Sunday, September 30, 2012

Malam Mesra Mawar SMSABGS 2012

Cupcake yang mengambarkan diri

Assalamualaikum,

    Aiseymen...terlupa lah nak cerita tentang gathering SABGS pada 23hb ari tu. Dah tepek dalam post tapi tak habis cerita pulaknya. Ok lah kena cerita juga sebab kali ni punya gathering memang happening  giler walaupun pada mulanya macam tak mendapat sambutan tapi bila tiba harinya lebeh kurang 70 orang yang hadir. Ex SMSABGS tak kira yang senior ke yang junior ke yang tahun 60an ado, 70an ado, 80an ado dan 90an pun ado. Emm tak pasti pulak samada yang latest junior SMSABGS pun ado juga. Kiranya ini perjumpaan kali ke 2 setelah yang pertama dulu reunion kat Hotel Royale Chulan tapi kali ini buat di Hotel Impiana pula yang berhampiran dengan KLCC. Kali ini tidak ada cikgu hanya exstudents je malahan 2 instructor telah Noi sediakan untuk kita orang berjimba-jimba.Mana boleh tak nak join, bukannya selalu setahun sekali, lagi pun masa ni lah nak berjimba-jimba dengan ex SABGS. Kali ini dengan tema warna hitam putih serta merah sikit. Hasilnya memang marbeles lah bila ikut tema macam ni. Sebelum tu masing-masing kena bawa cupcake yang mewakili diri sendiri. Aku pun terus orde dengan Irma cupcake bertema bunga mawar biru sebab i like blue ya, malahan memang suka bunga ya. Dengan campuran warna puteh melambangkan kesucian hati nurani. Ewahhhhh cam tu ke aku melambangkan diri sendiri. Mula-mula nak beli seketul je macam tak memadai je, hah ko 16 ketul biji aku bawa terus tabur atas meja. Penuh meja kami dengan cupkek. Meja kami terdiri daripada batch 88 yang juga merupakan kawan-kawan batch anak saudara aku Merina serta 2 pupu aku iaitu Elvy. Cuma my sister je tak dapat join jadi melahu ler aku sengsorang ke KLCC.

Penuh meja dengan cupkek aku dan Rozita. Rozita punya cantik dengan bekas kek sekali.

Ni masa pendaftaran yang diuruskan oleh salbiah. Dapat goodies beg. Kalau tak salah ada bagi nama untuk cabutan bertuah. Kali ini sesiapa yang nak bagi hadiah dialu-alukan. Kalau tak bawa pun tak apa..tak paksa hanya untuk suka-suka. Ada rezeki alhamdulillah tak ada rezeki ya sudah.

Majlis bermula dengan bacaan doa. Selepas tu Noi aka pengelola majlis berucap. Noi ni staf Hotel Impiana jadi dia yang syorkan buat di Hotel tersebut. Rasanya Datuk Atikah ada berucap kut sebagai alu-aluan. Emm tak perasan pulak atau aku dah lupa. hehehehe.  

Selepas tu acara makan.Semua menyerbu meja makanan. Ada mee goreng mamak, roti jala, karipap, lagi apa ye. Makanan kurang sikit tak macam masa di Hotel Royale Chulan, tahun lepas makanan memang banyak, bayaran pun mahal juga ler. Ala yang ini pun tak habis makan nak banyak2 pulak. Yang penting enjoy ya.

                                                    Kuih-kuih manis untuk kudapan

  Ni meja kita orang share dengan adik junior. Geng aku cuma kami bertiga je yang hadir. Tapi aku memang tabik kat Rozita dan Norkh sebab dari Ipoh dan JB sanggup datang jauh-jauh tapi member kat KL huh semuanya manjang busy.... ataupun mereka malu nak join. Apa lah depa ni bukannya selalu dapat berkumpul begini, ada tak ada pun setahun sekali. Kita orang semua exSABGS dah berpakat nak buat setahun sekali dapat berkumpul macam ni. Seronok apa, sebab semuanya sporting n giler-giler bila dapat peluang mengelelitis macam ni semua pun jadik. hahahahaha tak percaya hah nanti aku tepek gambar masa kita orang dok mengeletis kat depan dengan ada tukang ajor joget lagi. Sesekali terlepas dari kandang hah dapat mengelitis memang syiok. Walaupun semuanya dah 5 series, 4 series, 3 series tapi semua cun dan glemer tau. Semua sporting dan memang hapening lah. Lagi pun dapat mengeratkan lagi silaturahim. Dari tak kenal bila dah berkumpul jadi kenal dan geng. Seronok sangat. 

