Sunday, January 19, 2020

Desa Keroma Eco Resort Muar





Assalamualaikum,

Masa nak JJCM 2H 1 M di muar search punya search penginapan yang ada kolam muncul lah nama resort ni.  Home stay dan hotel banyak juga di muar tapi agenda utama kami selain nak JJCM ialah nak berendam.  Dan akhirnya semua pakat pilih tempat ni. Apa lagi DD terus je booking.



Mula-mula kami booking Family room orked bilik atas tu yang boleh muat 5 orang. Tapi bila sampai je dan tenguk macam sunyi je takde orang terus kami tukar fikiran. Rupanya dia ada 2 tempat. Yang kami sampai ni halaman utama dan luas tempatnya.


Ada deretan kedai dan juga tempat pendaftaran di pintu masuk Resort. Ingatkan nun di sana tempat pendaftaran tapi rupanya nun di sini tempat pendaftaran. huhuhu jauh sih aku park kereta. hehehehe kena pusing balik ke depan.  Antara deretan kedai ni yang pertama merupakan tempat pendaftaran.  Sekali tanya mana kolam renangnya. Rupanya ada satu lagi tempat di sebelah kiri. Jadi kita orang pun request nak tukar bilik . Nak yang dekat dengan kolam.


Ni lah tempat pendaftaran. Masa ni dah nak balik. Masa datang terlupa nak ambil gambar dari depan.

 Oleh kerana masa kami sampai tak ramai yang menginap jadi boleh lah permintaan kami di tukar. Tapi kena tambah duit lah sebab Bilik Orkid RM 320 manakala bilik kenanga ambil 2 jadi RM 340. Kami setuju je sebab nak dekat dengan kolam. Bilik kenanga ni katil single 2. Jadi salah satu bilik kena tambah tilam lah.


      Adik manis resort pun bawa kami ke tempat lagi satu dimana terdapat rumah yang lagi comel dengan kolam renang di hujungnya.  Ada kolam ikan di belah kiri jalan masuk ke resort yang ke dua.

 Ni lah rumah seroja, kenanga, Chempaka dan kesidang. Yang besar tu 2 tingkat Rumah Bangau.


 Ni tempat lepak dan posing. hehehehe Ada meja dan kerusi serta water cooler pun ada. kat tingkat atas tu ada buaian dan ada bilik atasnya. Agaknya untuk staf Resort kut.


            Gazebo sampan ala-ala titanic gayanya.


Harga bilik-bilik di Resort tersebut. Ni harga lama. Bila aku tenguk facebooknya bagi tahun ni banyak diskaun di beri. Mur-mur lah. huhuhu Ialah Bilik kenanga dari RM 170 jadi RM 100 ja. Jadi sesiapa nak pergi muar dan cuti jalan-jalan boleh lah booking kat Desa Keroma Eko Resort.

        Bilik yang simple tiada tv. Katil ada 2.  Bilik air comel. Kiranya semua kemudahan asas sahaja.



Bilik yang kami duduki.


Ada 8 buah rumah semuanya. 4 jenis nama dan bentuknya.


Suasana yang damai serta terhindar dari keriuhan kota raya. Memang mendamaikan.


                                  Jom lah cuti-cuti Muar. Cheh promosi muo lah pulak.

Wednesday, January 15, 2020

Kenduri Kahwin di Segamat



Assalamualaikum,

Alhamdulillah selamat dah kak sal dapat menantu pada 2 March 2019. Kenduri kahwin ni ceritanya tahun lepas punya  tapi aku tak sempat nak cerita jadi mesti up juga sebagai kenang-kenangan aku bila dapat jumpa kenalan lama  staff hospital Segamat  yang rata-ratanya dah pencen dan satu demi satu, aku dengar ada yang meninggal dunia. Al fatihah.

Kat bandar ni lah tempat pertama kali aku bertugas dan pertama kali memegang title penjawat awam. Pertama kali dok menyewa beramai-ramai berdagang di tempat orang. Memang memori lama kadang terimbau balik bila teringat kisah dolu-dolu. Zaman-zaman muda belia dan zaman jatuh cinta bertimpa-timpa sambil di hempap tangga. hahahahaha  Masa dulu kurus keding lah ni dah double bass. huhu Tapi sweet kenangan itu. hehehe

Bila kak sal talipon menjemput , aku dah teruja nak pergi sebab nak jumpa Kak Sal, Kak Mar dan Appu. Appu ni ex staff aku tapi dah pencen dah. Rindu pada semua kawan-kawan lama aku. Tempat jatuh kan di kenang inikan pula tempat mengenyit mata sambil skodeng secret admier aku. Ahakss.

Dari tangkak aku terus je ke rumah Kak Mar. Lama sungguh tak jumpa Kak Mar. Kak Mar ni ex housemate sebelum aku pindah balik muar. Kak Mar dah siap sedia menunggu kedatangan aku dan kami terus je ke tempat majlis di Dewan Jubli Intan, Segamat. 



 Semasa sedang makan nampak lah staf senior hospital yang dah bersara. Cepat-cepat makan dan pergi ke meja mereka. Sukanya dapat berjumpa setelah bertahun -tahun tak jumpa. Bila aku pindah balik muar dan lepas tu ke KL memang makan tahun juga lah tak berjumpa mereka. Nampak sihat masing-masing. Kak Leela, Ghanam dengan isterinya. Bila aku tenguk Ghanam teringat mendiang David.


