Thursday, May 28, 2015

Sepetang di NU Central bersama Makcik Raja


Assalamualaikum,
Hari Ahad yang lepas Kak su buat promosi buku dia kat MPH di NU Central. wah aku baru ni lah jenguk NU Central selepas dah lama tak jejak KL Central. Memang meriah sungguh sekarang kat KL Central. NU Central pun aku tenguk wah bertingkat-tingkat dan macam-macam ado. Semasa menunggu ERL dari Bandar Tasik Selatan sempat lah beramah mesra dengan seorang cina yang baru balik dari JB dan nak balik PJ. Sembang punya sembang rupanya dia pernah sekolah rendah di muar. Kiranya dia senior aku sebab sebaya my sister. Apa lagi lah sempat bertukar-tukar no phone dan email serta FB. Katanya nak menyambung persahabatan dengan kawan semasa kecil dolu2. Teringat kat Mee siput katanya. Kami berpisah bila sampai di KL Central. Aku pun melilau mencari MPH yang berada di level 2.   

Acara bermula pukul 2 tapi aku sampai lambat dah pukul 3. 

Tenguk kak su dah sediakan adunan untuk mengelim karipap. Tu Art sedang menunjuk ajar bagaimana nak mengelim tepi karipap. Ada sesiapa yang pandai mengelim tepi karipap?

Bersungguh sungguh peminat kaksu berbangsa cina dan india ni belajar mengelim karipap.  

Hasilnya tada..... aku pun cuba test power skill masih boleh mengelim ke tak tepi karipap tu. Hah yang tengah tu hasil tangan aku mengelim. Sebab dah lama tak buat karipap dan mengelim sendiri. Selalunya pakai acuan je main tekap. Tapi sesekali mengelim bagus juga kan satu kesenian dalam masakan kuih lama.   

Kaksu sibuk menyign buku

Ni merupakan bahan untuk menyediakan Teh Kahwa yang juga ada dalam buku Masakan Makcik Raja 

Sebelum tutup majlis bergambar beramai-ramai.

NU Central yang begitu besar

Sebelum balik kita orang singgah makan petang di Warong Penyet.


Ni Daging empal

Ikan Panggang

Ni order aku... Ayam panggang dengan air Anti stress aka air timun. Tapi sedap lagi air anti Stress di Malang sampai 2 gelas aku minum hehehehe

Ni geng UB dengan Azura staff JS Adiwarna. 

Sedang bersembang setelah licin makan petang kami ...wabbit berbisik.... "kak notie, bukan sebelah tu penyanyi ke?". Sekali aku toleh rupanya Dina. Apa lagi terus je aku tegur dan minta izin nak ambil gambar. Dengan sopan dan baik Dina setuju. Lepas dah dapat ambil gambar aku tak kacau lagi lah. hahahahaha Biarlah dia dan kawannya makan dengan nyaman. Sopan dan santun dia melayan aku. Org johorle katakan.

Selesai makan kita orang pun berpisah. Di level bawah sekali macam ada event. Tak jenguk pun ada apa cuma jengah dari atas je. Promosi kaksu selepas ni katanya nak buat kat MPH di kompleks mall baru di cyberjaya. 


Tuesday, May 26, 2015

Indahnya masa kecil tanpa gadget




Assalamualaikum,

Siapa pernah main permainan seperti diatas sila angkat tangan. Opss ada ke? Emm kalau yang lahir zaman 60an, 70an dan 80an rasanya memang pernah merasa main permainan seperti itu dimasa kecil. Masa dulu mana lah ada gadget-gadget ni semua. TV warna pun zaman 70an baru ada. TV yang besar gabak tu. Sekarang dah flat screen malahan ada astro lagi dengan pelbagai chanel boleh di tenguk sampaikan tak tertenguk. Hahahahaha pada aku lah yang tak ada Astro ni. Layan tv yang ada pun tak tertenguk. Sebelum ada tv radio lah yang jadi sumber iklan dunia. Kalau dulu-dulu ingat lagi dapat siaran dari singapura dengar cerita dalm radio. Selalunya dah masuk dalam kelambu sambil pasang telinga Aruah bapa pasang radio cerita seram. hahahahaha Ada satu pelakon ni kalau berlakon suaranya mengilai dalam radio buat kita orang yang dengar jadi seram terus tekup dengan bantal... sedar-sedar dah lolap. hahahahaha lupa lah pulak nama pelakon tu Jahlelawati ke apa...


