Assalamualaikum,
Puasa dah masuk hari ke 16 lama sungguh tak mencoret rasa. Bila masuk ramadan je teringat aruah mak. Tahun ni 10hb april yang lalu dah 8 tahun aruah mak meninggal. Al Fatihah buat aruah Hajah Saifah Hj Zahari juga buat aruah bapak Hj Abdullah Majid. Al fatihah juga buat semua atuk dan nenek serta mak saudara dan bapa saudara. Semuga roh mereka semua tergolong dalam orang yang beriman dan beramal soleh.
EMAK...PENGORBANAN MU TERLALU BESAR.
NOSTALGIA BERSAHUR WAKTU KECIK² DULU...
Bila time puasa emaklah orang yang pertama sekali bangun...masak makanan, goreng ikan je kalau lauk ayam masa raya je dapat rasa sebab ada bela ayam sendiri, buat air dan siapkan hidangan untuk keluarga bersahur. Terkejar-kejar emak dinihari...Semuanya demi memastikan keluarganya menikmati makanan yang panas supaya anak-anaknya berselera ketika makan sahur walaupun ianya sekadar hangat semula lauk pauk lebihan berbuka puasa semalamnya. kalau lauk semalam dah habis masak lah lauk yang simple dan cepat masak. Dah selesai semua urusan, barulah emak kejutkan anak-anaknya bangun untuk makan.
Lauk semasa sahur selalunya lauk bening kesukaan aruah bapa samada bening kobis atau kentang dengan soohon dan sambal udang kering yang di perahkan air limau dan lawan dengan timun. Telur dadar dengan air milo panas-panas.
Kita yang bergelar anak-anak ni, bangun tido basuh-basuh muka terus je makan...kadang-kadang tu makan dalam keadaan mamai dan mata pun tak berapa nak buka jer. Siap je makan, ada juga di kalangan kita yang pergi sambung tido semula...

Perasan atau tidak, tugas emak kita tetap belum lagi selesai...selepas kita semua tinggalkan tempat makan, emak terpaksa kutip semua sisa-sisa makanan, lap tempat kita makan, sapu lantai kot-kot ada saki baki makanan yang tumpah dan mop jika perlu. Selesai semua tu, emak kene plak basuh pinggan mangkuk yang kita makan tadi termasuklah bekas-bekas yang isi lauk pauk yang sudah abis. Kesian kat emak...
Lepas tu aruah mak sambung buat kuih koya. Dah siap tekan kat dulang siangnya boleh jemur di luar. Selesai buat kuih koya buat kuih deram pula. Adun adunan kuih koya guna tepung beras buatan sendiri tau. Dah selesai adunan di simpan sekejap. Nanti tengahari bila anak-anak dah balik sekolah dah boleh di terap dan digoreng dengan bantuan anak-anak.
Sementara menunggu sessi buat kuih deram menjemur tepung dan gula untuk buat kuih bahulu bila dah nak dekat raya. Bila tenguk rutin ni banyak sunggu kerja aruah mak aku bila bulan puasa. Sebab bila bulan puasa je dia boleh mencari pendapatan sampingan buat keluarga dengan menjual kuih. Kuih deram aruah mak aku banyak peminat. Kadang dah siap ketepikan sedikit untuk keluarga bila orang order tambahan terpaksa jual kat pelanggan. Keluarga makan kuih raya apa yang ada. Sekarang bila makan kuih deram orang lain buat teringat-ingat kelembutan kuih deram aruah mak buat. Dulu dek kerana sebulan buat kuih deram sampai dah jelak tapi sekarang teringat-ingat nostalgia itu.
KETAHUILAH SEMUA, PENGORBANAN SEORANG EMAK TERHADAP KELUARGA SEMEMANGNYA TIDAK BERPENGHUJUNG...KINI ADA DIKALANGAN KITA INI YANG BERGELAR SEORANG EMAK DAN SUDAH PASTINYA KITA MERASAI APA YANG PERNAH EMAK KITA LAKUKAN UNTUK KITA SUATU MASA DAHULU WALAUPUN KEHIDUPAN KITA PADA HARI INI TIDAK SERUPA SEPERTINYA.
PADA YANG MASIH ADA EMAK, HARGAILAH JASA DAN PENGOBANANNYA...PADA YANG SUDAH KEHILANGAN EMAK, SAMA-SAMALAH KITA SEDEKAHKAN AL FATIHAH BUATNYA.
Tiba-tiba mata aku pulak masuk abuk
kredit gambar dan ayat sikit dari
#ADMINMKDD @ MALAYSIA KU DULU DULU...