Nampak juga Encik Adam ex-staff pejabat dan juga jiran sebelah rumah. Encik Adam ni dulu suka pajak kebun durian. Jadi memang puas lah makan durian semasa berjiran dahulu. Lepas tu orang rumah dia Kak piah tu pandai masak. Sedap-sedap hasil tangan kak piah. Rindu lah zaman musim durian dan masakan pais ikan Kak piah. Tempoyak , lempuk durian.....huhuhu dari situ aku belajar suka tempoyak dan suka durian. Durian Segamat sedap....lemak berkrim. hehehehe  Ada sekali tu dating dengan seseorang yang famili ada dusun durian, balik rumah hah ko seguni durian hantor kat rumah. Opsss.



        Alhamdulillah dapat juga peluk Kak Piah, orang rumah encik Adam. Sukanya aku dapat jumpa kak piah. Masa mula-mula aku datang Segamat berjiran dengan encik Adam dan Kak piah. Lepas tu bila Encik Adam beli rumah di Gemereh, dah jarang aku dapat jumpa Kak piah.


Ni pula dapat jumpa Encik Hamzah dan Kak Sapiah. Ya Allah seronoknya dapat jumpa member-member lama yang masih sihat. Bila dengar member-member lama yang dah meninggal dunia sedihnya rasa.  Masa dulu rata-rata staf kat hospital banyak suami isteri yang kerja hospital.  Macam Encik Hamzah ni Pembantu tadbir pejabat manakala kak Sapiah Attendan  di wad. Ex boss aku pun En yusuf kerja di Rekod manakala Kak wahidah pula kerjanya nurse kerja di  klinik pakar. 


         Pengantin berdua-duaan di atas pelamin. Tak dapat jumpa Liana ambil gambar dari bawah je.


          Selesai je makan dan berjumpa member-member lama yang hadir majlis kahwin Liana, aku dan kak mar pun jumpa kak sal dan Abang Zaki. Walaupun jumpa sekejap maklumle mak pengantin sibuk tapi aku rasa seronok sekali dapat jumpa staf-staf lama yang aku kenal. Lah ni dah banyak staf baru dan yang lama ramai dah pencen.



                            Bergambar kenangan dengan Kak sal dan Abang zaki.


   Masa nak balik terserempak pula dengan Encik Ramlan dan isterinya.


                       Saudara mara Kak Sal dan Abang Zaki menunggu jemputan yang hadir.

  Selepas tu kami ke rumah Appu. Appu sedang berdua-duaan di luar rumah bila kami datang. Seronok bersembang sampai aku lupa nak ambil gambar Appu dan isterinya. Gembira sangat. Appu siap bagi nangka hasil tanaman sebelah rumahnya untuk aku bawa balik.  bercerita tentang kehidupan keluarganya sambil mengenang kawan-kawan yang aku kenal. Cina perabut yang baik dengan Pak Rusli dan selalu datang opis kita orang dah meninggal dunia. Terbayang-bayang muka dia bila datang ke pejabat kami dahulu. Sekarang pejabat kami di Hospital Lama dah rata jadi tempat parking. Rindunya waktu-waktu dahulu yang hanya dapat di kenang sahaja dan tidak dapat di ulang semula. 


Akhirnya aku hantar Kak Mar pulang ke rumahnya dan aku pun  kembali ke Tangkak sambil mengimbau kenangan lalu sewaktu dahulu semasa berkhidmat di Segamat. Ada umur aku akan datang lagi menjenguk kawan-kawan yang masih ada sambil menyelusuri jalan-jalan di bandar Segamat. Insya Allah kalau Allah izinkan.  

Friday, January 3, 2020

Selamat tinggal 2019 dan selamat datang 2020




Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur Allah masih memanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik dan dapat juga menikmati kedatangan tahun 2020.   Dulu-dulu sibuk dengan wawasan 2020. Tak sangka pula akhirnya 2020 hadir.  Siapa yang lahir tahun 70an dan 80an memang selalu di pasak dengan wawasan 2020.  Wawasan untuk malaysia menjadi negara maju.  Apa pun semuga Malaysia aman sentosa dijauhi dari segala musibah dan rakyatnya bersatu hati menghadapi apa jua ombak dan ranjau kehidupan. Amiin. 

Tahun ni apa cerita? Apa perancangan dan harapan bila masuk tahun 2020 ni ya. Hah aku siap dah tepek lagi kalendar tahun 2020 ni supaya senang nak ambil cuti dan senang nak JJCM dan senang nak target melancung kemana.  Cuti sekolah pun ado cuti-cuti pun ado.  Set je tarikh mana yang sesuai. 

Tahun lepas cuma dapat pergi ke Kashmir je. Tapi banyak juga aktiviti JJCM dan sessi bertemu makan-makan kat Alamanda. Orang kata nak awet muda kena selalu keluar dengan teman wanita.  Asyik sibuk je dengan rutin seharian bersama keluarga tersayang. Sesekali kena enjoy menikmati kehidupan. Jadi itulah yang aku dan geng selalu praktikkan. hehehehe. Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah beri.  Syukur juga dapat jalan bersama kakak-kakak tersayang.

Apa pun buat semua, aku doakan semuga Allah limpahi keberkatan dan rahmati kehidupan kita semua. Aamiin. Semuga Allah mempermudahkan segala urusan dan kehidupan kita. Aamiin.

Cayang uolsss semua. muah muah muah 1000 kali.