Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Monday, October 30, 2023
Trip Turkiye - Meraikan setelah selesai aktiviti
Friday, October 27, 2023
Trip Turkiye - Love Valley Panorama view
Assalamualaikum,
Haiii alaahaiii tak boleh move on lagi dengan belon panas ni.....jadi saksikan lah ye keindahannya. Banyak juga video yang ada tapi tu lah tak puas tenguk gambar pemandangan indah di Cappodocia. Banyak lagi gambar aku tak up jadi aku update sikit-sikit je dulu ye. Nak buat cerita hikayat perjalanan macam lambat lagi. Jadi mana yang menarik mata aku up lah dulu ye.
Daripada gelap subuh sehingga lah terang benderang. Tak reti nak ungkapkan perkataan betapa indahnya suasana pagi itu. Jadi rambang mata nak tenguk. Eh tu cantik eh tu nak naik eh tu lagi lawo. hehehehe
Cantik kan dengan deretan jeep yang menunggu untuk safari pulak selepas semua belon panas naik ke udara. Cantik kan.
Thursday, October 26, 2023
Trip Turkiye - Tenguk Model catwalk
Wednesday, October 25, 2023
Trip Turkiye - Turkish Delight without meal
Assalamualaikum,
Sebelum tarikh perjalanan kami telah di beri senarai aktiviti yang kita orang nak join. Tapi semua aktiviti tersebut menggunakan harga USD. Jadi kena siap-siap tukar duit lah kat Malaysia. Oleh kerana budget ciput tapi teringin juga nak naik Belon panas, aku pilih yang kat Pamulkkale kurang usd 100. Yang ni boleh pilih aktiviti yang lain.
Jadi bila pi Cappodocia Bilal dah cadangkan pi Turkish Night. Dia cerita yang sebelum ni pi Derwish Night orang yang pi semuanya pening kepala sebab dia punya dace tu pusing-pusing banyak kali. Jadi dia syorkan yang ni.
Sampao di cappodocia oleh kerana 2 malam di situ jadi takde lah tergesa-gesa pack beg. Lepas dinner kami pun di bawa ke suatu tempat. Tada....tenguk orang joget.
Yang last semua pelancong dia ajak bersama. Lepas tu dah keliling ramai-ramai dia pi keluar. Kata Rasyid ada buat unggun api di luar. Kita orang yang dok dalam tak nampak. Patutle lama bebenor.
Shila dan anak ruby serta Anim begitu seronok join depa berjoget.
Trip Turkiye - Lif untuk kerusi roda
Assalamualaikum,
Kalau ada yang mengikuti perjalanan travel aku ke Bromo dulu mesti ingat cerita kawan yang kena stroke tapi nak jenjalan juga. Kiranya tu cerita lama lah ye. Yang pasti setelah Pkp dan setelah lama tak cop pasport sudah tentu lah nacha nak jenjalan sebab itu kesukaan dia.
Dan trip ke Turkiye ni dia ikut juga dan kali ni bawa suami. Yah dengar ceritanya pada mulanya macam tak nak bagi nacha ikut tapi mungkin Kak su pujuk Yah pun diam je. Yah aka Ketua rombongan sebab dia yang cari travel agent. Kak su tukang cari orang.
Masa mula-mula perjalanan kat airport, aku terdengar Kak su bercerita...nampak Nacha gembira je dapat jenjalan ke Turkiye. Jadi sebagai kawan bila dengar macam tu memang le tak sampai hati kan tak bagi ikut. Lagi pun suami dia ada. Kak uda sampai tak nak ikut sebab masih trauma lagi masa pi Bromo dulu. Trauma sebab menolong mengangkat Nacha. Kudrat perempuan kan mana sama dengan lelaki. Lepas tu kena marah lagi. Masa mula-mula tu kan mood dia swing. Kita orang sabar je. Ni nostalgia jenjalan di Bromo dulu.
Masa kita orang pi muzium Mustafa Kamal Ataturk kat Bolu ni lah pertama kali aku tenguk lif untuk kerusi roda. Tempat tu macam menaik dan banyak tangga. Kiranya tinggi juga kawasan tersebut.
