Friday, February 26, 2016

Geng UB pi Langkawi - Day 4 Hari akhir



Assalamualaikum,

Ok  dah sampai hari akhir di Langkawi. Pagi-pagi dah bangun terus siap-siap nak balik.  Beg masing-masing dah beranak-pinak dah. Ada yang pakai backpack je dah tambah beg baru. Ada yang beli bag anti maling lagi walaupun dah ada.  Pukul 8 dah turun barang. Sebab tangga nan curam kenalah turunkan beg satu demi satu ke bawah. Nasib baik dah ada trolley.


Tuesday, February 23, 2016

Geng UB pi Langkawi - day 3- Layan Sunset di Pekan Kuah


Assalamualaikum,  
Wah cerita pi langkawi tak habis-habis lagi. Jom sambung lagi tinggal lagi 1 hari je di langkawi. 

Selesai sudah sessi menjamu selera di tanjung Rhu, sebelum balik besoknya,  kita orang pun pi Dataran Lang, nak ambil gambar matahari tenggelam katanya. Orang ramai... mengerumuni Lang yang tak terbang-terbang.


Monday, February 22, 2016

Aktiviti Keluarga Bil 1/2016 Bhg 2



Assalamualaikum,

Hari Ke 2 - Gotongroyong, Tahlil, Sukaneka dan Steambot

Ok sambung lagi aktiviti keluarga pada hari ke 2. Rupanya Akak aku Nora sekeluarga yang pergi ke Kelantan menghadiri majlis perkahwinan anak saudara Abang Rosli sampai rumah malam semalam pukul 2 pagi. Dari kelantan terus je balik Muor. Dalam wasap group keluarga, anak buah aku yang ramai tu sudah update gambar semasa gotong royong. Hati dia sudah tidak keruan. hahahaha. Anak buah aku yang ramai dalam wasap tu selalu dok perangat je hati mak dan bapa saudara mereka. Nasib baik sukaneka hari ke 2, kalau tak lagi meroyan mereka yang sampai lambat. Sebab tak dapat join. Kecoh je dalam wasap group update status. Ajeeeee. Aku... pulak internet data dah kong jadi kita guna real time aktiviti je lah tak yah nak update status bagai. hehehehe Lagi pun update gambar pakai kamera lambat. Wartawan tercicir je selalu. hish.  

Wednesday, February 17, 2016

Aktiviti keluarga Bil 1/2016 Bhg 1

Assalamualaikum,

Tajuk macamlah nak buat kursus setiap tahun siap ada bilangan lah pulak. hehehehe. Padahal cuma perjumpaan adik beradik je. Nak kira agak-agak tahun 2016 ni berapa kali kita orang dapat berjumpa. Sebab dah ada request anak saudara, supaya sukaneka dibuat selalu. Mana taknya, ada je yang tercicir tidak dapat join. Bila tenguk gambar je semuanya dah meroyan. Dari Mak ke anak huhuhu. Lepas tu bila tenguk gambar makanan, huh yang lain boleh kecoh. Belum lagi tenguk hadiah sukaneka. Yang kat sanun pulak geram. Emm susah juga kadang nak plan tarikh yang sesuai untuk kami semua dapat berkumpul.

Hah baru-baru ni cuti Tahun Baru China dapat 4 hari cuti. Lepas tu budak sekolah cuti selama 1 minggu. Mana yang sambung tu huh dapat 9 hari. Kali akhir iaitu masa Hari Krismas tahun lepas kita orang dah pakat akan berkumpul lagi pada cuti Raya cina. Oleh kerana panjang dicadangkan buat gotong royong dan sukaneka. Dan alhamdulillah 2 hari kita orang dapat buat aktiviti keluarga.


Monday, February 15, 2016

Kedai Hasil Laut Jamilah - Pangkor


Assalamualaikum,

Selesai urusan kerja di Hospital Seri Manjung, sebelum balik KL, drebar tanya nak tak beli oleh-oleh kat pangkor. Huh pucuk di cita ulam di ratah memang nakle. Jadi dia pun teruslah  zoom pi jalan ke Pangkor. akhirnya tada.... kiranya jalan ni sebelum sampai jeti Lumut dan nampak  deretan kedai tepi jalan sebelum sampai di jeti. Tu dia hasil laut Jamilah ko. Padahal Jamilah tu tak pi laut pun. Jom kita tenguk produk apa dia jual.

Sunday, February 14, 2016

Ritz garden Hotel di Seri Manjung


Assalamualaikum,

Bulan Januari yang lalu kena pi bertugas luar kawasan. Kali ini kat Hospital Seri Manjung lah pulak. Jadinya selepas seronok cuti Thaipusam petang Isnin tu dah zoom pi Seri Manjung. Kali ini kita orang pergi bertiga dan 2 hari bermastautin kat Seri Manjung. Lalu jalan menghala ke Pulau Pangkor walaupun sunyi tapi kenderaan tidak putus-putus. Dari putrajaya naik kenderaan jabatan dari pukul 6 dan sampai di Hotel Ritz Garden, pukul 10 malam. Inilah kali pertama aku sampai Seri manjung. Best juga bandar tersebut. Tenang je suasana. 


Thursday, February 4, 2016

Geng UB pi Langkawi - Day 3 Layan laksa Sedap


Assalamualaikum,

Rupanya setelah sarapan di laman Padi dan menghabiskan masa seharian dalam Underwater world kita orang dah terlajak makan tengahari. Jadi ada yang dah rasa macam masuk angin. Bila masuk van, sekali nampak ada lagi kuih pagi tadi yang tak habis dengan nasi lemak lagi. Sampai je kat pantai Tanjung Rhu kita orangbawa keluar lah makanan tersebut.

Pulut panggang yang sedap inti dia.

Geng UB pi Langkawi - Day 3 Underwater World

Asalamualaikum,

Ok kita sambung lagi citer pi langkawi. Tinggal sikit lagi dah ni. hehehe


Perut dah kenyang sarapan di Laman padi, tapi sebab nak masuk Underwater world tu dalam pukul 2 jadi pusing-pusing dulu lah. Di Underwater world ni ada peminat JS yang jadi staff didalamnya. Oleh kerana tau kita orang nak datang jadi Azie dah order buku JS dan kirim dengan Wan supaya bawa ke langkawi. Jadi bila dah sampai terus lah call azie. Tiket pun dapatlah harga staff. Oleh kerana dia kata ada pertunjukan dimana dia yang akan perform jadi kita orang amsuk lambat sikit. Selesaikan dulu urusan dengan Allah barulah masuk. Sebelah Underwater world ni  ialah The Zone. Tempat shopping juga. Sempat lah melilau sekejap didalamnya.    

Wednesday, February 3, 2016

Jualan 100 jam sempena 10 Tahun Jemari Seni


Assalamualaikum,

Emm penat citer pasal langkawi, tak habis lagi kita citer lain lah ya. Baru-baru ni Jemari Seni ada buat jualan sebanyak 40 % bagi semua buku yang lama serta yang baru sempena 10 tahun penubuhan Jemari Seni. Wah dalam diam-diam dah 10 tahun usia JS. Jadi sebagai promosi bermula dari 26hb Januari sehinggalah 30hb Januari yang lalu selama 100 jam jualan bermula. Harga promosi hebat tu, mana nak dapat sampai 40 persen. Jadi sebagai penyokong kuat pergilah terjah pejabat dia di Taman Kajang Impian. Sebenarnya lebih daripada nak jumpa kengkawan je.