Monday, June 27, 2016

Hari ke 3 di UK


Schedule perjalanan train. Kena alert timetable perjalanan train yang muncul mengikut masa. 

Assalamualaikum,

Aissss Jenuh lah nak karang cerita sampai tertanguh-tangguh ni. Dah lah mood nak raya ni, mood kerja pun merundum. Dah 23 ramadan tinggal seminggu lagi nak raya. Minggu depan dah nak balik kampung. Rindu aruah mak , rindu aruah bapak,  rindu suasana berpuasa di kampung. Bila kedua ibu dan bapa dah tiada hanya boleh mengenang dan mengimbau kenangan lalu ajalah. Apa pun semuga dipertemukan Lailatur Qadar serta mendapat pengampunan Allah di minggu-minggu akhir Ramadan ni. Sedih pula Ramadan dah nak habis. Ok sambung cerita dongeng aku.    

Thursday, June 9, 2016

Memori di UK - Bercanda dengan Polis UK


Assalamualaikum,

Dah habis cerita Surabaya, tiba-tiba rasa nak korek balik cerita kat UK ni. Banyak lagi gambar dan perjalanan yang masih tertangguh ceritanya. Nak mengimbau semula kenangan pi kerja kat UK. Tapi nampak gaya kena kayuh slow-slow lah. Lama ko dari tahun 2010.      

Ok semasa kita orang pi Buckingham Palace, aku ada main tarik-tarik kaki dengan abe Polis. hehehehe. Aci tak main jenguk jenguk gitu, sambil jeling jeling. hahahaha ada kang kena saman pulak. Tapi pak polis tu comel je aku tenguk. Cute pulak tu. hahahaha 

Wednesday, June 8, 2016

Surabaya Day 4 - Masjid Cheng Ho - Last Day


Assalamualaikum,  
Ok akhirnya cerita Surabaya ni dah nak hampir ke penghujungnya. Kira dah boleh tutup buku lah cinetron Surabaya ni. Panjang bebenor kan sampaikan ambil masa sampai 2 tahun aku nak habiskan ceritanya. Walau pun begitu dalam banyak pi jenjalan kiranya yang ni lah paling havoc sekali. Sebab tu kalau boleh aku nak coretkan juga dalam blog. Buat kenangan katanya.

Monday, June 6, 2016

Surabaya - Day 4 Taman Safari



Assalamualaikum,

Apa khabar semua.  Wah lama sungguh N3 Surabaya aku nak habis. Dok belek-belek dalam draf eh ada 2 lagi N3 nak habis. Jadi cuba selesaikan lah. Nanti boleh korek cerita lain pulak ya yang banyak lagi tersimpan dalam draf tu hehe.  Apa pun N3 Surabaya ni memang banyak drama dan sinetron berlaku. Jadi kena habiskan sampai sudah. Apa pun kejadian yang berlaku anggaplah ianya satu pengalaman yang takan kita orang lupakan. 

Aktiviti keluarga - Bil 3 2016 Bhg 2



Assalamualaikum,

Ok sambung lagi cerita balik kampung. Cerita semalam boleh jenguk Di sini.  Cerita ni berlaku sebelum sambut puasa ya. Jadi kalau ada makanan tu semasa kita orang belum puasa lagi tau. hehehehe. 

Sunday, June 5, 2016

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 2016



Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat juga kiranya kita bertemu semula dengan Ramadan yang mulia lagi diberkati. Syukur Allah masih beri kesempatan dan di panjangkan usia bagi kita untuk merasai nikmatnya beribadah di Bulan yang mulia ini. Semuga keindahan nikmat menyambut bulan Ramadan ini Allah limpahkan kurniaNya menerima taubat dan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan. Apa pun bersyukur dengan limpah kurnia Allah yang tidak terhingga buat hamba Mu yang kerdil ini. Aamin.


