Apa khabar semua. Wah minggu depan dah nak cuti raya Aidil Adha....tapi kita orang kat ibu pejabat KKM, tengah sibuk dengan EKSA.....huhuhuhu hari tu EKSA audit dalaman , kali ini audit luaran pula....huhuhu masing-masing semua pun kalau boleh nak pegang kain buruk, lap sana lap sini, kemas sana kemas sini....sampaikan meja bersih je seolah-olah tiada kerja....hehehe padahal bila banyak kerja huh bersepah-sepah barang atas meja....boleh gitu.
Ok alkisahnya hari ini dalam sejarah aku dapat jumpa blogger femes DJ aka Dayah. Selalunya aku skodeng je blog dia wanderlustdj.blogspot.com. Selalu masuk situ sebab suka tenguk dia cerita pasal JJCM serata tempat dan juga cerita travel dia merata tempat. Gaya bahasa yang spontan tapi bila dia tayang gambar makanan je perghhhh memang cair air liur dibuatnya. Sedap dan mengejurkan je padahal tenguk gambar je belum lagi tenguk makanannya.
Dan pagi tadi semasa sessi audit luaran EKSA.... Dj dan seorang lagi pegawai bahagian lain buat lah sessi audit di kawasan pejabat aku. Selalu tenguk gambar je sekali tenguk orangnya in person.....eh eh...macam kenal je orang tu. Masa tu aku dok kat meja sedang buat kerja sambil mengemas meja supaya bersih.....hahahaha sempat lagi tu.
Masa dia buat checking kat bahagian pantry tak perasan lagi sekali bila dia lalu kat bahagian kabinet bersebelahan dengan meja aku eh.... orang tu macam aku kenal ja....slumber ja aku tanya...eh ni dayah kan...Dj macam malu-malu je sambil macam terperanjat je sebab tiba-tiba ada orang kenal dia. Dia tanya aku siapa ya.... aku pun jawap lah silent reader blog dia.... sambil beri peluang dia buat audit kat sekeliling pejabat aku sampai lah selesai. Bila dia kata dah habis check dan beri komen mana yang perlu di perbaiki., Dj pun minta diri nak balik.. Aku pun apa lagi lah terus je kejar....eh nanti....nak ambil gambar boleh tak?
Semua member ofis aku dah tertanya-tanya...kak Ti siapa tu. Kenal ke....dan macam-macam lagi pertanyaan.
Aku terus je suruh kuchai ambilkan gambar.....tada..... memori hari jumaat dapat bergambar dengan Dj....cuba tenguk atas.....manis je DJ in person seperti manisnya dia dalam blog dia.
Terima kasih DJ.... maaf lah sebab akak buat Dj malu tapi peluang nak berjumpa bukannya selalu. Apa pun hepey dapat bertemu dengan blogger DJ yang selalu hepey. Semuga hepey-hepey selalu.