Wednesday, December 30, 2020

Selamat tinggal 2020 selamat datang 2021

 



Assalamualaikum,

Hari ni dah 31hb 2020. Esok dah masuk tahun baru 2021. Tak sangka kan tahun 2020 dah sampai penghujungnya. Tahun 2020 bagi aku begitu banyak memori duka yang kami sekeluarga kena hadapi.

Dan juga memori  pandemik Virus Covid 19 yang melanda semua negara. Kiranya tahun 2020 menyaksikan angka-angka yang di paparkan adalah jumlah mangsa Covid 19 samada yang positif atau angka kematian di sebabkan Covid 19.

Siapa sangka tahun 2020 menyaksikan bencana melanda satu dunia. Apa pun kita doa semuga Allah angkat virus tersebut dari mukabumi ini. Apa pun hanya Allah yang lebih mengetahui apa jua yang berlaku.


Aku letak cuti tahunan 2021 untuk sesiapa yang merancang percutian mereka nanti. Tapi adakah kita dapat bercuti jalan-jalan ke luar negara.....emmm hanya masa sahaja yang menentukan keadaan dan situasi macamana yang boleh kita buat seandainya wabak Virus 19 ni masih lagi ada. Malahan PKPB pun masih lagi di sambung sehingga 14hb Januari 2021. So ikut je lah situasi yang berlaku sekarang.


Jumlah kes masih lagi meningkat dan kita kenalah patuhi SOP yang kerajaan tetapkan. Kesian juga kan buat frontliners yang masih lagi belum dapat rehat selagi kes masih lagi meningkat. Sama-sama lah kita berdoa mudah-mudahan semua ini berlalu pergi. Bukan apa aku pun risau juga dengan kakak-kakak aku warga emas yang kadang risau takut di jangkiti virus tersebut. Mereka berisiko tinggi sebab mempunyai penyakit lain dan badan bukannya kuat untuk menentang virus tersebut. Mudahan tahun 2021 dengan adanya vaksin yang sedang di usahakan kerajaan semua pandemik ini berlalu dan keadaan akan terkawal seperti dahulu. Aamiin Aamiin.

 
Maaf zahir dan batin dan selamat tinggal 2020 dan selamat datang 2021. Semuga masih ada sinar kebahagiaan buat semua rakyat di Malaysia dan semua manusia di dunia. Aamiin

Tuesday, December 29, 2020

Delhi Kashmir 2019 - Hari ke 2 Rumah Bot New Nexico



Assalamualaikum,

Alhamdulillah perjalanan dari Airport Kashmir berjalan lancar. Semakin tiba ke Tasik Dhal seronoknya tenguk rumah bot yang banyak merata sepanjang tebing nun disebelah sana. 


Tapi jangan terperanjat lah ya jika asyik ternampak askar di sana sini. Askar India merata-rata tapi aku pun tak pasti samaada tu askar india atau askar kashmir. Tapi setahu aku India yang menghantar askarnya ke Kashmir konon orang kashmir membuat onar padahal depa yang saja carik pasal. Aku tenguk rakyat kashmir rukun dan damai je kehidupan mereka. 

        
 Aku nampak kenderaan macam tuk tuk. Kalau tenguk cerita hindunstan kenderaan tu laju je ke sana ke sini bawa hero dengan di kejar oleh penjahat di tengah-tengah kesibukan bandar Delhi. hehehehe nampak sangat le selalu tenguk cerita hindustan sampai terbayang-bayang pulak suasana  dalam filem. Jadi bila dah sampai negara mereka terbayang lah pulak cerita-cerita dalam filem mereka. Apa lagi kalau nampak yang hensem wah hero hindustan tapi kalau rupa macam pecah rumah wah samseng india sudah mari. hahahahahaha banyak nau aku punya imaginasi ko. emmm gasak le labu. 







                                Pemandangan sepanjang jalan menuju House bot.





                 Hah nampak tu jalan ke Dhal Lake. Ada Mughal Garden....dan nampak tak Tulip Garden.  Oh itu yang aku teringin sekali nak pergi. Malahan sebelum pergi aku dah tanya kaksu samada Tulip Garden buka atau pun tidak. Ikutkan dah musim dia sebab kami pergi bulan April.  Mudahan ada rezeki tenguk tulip. Yaho yabeda bedu




Penduduk kashmir agaknya sedang tunggu kenderaan nak balik agaknya.


