Wednesday, June 23, 2021

Muar pernah ada jajaran Kereta Api





 Muar pernah ada jajaran kereta api?


1. Terdahulu, Muar atau juga kini dikenali sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja sebuah bandar yang pernah mempunyai rangkaian sistem landasan kereta api. Rangkaian sistem landasan kereta api tersebut diberi nama sebagai Kereta Api Kerajaan Muar atau Muar State Railways (M.S.R).

2. Pada ketika itu, Muar menjadi bandar pertama di Tanah Melayu yang mempunyai sistem kereta api sendiri. Sistem kereta api Muar ini telah wujud sekitar tahun 1889, bagaimanapun ia hanya mampu bertahan selama 36 tahun sahaja dan berakhir pada tahun 1925.

3. Untuk makluman, bandar Muar pada masa tersebut merupakan jajahan yang terbesar dan terpenting di Johor serta ia juga menjadi bandar pertama yang dibangunkan secara signifikan oleh Johor.

4. Parit Jawa adalah kawasan tumpuan dan terpenting di mana ketika itu penduduknya mengusahakan tanaman seperti gambir, kelapa, pinang dan tanaman komersial lain sekitar abad ke-19. Pada jangka masa tersebut, industri pertanian terutama gambir, kelapa dan pinang sedang berkembang dengan pesat.

5. Faktor ini secara tidak langsung menyebabkan pembinaan sistem landasan kereta api Muar. Tujuan utama pembinaan landasan ini adalah untuk memudahkan urusan pengangkutan hasil tanaman ke bandar dan ke pelabuhan.

6. Kenapa tidak menggunakan jalan darat atau laut? Agak sukar pada ketika itu kerana perjalanan laut terpaksa menghadapi ancaman lanun sementara perjalanan darat pula tidak digunakan atas faktor jalan perhubungan darat kurang baik dan tidak mempunyai kenderaan bersesuaian pada masa itu.

7. Manakala tenaga buruh yang digunakan sepanjang pembinaan landasan kereta api Muar adalah tenaga buruh yang kebanyakannya terdiri dari orang Melayu dan orang Jawa. Kerja-kerja peringkat awal seperti pemasangan rel dan enjin yang dibekalkan dari Eropah mula dijalankan pada tahun 1889-1890.

8. Pada 1890, Muar mencipta sejarah apabila Kereta Api Kerajaan Muar (M.S.R) mula mengadakan perkhidmatannya sebagai ‘kereta api ringan’ dari Jalan Sulaiman di Bandar Muar ke Parit Jawa. Manakala beberapa tahun selepas itu landasan kereta api ini disambungkan sejauh 3 batu lagi sehingga menghubungkan Sungai Pulai. Sebagai rekod kereta api ini menjalankan perkhidmatannya sebanyak lima kali dalam sehari.

9. Menjelang 1918, perkhidmatan kereta api Muar sangat menguntungkan ini disebabkan dua jenis perkhidmatan iaitu trem penumpang dan trem pengangkutan barang. Bagaimanapun selang beberapa tahun kemudian keuntungan ini mulai merosot disebabkan kelemahan enjin dan kos yang ditampung untuk membaikpulih stesen juga menelan belanja yang besar.

10. Pada tahun 1925 perkhidmatan kereta api Muar terpaksa diberhentikan sebagai alat perhubungan ke selatan bandar Muar ketika itu. Faktor lain menyebabkan perkhidmatan ini dihentikan terus adalah faktor pembukaan jalan raya ‘Jalan Abd. Rahman’ yang menghubungkan Bandar Maharani Muar dengan Parit Jawa.

11. Dapat disimpulkan bahawa sistem Kereta Api Kerajaan Muar pada zaman dahulu memberi impak signifikan kepada bandar Muar. Malah memberi sumbangan besar dari segi pentadbiran, ekonomi dan sosial dari tahun 1889 sehinggalah tahun 1925.

Sekian. 


kredit Fb Anak jati muar



Assalamualaikum,

Tak sangka kan rupanya ada jalan keretapi di muar. Patutlah aku pelik napa ada kepala keretapi kat Tanjung Mas. Rupanya salah silah sejarah muar dahulu kala terdapatnya perkhidmatan Keretapi tapi dah lama lah.  Bila terbaca sejarah muar barulah tahu. Kiranya muar dulu femes juga tau. Jadi bila pergi ke Tanjung Mas nampak kepala keretapi ni janganlah terkezut tau. Itu merupakan tanda peninggalan sejarah lama muar.

Tuesday, June 22, 2021

Duit raya untuk pengomen bertuah bulan April daripada Blog Amie

 

Assalamualaikum,

Alkisahnya kes ini sebenarnya masa raya hari tu tapi baru hari ini dapat cerita betapa berharganya pembaca blog amie....hehehehe macam nak puji melambung-lambung je kan aku ni...padahal sebenarnya nak ucapkan terima kasih daun keladi buat Amie yang begitu bermurah hati berbagi-bagi rezeki dengan pembaca blognya. Aku ni kadang ober je kan tapi sebenarnya aku sayang kawan-kawan maya yang tak kenal tapi macam saudara gitu. cheh cheh cheh.....mudahan Allah temukan kami di alam realiti Insya Allah.

