Assalamualaikum,
Baru-baru ni balik kampung mengejut. Sepatutnya plan nak ambil cuti panjang pada Hari Krismas sebab nak gotong royong tebang pokok sukun sebelah rumah yang dah tinggi menjulang. Takut roboh menghempap rumah Kampung.
Sekali adik kat melaka kata crane yang dia upah akan datang pada 9hb yang lepas pagi sabtu tu. Jadi kena lah balik. Sebab nanti kena tolong bersihkan kawasan. Kesian pulak adik dan kakak. Anak buah emm memang semuanya busy.
Jadi petang jumaat tu balik kerja je terus je balik Tangkak. Besok pagi nya dengan Kak Jal ambil kak Limah pula. Tapi pagi tu hujan lebat juga kat Tangkak. Sepanjang perjalanan ke Muar mendong je. Bila sampai kat Bakri tenguk crane dah sampai dengan adik atasnya sedang gergaji pokok. Masa tu juga nampak Jol baru sampai dengan isteri dan anak bungsunya.
Ingatkan sewa crane dengan tukang potong pokok. Rupanya tidak. Sewa crane je tapi pemandu dia tukang gerakkan crane tu ke sana ke sini. Adik lah yang gergaji semua pokok.
Sekali tenguk rupanya pokok sukun sedang berbuah lebat. Malahan ada yang masih muda. Tapi dapat le juga buahnya yang dah tua. Hish sedap ni kalau goreng sukun cecah sambal kicap.
Jol sedang tarik kayu-kayu yang sudah di tebang di kumpulkan satu tempat. Nanti bila dah kering boleh bakar. Pokok Buah sukun ni batang pokok dia lembut. Kalau tinggi hah menjulang gitu. Ni pun dah berapa kali kita orang tebang. Kalau nampak tinggi je hah ada lah ura-ura nak kena tebang. Nanti dia tumbuh dengan cepatnya dan merimbun dahannya.
Dah penat bersihkan pokok apa lagi makan tengahari. Kak Jal masak nasi dengan periuk nasi sekali kami angkut. hehehehe sonang. Sempat lagi pagi masak sambal tumis dengan sambal goreng soohoon. Kak nong kata dia nak bawak nasi himpit dengan rendang. Tapi sebab pergi majlis kahwin dulu jadi sampai lambat. Kita orang dah kenyang baru nampak Kak nong dengan Abang Berahim sampai.
Selepas pokok sukun belah bilik air pokok jambu gelas pulak Adik tebang. Masa ni nampak pokok sedang berbunga lebat. Emmm tak pe lah lain kali ada rezeki lagi.
Rupanyapokok yang lagi satu pulak sedang berbuah lebat sambil bunga putik baru berkembang. Ingatkan dek musim hujan buah takde lah besar. Sekali tenguk banyak juga yang jatuh. Besar-besar juga buahnya tapi tinggi. Jolok mana yang dekat je. Yang tinggi terpaksa tunggu dia jatuh sendiri.
Hah ni lah jambu gelas atau jambu botol atau jambu susu. Akak aku kat rawang suka. Ni ambil gambar tayang kat dia sebab dia tak balik. hehehe Buah yang ada kak Jal buat jeruk .
Nampak tak buah dia di balik daun yang lebat. Jambu bol nampak berbunga tapi susah nak dapat yang buahnya besar. Kalau monyet ada emmm memang tak dapat le rasa.
Ni hasil buah sukun yang dah tua. Ada lagi beberapa biji. Jol dengan Kak nong bawa balik.
Besoknya pagi sarapan buah sukun goreng cecah dengan sambal kicap. yehhhh sodap. Susah nak dapat buah sukun yang dah tua dan bila goreng masak asa lemak buahnya. Yum yum yum
Selesai je tebang pokok jadi driver Crane tu india. Berhenti makan dan minum air. Dia kata hari ni puasa. Minum boleh tapi makan boleh sayur-sayuran je. Kami hidangkan kat gazebo. Adik yang layan.
Masa tu aku ada potong buah jambu. Kak jal yang beli. Potong 3 biji dalam bekas tupperware. Lepas tu tabur kulit limau. emm memang sedap le sebab jambu batu tu dah masak. Jadi bila tenguk India tu dah selesai makan bagi lah kat dia suruh rasa. Sekali dia kata tapau ye. Terus dia ambil satu tupperware jambu potong tu. Basuh tangan terus naik Crane dan nak balik. Aku dengan Kak jal melopong tenguk India tu bawak lari jambu potong kami satu bekas besor. hahahahaha Ingatkan nak suruh rasa sekali dia kata tapau terus bawak balik. ayoyo amaaaaa
Nasib baik ada tinggal sebiji. Tapi ralat juga lah sebab yang 3 biji tu besar-besar buahnya. Kak limah kata ala takpe lah bukan rezeki kita. Adehhhh