   Selepas makan kita orang menyanyi lagu sekolah beramai-ramai. Selepas tu batch 60an membuat persembahan. Rasanya mereka menari zapin kalau tak salah ler. Selain daripada tu ada juga games sambil itu di selang selikan dengan cabutan hadiah dan pertunjukan batch. Geng kami mula-mula nak buat lagu Pancasitara nyanyi lagu 'Bila Larut malam' sekali batch siapa tah emmm geng akak aku kut  geng 81 campur dgn geng 80 nyanyi ramai2 dengan ubah sikit sarikata. Bila kitaorang dengar je emm terpaksale kensel plan sebelum itu dan terpaksa carik lagu lain. Nasib baik lah rozita tu suka berjoget... dia bawak cd lagu huh banyak juga lagu-lagu lama. Lepas tu check dengan org yang jaga muzik samada ada atau pun tidak lagu yang sesuai.. kita org nyanyi dan berzapin lagu Saloma. Emm apa ek lagunya lupa dah.

  Trio batch aku dengan Rozita jadi ketua berzapin dan menyanyi dan berjoget twist tau. Yang kelakor tu masa masing-masing keluarkan spek hitam ada yang menjerit, ' Weiii tiru kita orang ke?' Kita orang gelak je, depa ingat kita orang nak nyanyi lagu yang sama. Bila muzik on je.... apa lagi yeiiii zapin ler kita wei dengan twist dengan patah tangan apa sajo . Kat bawah stage kak Kursiah pun ikut sama dengan Hanom berzapin bersama. Syiok sungguh.Mula-mula malu-malu ala lepas tu terus belasah je. hehehe


Masa ni game buat pakaian menggunakan kertas akhbar, memang havoc sungguh sebab pakaian kak chah memang mengancam siap ada yang kata cup C lah. adeiiiiii kelakor lah depa semua macam-macam gaya.

Ni games membuat menara menggunakan mashmelow.. satu meja berkerjasama. walaupun meja kami tak memang tapi semangat berkerjasama tetap mantap beb. Yang penting semua hepey.

   Selain daripada itu terdapat 3 kategori award yang di undi oleh semua iaitu Best Dress, Most Popular dan Puteri SABGS. Best Dress dimenangi oleh Si Matahari. Walaupun tengah pregnant kiranya rezeki anak. Most Popular dapat oleh Datuk Atikah dan Puteri SABGS dapat pada Kak kursiah. Semuanya kita orang sokong dengan meriahnya.

  Bila Saleh dan Saiful instructor dari badan kebudayaan datang je huh memang havoclah.  Apa lagi macam-macam jenis tarian dia ajor. Mula-mula joget zapin.Lagu Zapin senario pun ado. Lepas tu poco-poco, lagu bollywood pun ada juga. Tapi paling best bila gangnam style punya joget. Fuh syiok sungguh. Berpeluh-peluh tau lepas satu ke satu tarian dipersembahkan. Tak cukup kat depan kat belakang pun ada yang menyambung.

                                                            Ini joget Bollywood .

  Ini entah batch mana yang menyanyi dan di bawah stage ikut sama berjoget. entah apa Kak Kursiah dok ngok ngek dengan Kak Nali. Kak Nali ni rupanya kakak kepada batch aku Norlina Yusof yang kini jadi Doktor pakar bius di Muor. Patutlah bila tenguk ada rupa Norlina rupanya adik beradik. Rozita lagi best jumpa 2 lagi sepupunya. Malahan ada yang dapat berjumpa saudara lah pulak.

Depan kecoh berjimba-jimba kat belakang entah apa-apa dok ngok ngek bergelak ketawa.

Sessi bergambar ikut batch. Ini rasanya batch 80 yang agak ramai juga yang datang. 

