Friday, September 25, 2020

Gegerl Hour - 2 H 1 M di Putrajaya




Assalamualaikum,

Agenda gegerl hour ni sebenornya macam perjumpaan ramai-ramai, lepak-lepak sambil masak sambil makan  bersama Kak su sebelum Kak su  berpindah balik semula ke Sungai Petani.  Juga meraikan penulis Adelia yang sedang mengandung. Kiranya macam majlis perpisahan buat kaksu. Sebab lepas je majlis tu , pandemik Covid  19 pun menyerang. Malaysia pun start PKP selama 3 bulan  daripada 18 Mac sehingga 9 Jun 2020.  Kiranya ni cerita sebelum PKP le.    

Thursday, September 3, 2020

Konangan dolu-dolu


Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Semuga semuanya sihat-sihat selalu.  Siapa pernah guna tandas di luar rumah macam kat atas. Hah rumah dolu-dolu memang tandas kat luar rumah apalagi kalau kat kampung. Yang takutnya bila malam perut memulas aduhaiiiiiiii macam-macam terbayang di kepala kalau kena pergi tandas malam-malam. Dolu-dolu rumah aruah mak aku macam ni lah. Masa tu aku kecik lagi. Jadi bila malam-malam sakit perut hah adik lelaki aku lah jadi guard pegang lampu picit suluh kawasan tandas supaya terang benderang. Kalau tak pun aruah mak aku jadi peneman. 

Tapi bila dah ubahsuai dapur, aruah bapak buat bilik air dengan tandas. Takde lah lagi tandas kat luar. Memori ni kalau jumpa rumah kat kampung yang masih ada lagi tandas di luar.  


Wednesday, September 2, 2020

Dah rasa aiskrim cherry blossom Magnum



Assalamualaikum,

Ni penangan siti yang menaip punya cerita terus aku terjebak nak rasa aiskrim sedap ni.  Dan kebetulan masa tenguk peti ais kat cafe nampak le baju dia yang cantik dengan nama yang glemer apa lagi lah terus aku pilih dia. Walaupun pada masa tu ada pilihan lain tapi nama glemer dia tu yang aku tak tahan. Dah le tak dapat pi tenguk cherry blossom kat seoul atau jeju opss cerita jeju aku pun tak abis lagi emmmm kita layan le aiskrim magnum ni. hehehehe Bila tah nak sambung cerita hari last aku kat jeju pun tak tahu. Sori lah ya. Insya Allah nanti aku kena usahakan juga part akhir pi Jeju.   



Ini lah yang aku terjebak ni. hehehehe 


Tu dia bila dah buka aurat dia opsss ada bintik-bintik lah pulak.....hish kena sakit chicken pox ka......



Tapi bila kena gigit awwwww sedapnya...... tak terkata......hahahahahaha betapa nikmatnya menikmati aiskrim Magnum perisa cherry blossom. 


Hahahahaha macam apa je lah aku ni kan. Makan aiskrim pun penuh emosi   hehehe hadap je lah ya.
Hah sapa belum rasa tu hah pi lah carik.....lepas tu kita bayangkan lah makan di bawah pohon Cherry Blossom yang sedang berkembang mekar diatasnya sambil berjatuhan bunga-bunga yang berguguran diatas kepala.......Bayangkan lah melepak di bawah pohonnya dengan hamparan bunga-bunga yang penuh warna-warni. 

hahahahahaha dasyat sungguh aku punya imaginasi dek kerana tak dapat travel obersea.....berangan pun jadi lah ya..... Ok chau chin chau