Siapa dapat duit raya mesti seronok kan. Apa lagi bila dah tua-tua ni selalunya kita yang bagi pada budak-budak atau anak-anak duit raya tapi tiba-tiba dapat berita kita sendiri yang dapat duit raya yahoooo ya beda bedu...hehehehe rasa nak lompat bintang gitu tapi eh ko ni dah tua dah macam budak-budak pulak nak terlompat lompat gembira....hah nampak tak macamana nak ceritakan betapa seronoknya dan gembiranya  dapat duit raya.....hehehehe over nau aku ni hehe

Alkisahnya masa raya hari tu bila dah start cuti raya aku tak berkesempatan nak tenguk blog sebab line tenet slow walaupun PKP sambutlah raya seadanya tapi bila dah bdr ni kenalah hadap line slow atau tidak. Jadi aku tak tahu pun kalau aku dapat rezeki di bulan syawal. Jadi bila naik kerja lepas cuti raya barulah aku nampak Amie kata dia bagi duit raya. Barulah aku jawap dan email pada dia. 

Oh lupa aku dapat duit raya sebab jadi pengomen bertuah bulan April. Dan bila dah dapat balasan akhirnya  dapat lah duit raya sebagai pengomen bertuah daripada blog Amie.  Alhamdulillah mudahan murah rezeki yang Amie bagi-bagikan kepada pengunjung blog dia.  Ya Allah limpahkan lah rezeki yang melimpah ruah buat cikgu Amie. Aamiin

Aku suka pergi rumah dia sebab macam-macam resepi masakan yang unik dan jarang kita dengar dan rasa. Bestnya lah kalau berjiran dengan Amie di Lahad Datu nun ....napa aku cakap macam tu sebab bila dia masak sedap-sedap boleh lah aku ni jadi ahli mesyuarat tingkap ni pi mengendeng masakan dia. hahaha Dah dia hidang pun cantik dekonya, masakannya pun nampak sedap je tau. Selalu aku telan air liur dan kadang-kadang boleh ngences tau tenguk masakan dia yang sedap-sedap. Hah kalau rajin boleh lah cuba masakan dia.  Aku ni tak pandai masak tapi suka tenguk orang lain masak. Jadi siapa yang tak pandai masak boleh lah menuntut  ilmu masakan Amie yang tidak kedekut dengan ilmu memasaknya.

Jadi sesiapa boleh lah terjah blog Amie. Macam-macam ado tau. Kisah masakan dan resepi, kisah anak-anak dia, kisah travel dia, kisah ikan-ikan yang macam-macam jenis dan macam-macam lagi lah. Jangan segan-segan pi je rumah Amie. Jom jom  jom jom  heboh heboh..


 

 

Monday, June 21, 2021

Amalan membaca Surah 4 Qul - satu amalan yang bagus

 

 


 Assalamualaikum,

 Kelebihan mengamalkan surah 4 Qul

Waktu ~ waktu Yang Disarankan Baginda Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam Untuk Mengamalkan Surah 4 Qul :
1) Baca Setiap Kali Lepas Sholat
2) Baca Setiap Pagi Dan Petang .
3) Baca Setiap Kali Sebelum Tidur Dan Sapu Kemuka Dan Badan .
4) Baca ketika Meruqiyah Orang Sakit .

1) Baca Setiap Kali Lepas Sholat

Uqbah bin ‘Amir membawakan hadis dari Rasulullah shalallahu’ alaihi wasallam, bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.” (HR. Abu Dawud no. 1523, disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 1514)

2) Baca Setiap Pagi Dan Petang

Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan). “Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” (HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)

3) Baca Setiap Kali Sebelum Tidur

“Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya, membaca ketiga Surah ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.” (HR. Al-Bukhari 4630)

Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda.

Katanya: “Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)

4) Baca Ketika Meruqiyah Orang Sakit

Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa; “Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-’ alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Khasiat Surah 4 Qul :

⏩ Surah Al-Kafirun
1) Membaca Surah Al-Khafirun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran.
2) Membacanya, terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
3) Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
4) Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik.
5) Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki. InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat sekalipun.
6) Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.

⏩ Surah Al-Ikhlas
1) Membaca surah Al-Ikhlas sekali, ganjarannya sama dengan membaca 10juz kitab Al-Quran. Kalau kita membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka seolah-olah kita khatam Al-Quran. Kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. ---Membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga meninggal dunia, maka tidak akan membusuk di dalam kubur, akan selamat dari kesempitan kubur dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
2) Sesiapa hendak pergi musafir, ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
3) Membaca dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.

