempat jadi bagilah tempat kami pada Yatt. Puan Suzani yang duduk selepas Dr Shahi balik pun dah selesai makan. Jadi Yatt dan familynya bersama DD dan suaminya.

Dah kenyang berpandu kan Ita yang jadi waze aku.....terus balik putrajaya hantar Ita dan seterusnya yeh ke pesta buku aku. Tinggal 2 hari jadi pergi hari sabtu. Ahadnya lepak baca novel Rumah Cinta terbitan Manes Workwords.


Pesta Buku 2023 di WTC

 


Assalamualaikum,

Dah lama tak pi pesta buku sejak PKP. Bila di war-warkan buat kat WTC aka dulunya PWTC...aduhaiiii meronta-ronta hati nak pergi apa lagi musim cuti sekolah bermula sehingga 4 jun 2023. Tapi tu lah sabtu awal tu aku dah balik kg jadi by hook or by crook hari sabtu mesti terjah.

Tengahari tu pi jemputan majlis kahwin anak Lizah kat cyberjaya. Jadi lepas je makan jamuan hantar Ita dan anaknya balik putrajaya emmm terus aku pi kat LRT Bandar Tasik Selatan.

Aduhaiiiii mimpi ngeri sungguh bila LRT berhenti di stesyen Hang tuah.  Di suruh ke platform 2 menuju ke masjid Jamek. Sampai stesyen masjid jamek kena turun dan naik bas yang akan membawa ke stesyen Bandaraya. Aduhaiiiiiii turun naik turun naik stesyen. Sampai stesyen Bandaraya menuju ke PWTC aku dah lepak.  Napa le semua tangga tu tak tukar kepada escalator.....huhuhuhu time turun ok le time naik mencanak aduhaiiiiiii 

Jadi keluar dari stesyen LRT aku terus masuk belah kiri ke sunway Putra sebab sejuk aircond kuat.


Masuk pintu masuk yang dekat hotel nampak booth Poreng. Poreng ni adalah bekas penulis Alaf 21 yang menerbitkan novel sendiri iaitu Hezzy, Lyn Dayana dan Dhiya 
    

Ni booth Kasi Terbit dimana banyak buku-buku ilmiah selain daripada travelog sebab salah seorang adalah backpackers tegar solo. Selalu ikuti perjalanan travel dia dalam FB



                                                            Hah sampai bersimpuh susun buku.

Aku ada nampak cerita hikayat 1000 satu malam dalam bahasa malaysia tapi tu lah tebal sangat. Nanti beli online je lah. Tak larat nak bawak.   

 Tadaa....... akhirnya aku dapat jumpa dan bertentang mata. Selalu ikuti perjalanan travel dia. Tabik lah sebab tempat yang dia pergi tu orang tak ada cerita lagi. Pendaki handalan dan juga penunggang motor yang tegar juga tu. 

Tapi aksi dia yang rare ialah selalu ambil gambar terbaring tak kira tempat. Orangnya kecik molek je.


                    Busy sampaikan baru nak makan.......sian


Lepas tu carik booth Manes kat tingkat 4. Manes ni macam anak didik Jemari Seni. Setelah Jemari seni di tutup syarikatnya, penulisnya banyak mencari penerbitan yang lain. Dan salah satunya dengan membuat syarikat penerbitan yang baru seperti penulis Lila Vee dan Nirr buat. Hasilnya tadaaaaa Manes Wordworks.

Mereka ada terbitkan antologi cerpin 30 orang penulis dengan 30 cerita yang editornya Kak su yang sunting. Sudah tentu lah best kan.


Boleh tahan booth Manes ni. Ramai orang. Beli 2 je buku kat sini.  




Ada acara kat pentas utama tapi aku tak ikuti sangat.


Talipon Kaksu. Rupanya baru nak datang dengan Yah, wan dan Nawwir. Masa tu aku kat booth karangkraf. Beli buku aisya sofea sementara menunggu kak su sampai.

Masa kak su talipon dia kata kat Poreng lepas tu kata kat ariani. Huh jenuh aku mencari akhirnya rupanya mereka dah masuk dalam Karya Seni. Jadi aku pun masuk. Masa tu dah tak ramai orang dan buku dah banyak yang habis. 

Pilih buku yang kombo terbitan kkhas untuk pesta buku. ada buku yang aku nak dah habis. Kena jenguk shoppe lah nanti.


