Monday, February 22, 2010

Corat-coret Kain sulaman Bukit Tinggi


  Sepanjang 5 hari 4 malam di Bukit Tinggi aku cukup teruja dengan kain sulamannya yang cantik-cantik dan menawan coraknya. Memang menjamu mata betul dengan kain sulaman. Hish kalau lah pinggang masih ado emmm mesti le leh menggayakan baju kebaya..... alahaiiiii pinggang bukan pinggang kerengga lagi jadi layan mata je lah tenguk sulaman baju kebaya. Walau begitu terdapat juga sulaman bagi baju kurung jadi aku beli yang sesuai dengan kategori badan lah ye yang dah double bass ni.






  Di atas ni kain sulaman di Butik Ngarai Sianok. Butik Mahkota dek kerana ralit menyopping aku jadi lupa nak ambil gambar.  Begitu juga di Butik Linduang Bulan.




   Baju sulaman di atas adalah dari Butik Allysa. Kami singgah di butik ini setelah turun dari maninjau pada hari ke 2.  
















    Manakala gambar di atas pula adalah di Butik Soraya. Butik ini katanya pernah di kunjungi oleh Datok Ct Norhaliza. Fuyooooo memang ado class lah kainnya yang terdapat di butik ini tapi berbaloi-baloi lah dengan harganya. Tapi memang cantik-cantik sulamannya dengan kain yang mahal dan designnya yang memang semuanya cantik di mata aku tapi layan mata je lah nak beli emmm rasa sayang je beli beratus-ratus hanya untuk sehelai kain. Tapi sesekali  beli yang berbaloi-baloi ni boleh kut.  hehehehe

   Selain daripada menyopping di butik kami juga telah berkunjung di rmah Hjh Rosmah dimana merupakan pelopor kain sulaman di Bukit Tinggi yang terkenal. Walaupun sudah berumur 80 lebeh tetapi apa juga kesilapan pada hasil sulaman anak muridnya matanya masih lagi boleh nampak. Kiranya memang mahir tahap gaban lah dalam melahirkan industri kain sulaman. Sulamannya memang bermutu tinggi dan yang aku suka penuh sulamannya dan tebal. Rumahnya telah di jadikan perusahaan kain sulaman di mana di bahagian belakang merupakan kelas jahitan sulaman dan di bahagian hadapan merupakan hasil sulaman yang di jual. Samada kain alas meja, tudung, baju dan sebagainya. Dek kerana pandainya menyulam semuanya boleh jadi bahan sulaman malahan bekas air mineral pun berbaju sulam mengalahkan manusia.  



Ini merupakan kain alas dulang yang penuh bersulam.


Sarung bantal yang bersulam. Cantik kan kalau bersusun diatas sofa.

 Hasil sulaman yang di jadikan kraftangan selain daripada kain.











   Menyulam ni sebenarnya memerlukan kretiviti seseorang dalam mengolah kain dengan bunga sulamannya. Bukannya mudah hendak padukan warna dengan kain dan juga sulamannya. Kita nampak macam mudah menyulam je tapi paduan antara kain dan warna sulaman pun penting juga bagi menimbulakan kecantikan sulaman tersebut akan timbul dan cantik di mata pandangan mata yang melihatnya. Aku salute lah bagi pereka sulaman yang cantik-cantik ni. Anugerah kepandaian yang tuhan bagi dapat menghasilkan hasil tangan yang cantik. 


Ni mungkin di buat frame sebab aku tenguk dia letak di atas nun kat siling. hehehe




