Monday, October 31, 2011

Tragedi buah epal

Pokok depan kelinik Swasta di Glossop

  Assalamualaikum semua. Huh apa le tajuk aku ni  macam lagu Kak Nita Serawak je kan. Ok aku nak ceciter sikit apasal tajuk kali ni tragedi buah epal. Sebenornya teman ni teruja sungguh bila tenguk pokok epal. Apa yang teman perasan bila tenguk citer org puteh je yg stail citer lama-lama atau bila kat kampung atau desa depa dimana ada pokok epal siap leh panjat2 lagi tu waduh hati teman jadi syiok je. Rasa macam nak terobang je dlm scene citer Org puteh tu. Ya allah boleh pulak pikir lagu tu ...hish hish. Entah mengapa start dari situ  teman jadi terasa macam nak memanjat pokok Epal je. Laa tak tahu ke teman kecik2 memang nakai, panjat pokok jambu Bol kat tepi parit sebelah rumah lepas petik buah jambu dok lepak atasdahan pokok sambil juntai kaki makan buah jambu Bol bukan kira basuh ke tak basuh main belasah je makan (huh hidup pun sampai la ni), lepas tu panjat pokok belimbing sampai patah dahan pokok belimbing tu teman kejakan. Nasib baik bila jatuh berdebuk tu tak patah riuk bagai kalau tak huh susut nilai teman. hahahaha tapi tu memang citer benar ye time teman kecik lagi rasanya masa tu sekolah rendah kut lupa pulak umur berapa.

     Ok berbalik kisah Pokok Epal ye. Lepas tu teman kena tukar KL duduk le sebelah Kak zah. Kak zah ni penah le ikut suaminya pergi belajar kat obersea emm kalau tak salah UK. Bila dok citer2 pasal pengalaman dia pi obersea teman pun cakap le teman teringin nak panjat pokok Epal. Kak zah punya gelak kat teman huh sabor jelah aku  hehehe. Kata dia pokok Epal tu tak besar mana rendang je. Malahan tak payah panjat pun kita dah boleh petik buahnya. Teman ni bukannya peminat tegar buah epal cuma teruja nak panjat pokok dia aje. Jadi Kak zah pun bawa le gambar masa dia kat UK. Memang rendah je pokoknya malahan tak payah panjat pun main petik je em macam petik pokok asam epal kan rendah je pokoknya.

    Aku ada citer kan yg aku di hantar ke UK buat attachment selama 2 minggu.   Dimana 13jam bersamaan dengan 2 hari.  Selain tu boleh juga jenguk kat  Malaysian Night. Citer selama 2 minggu kat sana tak sempat lagi nak karang baru tepek gambar je kat post nanti aku citer le walaupun dah setahun tapi kiranya pengalaman aku pi UK lah. Hish bukan sonang wei dapat pi sana mahal tau tambangnya ni pun sebab opis hantar kalau tak ada duit beribu raban huh jangan harap le dapat jejak kaki kat sana. Tu le napa le dulu tak nak rajin-rajin belajar kalau tak leh belajar kat obersea. Jadi buat anak-anak dan adik-adik semua kena  belajar rajin-rajin kalau nak berpeluang ke negeri orang lain sebab dengan ilmu lah kamu boleh kemana yang kamu suka. Tu le dulu masa sekolah malas belajar main je banyak padahal mak dan ayah menaruh harapan anaknya boleh berjaya, kan dah menyesal. Tapi ni pun bersyukur juga walaupun tak pandai sangat Tuhan beri rezeki dapat keluar negeri. Alhamdulillah syukur nikmat pemberian Allah SWT.  

 Hish dah melalut pulak aku. Ok berbalik citer masa kat Uk. Minggu ke 2 kami terpaksa pergi ke Glossop Oleh kerana menginap di Glossop semalam dan lepas balik kena tukar hotel jadi kami terpaksa tinggalkan beg besar kat rumah Kak Normah salah seorang staff Kementerian Pendidikan di UK. Rupanya suami kak Normah merupakan bekas staff KKM juga dan merupakan kawan baik Aruah Hj Kamalzaman ex staff aku. Masa hantar beg malam tu hujan, jadi cuaca memang sejuk lah. Dah nak masuk winter kan bila hujan lagi sejuk. Kak Normah layan kami dengan baiknya malahan siap sediakan dinner lagi. Ada sambal tumis udang hish sedap sungguh. Maklumle dah 2 minggu makan tak tentu bila dapat makan nasi panas2 dengan sambal udang emmm windu nak balik Malaysia. Sebelum tu aku jenguk juga lah laman belakang rumah yang di sewa tu. Kata Kak normah belakang laman rumahnya ada pokok epal (mata aku dah juling bila dia kata ada pokok epal belakang rumah huhuhu) juga pokok pear tapi semua pokok tinggi2 sebab dah tua. Alahaiiii napa tak cakap awal dah malam mana nak nampak, tapi jenguk lah juga nak tenguk tapi nampak sayup je pokok maklumle dah malam, hujan lagi tu. Kat bawah dia kata melambak buah tak terpetik. huhuhu jeles aku. Tapi kak kam kata tak pe nanti balik dari Glossop, kita nak ambil beg, kita pergi rumah dia awal sikit jadi boleh petik buah epal. (Hati aku dah syiok tak sabar nak balik cepat dari Glossop)