Hah seronok main baling tin ni. Wah garang je budak yang cekak pinggang tu ke dah ready nak lari selepas baling tin. Budak dulu-dulu kurus kering je sebab seharian bermain keliling rumah sampai tak ingat dunia. Nanti dah nak magrib kena laung satu kampung mak panggil balik rumah suruh mandi. Tak nak balik lagi kena ligan satu kampung. Bila dapat je kena piat telinga. hahahahahahaha  Tak pun kena libas dengan batang kayu. hahahahaha degil punya pasal. Tapi takde pula kes anak mati kena pukul mak bapa pulak ya dulu-dulu. 


Hah siapa pernah main tiang galah. Kalau 10 barisan mesti dapat bayangkan berapa banyak orang yang main. Ni baru 3 barisan je. Malahan ada seorang abang tu (dah aruah pun dia), dek kerana nak lepas barisan dia pergi lompat atas budak yang jaga barisan. Apa lagi budak tu terus angkat tangan kenalah kaki dia. Terus faul game ganti pasukan lain. Emmm nostalgia sungguh ni. 

Hah ni main guli. Aku tak berapa main sangat yang aku ingat main getah yang bulat-bulat tu yang kita gunakan buat pengikat bungkusan. Kalau dapat banyak getah bulat tu huh penuh kat tangan dah jadi macam gelang lah pulak.

NI seronok main tingting. Siap boleh buat rumah dalam kotak tu. 


Main baling selipar. Seronok boleh baling orang dengan selipar. hahahahaha.

Tapi yang aku ingat dulu time malam raya pernah aku dan akak-akak aku main nyorok-nyorok. Masa dulu walaupun tak ada letrik tapi penuh dengan lampu pelita. Kat rumah sibuk dengan api dapur masak ketupat kat luar pakai kayu api jadi memang meriah. Suasana terang benderang sebab setiap rumah dapur dibelakang sedang marak dengan api dapur memasak juadah. Jadi budak-budak yang tak pandai lagi nak menolong memasak apa lagilah main sampai tak hengat dunia. Kita orang tak takut main sebab katanya bulan puasa hantu kena ikat tu yang berani macam apa ja main malam-malam main nyorok-nyorok. Bukan takut apa pun kena culik ke kena kidnap ke. Cuma takut bila ada Bai  toncit berjualan kat tepi jalanraya bila nampak je zup zap terus balik rumah sebab kata nenek itu Bai potong kepala punya orang. hehehehehe Kesian Bai heran kenapa budak cukup takut dengan dia rupanya..... hehehehe Orang tua bagi amaran kita percaya je tapi budak sekarang banyak kali cakap dan nasihat pun buat deeek je. Dah jadi kena depan mata baru nak takut. Hish hish.      

Selain daripada tu main tutup botol di pepeh sampai jadi leper. Lepas tu main batu seremban. Masa aku sekolah dulu depan sekolah ada pokok kemboja...lepas habis sekolah sementara menunggu bas datang sempatlah tibai daun pokok kemboja tu.  hah apa lagi habis kasut sekolah kotor sebab main chapteh pakai daun kemboja. Kalau dah habis daun pokok kemboja pakai bulu ayam lah pulak. Alahaiiiii seronoknya mengenang zaman dolu-dolu. Aktif dan sentiasa bergerak cergas. hahahaha Sekarang emmmm makin berat punggung je. hehehehehe

Pss.  Gambar-gambar dari Universiti of life

Khasiat buah epal






Khasiat Dan Kelebihan Buah Epal


Assalamualaikum,

Hah tenguk tu 10 sebab kebaikan epal. 

Memang tidak dinafikan epal merupakan antara contoh buah-buahan yang berkhasiat tinggi. Maka tidak hairan lah mengapa epal dijadikan sajian pencuci mulut selepas waktu makan kerana segala vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita.

Antara khasiat yang terdapat dalam epal:

1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.

3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser
daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

4) TIP PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.

5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.

6) Berita baik!! kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan






Tapi tak leh tahan ni tenguk pokok epal bergayutan berbuah lebat. Huhuhu rasa nak panjat je. hahahaha





Monday, May 25, 2015

Buku Resepi Dapur Makcik Raja- JS Adiwarna


Assalamualaikum,

   Wah seronoknya dapat memeluk buku resepi hasil tangan kak su aka Penulis Noor Suraya. Yang membezakan buku Dapur Mak Cik Raja ni ialah ianya ada sedutan 8 novel tulisan kaksu selama ini dan juga resepi autentik daripada 8 novel tersebut. Kiranya didalamnya ada 3 bahagian. 1 ialah resepi  masakan yang disebut didalam novel dan di keluarkan serta di visualkan masakan tersebut. Yang ke 2 ada sedutan novel yang berkaitan. Yang ke3 ada cerita yang tidak diceritakan didalam novel samada memori daun pisang zaman dolu-dolu semasa pembikinan novel tersebut atau tempat lokasi didalam novel yang telah di jelajahi.  Pada aku memang best dan lain daripada buku resepi yang biasa kita tenguk.     