Ni batch campur-campur sebab tak cukup geng, 81,82,83,84

  
  Ni gambar beramai-ramai. Memang happening sungguh lah pada kali ini. Masing-masing semua enjoy, dah tak kira lagi mak budak ke, kakak ke atok-atok ke.... semuanya belasah. Apa pun semuanya pulang dengan rasa gembira dan enjoy. Majlis habis pukul 7 tapi pukul 6.30 aku dah ajak Norkh balik. Almaklumlah dah nak magrib kan lagi pun Norkh terus balik Johor. Kami balik dengan rasa gembira dan seronok. Semuga gathering ini dapat diadakan pada setiap tahun dan semuga lagi ramai ex SABGS yang tak penah join dapat join lagi pada masa akan datang.

  Ni lah godies yang aku dapat. Ada bahulu ikan, sambal ikan bilis bonda, candy hasil tangan kak c'jingga serta lapik mouse dan ballpen dari Hotel Impiana. Terima kasih banyak lah noi sebab dapat menguruskan event yang julung-julung kalinya best sesangat. Staff hotel Impiana kata kita orang memang dahsyat sungguh. hahahahaha. Mana taknya semua mengelitis kat depan depa tukang tenguk kat belakang dengan senyum-senyum kambing melihat kerenah Exsabgs. Apa pun yang penting enjoy.  



Sunday, September 23, 2012

"U see what I see"



Adegan sebabak di hariraya.


NM: Do you see what I see...?
NA: What do you see.....?
NM: If you can see what I see..that's what you see la.......!!!
NA: Ooooo......I see.....!!!!

NM: What do you see...?
NA: The one that you see lo......!!!!!

NM: See....?!!!!!!



Ni ler ghupanya gaya pemotret internasional..... nak masuk semua orang dalam kamera yang cinonit sampai terover lah pulak.... nasib baik tak tumbang terus kebelakang menghentam hadiah dan meja belakang..adeh

Lokasi: Tanjung Mas Villa
Date: Raya ke 3 2012

Jejak Kasih Raya ke 3 SABGS 2012

Antara yang hadir termasuklah Datuk Atikah Adom

   Assalamualaikum semua. Cerita  Jejak kasih raya ke 3 ni kiranya cerita masa raya hari tu tapi baru nak di update kan.Cerita basikan tapi aku nak tepek juga buat kenang-kenangan. Boleh gitu. hehehehe Apa pun Geng-geng batch akak aku ni wa tabik spring-spring ler. Depa memang bersatu hati sungguh, kalau tak mana dapatnya boleh buat gathering macam ni 2 tahun berturut-turut di kampung halaman terchenta, di Muor lah apa lagi, malahan mendapat sambutan akak-akak senior dan adik-adik junior untuk turut sama berkumpul dan mengeratkan silaturahim. Tu lah kuasa internet yang tiada sempadan. Bayangkan geng-geng akak aku ada yang di Uk macam kak Kursiah tu sanggup balik kampung, sambil beraya sambil berjumpa saudara-mara dan kengkawan. Tahun lepas kak kursiah pun macam tu juga. Raya sakan dia kat Malaysia sebulan lebeh sehingga reunion besar-besaran pertama kali buat  kat Hotel Royale Chulan selesai, baru dia balik UK. Sampai puas dia melayan makanan malaysia merata-rata di Kuala Lumpur.
  Kalau tahun lepas buat di Tanjung Emas dan berkelah bagai. Boleh baca di sini. Tapi kali ni depa booking Tanjung Emas Vila pula. Bayar hanya RM 50 dapat door gift, tukar-tukar hadiah, malahan ada karoke set dan kalau nak bermalam pun boleh malahan ada swimming pool lagi kalau nak berendam. Malahan di jemput Zumba trainer untuk yang nak menari zumba. Thema kunun-kununnya stail hawaian. Huh jenuh lah malam tu akak aku bersengkang mata buat kalungan bunga. Aku tolong ler juga tapi dek ngantuk sangat, dah pagi lepas solat subuh baru tolong buat kalungan sehingga habis bunga yang dibawanya. Malahan masa pergi kubur jenguk kubur Aruah bapak dan aruah Alang dan Aruah Angah pada Raya pertama sempat lagi tu cari bunga Kemboja kunun-kununnya nak main chapteh. Kononnya mengimbas zaman sekolah suka main chapteh.