Butik terakhir yang kami singgah ialah Butik Cany. Bajunya boleh tahan juga cantiknya. Sepanjang 5 hari kami di tunjukkan dengan pelbagai jenis sulaman. Ada sulam goyang, sulam tangan, sulam mesin, sulam peniti, sulam pintal dan sulam reben. Itu yang aku ingat kut mungkin ada lagi jenis sulaman yang aku tak tahu. Walau bagaimana pun memang semuanya cantik-cantik. Itu tak ambil lagi gambar sulaman pada kain telekung. Boleh pusing mata tenguk kan sulaman pada telekung. Pun cantik-cantik juga dan ada yang aku tenguk di pasar atas telekungnya bukan warna puteh atau krim tapi berwarna warni. Oleh kerana niat hati nak beli kain sulam je jadi kain telekong yang bersulam takde lah nak tenguk. Tapi ada satu kain telekung sulaman di depan Hotel boleh tahan cantik juga. Si abang ngah dok tawar-tawar akhirnya dia rembat satu. hehehe Ok lah sekian sahaja coretan mengenai kain sulaman di Bukit Tinggi. Mungkin kalau ada rezeki kita tenguk kain sulaman di Jakarta atau di Bandung pulak. Kata june lagi murah. Emm kalau dah perempuan tu takde lain le kain kain kain. Berbaloi-balao beb.

Saturday, February 20, 2010

Jenjalan ke Bkt Tinggi lagi

 Amboi mesti orang kata aku kaya sampaikan boleh pegi Bkt Tinggi lagi dalam masa setahun. Tahun lepas aku dah pegi tapi tak puas hati sebab banyak benda aku tak beli  untuk sendiri . Duit lebeh ke untuk org lain dgn kiriman org lagi dan juga teringat kat adik beradik jadi rasanya byk yg aku terkilan. Dan bila bercerita dgn kak jal dia pun berminat nak pergi dan lagi kak jal pun thn ni dah pencen aku rasa mcm nak bawa dia jenjalan keluar negeri. Maklum le sepanjang hayat tak penah ke ober sea. Dan akhirnya tada..tercapai juga hasrat aku... daripada hanya nak bawa kakak jalan aku jadi tukang organiser pulaknya.   Tapi apa pun ianya memang best dan havoc malahan aku membawa 4 family melancung.

Di restoran Pak Datok
   Pada mulanya setelah booking flight dan apabila gempa berlaku di Padang plan mcm tak jadi tapi setelah merisik pada orang yang dah pergi akhirnya aku teruskan plan. Lagi pun sayang le kalau tak jadi tapi alhamdulillah mungkin niat aku ikhlas nak bawa kak jal jenjalan akhirnya planning tersebut menjadi juga.
Walaupun begitu bila flight telah bertukar dari tengahari ke pagi daripada asalnya tak nak tido di padang akhirnya terpaksa juga nginap di Padang. Dan pada mulanya aku ingat boleh berjumpa geng ulat buku yang akan pergi 2 hari awal daripada aku tapi bila tenguk schedule dia org nampaknya takde rezeki lah nak kenalkan kak jal dgn depa tapi bila sampai di Padang bila Mr pendi bagi schedule sepjg 5 hari rupanya hari pertama lagi dah terus ke maninjau. Sebab kalau scedule asal memang depa keluar dari hotel kharisma dan terus ke maninjau manakala aku pula pada hari pertama ke bukit tinggi dulu dan nginap di Hotel kharisma yang bermakna depa keluar dan aku pun sampai hotel yg sama iaitu hotel kharisma tapi kalau terus ke maninjau sama lah bermalam dgn geng ulat buku.  Hish tak sabornya aku buat kejutan.

          
Bersama Ulat Buku the gang

Bersama Ulat Buku the gang meja lain

 Tourist Guide kami namanya Mr Pendi. Aku dah request Mas Antony tapi nampaknya dia dah bawa pelancong lain jadi takpe lah dgn Mr pendi pun ok juga. Orangnya hitam manis dan ganteng juga apa. hahahaha.  Jadi hari pertama kami di bawa ke butik baju sulaman. Rupanya Puteri Minang dah berpindah tempat dan juga nama iaitu Mahkota. Sulaman dia lain sikit daripada yang lain sebab banyak bunga sulam timbul. Kami di bawa ke 3 butik iaitu  Mahkota, Ngarai sianok dan lagi satu aku lupa namanya. Selepas tu ke Nuansa Maninjau. Sampai dalam pukul 4 dan berehat lah dahulu sementara nak makan malam. Semasa aku masuk ke tempat makan aku nampak kak noor and the gang tengah makan. Terus je aku terjah. Memang kiranya tuhan bagi rezeki kat aku berjumpa dgn mereka setelah banyak halangan yang timbul sebelum ini. Hanya sempat menyembang sekejap dan melihat mereka shopping. Kesian kat Yah yang tercicir duit di museum Hamka manakala aku pulak jam yang di beli kat Australia dulu tercicir. Memang dah banyak kali cangkuk tu mcm dah loss tapi aku buat tak kisah hah hambik ko cicir masa kat Air terjun.Mungkin masa aku beli buah markisa kut sebab masa ambil gbr di air terjun aku tgk kat dlm gbr ada lagi. Tapi bila bas dah bergerak aku tgk togel je pergelangan tgn huh sah le tercicir... tak pe lah takde rezeki.