 Rupanya masa kat Glossop masa sampai kat klinik swasta dia kat tepi jalan je mata aku dah nampak pokok Epal. Hah kat atas tu aku tembak semasa kelam-kabut nak masuk Klinik. Kami sampai terlewat jadi kejar masa le. Depa punctual betul masa meeting. Sepanjang meeting mengikut masa yang telah di tetapkan. Permulaan meeting ikut masa cuma selepas tu je kalau banyak yang nak di tanya lama le perbincangan.

Hah tenguk tu tepi jalan je.
          
Ni pun tepi jalan je berhampiran dengan Regents Park

Tenguk ni berlambak je sampai busyuk2 tak terpetik.

  Jadi bila last day meeting selepas selesai di pejabat NIU, dah bagi sovenir bagai dengan posing semua kami pun balik ke rumah Kak Normah nak ambil beg sebab besoknya aku dah nak balik Malaysia. Sampai kat rumah kak Normah dah nak pukul 7. Hujan gerimis dah start masa kami kat Regent's Park lagi sewaktu berposing sebelum balik. Jadi bila sampai kat rumah kak Normah semakin lebat lah hujan. Masa tu anak dia ada tapi Kak Normah belum balik lagi jadi  aku minta izin nak petik buah epal dia dan posing kat pokok epal. Huh tak menyabor sungguh. Hujan pun belasah je.


Geramnya tenguk buah epal berjuntai sayup pokoknya.

Ni pulak buah Pear hijau.

  Chewah ni belasah je tarik dahan nya dan tembak gambar janji aku dah petik buah Epal walaupun tak boleh nak panjat sebab pokoknya tinggi. Nasib baik kamera ada flash yang terang juga sebab masa tu memang gelap main tembak je. Kalau jadi nasib lah kalau blur huh tembak lagi gambar.

Ni sebenarnya aku tenggek kat kerusi nak tarik dahannya. Tinggilah.  Sampai nampak lubang hidung hehehe

 Kak kam yang tolong tembakkan gambar sebab aku susah nak posing. hehehe

Ni buah Pear hijau

Buah epal lagi

dan lagi Buah epal

Sayangnya melacak je kat tanah. Kata Kak Normah tak terkutip dah buahnya.

Tak terjangkau dek tangan.

    Acece ni je hasil kutipan aku memetik buah. Epal tu muda lagi sebab tu cinonit je. Apa pun walaupun dgn hujan dan dah gelap terlaksana juga impian nak petik buah epal walaupun sebenarnya aku tetap tak puas hati sebab dia tinggi. Nak buat macamana dah malam wei dah gelap kat belakang tu kalau terang memang le aku sekeh je buah ni semua.  Sekali masa tengah sedap layan  teh tarik Kak Normah dia citer kat belakang sekali ada pokok Pic dan plum. Ya allah kenapa lah kak Normah tak cakap awal kalau tak aku belasah je sampai ke hujung laman belakang dia walaupun gelap. huhuhu Sodih den tak nampak camno pokok Plum dan Pic. Buah-buahan tu kata Kak Normah kalau dia rajin kadang dia buat jem atau bagi kat orang.   

   Layan teh tarik Kak Normah memang betul2 kaw maklum le dah 2 minggu tak layan teh tarik kat UK sekali dapat huh belasah le wei apa lagi hujan kat luar dengan baju aku dah basah dek kerana memetik buah Epal. Apa pun my nostalgia sungguh ni. Bilalah dapat rasa betul-betul pi kebun buah-buahan kat obersea ek. Memang aku teringin sungguh melawat ladang buah-buahan di luar negeri tak kira lah ladang anggur ke ladang limau ke ladang epal ke yg penting ladang buah-buahan. Apa pun semuga impian aku terlaksana. AMIN
  

Wednesday, October 26, 2011

Hari ke 2 di UK



Assalamualaikum, Hari sabtu minggu lepas tenguk SIS dalam tv 9 nampakla depa buat pengambaran kat Uk. Tiba-tiba aku teringat post tertunda yang aku dah create tapi tak habis lagi cerita didalamnya. Jadi nak sambung semula lah ya..    