 Ikut kan raya ke 3 tu rumah mak ada marhaban, kat kampung aku di Muor acara Marhaban yang menjadi tradisi perayaan masih lagi di praktikkan walaupun dulu-dulu 2 hari sahaja la ni sebab dah ramai penduduk kampung yang balik kampung dan buat rumah di kampung maka semakin ramai penduduknya, acaranya ditambah menjadi 3 hari. Jadi kali ni rumah mak aku dapat giliran raya ke tiga tapi nasib baik, Jol adik aku ada dan Ijan adik aku lagi seorang yang kat  melaka juga datang nak menolong jadi kami berdua dengan senang hati pergi ke Tanjung Emas join gathering tu seawal pukul 12 sehingga pukul 6 lebeh baru balik.

 Kebetulan sampai je di Villa tu hujan pun turun. Jadi aturcara pun terlambat lah mulanya dan orang pun datang lambat. Masa tu yang datang awal adalah AJK yang mengaturkan pendaftaran dengan door gift lagi serta token buat sesiapa yang membayar awal.  Nampak kak Taizah begitu sibuk berurusan dengan pihak katering villa. Vila ni kira best juga yang merupakan sebuah rumah banglo, ada kolam renang serta ada bilik karoake. Sesiapa yang nak tidur semalam pun boleh. Bilik ada banyak serta bilikmandi sekali, ala-ala macam hotel gitu tau. Best sangat.

Persiapan oleh AJK yang terlibat... aku tukang nyibuk hehehe

                                     
Ni tayang hadiah dari oxford yang kak kursiah bawa untuk cabutan nombor bertuah.

Hadiah yang hadir buat yang hadir hahahahaha tukar-tukar hadiah lah tapi gunakan nombor cabutan bertuah gitu. kalau ada yang nak bagi lebeh pun boleh. Lagi bagus. hehehe

Ni hadiah kak Taizah sponsor pada yang bayar awal.

Pendaftaran... seronok je bila seorang demi seorang muncul. 

Posing time hahahaha... ala-ala hawaian gurls je kan nasib tak ado gelek-gelek time.. hehehe

Kawasan sekitar vila. Sebelah kiri yang kosong tu dijadikan tempat untuk berzumba.

   Bila semua dah hadir, majlis pun dimulakan dengan kak chik jadi MC. Datuk Atikah yang hadir juga sempat berucap. Walaupun hadir hanya sekejap dan undangan pun kiranya mengejut tapi semangat SAB memang kuat lah sebab walaupun kita orang tahu Datuk Atikah memang ler sibuk tapi sempat lagi hadir ke majlis yang simple tapi meriah disamping mengeratkan lagi silaturahim kami semua diantara ex Sabgs.  Sebelum itu kami menyanyi beramai-ramai lagu sekolah. Walau ingat-ingat lupa senikatanya tapi bila muzik bergema, semua pun dengan bersemangat menyanyikan lagu sekolah. Yeh tempat jatuh lagi kan di kenang inikan pula tempat kita belajar menjadi manusia berguna kan. Selepas habis ucapan dan menyanyi beramai-ramai lagu sekolah, semua yang terlibat memotong kek yang aku tak tahu siapa yang sponsor. Lepas tu apa lagi lah makan time. 