Di Nuansa Maninjau Resort

   Selepas sarapan dan bersalaman dgn geng Ulat buku kami terus turun ke museum Hamka. Gambar tahun lepas aku dgn kak zah aku bawa sekali. Gembira Anak saudaranya melihat gnr kami. Rupanya sesiapa yg melawat dan hantar gbr di masukan dlm album. Kalau aku tau baik aku bawakan album gbr besar bagi kat dia, supaya banyak gbr tetamu yg lain dpt di simpan buat kenangan.

Di rumah Buya Hamka

  Seterusnya kami ke Bkt Tinggi pula di mana kami akan tidur 2 mlm di Bkt Tinggi.  Singgah di Perusahaan silver di Koto gadang. Lepas tu singgah di butik Allysa sebelum terus ke Pasar Atas. Oleh kerana hanya 1 jam je jadi tak banyak yang dapat di cari. Kak zah kirm aku tudung tapi aku tak jumpa kedainya yang kami beli banyak tudung thn lepas. Maklumle banyak kedai dan byk lorong sampaikan nak cari jalan keluar pun pening. Malahan aku dah terpisah dgn Kak jal semasa asyik menawar harga kain. Selepasitu sampai di Hotel kharisma dan berehat sehingga makan malam. Selepas makan kami telah di bawa ke butik Soraya di mana kata Mr pendi Datok Ct Norhaliza banyak beli kain kat butik tersebut. Tapi memang le ado class sih kainnya dan mahal-mahal sesuai lah dgn citarasa Dato CT. Malam tersebut keluarga Muzakir menyambut besday abang long. Sampai je kat hotel si Abg ngah dah cari kek. Dan semasa aku dah lepak dgn kak jal dlm bilik terdengar riuh rendah 3 keluarga celebrate besday abg long. Sempat lagi ketuk bilik bagi rasa kek. Emmm sedap juga kek coklatnya.


Di Restoran Gon Raya
 Hari ke 3 kami di bawa melawat ke Hjh Rosma dan Batu Sangkar. Di Objek wisata Istana Linduang Bulan oleh kerana ada penjaganya kami dapat naik ke dalam Istana contoh.Dulu hanya di bawah je sambil berposing tapi kali ini dapat masuk ke dalam. Dan Istana asal yang masih dalam pembinaannya  setelah di panah petir aku tenguk dah nak siap. Tahun lepas masih berangka lagi bangunannya tapi kali ini dah nampak bentuk. Setelah berpusing di tasik singkarak singgah lagi di mahkota bagi yang nak beli baju lagi. Aku rembat lagi sehelai yang murah warna merah merun. Malam makan di Istana Mie lauknya sedap sekali.


