Thursday, July 27, 2023

Maal Hijrah kena berhijrah ke tempat baru

 


Assalamualaikum,

Masa balik kampung lepas raya haji itu hari ramai lah pulak yang message aku. Rupanya ada berita terkini hiburan sensasi yang timbul tapi tuan badan tak tahu pun lagi sebab surat tak keluar lagi.

Dan bila masuk Maal Hijrah rupanya aku kena berhijrah ke tempat lain untuk rezeki yang lebih lagi. Alhamdulillah syukur atas limpah kurnia yang Allah beri.

Dan pada 24hb iaitu hari isnin lepas pergi lah aku melapurkan diri di JKWP Putrajaya dan Kuala Lumpur. 



Bila lalu Jalan Loke Yew....teringat masa kerja kat Bangunan Perkim. Hari-hari hadap jem menghala ke KL. Dan kali ni bila lalu untuk ke Jalan cenderasari...terimbau kenangan lalu masa baru-baru dok KL. Lama sungguh dan bila lalu kali ini banyak bangunan dan kena alert lebih semasa memandang signage jalan takut hala ke lain. Maklum le pukul 7 pagi.

Akhirnya sampai juga aku ke JKWP Putrajaya dan Kuala Lumpur pada pukul 7.30 pagi. Dan alhamdulillah semasa melilau mencari parking ada kereta keluar dari parking yang berdepan dengan pintu masuk JKWP. Lega aku kalau tak susah hoooo mahu parking. Penjaga Keselamatan tu dah offer dah nak tunjuk tempat parking awam. Dalam tu semuanya untuk staff. 



Sambil menunggu waktu bertugas staff sempat lah berbual-bual dengan adik-adik yang nak lapur diri untuk renew kontrak kerja. 

Pukul 8 aku pun terus masuk tanya tempat untuk lapur diri. Sebenarnya aku dapat naik pangkat dan tempat baru aku adalah Hospital Putrajaya. Ni lapur diri dulu dan mohon tangguh selama 2 minggu untuk pass over kerja dan setelkan kerja yang belum habis. 

Alhamdulillah sessi lapur diri tidak mengambil masa yang lama. Hanya mengisi borang dan menyerahkan surat pelantikan pada staff sumber manusia. Pukul 10 habis urusan dan baru rasa lapar. hehehe apa lagi terus lah menuju kedai makanan yang berada di luar kawasan JKWP. Lagi pun ada motor yang menghalang jadi aku sarapan dulu le. Mungkin ada orang yang berhenti sarapan di situ. Tempat parking memang le sesak. 

Akhirnya sampai di Hospital Putrajaya pukul 10 lebih. Terus menuju ke Pejabat Rekod Perubatan dimana aku akan memulakan tugas. Big boss pergi kursus jadi tak jumpa le. Jumpa Aishah dimana aku akan mengantikan tempatnya. Belajar bagaimana nak menguruskan permohonan Lapuran Perubatan dan macam-macam lagi. Memang setengah hari tak cukup. 

Lapur diri di Bahagian Admin hospital Putrajaya. Hantar surat penangguhan kerja selama 2 minggu. Sementara menunggu surat jawapan aku pun sambung lagi menuntut ilmu kerja di Unit Rekod.  


Kiranya kehadiran aku adalah untuk mengisi kekosongan jawatan di Hospital Putrajaya sebab member di situ akan bertukar ke Hospital Taiping. Aduhaiiii rasa berdebar juga ni sebab memikul tanggung jawab yang agak besar juga. Adakah aku mampu. Doakan ye untuk aku supya segala urusan di permudahkan. 

Surat kelulusan penangguhan petang tu juga dapat. Dan pada pukul 5 petang aku pun mula beransur pulang. 

Akhirnya selamat lah aku melapurkan diri untuk kenaikan pangkat di Hospital Putrajaya. Sebenarnya post yang sama ada kekosongan iaitu tempat Lizah. Tapi orang yang sepatutnya melapur diri mengantikan Lizah adalah staff HTAR Klang iaitu Azlina. Aku ada call dia tanya. Dia akan menolak post tersebut disebabkan menjaga bapa yang dah uzur. Perjalanan daripada Klang ke Putrajaya kan jauh. Masa aku maklumkan pada boss aku , dia tak ada pun kata supaya aku memohon mengantikan tempat Lizah, dia suruh aku lapor diri je ke Hospital Putrajaya so aku pun lapor diri le ke Hospital Putrajaya. Almaklum le aku kan lama sangat kat opis sekarang ni. Kira macam otai gitu. oleh kerana opis lama dah jemu kat aku jadi melangkah le aku berhijrah ke tempat lain. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk aku.

Ya Allah syukur alhamdulillah atas limpah kurnia Mu rezeki yang Engkau berikan. Mungkin ada rahmat diatas penghijrahan aku ke tempat baru. Ingatkan boleh sampai pencen kat tempat lama rupanya kena berhijrah dulu. Apa pun semuga Allah mempermudahkan urusan pekerjaan dan kehidupan aku di masa akan datang. Di temukan dengan orang yang baik-baik di mana jua aku berada. Aamiin. Begitu lah kisahnya.  
    

Tuesday, July 18, 2023

Selamat menyambut Maal Hijrah Tahun Baru Islam 1445H

 



Salam Maal Hijrah


Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah


Sempena kedatangan Tahun baru Islam 1445H pada malam ini bersamaan 1 Muharram 1445H, berikut dikongsikan bacaan doa Akhir tahun dan Awal tahun untuk panduan buat umat Islam.