  Selepas makan sambil bersembang acara pun diteruskan. Ada yang bersiap naik ke atas nak tukar baju sebab selepas tu katanya ada yang nak buat zumba. Mata aku pun selepas dah makan ni rasa macam nak tertutup je terus lah naik ke bilik atas nak solat zohor. Ada bilik yang kosong jadi minta kunci dari Kak Taizah. Tapi bila tenguk time dah hujung2 zohor aku pun lepak dulu ler tunggu nak masuk asar. Sekali bila tenguk bilik yang dah ala-ala hotel dengan aircond sejuk lagi apa lagi sedap je landing time atas katil. Emmm sedapnya melelapkan mata. Rupa-rupanya kata akak masa tu lah diaorang bergambar beramai-ramai, serta penyampaian hadiah. Akak yang tolong ambilkancabutan bertuah tapi gambar beramai tu emm aku tak ado lah. Alahaiiiiiii tercicir aku. Bila dah dapat lelap barang seminit 2 barulah aku turun. Masa tu depa dah mengelejet berjoget zumba. Wow memang boleh slim ni buat zumba. Tak menahan sungguh tenguk Hanom berzumba. yang berzumba teruslah berzumba dari satu lagu ke satu lagu. Yang nak berkaroeke, masuk bilik karoake nyanyi. Mana yang nak mandi kolam hah ko kak Shiekin dan kak Minah Yem dah salin baju malahan dah berkubang dalam kolam renang. Amboiiii. Kita orang bawa baju juga manalah tahu nak berjoget ke berjimba dalam kolam ke tapi last-last malas nak salin baju tenguk je lah depa semua berjimba-jimba baik kat atas, baik kat kolam.   Majlis selesai dalam pukul 6 lebeh. Tapi mana yang nak tinggal boleh aje. Malahan makanan pun banyak terutamanya bagi yang tidur di villa. Kita orang balik lah bila dah selesai majlis. Mana yang boleh ditapau kita orang tapau lah. Apa lagi ada 2 dulang mee goreng basah yang masih tak berusik. Sedap. Nak makan banyak mana lah perut boleh di isi. Dengan pelbagai makanan. Apa pun majlis berjalan dengan meriah, dengan kata lain insyallah ianya akan diteruskan selepas ini di KL pula bagi warga SAB yang tinggal di KL. 




Tuesday, September 11, 2012

Perasmian Pejabat Baru Jemari Seni


Assalamualaikum,
Hari Ahad baru-baru ni aku pergi pula ke Perasmian Butik Buku Jemari Seni. Sebenarnya Pejabat Jemari Seni dah lama pindah dimana sebelum ni beroperasi di rumah di Seksyen 4 , Bangi tetapi apabila syarikat semakin berkembang mereka akhirnya telah menyewa di Tingkat Atas sebuah kedai. Selepas tu dengarnya kedai di bawah pula disewa setelah stafnya bertambah dan juga setelah Adiwarna ditubuhkan. Kedai di bawah lah yang nak di rasmikan disamping jamuan Hari raya.

 Mula-mulanya sepatutnya Irma nak join aku pergi bersama. Irma ni usahawan baru yang menjual kek. Kek dia sedap. Boleh lah jenguk rumah dia. Kek Pahlova yang aku beli masa pesta buku hari tu adalah ahsil tangan Irma. Cuma rumahnya jauh kat Danau kota kalau dekat boleh order selalu. Ok Apa tadi hah pasal Irma. Sepatutnya nak ikut aku tetapi ada tetamu pula iaitu kawan-kawan semasa Umrah yang nak datang berkunjung jadi terpaksalah cancel. Jadi geng aku dengan Kaknoor jalah sebab Nacha terpaksa beraya banyak tempat dan suaminya akan hantar.

 Semasa kami sampai belum ramai orang. Majlis bermula 3 petang manakala kami sampai dalam 2.30 petang. Terus ja lah cari buku terutama Lazuardi novel terbaru Nasz sweet sour yang baru keluar apa lagi aku pun terus zap beli. Buku-buku lain terutamanya Adiwarna emm kureng mengancam lah. Ni pun sejak banyak penulis baru Jemari Seni aku terpaksa memilih yang aku suka baca ja ataupun penulis lama yang aku dah tahu macamana penulisannya yang memenuhi selera aku. Yalah kita baca buku ni kenalah ikut selera masing-masing lah. Ada orang suka genre macam tu ada yang suka genre macam ni manakala aku suka genre kelakar romantik serta jiwang karats. hehehehe itu aku punya suka lah kalau tak suka ada kang yang baru kelebek beberapa muka surat lepas tu toing campak dalam kotak. Boleh gitu hishhh takdele main campak-campak maksudnya ada yang terbiar tak berusik dalam kotak A4 tu. Kalau aku suka hah ada nanti asyik ulang-ulang baca sambil tu sengeh sorang-sorang. Boleh gitu. hahahahaha macam otak putus wayar je kan. Tapi still a normal person lah kiranya aku menghayati betul-betul semasa membaca tu. Kira kyusuk dan tawaduk. Amboiiiii

 Eh dah melalut pulak. Ok sambung semula.