Di wisata Linduang Bulan

                                                 Di istana Pagar ruyung yang masih belum siap
   Hari ke 4 setelah 2 malam tidur di Hotel Kharisma kami pun check out untuk ke Padang pula. Selepas sarapan, singgah di Panorama Lubang Jepang. Masing-masing dah susut rupiahnya. Masa kat sini ramai yg masuk lubang jepun tapi aku dan june terus je ke tempat jualannya. Kami nak cari kain lagi sebab masih ada kiriman yang belum dibeli. Tapi tu lah sampai ke sudah aku tak jumpa tudung yg cantik untuk kak zah. Aku ingatkan kain masih lagi murah mcm tahun lepas rupanya dah naik harga. Kain yg aku beli dlm RM 30 dulu dah naik RM 50. Huh depa dah pandai naik hargalah tapi kat sini cendera hati memang cantik2.  Kiranya kali ini memang duit habis beli kain uantuk diri sendiri. Semua jenis sulaman aku beli. Memang puas hati lah. Malahan untuk org lain aku dah tak ingat nak belikan sovenier sebab duit dah habis beli kain sulaman. hehehehehe. Tapi depa semua puas hati sebab dapat beli kain sulaman. Malahan ada yg nyesal tak beli beg sulaman kat Maninjau. Ingatkan kat Bkt Tinggi murah rupanya kat maninjau lagi murah sebab yg kat Bkt Tinggi asalnya dari maninjau bagi beg sulaman tersebut. Butik akhir yang di singgah ialah Cany sebelum sampai ke padang. Di padang di bawa meninjau keliling kota padang kawasan mana yang teruk di landa gempa. Rupanya tidak semua tempat hanya sebahagian bangunan sahaja. Hotel Ambacang yang sepatutnya kami duduk di ganti hotel Inna Muara tapi bangunan di hujung Hotel tersebut pun ada yg retak tapi yang lain ok. Hotel Ambacang yang 6 tingkat jadi 3 je telah pun di robohkan untuk buat baru.

Di Hotel Kharisma sebelum check out

  Malam terakhir dah tak makan ansi padang lagi tapi makan di padang iaitu restorennya di tengah padang. Fuh 3 keluarga adik beradik lelaki bukan main lagi lepas makan je terus berkaroke. Pembuka tirai adalah En Fendi nyanyi lagu Broery marantika. Emm boleh tahan juga suaranya. Sambil makan dan dialunkan dgn keyboard memang sodap beb. Sambil depa menyanyi macam-macam lagu sambil bertepuk tangan fuh havoc sungguh depa semua. Maklum le budak-budak remaja. Tapi keluarga kak kam bukan main sungguh. Dari anak mak dan ayah baik berkaroke, berjoget dan joget poco-poco. Mula-mula join tapi asyik silap step je dari ramai akhirnya jadi anak beranak kak kam je yg sudahkan. Lagu akhir En Fendi nyanyi lagu Ayam den lopeh lepas tarian poco-poco kami pun balik ke hotel. Sebab besok pagi pukul 4 dah nak bangun. Oleh kerana flight pukul 8.30 jadi kenalah bangun awal.


Restoran tengah Padang

  Seawal pukul 3 dah tak boleh nak tidur dah. Jadi bersiap awal dan pukul 5 terus je keluar bilik. Check out pukul 5.30 dan dlm pukul 6 sampai di airport. Oleh kerana budak-budak muda takde lah shopping sangat di bandingkan orang pompuan jadi barang tak banyak sangat. Bagi 19 orang hanya 150 kilo je jadi takde lah yang kena tax lebeh muatan. Sebab aku dah cakap dgn Mr pendi supaya timbang ikut senarai. Kalau dlm senarai 4 org yang lebeh berat leh cover beg yg tak sampai 15 kilo. Bukan ikut per person macam dulu.
Selesai semua bayaran airport tax dan selesai semua Mr pendi pun minta diri. Apa pun perkhidmatan dia bagus dan depa semua seronok dan dah rasa nak pergi lagi tapi hanya untuk shopping je macam Kak ros dan Kak rusnah yang rasa macam nak pergi lagi sebab tak puas shopping. hehehehe aku ingat aku je yang rasa macam tu dulu rupanya depa pun cam tu juga. Malahan kak jal pun macam tak puas hati  shopping tapi sebab rupiah dah habis takde lah nak cakap apa. Agaknya kalau rupiahnya banyak lagi tu emmm memang nak beli lagi. hahahahahaha

Tourist Guide Mr Pendi... nyanyi lagu Broery sedap suara hehehe

  Kami sampai di LCCT KL dalam pukul 10.40. Akhirnya berakhir sudah trip 5 hari 4 malam di Bukit Tinggi Padang dengan kenangan yang tidak dapat di lupakan. Suami kak kamsiah kata bagus lah trip yang aku buat ni, memang seronok. Apa pun aku ucapkan terima kasih lah buat keluarga Muzakir, Munawir dan Mugni yang merealisasikan perjalanan yang mengembirakan ini tanpa banyak songeh dan berjalan dengan lancarnya.

Di Airport Bandara padang sebelum balik KL