⏩ Surah Al-Falaq
1) Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
2) Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali

⏩ Surah An-Nas
1) Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
2) Sebelum kita memulakan solat, mulakan dengan membaca surah ini. Supaya dijauhkan gangguan syaitan ketika kita sedang menunaikan solat.
3) Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
Kredit : Penulis Asal ( HAMBA ALLAH )

Kredit FB kisah Zakat Malaysia

Thursday, June 17, 2021

Perutusan Khas PM dan Pelan Pemulihan Negara

 

TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA
PELAN PEMULIHAN NEGARA: PERALIHAN FASA PKP SECARA BERPERINGKAT
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Apa khabar semua? 
 
Saya berharap saudara-saudari dapat terus menjalani kehidupan seharian dengan aman dan sejahtera. 
 
1. Pada 28 Mei yang lalu, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di seluruh negara dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021 dan telah dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 28 Jun 2021. 
 
2. PKP secara menyeluruh untuk Fasa Pertama ini dilaksanakan setelah mengambil kira penularan kes COVID-19 dalam komuniti, kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan tinggi yang mengancam keupayaan sistem kesihatan awam negara kita. 
 
3. Selain itu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) masih dalam peringkat awal pelaksanaannya di samping bekalan vaksin yang dijangka akan lebih stabil mulai bulan Jun ini. 
 
4. Keputusan melaksanakan PKP secara menyeluruh ini telah berjaya mengelakkan berlakunya peningkatan kes-kes baharu secara lebih mendadak atau exponential surge of new cases. Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat unjuran sekiranya PKP tidak dilaksanakan, kes harian COVID-19 di negara kita mencecah lebih 13,000 kes pada hari ini dan seluruh sistem kesihatan kita akan runtuh. 
 
5. Namun Alhamdullilah, dengan pelaksanaan PKP Fasa Pertama ini kita dapat menyaksikan graf jangkitan kes COVID-19 telah mula menunjukkan trend melandai dengan mencatatkan 4,949 kes semalam berbanding 9,020 kes pada 29 Mei 2021, iaitu kes harian tertinggi yang dicatatkan di negara kita. Sistem kesihatan negara kita juga masih mampu menampung kes-kes baharu di samping mencatatkan jumlah pesakit sembuh yang tinggi. Ini menunjukkan tindakan yang diambil oleh kerajaan telah membuahkan hasil. We have avoided a catastrophe. Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian, 
 
6. Keputusan melaksanakan PKP ini bukanlah sesuatu yang mudah. Dari segi ekonomi, negara kita kehilangan RM1 bilion ringgit sehari sepanjang PKP dilaksanakan pada masa ini. Saya telah umumkan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM5 bilion ringgit. Saya berharap bantuan daripada kerajaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh individu dan perniagaan yang terkesan.
 
7. Namun, kita tidak boleh berterusan begini. Demi kesihatan dan kelangsungan hidup kita semua, kita perlu segera keluar daripada krisis ini. 
 
8. Pada hari ini, saya ingin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pandemik COVID-19. 
 
9. Kerajaan telah merangka pelan ini dengan membuat pertimbangan sebaik mungkin bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah untuk melindungi nyawa dan memastikan kelangsungan hidup saudara dan saudari sekalian. 
 
10. Ia juga mengambil kira ancaman COVID-19 yang masih menular dalam komuniti dan bilangan kes aktif yang tinggi di hospital. 
 
11. Pelan ini merupakan satu panduan yang dirangka secara berhati hati berdasarkan data dan sains untuk membolehkan kita semua kembali kepada kehidupan harian biasa ataupun back to normalcy. 
 
12. Di samping itu, peningkatan bekalan vaksin sebanyak 16 juta dos pada hujung bulan Julai ini serta peningkatan kadar pemberian vaksin harian membuatkan kita lebih yakin untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara. 
 
13. Keadaan ini amat berbeza sekali dengan situasi lebih setahun yang lalu apabila kita melaksanakan PKP buat kali pertama di mana kita masih belum mempunyai vaksin. Satu-satunya jalan keluar pada masa itu ialah lockdown dan tindakan kesihatan awam untuk memutuskan rantaian jangkitan. It was a very painful situation because continuous lockdowns badly affected our livelihoods and yet we did not know exactly when and how we are able to get out of the woods. 
 
14. Namun hari ini, dengan penerimaan bekalan vaksin yang lebih banyak dan pelaksanaan proses vaksinasi yang semakin rancak, kita telah dapat melihat sinar yang lebih terang di hujung terowong. Pada permulaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kadar vaksinasi adalah sekitar 5 ribu hingga 8 ribu dos sehari dan telah meningkat ke 50 ribu hingga 80 ribu sekitar bulan Mei. Malah semalam, kadar vaksinasi telah mencecah 197,963 dos dan saya yakin usaha ini akan terus dipertingkatkan hingga lebih 300,000 dos sehari dalam bulan-bulan mendatang. 
 
15. Kita bukan sahaja sudah berjaya memberikan vaksinasi kepada hampir kesemua frontliners, malahan lebih 50 peratus daripada golongan yang berusia 60 tahun ke atas telah menerima dos pertama, dan kita akan terus mengutamakan golongan rentan COVID-19 yang lain seperti mereka yang mempunyai komorbiditi, dan seterusnya mereka yang berusia 18 tahun ke atas. Terkini, kerajaan sedang mengkaji pemberian vaksin kepada anak anak kita yang berusia 12 hingga 17 tahun. 
 