Susun atur buku yang cantik


Sibuk staf JS melayan pelanggan yang nak beli buku


Sebahagian makanan yang ada


Jemputan menjamu selera

Tetamu yang hadir termasuk juga penulis Jemari Seni dan Adiwarna

Sebahagian penulis Jemari Seni yang aku kenal

Penulis Nasz menyign atograph. Baru ni lah kenal penulisnya setelah Jemari Seni di gegarkan dengan buku Sweet sour yang mendapat sambutan ramai selepas Hlovate.

  Majlis diselangselikan dengan lakonan sebabak daripada novel-novel Jemari seni yang ada. Selepas tu cabutan bertuah. Aku cuba lah nasib juga menjawab. Tetapi salah tajuk huhuhu sepatutnya 'Kalau  Jodoh tak kemana'. Tu lah buku terbaru Jemari Seni yang bila baca sinopsisnya beberapa bab terus aku dah tak sabar nak beli. Malahan Hari Jumaat bulan Ramadan baru ni terus ajak Rin ke Pejabat JS nak beli novel tersebut. Sekali aku pergi jawab kalau dah Jodoh huhuhu gerenti lah salah. Huh tak ada rezeki lah nampaknya. Pukul 5 ja aku dan kaknoor chau lah sebab menunggu cabutan bertuah tu lama sangat selingan berhentinya. Lagi pun kaknoor ada urusan lain jadi setelah bersalaman dengan kengkawan kami pun balik lah rumah. Apa pun tahniah lah Jemari Seni sebab sudah bertambah maju dan berkembang pesat. Cuma kadang yang aku tak puas hati tu banyak penulis muda yang bukan kesukaan minat aku membacanyalah. Kena tanya kaknoor dulu mana yang best mana yang tidak. Kalau dulu-dulu beli sebab nak suport JS tapi la ni dah banyak sangat emmm kena pilih-pilih lah mana yang aku suka. Kita yang nak membacanya kan kena lah yang kita suka. Apa pun tahniah Jemari Seni semuga mengeluarkan buku yang berilmu dan bagus isinya. 
  

Monday, September 10, 2012

Jamuan raya Kaki Novel




 Assalamualaikum,
Hari minggu baru ni memang penuh dengan agenda berhariraya. Pada hari Sabtu baru ini Penerbitan Kakinovel telah membuat jamuan meraikan penulis-penulis finalis dan juga yang menerima Anugerah pilihan pembaca popular kategori fiksyen melayu Berita Harian 2012 juga jamuan Hariraya. Rasanya no 1 jatuh pada novel M.A.I.D - Suri Ryana dan Novel Yes Boss- Areila dapat no 3. Jadi Kakinovel juga menjemput peminat-peminat novel yang selalu melanggan novel KN dan juga pengedar-pengedar untuk sama-sama meraikannya. Jamuan diadakan di Hotel Seri Pacific di PWTC. Kebetulan pula pada masa tu Matta Fair sedang  berlangsung, aduh mak sikit punya ramai orang, sampaikan nak cari parking di Hentian Putra  pun jenuh lah juga. Nasib baik kami sampai awal dalam pukul 11 kalau lambat, alamat memang takde parking.
                             

Kedatangan kami mewakili Geng Kicap dan Geng Ulat Buku dan telah di beri 1 meja bernombor 13 serta sekeping kad untuk cabutan nombor bertuah. Acara berlangsung pada pukul 11.30 pagi dimana selepas wakil KN berucap disampaikan award ala-ala macam Grammy award gitu pada penulis menjadi finalis. Emm ramai juga yang telah tersenarai. Ramai juga penulis KN baru yang aku tak kenal. Yang aku kenal Acik Lana je yang aku nampak. Eila lambat sampaikan Kak Uda terpaksa pergi sendiri setelah lama menunggu Eila kerana dah janji nak pergi bersama.  Eila dapat tempat ke 3 bagi novel dia yang bertajuk Yes Boss. Tahniah Eila.  Selepas tu makan time dengan  hidangan yang sedap-sedap.
Hidangan Mee rebus yang sedap.