         Nun di seberang sana house bot tu lagi lawa kan. Yang tadi mula-mula macam biashe-biashe je.





Deretan rumah bot yang macam-macam jenis. Seronok tenguk. 
 


Akhirnya bas berhenti di satu jeti.  Tenguk lah tu deretan shikara bersusun cantik.



Kami sampai kat jeti bot shikara yang menjadi kenderaan untuk ke seberang tasik dimana terletak rumah bot kami.


Hah tu dia beg besar kami dari atas bumbung. 



Masa ni menunggu beg besar kami di turunkan. Semua excited dah sampai rumah bot.



        Baru sampai semua pun senyum je. Tak sangka aku akhirnya dapat juga naik bot shikara dan dapat tidur di rumah bot. Dolu-dolu tenguk cerita hindustan Shashi Kapoor jadi tuan rumah bot, tu yang  teringin nak tidur rumah Bot. Alhamdulillah akhirnya termakbul juga keinginan aku. Cuma tuan rumah aku tak serupa Shashi Kapoor .  hehehe



                            Comel je kan deretan shikara di sepanjang jeti.


Tu dia kaksu dengan kak afza. Masa nak masuk tu takut ko...hujung shikara tu kan runjing je. Bila pijak apa lagi lah tergolek-golek . Lepas tu nak adjust punggong pun satu hal. Mula-mula memang seriau tapi lepas beberapa kali cheh ok dah. 



Muka muka gembira pertama kali naik bot shikara. Tapi masa mula-mula jejak kaki....huhuhu takutnya aku. Sebab dia teroleng kiri kanan. Dah le tu separas je dengan bot. Memang seriau le aku tenguk air kat tasik dhal  tu. 


Belum lama perjalanan tiba-tiba kami di himpit bot peniaga kiri dan kanan. Yang buat aku seriau tu bila di himpit, bot kami lagi lah teroleng kuat. 


          Aishah senyum je tenguk mamat ni dok mengoda suruh beli. Tapi kita orang tak nak pun sebab kami dah takut bot teroleng sana sini. bila dia himpit apa lagi lagi kuat golekan shikara kami. huhuhu aku dok berkicau je ketakutan. Pertama kali lah katakan. Pemandu shikara relaks je. Malahan dia memang bagi izin depa menghimpit kami dan itu adalah cara mereka menjual produk perniagaan mereka. Kalau pandai memilih boleh dapat murah dan bagus tau. Tapi aku huhuhu dok keriau dalam hati takde lah nak seronok membelek macam-macam barang yang depa jual.


Rata-rata barang yang di jual ialah pasmina, batu-batu permata,baju kot dan macam-macam lah. Kiranya barangan untuk wanita lah banyak. Tapi bagusnya macam beg-beg kecil tu buatan tangan tau. Ada yang kulit, ada yang baldu. Cantik-cantik tau. 


Akhirnya sampai kami di jeti rumah bot. 




Ni ruang tamu hadapan. Nampak cantik kan. Tapi kami tak dan nak berlepak-lepak kat kerusi antik tu.  Kalau nampak kami relak-relak je ada je peniaga yang datang mengoda. Jadi selalunya kami nyorok dalam bilik. hehehehe

Ada 3 ruangan sebenarnya. Di hadapan ni, masuk dalam tempat makan dan selepas tu sederet bilik.

Aku dok dengan kaknoor bilik no 2. Manakala di bilik pertama Maksu ti dengan anaknya Azam, dan di bilik belakang takde orang. Tapi dengar lah kalau tuan bot tu ke sana ke sini. Entah apa dibuatnya kat dalam bilik sebelah kami. 


                                      Bilik dia luas juga. Katil double untuk kami tidur.

        Sampai je kami pun letak beg , buang air dan solat jamak sebelum seterusnya makan tengahari.
Dalam pada terpegun melihat rumah bot bila tenguk lauk je terus lapor. hahahahaha Apa lagi silang tangan basuh tangan terus sapede. 



