Tuesday, May 24, 2016

Konvensyen Rekod Perubatan Hari 4




Assalamualaikum. Hari ini hari last di Langkawi. Cerita semalam boleh jenguk di sini

Sebelum pergi sarapan, siap kemas barang-barang buat kali terakhir. Pergi 1 beg balik 3 beg. Hahahaha macam le tak tahu kalau pi Langkawi memang beranak-pinak le beg. Siap bawa beg Anti maling sebagai spare. Padahal sebelum pergi taknak shopping sangat. Sekali hah ko beli coklat tak cukup tangan. Hari ni check out pukul 12. Flight pukul 2. Aku balik saing dengan Linda satu Flight. Manakala Kak Jue dan Effa balik petang.   

Konvensyen Rekod Perubatan Hari 3


Assalamualaikum,

Cerita hari semalam boleh jenguk di Sini 

Hari ini sambung lagi konvensyen ya. Hari ini juga adalah hari perasmian. Jadi sebelum datang dalam email peserta jemputan di maklumkan kena pakai baju batik warna merah ataupun order Batik yang khas untuk konvensyen ni dengan Tuan jualnya dari Kelantan. Alahaiiiii tak sempat dah nak order dan buat,  jadi pi le selak-selak kain opsss selak kain dalam almari lah ye... kut ada baju batik warna merah. Sekali rupanya ado walaupun sipi-sipi merah hah boleh lah. Nanti takde lah jadi warga orang asing pulak pakai baju warna lain. 


Thursday, May 12, 2016

Konvensyen Rekod Perubatan di Langkawi Hari 2


Assalamualaikum,
Ok sambung lagi citer kat langkawi. Sebelum ni terjah SINI

Dah penat seharian kan semalam dok keliling Pekan Kuah kali ini sambung lagi. Selagi kete sewa tak di pulang kan kita orang lenjan dia sampai tengahari.  Jadi dah puas tidur semalamnya, pagi ini sambung lagi. Oleh kerana Effa semalam baru sampai jadi kali ini pi shopping lagi. Tapi pagi-pagi sebelum sarapan pi cari harimau dulu ya. Isi tabung yang dah kering semalam. Maklumlah hari inikan hari gaji.

Thursday, May 5, 2016

Pesta Buku 2016 di MAEPS


Assalamualaikum,

Hah siapa dah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur? Bagi hantu buku macam aku ni, agenda pesta buku memang kita orang tunggu-tunggu. Terutamanya dapat beli buku fresh dari kilang. Dapat jumpa penulis. Diskaun lagi dapat hah apa lagi nak. Itu yang suka membaca lah kalau tak pun beli buku untuk anak-anak ke memang bagus. Masa ini lah peluang untuk mendidik anak-anak supaya minat membaca. Kalau tidak di pupuk dari kecil nanti dah besar tidak suka membaca. Membaca ni bagus untuk memupuk minda. Takde lah asyik layan gaget je.    

Monday, May 2, 2016

Konvensyen Rekod Perubatan di Langkawi hari 1


Assalamualaikum,

Lamanya tak pot pet pot pet kan. Kadang ada idea menderu-deru tapi masa takde. Kadang ada masa lapang tapi idea takde nak menulis. Jadi mana yang dan ajelah ya. Macamlah ko tu VVIP lagaknya. hehehehe padahal malas tahap gaban. hahahaha.