    Aduhai asyik tertangguh je nak sambung perjalanan aku kat UK. Almaklum lah nak bercerita kadang memerlukan idea nak mengarang dan mengingati balik perjalanan yang telah aku lalui. Walaupun ada catit apa yang telah di buat tapi kena juga recall balik memori yang telah berlaku. Apa lagi dengan tuntutan tugas yang kadang membuatkan aku tak ada idea nak bercerita. Ok kali ni sambung balik cerita hari ke 2 pula ya. Setelah bermula sessi perkenalan dengan Staff RCP yang menguruskan perjalanan kami selama 2 minggu  di UK pada hari pertama.   Dan hari kedua pula kami akan pergi ke Bristol.

  Ini adalah Stesyen Baker Street. Kak kam cerita Baker Street ni lah asal pembikinan tube di UK. Hasil bijih timah zaman 60an yang datangnya dari Tanah Melayu di bawa balik ke Britain untuk buat landasan keretapi bawah tanah atau dikenali juga dengan Tube. Dan hasilnya keretapi bawah tanah UK memang bagus, ikut time dan serba-serbinya memudahkan perjalanan warga UK. Sebab tu dia orang lebeh suka naik Tube daripada bawa kenderaan sendiri. Lagi pun pengangkutan awam dia orang memang tip top dari segi ketepatan masa malahan kerana lambat sedikit je kami sudah ketinggalan keretapi semasa nak ke Bristol. Jadi masa tunggu train kami dah nampak time train sepatutnya pukul 9.45 pagi dan laluan berapa aku dah tak ingat. Tunggu punya tunggu beberapa minit lagi kitaorang pun cari lah line train yang sepatutnya kami naik. Entah macamana miscomunication kami dah ketinggalan keretapi. Masuk line lain rupanya train line lain bila dah dapat hushhhh train dah jalan emmm baru beberapa saat je train dah tinggalkan kami ber3.... huwaaaaa hangus duit tiket train. Dr elyas booking tiket online berharga GBP 33. Hah convert kali 5.... mahal beb sebab jauh perjalanannya. KAmi ada meeting pada pukul 2 tapi dah kena pergi pagi-pagi sebab jauh. Nak lebeh pasti pi google map dari London pi Bristol. 

  Alternatif lain terpaksa dicari. Kami kena cari bas. Naik bas ekspress kat Victoria stesyen. Jadi naiklah tube dari stesyen Paddington ke Victoria stesyen. Keluar dari stesyen Victoria kami kena pergi ke bangunan lain yang menempatkan National Ekspress. Masa ni kaki aku dah melecet. Asyik jalan turun naik tube je dengan jalan cepat-cepat. Terpaksa cari handyplastlah. Masa perjalanan mengambil masa dari pukul 11 sampai dalam pukul 1.30pm. Kami sampai di Bristol dan naik teksi ke Holiday Inn. Wah bestnya meeting kat coffee corner Holiday Inn pada pukul 2.    


Ni lah papan tanda time train berlepas. Kalau tak tenguk gerenti tak tahu train line berapa dan pukul berapa berlepas. Dah tenguk pun boleh terlepas train. huhuhu

Kedai bear yang cute. Aku dah teragak nak beli tapi dek kerana mengenangkan nak meeting pendam le. Sekali dah balik baru rasa terkilan kenapalah tak beli bear cute paddington tu. hish hish.

Stesyen Paddington
                                   

Meeting di Hotel. Nilah Doktor Robin Mann Head of Clinical Design Informing Healthcare. Pandai Doktor ni mereka sistem yang berkaitan dengan bidang tugasnya. Habis meeting sepetang tu banyak juga lah input yang Dr Robin bagi menerangkan berkenaan sistem yang direkanya. Selesai perbincangan, dia tolong hantar kami bertiga ke stesyen keretapi Bristol Parkway.

Ni kat stesyen Bristol Parkway 

Nilah train yang sepatutnya kami naik pagi tadi. Naik pukul 6 dan sampai london pukul 8 malam. 2 jam beb huhuhu

Ni aku tak pasti bangunan apa. Nampak semasa dalam perjalanan dari Bristol ke London

Sampai kat london kami terus pi cari kedai makan Arab. Masa tu dah malam jadi aku ikutje kemana kak kam bawa. Dia kata ada satu jalan ni memang banyak menempatkan kedai Arab. Tu lah malam tu makan makanan Arab untuk dinner kami bertiga. Best juga.