Tu dia lauk kami. Ada nasi panas-panas. Kari ayam dengan lauk sayur kentang campur-campur. Aku tak tahu nama jenis lauknya jadi main hentam saje lah lauk apa. Pencuci mulut ada buah dan desert macam campuran buah-buahan di potong kecil di gaul dengan yogurt agaknya. Mula-mula macam pelik tapi sodap bila dimakan. Licin hehehehehe nampak sangat dah kebulur. Cuaca dah le nyaman. Nampak macam mendung je cuaca. 


 Teh apa ya. Dia ada bagi kami tea di bubuh dengan safron. Bila sejuk pekena air panas perghhh sedap.


Selepas ni kami akan ke tempat lain pula.  Tunggu ya....cerita seterusnya. Insya Allah. 










Delhi Kashmir 2019 - Hari ke 2 perjalanan ke kashmir




Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat tidur dengan lenanya. Subuh masuk awal dalam pukul 4.38 pagi. Semua handphone dah charge penuh. Maklumlah hari ni kita nak pi Khasmir pula ya.  Nak dok dalam rumah bot. Tak sabor je ni. Siap-siap semua dan terus check up pagi-pagi sebab nak naik flight pi khasmir dalam pukul 9.15 pagi gitu.  Yeh kashmir aku datang. hehehehe

Bayaran tambahan untuk naik gondola dan kuda dah ketepikan siap-siap. Sebab kata kaksu dia nak collect nak bagi kat agen.  Bayaran ni tidak termasuk dalam pakage. Begitu juga masuk taman.  Kaksu juga collect cepat supaya mudah nak bagi pada tourist guide kat kashmir nanti. 


Turun ja kat lobi dah tersedia minuman panas dan sedikit buah-buahan dan cookies. Nampak tak jenis tea yang ada. hehehehe Sebab banyak jenis aku kutip setiap satu jenis. Nanti balik malaysia nak rasa.
Dapat minum tea o panas wah sedapnya. 

   Yang ni phamplet kecil tempat-tempat menarik nak pergi. Banyak sungguh ni padahal nanti lepas balik kashmir pi Taj Mahal ja.


Pihak hotel juga menyediakan kotak sarapan setiap seorang. Untuk dimakan semasa dalam perjalanan ke airport. Jadi ambil sorang satu nanti boleh makan dalam bas.


Selesai semuanya, kita orang pun berangkat keluar. Duit tambahan dah bagi kaksu. Kunci dah bagi kat kaunter. Sarapan dah ambil. Ok jom kita jalan 


Hah ni lah pintu ajaib nak masuk hotel. Belah kiri tu letak beg untuk scan. Bila masuk hah dia scan pula orang. Malam semalam gelap tak nampak sangat. hah pagi ni aku ambil gambar nampak semuanya.  



Tu dia beg kita orang jenuh le orang hotel masuk kan dalam bas.



Hah nak juga posing naik bangku. Memang tinggi sungguh lah tangga bas ni. Mahu terkangkang kaki kalau takde bangku nak naik. 

Semua dah naik bas dan beg pun dah masuk, bas pun memulakan perjalanan ke airport. 



         Kotak sarapan ada sandwich, mufin, air kotak dan air mineral. Alhamdulillah syukur nikmat. Rezeki pagi hari.  Sementara nak sampai ka airport apalagi jom lah kita sarapan. 


       Semasa keluar dari Hotel nampaklah hotel diatas bukit ni. Cantik. Malam semalam tak nampak sebab sampai dah malam. Cantik dan besarrrrrrr amat. 


                    Hotel dari kejauhan. Tata Hotel Radisson. Nanti balik dari kashmir dok hotel lain.



          Hari masih pagi lagi dan belum ramai rakyat India yang bangun pagi. Jadi jalan macam nampak lengang gitu. Matahari naik pukul 6 pagi tapi rakyat India start kerja  katanya pukul 9.30 pagi.  Patutle masih sunyi dan sepi. Semalam bukan main jem sana jem sini. Kenderaan bertali arus.



              Tapi sedih tenguk kedaifan rakyat mereka. Rumah di bawah flyover.



Ni lah pintu yang mengasingkan antara pemandu dengan penumpang. Nampak macam special je kan.

