Assalamualaikum,
Alhamdulillah tahun ni walaupun virus Covid 19 melanda dengan kena PKP lah, kena dok rumah lah tapi sempatlah juga kita orang planning buat acara korban adik beradik untuk tahun ni. Planning masa raya cina, lepas tu bila dapat berkumpul selepas PKPP, bila dah boleh rentas negeri, baru kumpul duit. Lembu untuk korban dapat kat Parit Sulong. Tapi sebab norma baru untuk SOP bagi acara korban tak boleh ramai-ramai , lembu di sembelih di Batu Pahat, Lepas dah lapah kulit barulah di bawak ke Bakri.
Dek kerana takut melanggar SOP, lembu yang dah sembelih terus je lori bawak ke belakang rumah. Hah kat belakang dapur lah kami adik beradik, anak saudara dan cucu saudara melapah dan memotong beramai-ramai. Kiranya acara anak beranak le gitu. Tu pun siap sedia juga SOP Covid 19 ni tau. Ya lah sediakan buku, ambil suhu serta catat nama dan nombor talipon....takut kalau polis datang kena denda RM 1000 beb. huhuhu. Ya lah kalau tenguk rumah selalu kosong tiba-tiba banyak pulak kereta kat rumah ni hah tak ke haru nanti nak jawap apa. Dah le tak boleh 20 orang sekali kumpul. Memang menangis tak berlagu le kalau kena denda huhuhuhu.
Tapi alhamdulillah lah ianya berjalan lancar. Malahan dah bercadang tahun depan nak buat lagi. Insya Allah kalau ada rezeki.
Gambar atas tu lah lembu untuk korban dan ni gambar lembu tersebut nak di sembelih.
Daging di gantung kat belakang dapur dan kami gotong royong melapahnya.
Tu dia. Ni dah separuh tinggal tulang-tulang untuk di potong-potong buat sup.
Gotong royong melapah daging. Tak payah panggil orang kampung pun. kami sekeluarga kerjakan dan seterusnya setelah di timbang dan di sukat baru edarkan untuk orang kampung.
Pergh Mai tengah asah pisau. Ada juga yang jadi mangsa pisau yang tajam sampai Anis pun terguris tangannya. Wah susut nilai le camtu. hehehe
Daging yang besar di potong kecil untuk di timbang.
Tu dia Ajid tayang ekor lembu. Buat sup ekor sedap tak. entah siapa yang ambil.
Abang Berahim pun join sama.
Masa ni dah banyak daging yang dah di siang tinggal tulang-tulang
Hah masa ni daging banyak yang perlu di lapah.
Siapa nak kaki lembu. Buat sup sodap ni.
Kat dalam mak-mak sedang makan sambil menyembang. Mak itam bila nampak kami ramai balik rumah Kg terus datang rumah. Dah lama juga Mak saudara aku ni tak menyenguk rumah kami bila tenguk ramai yang balik.
Chef kat dapur masak ketam dengan asam pedas ikan pari. Lepas tu bila tulang dah potong buat sup. Masak 2 periuk iaitu guna periuk Noxxa dan Primada Cooker laju je siap. Panas-panas layan dengan sambal kicap.....perghhhh sedap sebab air daging baru sembelih manis rasanya.
Tak cukup parang tu dia keluar kapak lagi nak potong tulang.
Ni upahnya. satu periuk tapai pulut. Jaki suka lah sebab dia nak ambil air tapai.
sapa nak kepala lembu.
Satu dulang tu hah perut lembu, hati lembu, limpa lembu buat rendang pun sodap.
Selesai melapah kami bagi-bagikan ikut bahgian masing-masing yang buat korban. Selepas tu daging yang telah di timbang dan di masukan dalam plastik jol yang agih-agihkan kat orang kampung.
Selesai makan tengahari acara pun selesai. Har dan keluarga dah balik JB sebab anak nak kerja manakala Wani pun balik awal juga sebab malam ni nak balik Taiping. Masing-masing balik bawa daging fresh korban.
Jadi petang tu dapat lah berkumpul adik beradik. Semalam raya haji ada yang tidak balik. Apa pun syukur acara korban kami berjalan lancar dan kami dapat berkumpul adik beradik.