16. Sememangnya, perkembangan positif kadar vaksinasi harian ini memberi keyakinan kepada Kerajaan bahawa Pelan Pemulihan Negara dapat kita jayakan bersama. Ini kerana, lebih ramai yang dilindungi dengan vaksinasi, semakin longgar kawalan pergerakan yang boleh kita laksanakan, lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang boleh dibuka, dan kita boleh mula beralih secara teratur dan selamat kepada norma kehidupan pra pandemik, insya-Allah. 
 
17. Dengan kadar vaksinasi yang semakin meningkat dan tindakan kesihatan awam yang masih diteruskan, saya percaya jumlah kes harian COVID-19 akan terus mencatatkan penurunan. Pengalaman negara negara lain yang telah meningkatkan kadar vaksinasi di negara masing masing juga telah menunjukkan penurunan kes-kes harian baharu yang ketara. Ini pastinya akan memudahkan kita untuk melaksanakan pelan pemulihan negara yang komprehensif. 
 
18. Strategi Pelan Pemulihan Negara ini merangkumi empat fasa dan akan melibatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat. Setiap fasa pelan pemulihan ini berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama ataupun threshold untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya. Indikator Pertama ialah keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian; Indikator Kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di Wad ICU; dan Indikator Ketiganya ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin. 
 
19. Pendekatan secara berperingkat ini bermula dengan Fasa Pertama iaitu pelaksanaan PKP Menyeluruh yang sedang dilaksanakan sekarang dalam keadaan bilangan kes COVID-19 adalah tinggi, sistem kesihatan awam di tahap kritikal dan kadar pencapaian vaksinasi yang masih rendah. 
 
20. Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua PKP setelah: ● Purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes; ● Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana; dan ● 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin. 
 
21. Fasa Kedua merupakan kesinambungan daripada Fasa Pertama dengan aktiviti sosial dan kawalan pergerakan terus dikawal dengan ketat. Semasa Fasa Kedua: ● Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80% di premis; ● Pendekatan senarai positif diteruskan iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup. Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor; dan ● Aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.
 
22. Penambahan sektor senarai positif semasa Fasa 2 termasuk aktiviti pembuatan seperti simen untuk memastikan kelangsungan pembinaan yang dibenarkan serta aktiviti peruncitan seperti barangan elektronik dan komputer bagi menyokong mereka yang bekerja dari rumah. Semasa Fasa 2, dengan pendekatan senarai positif, masih terdapat aktiviti pembuatan, pembinaan, peruncitan dan perkhidmatan yang tidak disenaraikan dan kekal tidak beroperasi seperti pembuatan tekstil dan kedai perabot. 
 
23. Fasa Ketiga pula melibatkan peralihan daripada pendekatan senarai positif kepada senarai negatif, iaitu di mana semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19 yang masih ditutup. 
 
24. Kita boleh beralih kepada Fasa Ketiga sekiranya kita berjaya mencapai nilai ambang atau threshold berikut, iaitu:
● Purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 2 ribu kes; ● Sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi; dan ● 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.
 
25. Nilai ambang ini dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir bulan Ogos 2021. 
 
26. Semasa Fasa Ketiga ini:● Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan COVID-19 atau melibatkan keramaian; ● Sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80% seperti Fasa Kedua; dan ● Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat. 
 
27. Untuk Fasa 3, semua aktiviti pembuatan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP dan had kapasiti. Senarai negatif Fasa 3 yang tidak dibenarkan beroperasi merujuk kepada aktiviti berisiko tinggi kerana melibatkan keramaian seperti penganjuran konvensyen dan di mana penjarakan sosial tidak dapat diamalkan seperti pub, spa dan salon kecantikan. Kelonggaran kepada had kapasiti akan dipertimbangkan untuk membolehkan syarikat beroperasi sepenuhnya setelah pekerjanya telah divaksinasi. 
 
28. Saya ingin memberikan komitmen bahawa Sidang Parlimen boleh diadakan dalam Fasa ini iaitu sekitar bulan September atau Oktober dengan mengikut SOP yang ketat. Ini adalah pendirian saya dari awal bahawa sistem Demokrasi Berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, iaitu setelah kes-kes COVID-19 terkawal dan kita hampir mencapai imuniti berkelompok. Saya akan terus mendokong prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Jangan ada pihak-pihak yang sengaja menimbulkan keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat sehingga mengganggu tugas utama Kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19. 
 
29. Daripada Fasa Ketiga, kita akan dapat beralih kepada Fasa Keempat sekiranya kita berjaya mencapai nilai ambang berikut, iaitu:
● Purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 500 kes;
● Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi; dan
● 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.
 
30. Berdasarkan unjuran pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, peralihan ini dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir bulan Oktober 2021. 
 
31. Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian. Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat. 
 
