Assalamualaikum,
Sapa pernah ada pengalaman makan berbuka macam kat atas tu. Allahuakbar rindunya kenangan itu.
Adik beradik aku kan ramai. Lepas tu anak saudara pun ramai. Jadi bila nak makan hah memang bentang tikar kat bawah le. Kadang tak pakai saprah pun. Ada surat khabar hah guna buat alas. Sekarang changgih. Kat shoppee aku tenguk ada orang jual saprah. Macam-macam ada. Napa lah dulu-dulu takde jual saprah. Aruah mak aku buat saprah warna putih. Tu pun di bentang time nak marhaban. Lepas pakai rendam dengan clorox supaya semua kotoran tanggal. Dah kering lipat baik-baik masuk dalam gerobok. Tunggu raya tahun depan. Saprah dia panjang macam kat atas. Kat kampung aku masih lagi ada acara Marhaban selepas raya pertama.
Hah macam ni le kalau adik beradik aku ramai yang balik nak berbuka bersama aruah mak. Selalunya hari minggu lah time cuti. Dapat peluang berbuka macam ni seronok sangat. Kadang aruah mak buat kuih. Hah nanti sebelum buka hantar kat rumah Mak Itam sepinggan, hantar rumah Chik sepinggan. Nanti dapat 2 lauk atau kuih balasan dari Mak Itam dan Chik. Aduhaiiii rindu momen tersebut. Dulu rumah kami sederet 4 adalah keluarga iaitu rumah Nenek lepas tu rumah Pak Itam, rumah chik dan akhirnya rumah Aku. Lepas tu dah kebun getah. Jadi ke tiga rumah Nenek dan Pak saudara serta Mak saudara tempat permainan kami.
Bila berbuka hah masing-masing berebut nak minum air apa. Air kadang berjag-jag jenis tapi selalunya 3 jenis air , ikut nak minum apa. Aruah mak aku suka air tembikai. Beli tembikai sebiji. Belah separuh. Separuh buat air separuh lagi buat makan. Yang buat air tu potong kecik-kecik tak payah di blend. Lepas tu tambah ais krim soda. Tambah ais dah jadi air tembikai soda kesukaan aruah mak aku. Lepas tu ada cincau. Kalau rajin pergi cari air kelapa muda. Buat air gula merah campur air kelapa muda tambah ais perghhhh nyaman.
Hah nampak tak orang ni punya saprah. Cantik. Tikar mengkuang dia pun cantik-cantik warnanya. Macam ni lah luasnya rumah lama kami masa rumah papan. Tingkap pulak banyak. Bila buat langsir kena beli sepapan kain langsir. Buat simple je. Takdenya nak ropol-ropol bagai.
Selalunya time berbuka kami akan masak nasi. Hah selalunya satu lauk satu sayur. Lepas tu kadang goreng mee samada mee kuning atau mee siam. Kadang kalau ada nenas timun dengan tahu buat pecal mee. Tapi renyah sikit sebab bahan-bahannya banyak. Kadang pencuci mulut selain daripada kuih kita orang buat bubur atau pengat. Kalau tak habis time berbuka masuk dalam peti sejuk. Lepas teraweh malam-malam mentong lagi. hehehe
Semasa aruah bapa aku ada lagi kat surau kampung tu ada buat giliran bawa kuih semasa solat Teraweh. Air pula hari-hari aruah bapa aku bawa 1 cerek besar air teh o panas. Kalau time sampai giliran kumpulan rumah kami iaitu rumah Mak itam dan rumah chik serta rumah kita orang, kami bawa kuih, selalunya kadang aruah mak buat kuih yang kering-kering seperti jemput-jemput ke, kuih karipap ke. Kalau rajin buat lepat pisang ke apam ke. Masuk dalam sepiring pinggan ayan besar sikit dari pinggan biasa yang di letak atas sapu tangan besar. Lepas tu ikat atasnya. Nanti aruah bapak aku bawa ke surau naik basikal untuk solat terawih.
Masa aruah bapak aku ada lagi kami masih lagi tak mampu mempunyai kereta. Ada basikal buruk je. Basikal tua yang besar sikit ada carier belakangnya tu basikal aruah bapak. Basikal tu ada palang tengahnya. Yang ni susah sikit nak guna sebab besar dan ada palang. Basikal aruah mak kecil sikit. Selalu kita orang lenjan buat pergi kedai kat pekan Batu 6 yang tak jauh dari rumah kami. Aruah bapak tak reti guna motor jadi takde lah motorsikal di rumah kami.
Aruah bapak aku meninggal setelah adik bungsu aku habis sekolah kat Politeknik Kuantan tahun 2005. Aruah tak sempat merasa hasil titik peluh dia membanting tulang menyekolahkan kami anak-anaknya.
Sebab masa tu adik-adik lelaki aku baru habis belajar dan masih mencari kerja. Belum ada kerja yang tetap. Al fatihah buat Hj Abdullah dan Hjh Saifah.
Bila bulan puasa aku sentiasa terkenang momen-momen indah semasa kami kecil-kecil dulu juga semasa sambutan bulan puasa bersama aruah bapak dan aruah mak. Semuga mereka berdua Allah ampunkan dosanya dan dimasuk dalam Syurga Firdaus. Aamiin. huhuhuhu sebak rasa hati bila terkenangkan kedua orang tua ku. Rindu yang tiada boleh di huraikan dengan kata-kata. huhuhu
Seronok kan makan ramai-ramai macam ni. Berebut-rebut nak itu nak ini. Mak-Mak sibuk layan anak nak makan apa. Ayah-ayah layan tekak sendiri. hehehe