Kak mon dengan Bang Mat dan sebelahnya Tuan Haji. Si Ryn nun kat belakang. Senyum kak mon sebab nak pergi kashmir. hehehehehe


Bas dia luas , orangnya tak ramai...kita orang kat belakang sorang satu seat. Tu yang nampak kepala je kat tepi....hehehehe


         Kita orang di bawa ke terminal 2 untuk flight domestik. Naik flight Go Air Airlines ala  macam flight Air asia juga .


Nampak je gate 3 wah seronoknya. Tak sabar ni. Ambil beg masing-masing dan terus masuk untuk check in.


                    Hah tu dia kaunter banyak untuk check in. Ramai sih orang India nak terobang. 


     Suasana di dalam airport, walaupun pagi sudah meriah dengan orang nak terbang sana terbang sini.  





Masa ni rasanya cari kaunter untuk checkin. Dia punya besor tempatnya menjajau juga kami cari kaunter Go Air.  Mr Abhisek cuma hantar kami depan pintu masuk je. Selepas kami ambil beg masing-masing dia pun jalan bersama bas yang menghantar kami. Tak pe kaksu kan ada. 

Akhirnya dapat check in dan beg besar masuk dalam flight. Ok jom kita cari gate untuk terobang.


                                       Nak posing kat sini sebab ada nama delhi tu. hehehehe


       Sempat lagi tu posing. Kalau dah semuanya kaki berjalan dan kaki bergambar. Nasib baik kaki semuanya normal. hehehehe       


Dah dapat boarding pass. Kena cari gate 33. Terobang pukul 9.15 waktu Delhi ya.


Gate 33 diantara Gate 20 hingga 35. hahahaha apa dah aku punya cerita. emmm hentam saje lah labu


Yeh dah masuk dalam kapal terbang. aku dok seat tengah.



         Dok bersama dengan mak su Ti, sebelah nun kak su.  Sekali ada orang lain sebelah aku. Emm terus tak leh buat apa. Penerbangan ambil masa beberapa minit je. Dalam pukul 10.40 pagi lebih kurang kita orang pun sampai kat kashmir.


       Oleh kerana dok seat hampir ke belakang jadi keluar dari pintu belakang le. Hah sebijik sejibon macam naik makchik Asiah ko. hahahahaha Bersama wan posing kat airport Srinagar. Yeh kashmir aku dah sampai. 


            Selamat datang ke airport Srinagar. Dah gaya ala-ala artis dari malaysia dan brunei gitu. 



Jauh juga le nak menapak ko. Nun kat hujung bangunan tu.


Airport Srinagar kecik je. 


           Masuk je ke dalam terus nampak conveyer untuk collect beg. Jadi kami pun  tunggu beg besar bagak kami sampai. Penuh juga flight kami pagi tu.




Masuk kat dalam sebelum keluar kami kena isi form. Soalan dia pergh berjela. Mula-mula tercangak-cangak juga camno nak isi. Sekali ada yang terus tanya kat kaunter bagaimana nak isi form kemasukan. dah ada contoh hah berjemaah lah kami copy paste. hehehehe 



                               Ni yang ramai-ramai dok kalut camno nak isi form kemasukan.

          Setelah selesai mengisi form maka berjemaah lah kami keluar daripada airport. Masa ni rasanya Mr Abdul dah jumpa kaksu. jadi kami beramai-ramai mengekor Mr Abdul Rahman aka selalu kita orang panggil Mr Abdul. 


                           
                                Selamat datang ke Kashmir. Sungguh nyaman udara di Kashmir.






                                               Nun tu airport Srinigar.


                             Yang kami kelaur ni dari kawasan ketibaan.



 Berbondong-bondong semuanya mengekor Mr Abdul nun di hadapan. Kami di bawa ke tempat bas di parkir.

        
                                        Tu lah Mr Abdul. Ssangat baik orangnya.


       Aku ambil seat kat belakang. Bila semua dah masuk dan beg kami telah dinaikkan kat atas bumbung maka bas pun jalan ke Tasik Dhal dimana House bot kami terletak. Jom lah kita ke Housebot.     Jom  jom jom jom  pi Housebot.