Bacaan Doa Akhir Tahun dibaca sebelum masuknya waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (18 Julai 2023) manakala bacaan Doa Awal Tahun dibaca selepas masuknya waktu Maghrib malam satu Muharram (Waktu Maghrib Selasa, 18 Julai 2023).


Jom petang ni kita mula doa akhir tahun dan awal tahun. Semuga tahun hadapan kita sekelian sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Aamiin.

Semuga tahun baru hijrah sentiasa di rahmati dan di limpahi rezeki melimpah ruah. Aamiin






Monday, July 17, 2023

Jualan Agro Madani lagi

 


Assalmualaikum,

Hari tu aku ada citer kan ada jualan agro madani di parcel E. sekali semalam postmaster up email eh ada lagi, 2 hari pulak tu. MInggu ini dengan minggu depan.

Agaknya dapat sambutan kut pada minggu lepas jadi dia buat lagi. Hah sapa-sapa yang area Parcel E boleh lah pi. 

Hari ni nak pi lagi nak tenguk apa ada. Kut buah-buahan ada yang murah. Aku selalu teruja kalau buah-buahan atau sayur kampung yang susah nak dapat sekarang ada terjual. Tapi selalunya mahal. Kut jualan agro madani ni harganya murah. Hah boleh serbu lah ye.  


Hepey birthday to me

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah berikan pada diri ku ini. Sejak MH 17 terjadi aku rasa macam kureng bab sanbutan birthday ni sebab rakyat Malaysia akan mengenang tragedi tersebut.

 Tapi adik-adik kat pejabat ni pagi-pagi  buat surprise pulak untuk aku. Dalam diam-diam depa pakat beli kek dan buat potluck sikit khas untuk aku. Aduhaiiiii nangis juga aku eh almaklumle aku ni gaya je macam Kak long kawasan aka sharif dol samseng kampung dusun tapi dalam hati penuh taman munge. hehehehe hati tisu beb. 

Tapi pagi tadi aku pun dah rasa sayu. Walaupun syukur Allah panjangkan usia tapi aku sedih sebab aku bakal berhijrah ke tempat kerja lain. Walaupun berhampiran tempatnya dan tak jauh tapi hati tetap sedih nak meninggalkan kawan-kawan yang dah macam adik-adik aku semuanya.  Nanti mesti miss dia orang semua. Berhijrah untuk kebaikan dan semuga rezeki melimpah ruah dan di pertemukan dengan orang yang baik-baik. Aamiin. 

Thursday, July 13, 2023

Kursus Pengukuhan pengurusan SMRP di Hospital Cyberjaya

 


Assalamualaikum,

Pada hari Rabu yang lalu opis kita orang buat kursus kat Hospital Cyberjaya. Kiranya satu malaysia berkampung kat hospital Cyberjaya. Hospital baru kan jadi memang best semuanya. Bangunan cantik serba serbi baru. Tujuan kursus tersebut ialah bagaimana nak selenggara katil mengikut kepada perubahan katil di hospital samaada nak tambah atau nak kurangkan mengikut disiplin dan kepakaran wad.  Hospital akan tentukan jumlah katil mereka bergantung kepada kehendak hospital. Kursus ini diadakan beramai-ramai supaya masing-masing tahu bagaimana nak mengubah dan meminda jumlah katil hospital. Tak payah sekejap-sekejap talipon. Terutamanya yang baru memegang jawatan di Pejabat Rekod Perubatan. Jenuh ayu nak layan semua. Ada duit peruntukan JAbatan jadi Enazman cadangkan buat kursus tersebut untuk satu Malaysia.

Monday, July 10, 2023

Jualan Agro Madani di Parcel E

 


Assalamualaikum,

Lamanya tak bersiaran. Lepas raya haji macam takde idea nak mengarang padahal banyak je draf masih dalam simpanan.

Ok hari ni ada jualan Agro Madani di area parcel E7 dengan E11. Macam-macam ada.


Ni jaualan air nenas Md 2. Nampak sungguh mengiurkan air nenas tu. Ada juga buah. Tapi sebab batuk aku tak hilang lagi jadi pandang dari kejauhan saje.


Yang ni menjadi tarikan ramai. Sebab dia jual dengan bakul sekali. Ada seekor ayam dengan 2 jenis sayur serta bakul hargaRm15. Member aku beli. Oklah harga dia. Boleh buat lauk untuk seminggu. kalau tak rajin masak le. Kalau rajin tak cukup tu. hehehe


Sayur sayuran macam-macam jenis. Tak tanya pulak harga dia berapa.


Yang macam-macam jenis talam ni yang aku tergoda. Talam ubi, talam durian dengan bingka ubi. 



Air ni memang mengencurkan. Air kelapa laut dengan air asam boi. hish hish 


Durian ada lagi. 


Air laici kang paket. Senang beli dan buat. Terus boleh minum



Hah kaum perempuan begitu ramai menyerbu.


Dapat sorang sebakul. Ramai le yang bawa bakul masuk opis. Laku sungguh jualannya. 


Ni jualan pes macam-macam jenis ada. Dia ada tester juga tapi tangan dah penuh malas lah nak rasa. Ada Asam pedas yang aku perasan.



Buah naga masak ranum sungguh. 


Cempedak dia emmm memang geram tapi dah masak sangat dan bau dia harum semerbak. Ni kalau beli ni jadi perfume opis je.