Sekali bila Bilal aka tour guide bawa ke Nacha tepi dinding....eh rupanya lif untuk kerusi roda. Wah changgih lah. Terpegun kami tenguk. Kat Malaysia takde nampak lagi. Bumi Turkiye ni ada pelbagai bentuk. Ada yang ok ada yang memang tak sesuai untuk kerusi roda. Tapi alhamdulillah.
Tuesday, October 24, 2023
Monday, October 23, 2023
Trip Turkiye - 7 bandar di harungi
Assalamualaikum,
Hah ni lah plan perjalanan kami sepanjang berada di Turkiye. Sikit punya jauh antara satu sama lain malahan banyak sekali hotel yang kami duduki sepanjang berada di kawasan tertentu.
Tapi paling best kat Cappodocia dan Pamukalle dan terutamanya Istanbul lah. Mukabuminya yang pelbagai bentuk memang menarik sungguh lah. Tapi tak tahan tu tukang sapu sampah pun hidung mendongak ke langit ko......hahahahahaha.
Akhirnya wishlist aku nak naik belon udara panas tercapai. Walaupun mahal nak mampus sebab duit Rm yang semakin menurun nak lawan dengan USD yang semakin menaik. Pejam mata je lah bayar.
Cappodocia USD 300 manakala Pamukkale USD 200. Yang lebih USD 100 aku boleh buat aktiviti lain seperti tenguk Turkish Delight dan nak jeep Safari.
Dapat tenguk panorama yang sungguh ohsem SubhanAllah ciptaan Tuhan begitu indahnya.
Sunday, October 22, 2023
Trip Turkiye - Syiok je tenguk orang naik Tram di Taksim Square
Trip Turkiye 2023 - 3 negara bergabung
Ok nak citer ni. Bila di belek-belek ahli rombongan rupanya ada 3 negara bergabung bervisata bersama. Satu daripada Indonesia iaitu Nurul. Nurul ni sudah kawan dengan kak su aka penulis Noor Suraya sudah lama. Malahan masa Kak su dan geng Ulat buku pergi ke Bandung tahun bila aku dah lupa tapi dah lama dulu lah, mereka singgah rumah Nurul. Selain daripada Bunga kawan Indonesia yang aku kenal , Kak su ada ramai kawan disebabkan minat dalam penulisan dan pembaca buku. Nurul juga pernah menulis buku katanya. Nurul juga merupakan pengajar di sekolah di Indonesia. Malahan anaknya Fatihah ada menuntut di Turkiye. Jadi bila Kak su ajak visata ke Turkiye, Nurul pun nak ikut sebab dapat berjumpa dengan anaknya di sana.
Malahan pernah Nurul dan keluarganya datang melancong ke Kuala Lumpur. Kak su dan Yah yang berjumpa dengannya. Aku jumpa pertama kali dengan Nurul di Masjid Putrajaya, bagi kerepek tempe dengan mee siput pada Kak su masa balik dari kerja. Jumpa sekejap je bagi barang bersalaman dan balik.
Manakala Nir pula merupakan warga Singapura yang merupakan bekas penulis Jemari Seni. Semasa menjadi penulis Jemari Seni telah bertemu jodoh dengan seorang lagi penulis Jemari Seni iaitu Pingu yang merupakan orang Malaysia. Masa baru terima perkabaran mengenai perkahwinan Nir dan Pingu....kita orang terperanjat dan tak sangka. Alhamdulillah jodoh mereka di Jemari Seni. Setelah Jemari Seni melabuhkan tirainya, Nir dan seorang lagi penulis Jemari Seni Lila Vee telah menubuhkan Manes Wordworks. Sekarang Nir dah berhenti menjadi cikgu di Singapura dan duduk di Putrajaya sebab Pingu dah berkerja di Jabatan Audit Negara. Anak 2 perempuan dah besar-besar dah setelah lama tak jumpa.
Kalau Ryn dan kak mon daripada Brunei join sama trip Turkiye ni lagi best sebab 4 negara bergabung. Tapi Ryn dah pergi Turkiye tahun lepas dan Kak Mon pula tidak sihat. Apapun kita doakan semuga Kak mon aka Stubborn Bakers sihat walafiat hendaknya. Aamiin.