Lemang pun ada

Nasi ni tak pasti samada Nasi Beriani gam tapi didalamnya ada kentang dan telur rebus disamping timbunan daging ayam. Sedap tau.

Games menganyam ketupat
  Selesai acara makan-makan, diadakan games menganyam ketupat. Semua meja mendapat beg kertas yang mengandungi reben untuk menganyam seberapa banyak yang boleh. Masa diberikan dalam 15 minit ke 30 minit tak pasti pulak sebab aku dah teruja nak menganyam ketupat reben ni. Kalau daun kelapa aku boleh lah anyam ni pakai reben huh susah wooo sebab dia licin. Baru buat bentuk ketupat bila nak kemaskan terkeluar sana terkeluar sini. Huh memang susah. Meja aku, yang tahu menganyam cuma aku dan kak Uda sebab kami orang Johor memang masak dan makan ketupat di pagi Raya. Tapi Kak uda lah yang terer dari 10 biji aku cuma dapat buat 2 je selebehnya kak Uda. Jadi kami dapat tempat ke 3. Manakala cabutan nombor bertuah pula Nacha yang mula-mula dapat. Yang lain semuanya hampeh. Tapi tak palah dapat makan sedap, dapat hadiah lagi dah kira bagus apa. Apa pun kena ucap terima kasih daun keladilah pada Kaki novel. Lainkali jemput lagi ya.

Nilah yang kami dapat hasil menganyam ketupat. Frame gambar. 

Penulis Areila mejanya dapat tempat ke dua... dapat hadiah poster dinding. Besar tu gambar matahari

  Selepas acara penyampaian hadiah serta nombor cabutan bertuah adalah sessi bergambar. Kami bergambar beramai-ramai. Sempat lagi tu  Geng Kicap dan geng Ulat buku bergambar bersama di atas pentas. Ada lagi geng hantu Buku emm lagi gempak. Kecuh sungguh. Acara berakhir hampir pukul 3 lebeh juga. Selepas tu agenda beraya ke rumah kak zah pula. Fuh gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hati lah. hahahaha



Sunday, September 9, 2012

Jamuan Bahagian P & P pula



Assalamualaikum,
Hai nampak gaya Jamuan raya masih belum susut lagi. Selepas jamuan KKM selepas tu Opis kali ni Bahagian pula. Bahagian P & P mengandungi 8 bahagian. Dan pada kali ini kami menerima Pengarah yang baru bagi mengantikan tempat  Pengarah lama iaitu Dr Rahim yang telah pun bersara. Kiranya baru kali ini lah nampak Pengarah baru. Opss lupa masa jamuan di opis Pengarah ada datang sekejap selepas habis meeting. Tapi kiranya ini pertama kali lah Bahagian P & P berkumpul beramai-ramai bersama Pengarah baru kami.

Ni lah pengarah baru kami Datuk Dr Noraini Baba

Seperti biasa ucapan dahulu selepas tu meraikan staf baru juga staff yang telah keluar dari bahagian,  samada berpindah ataupun sambung belajar.  Selesai semuanya terus makan time. hehehehe


Meja VIP

Staff yang telah keluar dari Bahagian P &P

                                                                       Staff yang hadir


Makan time

Juadah yang sentiasa ada iaitu satay dan kuah kacang serta nasi himpit serta kuih.

Hait dah nak habih.... copek-copek.
 
 Selain itu ada juga soto yang sedap kuahnya siap ada begedel lagi cuma taugeh tak ada. Selain tu ada juga nasi minyak tapi sebab dah makan satay banyak dengan kuah kacang serta nasi himpit lepas tu rasa pulak meehoon soto, perut dah konyang. Tapi bila kak temah talipon kata nasi minyak banyak lagi apa lagi aku and the gang pun naik balik lah  tapau pula bawa balik. Syukur alhamdulillah rezeki melimpah ruah di bulan syawal ini.