  Ini deretan 4 bekas yang mewakili memori nenek, atok,mak saudara, dan mak  kaksu. Kiranya memori tinggal bersama aruah nenek serta mak saudara yang ramai yang telah memahirkan kak su didalam bidang masakan. Apa lagi kak su mempunyai asal keturunan Gujerat dari belah mak, keturunan acheh belah bapa ini telah menambahkan resepi yang pelbagai jenis  yang diperolehi daripada aruah kedua ibu bapanya serta Aruah atok dan mak saudaranya. 


Tenguk gambar gulai rempah giling ikan puyu wah kecur je. Kata kaksu Kat belah Utara femes dengan rempa kari cap tarbus. Erkkk aku belah selatan tak penah pulak jumpa. Katanya memang sedap. Ada sesiapa org utara yang pernah nampak rempah kari cap tarbus boleh lah habak kat aku. Tak pun kena tanya kaksu lah kut dia boleh belikan. Mesti lepas tu amsak kari memang kaw kaw le .


Gulai kurma telur Itik pun nampak sedap je. Telur itik yang aku pernah masak ialah masak lemak cili api. 

Ayam golek pengantin Tok Chik Nah ni dalam novel Yang Jauh di Pulau. Tenguk gambar je wah mengecurkan. Telur burung puyuh tu di sumbat dalam dada ayam semasa dimasak. Emmm tak penah pulak aku rasa macamana. Selalu buat ayam golek biasa je.

Tapi ini yang lagi marbeles rasanya. Walaupun simple sedap tau. Apa lagi dapat gulai lebehan semalam tak kiralah gulai ikan ke ayam ke memang cecah bertalu-talu. Selalunya kita orang tak campur kelapa cuma lempeng biasa je atau pun lempeng batak sebab hanya tepung dan air.. sikit garam... buat cair-cair terus melempeng nipis-nipis. Kalau musim hujan huh melempeng entah berapa banyak pun tak tak tau sebab asyik habis je. hahahahaha. Layan dengan kopi o panas-panas atau teh o... fuh kenyang perut suka hati.

Ni sedutan dalam Novel Panggil aku Dahlia. Dahlia kirim tart sebanyak 10 biji bertulis I am Sorry tapi Wadi ingat I love you . Kalau nak tau kena dapatkan novel Panggil Aku Dahlia, best ceritanya. Perebutan ladang Teh di Cameroon Highland menyebabkan permusuhan keluarga diantara keluarga Dahlia dan keluarga Wadi.

Udang galah ni selambak betul dalam gulai masak belimbing buluh. Fuh kecur -kecur .

Lepat liat ni dari cerita Tanah Andriyana. Kesukaan Aliya rasanya. Tanah Andriyana mengimbau cerita berlatar belakang kan cerita di Indonesia dan Langkawi. Percintaan antara generasi dahulu menular kepada generasi sekarang. Namun generasi sekarang terlalu banyak onak dan duri untuk mengapai bahagia akhirnya. Best cerita Tanah Andriyana tulisan Kak su terbitan Creative Enterprise. Sebab ada cerita sejarah zaman dulu-dulu sewaktu penjajahan belanda di Indonesia emm kalau tak silap aku lah. Keluarga Andriyana melarikan diri dari buruan Belanda dan tinggal di Langkawi. Kisah cinta Andriyana kemudiannya  terjalin dengan Ku Fitri. Lepas tu apa terjadi antara kisah cinta Andriyana dengan Ku Fitri memang menyayat hati. Itu kisah cinta generasi dahulu. Pertemuan Hadi dengan Aliya telah membuatkan cerita lama terbongkar semula. Hingga timbullah kisah mengapa keluarga Hadi bermusuhan dengan keluarga Aliya berkurun lamanya. Best tau cerita Tanah Andriyana ni.   