Buat Aruah Mak dan Aruah Bapa.. Al fatihah. Bila bulan puasa ni aku memang rindu mereka berdua. Rindu dan terkenang-kenang suasana menyambut bulan puasa semasa mereka masih ada. Walau pun zaman telah berganti namun kenangan indah itu tetap tersemat didalam ingatan. Juga buat kaum keluarga sanak saudara yang telah kembali ke Rahmatullah. Semuga Allah cucuri rahmat dan roh mereka tergolong didalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Aamin

Buat semua yang membaca coretan saya ini, tidak kira dimana sahaja anda berada  maaf zahir dan batin. Semuga Allah sentiasa melimpahi rahmat dan hidayah buat semua yang membaca tulisan saya di blog ini. Apa pun yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari  saya yang lemah dan tidak sempurna.

Semuga Allah mengampunkan dosa kita semua dan menerima amal ibadah kita di bulan yang mulia ini. Semuga Allah memberi kerahmatan dan keberkatan dalam menempuh dugaan di bulan yang mulia. Semuga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah pada kita semua dalam menempuh kehidupan yang seterusnya. Semuga Allah mempertemukan kita dan menganugerahkan kita dengan Malam Lailatul Qadar malam yang penuh keberkatan yang tiada ternilai harganya. Aamin


Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak

Friday, June 3, 2016

Potluck serta aktiviti keluarga - Bil 3 2016 Bhg 1


Ikan Bakar dari Parit Sulong. (Kak Ijah)

Assalamualaikum,

Planning cuti bulan mei berkumpul bulan lalu tidak menjadi sebab ramai yang ada program. Walaupun aku balik tapi bila ramai tak ada tak seronok lah. Jadi bila dah balik Kl check kalendar eh rupanya ada cuti sekolah seminggu awal sebelum puasa. Jadi aku pun maklumkan pada Kak ijah le. Kak Ijah pun dah macam plan nak buat tahlil untuk kedua Aruah mak dan Aruah bapa. Jadi setlah date hari Sabtu lepas asar dengan agenda berkumpul sambil bertahlil dengan potluck. 

Floria 2016 - Magical World Of Floria


 Assalamualaikum. Selain daripada pameran bunga terdapat juga magical world of Floria. Tiket masuk harga lain ya. Tapi kureng sikit lah. Alam lautan dengan mermaid serta alam sekitar yang perlu di pertahankan. Tahun lepas best ada 4 musim tapi orang yang beratur ramai tak dapat lah tenguk. Kali ni tak ramai rupanya tak best sangat pun.Tapi dah masuk ok lah.


Thursday, June 2, 2016

Floria 2016 - Bonsai dan Kemboja



Assalamualaikum,

Wah rajin bebenor letak entry pasal bunga. Boleh buat tajuk tertentu lah pulak ya. hehehehe. Takpe layan je mata memandang ya.

Selain daripada pertandingan gubahan dan lanskap terdapat juga pertandingan Bonsai. Fuh cantik dan mahal ko. Cuma lanskap pada tahun ni macam kureng cantik. Tahun lepas serata tepi tasik tu, lanskapnya cantik-cantik. Bila malam dengan lampu memang menawan lah pemandangan di tepian tasik. Kali ini macam tak banyak peserta yang ambil bahagian.  


Floria 2016 - Bunga-bunga Kekwa pelbagai warna



Assalamualaikum,

Cerita pasal Floria lagi. hehehehe tengah seronok melihat bunga berkembang jadi nak share dengan semua. Bagi cuci mata kasi berwarna warni gitu. Apa pun enjoy.


Floria 2016 - Deko recycle



Assalamualaikum,

wah cerita pasal Floria tak habis lagi ko. Hehehehehe sebab banyak sangat yang cantik. kali ini aku nak cerita tentang barang-barang terbuang yang telah di reka bentuk menjadi taman yang cantik. Yang ini ada pertandingan. Antara sekolah-sekolah. Aku tak ingat nama sekolah dan tak pasti samada sekolah area KL dan Putrajaya je ke atau seluruh Malaysia. Main click je kamera. Apa pun memang creatif pelajar-pelajar kita.


Floria 2016



Assalamualaikum,

Ada sesiapa dah pergi Royal Floria di Putrajaya? Ianya dah bermula hari Jumaat yang lepas iaitu 27 Mei 2016 dimana bermulanya cuti sekolah pertengahan tahun. Dan setelah balik kampung dan bercuti apa lagi terus ajak akak Jal kat Tangkak datang melihat dan mencuci mata.