Kat booth jiwatarbiah ni kak su ada buku yang dia jadi editor. Tapi sebab dah banyak aku borong tak boleh dah. Rimau pun dah susut. 


Hah buku Tajuk May....kaksu jadi editornya. Jaga pujangga pun best. Yang ni banyak juga buku hamka.  



Kena cari laman web dia lah. Beli online nanti.

Akhirnya aku pamitan dahulu sebab dah nak malam. Dapat jumpa Kaksu yang datang dari Sg Petani sekejab pun jadi lah. 



Kali ni dari stesyen PWTC terus ke titiwangsa nak naik monerel. Tak larat lah kalau nak turun naik lrt di stesyen lrt masa aku pergi. Monorel ni nanti terus berhenti di stesyen Hang tuah. Tapi tu pun jenuh juga. aku ingatkan aku sorang je yang sesat barat nak naik monorel rupanya ada seorang tu aku perasan dia pun macam aku sebab akhirnya aku nampak dia turun di LRT Bandar Tasik Selatan. Sama perhentian rupanya.


Ni dari Manes

Ni Kasi Terbit


Ni Poreng


Izza ni share booth dengan Poreng. Dia terbitkan buku dia sendiri

Ni Karangkraf 


Ni dari Karya seni.

Pergh bila belek-belek ada 15 buku. Bila lah nak habis ni.......hehehehe Tengah baca Rumah cinta yang manis sekali walaupun ada juga sedih.  


Friday, June 2, 2023

Eksa datang lagi

 

               

                       Dr Ismat dan Dr Hammad. Sedang deko kotak Go Green. Nak letak kat penjuru ni. 



Assalamualaikum,

Toru datang lagi eh dah macam iklan makan keropok terkenal itu ye. hehehehe

Aduhaiiiii eksa ni kadang buat stress orang je. Tiap-tiap tahun audit.  Masa nak audit hah nampak le clear meja macam tak buat kerja. Dah habis audit hah balik semula macam-macam atas meja kerja. hahahahaha Tapi selalunya audit dalam lagi leceh dari audit luar. Audit dalam lagi cerewet. Habis yang bawah meja pun dia selongkar. Kita orang lagi takut audit dalaman daripada audit luaran. Kecut perut kalau dia up status. huhuhuhu.

Ya lah bila nak buat kerja tu semuanya nak atas meja. Fail lah kertas minit lah kertas conteng-conteng lah. hehehehe Aku lah macam  tu. Jadi bila nak kena audit eksa......hah apa lagi le kelam-kabut pi ekrok aka eksa tapi sorok kat bonet kete. Hahaha.....bukan aku saje ye. Ramai pegawai yang lain pun buat sama.  Berbondong-bondong semalam bawak barang nak sorok dalam kete. 
 

Hari ni kita orang buat gotong royong bersihkan pejabat. Kasi bersihkan fail-fail lama yang tidak perlu lagi. Bersihkan peti sejuk yang dah berfrost lama tu.

Pagi ada orang sponser sarapan. PA hanim tukang masak je. Jadi sebelum buat kerja kita orang sarapa dulu. 

Manakala tengahari pulak Dr Irfan yang buat praktikal kat pejabat kita orang belanja kami nasi tomato. Dia punya praktikal habis 31hb mei. Jadi sebelum balik tempat kerja lama dia, dia belanja kita orang. Terima kasih Doktor Irfan. Semuga murah rezeki doktor. Orang kelantan tapi berkhidmat di Serawak.

 


Atas meja tu lah tempat makan dan tempat barang eksa untuk tampal stiker sesuai. 





                                    Sebelum.....dengan frost begitu tebal. Nampak sangat nak kena tegur tu


Esbok dah banyak clear dah. Aiskrim masa raya hari tu banyak. Hah apa lagi habis Matron agih-agihkan kasi habis. Tinggal nak tutup esbok bior frost cair. Minggu depan audit check ok le.

 Matron siew ni dah macam mak-mak kita orang je. Habis semua kena tegur kena tanya kena arah. hehehe



Dah berubah susun atur kat pantri. Keluarkan meja dan ganti rak comel sikit.



Kotak kerusi gaming yang matron dapat dibuat recycle buat tempat Go Green. 



Dr Irfan belanja lunch nasi tomato.....sedap. Terima kasih Dr Irfan. Semuga Allah limpahkan rezeki melimpah ruah. 


Aduhaiiiiiiii Eksa oiii eksa