Tapi memori lane kaksu semasa kecil-kecil di rumah bernombor 376 itu memang bestlah. Aku jadi seronok membacanya. Teringat pula aku zaman kecil-kecil dengan Aruah nenek dan Aruah mak saudara yang ramai di rumah pusaka Aruah Nenek. Malangnya rumah pusaka yang menempatkan begitu ramai orang dan juga tempat permainan aku masa kecil-kecil dahulu telah pun di robohkan. Tapi memori zaman dulu masih segar dalam ingatan. Depan rumah aruah nenek aku  luas. Ada pangkin di tangga depan sebelum ada tangga lain untu turun. pangkin tu boleh jadi tempat orang tua duduk berjuntai kaki sambil menyembang. bawah rumah yang tinggi tempat bermain pun boleh. Tapi takut sebab dah di momokkan ada hantu bawah rumah nanti kena sorokkan. Kat depan kita orang pernah bermain tiang galah. Sampai 10 barisan gitu tapi seronoknya sebab belum sempat habis game dah faul. Bila start kumpulan lain pun macam tu. Memang sepetang tu riuh gegar main tiang galah. Budak sekarang entah tau atau tidak main tiang galah. nama lain aku tak pasti pulak. 

Ok bagi yang berminat dengan Buku resepi Dapur Mak cik Raja boleh lah jenguk website Jemari Seni Adwarna ya. Boleh pesan disana. 



#Dapur Makcik Raja

Monday, May 18, 2015

Program Belia Berselawat sempena Festival Belia Putrajaya


Assalamualaikum,

Hujung bulan ini akan berlangsung festival belia seperti tahun-tahun yang lepas. Bagi warga putrajaya dan kawasan sekelilingnya boleh lah datang ke putrajaya sebab banyak aktiviti akan diadakan. Bagi belia-belia memang baguslah mengisi masa dengan sesuatu aktiviti yang berfaedah. Macam-macam ada tau.

Ni nak habak ada juga Program berselawat pada Hari Khamis malam Jumaat. hah memang baguskan malam Jumaat dengan aktiviti berselawat apalagi kita dah masuk bulan Shaaban memang kena pelbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW.

Aku pula dalam hati memang teringin nak tenguk dan menghadirinya tapi maklumlah mesti ramai jemaah lelaki kan... apapun yang penting dah ada niat nak join walaupun keadaan tidak mengizinkan. Apa pun pada sesiapa yang berminat meh jom jom jom. Marilah beramai-ramai berselawat bersama-sama.

Opss lupa festival belia tu bermula 22hb Mei sehingga 24hb Mei 2015. Kiranya Malam indahnya bermunajat ni pembuka tirai lah. Jom warga Putrajaya beramai-ramai datang. Selain daripada aktiviti terdapat juga jualan. Hah apa lagi....meh lah datang Tapi aku ni kiranya belia purba lah kan. hehehehehehe  hentam saje lah labu. hahahahaha

Friday, May 15, 2015

Masjid Sultan Mizan




Assalamualaikum,

   Hari tu aku cerita pertama kali menjejaki Masjid Sultan Mizan kan. Ok ni ada gambar-gambar didalamnya. Memang cantik dan luas serta binaan yang memang mengkagumkan lah. Masa sampai kat parking je rupanya dia ada beberapa tingkat. Lif kalau tak salah ada 4 tingkat. Kita orang tanya Mat Guard (sebab muda sangat) macamana nak ke masjid. Rupanya naik lif ke tingkat 2. Ketingkat 3 tempat perempuan. Dan tingkat 4 emm pejabat kut emm lupa aku. Tapi yang kelakornya dengan kaknoorbila masuk lif dah kena buka kasut serta jalan lah berkaki ayam. hahahaha  Memang bersih tempatnya. Cuma tempat wuduk agak jauh lah sikit dari tempat solat.

  Pintu depan. Nun di sanun tu terus menuju ke Mahkamah persekutuan rasanya. Rupanya bila kita sampai di tempat parking depan pintu kena naik setingkat. Tingkat 2 pula ada jambatan yang menyambung dengan kawasan sebelahnya. Jadi kalau kita terus je jalan boleh sampai ke jalan besar Putrajaya. Aku nak cerita pun tak tahu macamana nak huraikan keadaan masjid tersebut. 


Tempat wuduk


Sebelah tempat wuduk ada bilik air


Tingkat 2 terdapat juga kelas mengaji, kelas pelbagai aktiviti yang diadakan di Masjid. Sebelah kanan tempat solat perempuan 


Ni dari tingkat ats tempat solat perempuan ke tingkat 2

Ni dari tingkat solat perempuan di sebelah atas







Pintu gerbang masuk ke Masjid


Jambatan penghubung dengan bangunan sebelahnya


Kawasan sekeliling



Nun Masjid Putra tersergam indah dengan kubah yang cantik


Cantik kan?