32. Fasa ini dapat dilaksanakan apabila bilangan kes COVID -19 adalah rendah, sistem kesihatan awam di tahap selamat dan program vaksinasi telah mencapai tahap imuniti berkelompok atau herd immunity selewatnya pada akhir tahun ini.
 
33. Pelan ini juga merupakan pelan yang dinamik di mana sekiranya kita berjaya dalam tiga indikator utama pada mana-mana fasa, Kerajaan boleh terus mengambil keputusan untuk bergerak ke Fasa seterusnya. 
 
34. Kesemua SOP bagi fasa-fasa yang saya sebutkan tadi akan diperincikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan diumumkan dalam masa terdekat. 
 
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
35. Saya sering menerima permintaan supaya acara-acara sukan seperti perlawanan bola sepak dengan kehadiran penonton di stadium dibenarkan, majlis-majlis sosial diadakan dan yang paling banyak saya terima ialah rayuan untuk balik ke kampung untuk menziarahi ibu bapa, sanak saudara dan ahli keluarga tersayang. Sabar dulu. Pada masa ini perkara-perkara ini masih tak dapat kita lakukan. Kita mesti utamakan usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dahulu. 
 
36. InsyaAllah, apabila kita telah mencapai imuniti kelompok pada Fasa Keempat, perkara-perkara ini dapat kita lakukan secara berperingkat dengan pematuhan kepada SOP yang ketat. Kejayaan kita mencapai imuniti kelompok pula bergantung kepada berapa ramai rakyat negara ini dapat menerima suntikan vaksin. 
 
37. Alhamdulillah, setakat ini lebih 4.5 juta dos suntikan telah berjaya diberikan kepada rakyat Malaysia di mana 3.2 juta telah menerima dos pertama dan 1.4 juta telah lengkap menerima dua dos vaksin. Insya-Allah selepas ini lebih ramai rakyat akan mendapat temujanji suntikan vaksin dan berpeluang menerima dos pertama setelah lebih banyak bekalan vaksin diterima mulai bulan ini. 
 
38. Kepada mereka yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin, segeralah berbuat demikian di aplikasi MySejahtera. Sehingga kini, jumlah mereka yang telah berdaftar adalah seramai 13.8 juta. Sasaran kita adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 26 juta populasi di Malaysia diberi vaksin menjelang akhir tahun ini bagi mencapai imuniti kelompok. 
 
39. Sementara itu, kita mestilah terus bersabar dan berdisiplin. Amalkan disiplin kendiri yang tinggi walaupun sudah divaksinasi. Pakai pelitup muka di tempat awam, elakkan berada di tempat sesak, basuh tangan sentiasa dan pastikan anda sentiasa berada di ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik. Lebih tinggi disiplin kita menjaga SOP, lebih cepat kes-kes harian COVID-19 turun, lebih ramai daripada kita mendapat suntikan vaksin, insya-Allah lebih cepatlah kita mencapai imuniti kelompok dan dengan izin Allah s.w.t. kita akan dapat keluar daripada krisis yang sedang kita hadapi ini bersama-sama. The more we exercise self-discipline by complying to the SOPs and get ourselves vaccinated, the sooner we can get out of this crisis. 
 
40. Saya faham bahawa ramai daripada anda yang merasa gusar, takut dan terkesan teruk akibat pandemik ini baik dari segi fizikal mahupun emosi. Ada di antara anda yang kehilangan orang tersayang, berkurang punca pendapatan dan diselubungi keresahan yang berpanjangan. Namun kita jangan sekali-kali mengalah. Kita perlu terus berjuang, bersatu hati dan tenaga dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini bersama-sama sebagai sebuah bangsa Malaysia yang cekal dan berhati kental. Saya berjanji kerajaan akan terus membantu sedaya mampu, tanpa pernah putus berusaha dan berikhtiar, supaya dapat bersama sama kita keluar dari kemelut pandemik ini secepat mungkin. 
 
41. We owe it to Malaysia, to fight the threats that this pandemic pose to our collective future together. We must remain steadfast and resolute in our commitment to fight and win this war on COVID-19. We must never waver, and defeat is just simply not an option. It is my sincere hope that this National Recovery Plan will guide us cautiously, but progressively towards reclaiming our much treasured freedoms while doing all we can to protect the lives and livelihoods of Malaysians. I am cautiously optimistic that with proper planning, execution and support from all Malaysians, we can emerge victorious and stronger from this crisis. 
 
42. Ultimately, the greatest lesson that COVID-19 can teach humanity is that we are all in this together. We are a strong nation and people who have proven our mettle in overcoming all past crises that have befallen us. We have a collective responsibility to each other and to our families and friends.
 
43. Akhirnya, kepada Allah jualah kita memohon pertolongan dan Dia lah sebaik-baik pelindung. Staysafe Lindung Diri, Lindung Semua Teguh Kita, Menang Bersama Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
 
 
 Pelan Pemulihan Negara mengikut jangkaan Fasa berperingkat.

Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
 

 Assalamualaikum,
 
Dah dengar perutusan Khas Pm hari selasa yang lalu. Nampak gaya ada berapa fasa lagilah kita kena lalui.  Kalau tenguk gambar di atas bulan Nov dan Dis Insya Allah baru boleh rentas negeri. Aduhaiii lama lagi tu. 
 
Aku ni sebenornya dah rindu sesangat dengan akak-akak kat kampung tapi ya lah kan kena tahan je perasaan ini. Takut nanti aku bawa penyakit lah pulak kat keluarga tersayang. Apa pun kenalah doa banyak-banyak semugaPKP 3.0 ni berjaya dengan cepat. Kes makin kurang dan pesakit makin kurang. Orang yang ambil vaksin makin ramai yang dapat......dan akhirnya boleh rentas negeri.
 
Tenguk kat fb Thailand dah nak bukak sempadan dalam 120 hari lagi.....emmm bior betul.Rakyatnya yang terima vaksin pun belum ramai....tapi memang kesian lah kan sebab sektor pelancongan memang terjejas teruk.

Tak pelah biaq pi lah negara mana pun nak bukak sempadan....yang penting Malaysia berjaya mencapai target fasa 4.  Yang penting kita ke sana ke sini dah tak takut dan risau lagi dengan virus yang tak nampak tu.
 
Ya Allah  Kau hapuskan lah virus covid 19 ini dari mukabumi ini dan kembalikan lah negara Malaysia seperti dahulu. Semuga musibah wabak ini membuatkan umat Islam semakin bertakwa dan beriman menghadapi musibah yang melanda. Semakin bertambah penyatuaan umat islam Malaysia dalam menangani wabak ini. Aamiin


Tuesday, June 15, 2021

Laporan Mingguan Covid 19 (Minggu Epid 22 dan Epid 23)FB KKM

 Assalamualaikum,

 Apa khabar semua. Diharap semua rakyat Malaysia bertabah lah menghadapi PKP 3.0. Apa pun juga rintangan dan ujian,  kita semua bersatu hati menghadapi dugaan tersebut. Semuga semua virus Covid 19 dapat kita singkirkan dan nyah kan dari muka bumi Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Kita start PKP 3.0 pada 1hb Jun 2021 dan habis pada 14hb Jun 2021. Lepas tu kita sambung semula selama 2 minggu lagi pada 15hb Jun sehingga 28hb Jun 2021. Dengan wad semakin penuh dan ICU lagi lah kritikal . Kematian apa lagi mencanak naik. Yang risau lagi lah BID (Brought In Dead) iaitu kematian di rumah yang bila di uji positif Covid 19 juga naik dan ini menggusarkan DG.  Walaupun angka kes baru masih lagi dalam lingkungan 5,000 tapi sudah nampak angka mula nak surut. Kalau tak hari tu hampir mencecah 10k.  Kita orang warga KKM pun dah mula naik risau bila kes baru naik dan naik.  Kesian pada warga Hospital sebab bila naik kes kemasukan juga bertambah apa lagi yang memerlukan bantuan oksigen. 

Fasa ke 2 ni kita tenguk data dia macamana. Adakah mula nak surut ataupun statik je macam tu. Mudahan kes baru mula lah turun dan turun. Kalau tak huh berapa lama nak kena hadap PKP ni. Kesian juga buat mereka yang kehilangan pekerjaan dan terputus mata pencarian. Kalau kena sambung macamana lah nak cari rezeki kan. Kesian sungguh.  Apa pun kita doa lah banyak-banyak ye semuga semua rakyat malaysia cepat dapat vaksin dan cepat lah virus tersebut pergi dari muka bumi ini.

 

Ok kita tenguk perbandingan kes

Laporan mingguan #COVID19 di Malaysia (Perbandingan Minggu Epid 22 dan ME 23)
✅Kes posiitif baharu ⬇️ 20.0%
✅Kes kematian harian ⬇️ 13.7%
✅Pengguna ICU ⬆️ 3.9%
✅Penggunaan vertilator ⬆️4.1%
✅Jumlah ujian ⬇️11.7%
 
 
 
 Kes posiitif baharu ⬇️ 20.0%  Mudah mudahan minggu Epid 24 ianya semakin menurun. Aamiin
 
 

 Kes kematian harian ⬇️ 13.7%. Mudahan juga kes kematian semakin menurun. Aamiin
 
 
 
 Pengguna ICU ⬆️ 3.9% 
Penggunaan vertilator ⬆️4.1% 
 
Yang ini memang menggusarkan sebab peratusan penggunaan ICU memang dah melebihi 100 peratus penggunaannya sehingga terpaksa mencari alternatif lain.  Mudahan angka tersebut semakin turun dan turun. Aamiin.
 

Jumlah ujian ⬇️11.7% Jumlah ujian yang di buat juga semakin turun. Mudahan kes kes ujian semakin turun dan turun dan akhirnya tiada lagi ujian dibuat. Aamiin

 Kredit FB KKM
 
 
 

 
Berikut adalah kes Brought-In-Dead (BID) bagi jangkitan #COVID19 di Malaysia yang direkodkan sejak 14 Mei - 14 Jun 2021.

Jumlah BID tertinggi dilaporkan pada 11 Jun yang lepas.
 
Kredit FB KKM

Monday, June 14, 2021

Al fatihah buat Arwah Encik Adam Dan Pn Rahimah

 


Bergambar kenangan bersama Arwah Encik Adam dan Kak Mar

Assalamualaikum,

Lumrah kehidupan kita satu masa nanti kita akan di jemput Allah. Bila dan masa hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Apa pun sebagai hamba Allah kita kena redho dengan ketentuan tersebut apa bila kita kehilangan sahabat-sahabat yang kita sayang.

Masa minggu pertama PKP 3.0 sedang sibuk di pagi jumaat pada 4hb Jun yang lalu sambil melihat email kerja yang masuk sambil melihat facebook dalam HP. Sekali aku ternampak status anak Encik Adam yang memaklumkan bahawa En Adam sudah meninggal dunia di di pagi itu. Ya Allah terperanjatnya aku.  Kali akhir kami berjumpa adalah semasa Majlis kenduri kahwin liana pada tahun 2019 yang lalu. Itu lah kali terakhir kami berjumpa setelah aku berpindah kerja dari Segamat ke muar dan seterusnya ke putrajaya memang bertahun tak jumpa. Dan pada majlis kenduri kahwin anak kak sal lah kami berjumpa dan itu merupakan pertemuaan kami yang terakhir. 

Allahuakbar......aku terus call Appu di Segamat tapi Appu pun tak tahu walaupun dia berada di bumi Segamat. Dia pun terperanjat.  Appu kata dia akan tanya kawan-kawan yang tinggal berhampiran rumah Arwah en Adam. Lepas tu aku call Kak sal....rupanya Kak Sal pun baru tahu daripada Kak Mar.  Kami terperanjat....tapi di musim PKP ni manalah boleh datang menziarah apa lagi aku yang nun jauh di Ampang..... sedihnya. Terbayang-bayang lagi masa kami berjumpa.

Tak lama kemudian Appu call aku balik rupanya Arwah meninggal di Hospital Segamat kerana sakit jantung. Allahuakbar.... Alhamdulillah Allah gerakkan hati aku ke Segamat semasa Kak sal menjemput majlis perkahwinan Liana. Kalau tak memang aku tak jumpa lagi Arwah apa lagi bila dapat cerita sedih ni.

Ya Allah Kau ampunilah dosa Arwah Encik Adam dan masukkan lah dia dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Teringat-ingat lagi gurau senda nya walaupun nampak garang sebenarnya Arwah seorang yang baik dan tidak lokek dengan ilmu yang dia ada. Rajin memberi tunjuk ajar dan yang penting dia rajin bagi makanan terutamanya durian ke rumah jiran sebelah.... rumah kamilah tu rumah anak-anak dara masa tu.   

Al fatihah buat Arwah Encik Adam....semuga Encik Adam tenang di sana.





                       Arwah Rahimah yang bertudung kelabu bersama bossnya Kak Mariani


Dan baru semalam sedang rehat-rehat di rumah tenguk status Face book kawan yang memaklumkan Arwah Rahimah pula baru menghembuskan nafas terakhir dia di Hospital Sultan Ismail, JB. Ya Allah terkejut aku.

Arwah merupakan kenalan semasa kami sama-sama memegang jawatan sebagai Pembantu Rekod Perubatan (MRA) , sama-sama pergi kursus Asas dan sama-sama kami bekerjasama bila melibatkan reten Bloodbank yang aku handle. Arwah bekerja di Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan kami memang sentiasa berhubung mengenai kerja jika terdapat masalah berbangkit mengenai reten Blood Bank. Aku di ibu pejabat memang sentiasa berhubung dengan JKN negeri-negeri. Dan pada masa ni Arwah sedang menunggu nak pencen pada penghujung bulan Julai tahun ni. Aku ingat bulan 5 hari tu dia hantar email memaklumkan siapa yang akan mengambil alih kerjanya bila dia dah pencen nanti. Dan aku ingat macam ada talipon tanya khabar maklumlah kawan lama...sesekali bila talipon banyak je cerita nak berbual. Allahuakbar....aku telah kehilangan sahabat  yang baik dan lembut bila berbicara.

Menurut kawan yang up status kat facebook tu Arwah dah seminggu admit di Hospital Sultan Ismail dan mereka di JB pun semuanya terkejut bila dapat tahu Arwah sedang sakit Breast Cancer dan kiranya dalam diam dah 2 tahun Arwah menderita sakit Cancer. 

Ya Allah Kau ampunkan lah dosa Arwah Rahimah Mohd Rashid dan tempatkan lah Arwah bersama orang yang beriman dan beramal soleh.  Semuga Arwah Rahimah tenang di sana. Al fatihah buat Arwah Rahimah. Satu kehilangan yang sukar di cari ganti. 😢😢😢


Thursday, June 10, 2021

Bahagia cara kita - cara anda bagaimana pula

 


BAHAGIA CARA KITA
 
1. Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama
 
2. Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Depa tak tanya pun. Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari
 
3. Nak buat baik jangan harap balasan orang. Nanti hati sakit. Jangan guna ayat "Kita tolong orang, suatu hari orang tolong kita". JANGAN. Biar Allah sahaja yang membalas
 
4. Tengok orang senang, jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati. Suatu hari aku akan jadi macam dia
 
5. Jangan mudah terasa hati. Nak merajuk. Tak ada orang peduli pun. Duk pendam buat apa. Hati sakit. Air mata habis. Buat apa yang kita happy
 
6. Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita. Yang tak nak kawan lantak pi dialah. Berkawanlah tanpa syarat
 
7. Baca posting orang jangan sakit hati. Kita tak tau apa tujuan dia. Yang hang nak kalut sangat pasaipa. Nama pun social media. Lantak dialah nak boh gambaq kucing ka, rimau ka, penyu ka, ciken cop ka, laksa ka, nak pi jalan mana ka. Hang tak mau pi jalan duk diam sudah
 
8. Tulis benda positif. Tulis pasal kita. Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak suka, refer no 7. Jangan perli-perli. Hang ingat dia baca ka hang kata kat dia. Hang yang syok sendiri. Hang rasa lega sebab luah di medsos. Tapi orang nampak hang bodoh
 
9. Utamakan keluarga. Depa yang akan susah senang dengan kita
 
10. Ada duit buat cara ada duit. Kalau takdak duit jangan ikut cara orang ada duit. Sat lagi dia makan lamb chop hang makan megi perisa kari. Naik mercedes sampai. Naik axia pun sampai juga. Naik myvi lagi awal sampai. Apa ada hal. Beli rumah 2-3 biji. Pakai kereta mewah. Cukup bulan pinjam duit member. Investment jadah apa
 
11. Buat kerja jangan harap anugerah. Jangan harap orang puji. Nanti kita frust dan sakit hati. Kalau kita tak berharap apa-apa, kita buat pun jadi seronok. Dapat rezeki. Tak dapat mampuih pi
Insyaallah. Tenang dan gembira.Tenang Is Good bebeh!
 
Kredit: Cikgu Zahran
 
Assalamualaikum,
 
Banyak yang aku setuju dengan tulisan Cikgu Zahran. Hidup kita singkat jadi penuhilah kehidupan itu dengan tenang dan gembira.  Semuga Allah mempermudahkan urusan kehidupan dan pekerjaan kita di dunia ini. Aamiin. Mudahan Allah limpahkan rezeki bagaikan air yang mengalir tanpa henti dari sumber-sumber yang halal dalam mengharungi kehidupan ini. Aamiin
 
Apa yang penting hepey...yak yak yeah.
 
 
Ada duit kita pi tempat orang...melihat keindahan ciptaan Allah

 
Tapi bersama keluarga dan sanak saudara adalah kebahagiaan yang paling utama.

Rindunya pada keluarga Bakri. Dah lama tak buat sukaneka depan laman rumah mak dan dah 2 tahun tak berkumpul time raya. Ya Allah kau lindungilah keluarga ku dari di jangkiti kuman virus covid 19 dan kau nyahkan lah kuman tersebut dari mukabumi ini. Aamiin
 

Wednesday, June 9, 2021

Hadiah dari Siti yang menaip

 

Assalamualaikum,

 Bila belek-belek draf eh ado yang tertinggal rupanya. klik kat bawah apo dio

https://www.sitiyangmenaip.com/2020/12/top-commentators-2020-blog.html 

Laaaaa hadiah dari adik siti yang manis ni sebenornya dah lama den terimo tapi den lupalah pulak nak buat cerita so hari ni den buat lah cerito untuk ucap terimo kasih daun keladi kek adik Siti yang manis yang pandai menaip ni. hehehehe apo pulak den tersampok cakap orang nogori ni...hehehe sekali tenguk Ya Allah tahun lepas punya top commentators rupanya....alahaiiiiiii ampun adik siti ahkak ni memang selalu lambat buat pengumuman....dan ucap terima kasih buat adik siti yang manis yang pandai menaip (ayat macam nak mengapu je kan hehehe) idak le ahkak memang ikhlas .


Alkisahnya top ten komen kat blog siti...Alahaiiii terima kasih lah ya siti...tak sangka lah pulak selalu komen dapat top ten tukang komen....hish berjaso jugak ek jadi tukang komen ni

 
Apa yang aku dapat....di era pandemik sedang melanda ni hadiah adik manis ni memang berguna sangat...boleh letak face mask dan campak dalam beg...warna biru pulak tu alololo my peberet color gitu....toche toche

 
  Yang paling best ni lah coklat macam-macam....buat penenang  hati bila stress bekojo


Apa pun semuga Allah murahkan lagi rezeki siti dan mudahan dapat jalan-jalan lagi keluar negeri... baca travelog siti pi new Zealand buat ahkak jealous je... huhuhu mudahan dapat join rombongan cik sal kita. Insya allah