Ni makanan aku harga GBP 6. Konyang setelah mengharungi situasi yang mencemaskan pagi tadi
Jemput makan
Ni lah kedai Arab tersebut. Meriah sungguh malam tersebut dan ramai orang,

Balik ke hotel setelah kenyang makan makanan arab dan besok kena pi ke Newcastle lah pulak. Ok sambung hari ke 3




Thursday, October 20, 2011

Jejak Kasih SMSABGS 81


 Jejak kasih SMSABGS tahun 1981 ni sebenornya berlangsung pada raya ke 3 raya Aidil fitri baru-baru ni tapi aku terlupa nak buat cerita sehingga lah grand gathering SMSABGS berlangsung di Hotel Royale Chulan dengan meriahnya. Cerita tu leh terjah di sini. Ok sambung semula citer. Kelas 81 ni sebenornya kelas akak aku tapi oleh kerana ramai kawannya yang aku kenal terutamanya akak-akak di hostel jadi masa di Fb semasa bulan puasa depa dok pakat nak buat jejak kasih kat muor bila ramai balik kampung beraya jadi bila di jemput aku pun join lah. Bila lagi nak jumpa depa setelah bertahun2 tak jumpa.

 Lepas tu acara potluck lah pulak. Emm nak bawa apa ya? Aku pun bincang dgn akak apa nak bawa. Dia pun dah jawab nak attend so lagi bestle. Mula2 tu bila kena bawa tikar sendiri teringat lah pulak tikor mak kat rumah yang banyak yang selalu digunakan bila buat kenduri kat rumah. Bawak 4 keping bentang kat padang tu rasanya cukup. Lepas tu teringat bekas air pun ada. Hah sonang citer bawa air je sambil tu bawa air kotak. Akak pula dah offer nak bawa hamper. Lepas berbincang lagi dia offer nak bawa barang seperti piring makan, sudu dan garfu serta cawan kertas. Wah ni sudah bagus. Kita org pun tepek le kat FB barangan yang nak di bawa.

 Jadi bila balik kampung je penuh le akak aku punya kereta dengan benda alah tu semua. Mak aiiii angkut dari Rawang tu beb sebab dia dah shopping dulu kat Rawang. Tinggal le aku yang belum beli air kotak lagi dan buat sirap. Cadangnya nak buat sirap limau dengan air batu buat sendiri. Dan akhirnya pagi raya ke 3 pun sampai. Semua barang kami humban dalam kereta aku. hahahaha Penuh  bonet dgn tikar sebanyak 5 keping di bawa manakala seat belakang dgn bekas air bekas tong penuh semuanya.. Tinggal setoit je tempat duduk anis anak buah aku. Lepas tu kecoh air masak tak cukup jenuh le berhenti kat stesyen minyak semuanya habis air mineral yg bekas besar. Sampaikan terpaksa redah kedai kat Jalan Hj Junid berhampiran sekolah ismail nak beli air mineral. Kecoh dan kelam-kabut sebab ingatkan dah lambat rupanya depa lum sampai pun. Aduhaiiiii buat penat den perambat dok kejor ke Tanjung Mas.

Hah ni lah buktinya penuh dengan macam-macam ado selagi boleh di selit semuanya di selit. hehehe

 Janji masanya pukul 12 tapi bila kami sampai di tanjung tak nampak bayang pun katanya banner akan di pasang tapi tak nampak pun. 2 kali juga aku berpusing nak agak mane tempatnya yang sebenarnya. Tapi gazebo yang dikatakan tu tengah jadi tempat lepak minah dan mat Indon. Masa tu juga terjumpa kawan akak aku yg tengah tercari-cari juga tempat nak berkelah ni. Bila akak aku call kak Taizah memang confirmlah gazebo itu.

Jenuh jugalah menunggu depa tu kosongkan gazebo tersebut. Bila depa balik je cepat-cepat kami bertiga punggah barang dan letak kat gazebo tersebut. hehehe Buat muka toye je punggah tikar dengan pelbagai harta karun tu hah.
Ni kawan akak aku yang pertama sampai. Dia dok JB dan petang tu dah nak balik JB. Kak Kamariah namanya.

Sebelum depa semua mai air sirap limau telah tersedia. Panas-panas sedap layan sirap limau. hehehe Promosi nampak. Yeh tengukle sapa yang buat. Laku sampai kering kontang bekas air tu.

                                         Kak Nor kurshiah bersama akak dan anak buahnya.  

  Lepas tu seorang demi seorang kawan-kawan akak aku pun sampai. Ada yang aku tak ingat nama tapi cam muka. Ada juga junior yang aku tak kenal tapi semuanya mesra alam. Semasa zaman sekolah tau nama tapi tak geng bila dah bertahun tak jumpa atas ikatan nama bekas pelajar SMSABGS semuanya jadi geng. Kalau tak, takan lah havoc masa Malam Mesra SMSABGS di KL. 

  Masing-masing berpelukan bila berjumpa. Almaklum lah lama sungguh tak jumpa. Dari anak dara dah jadi mak dara malahan ada kawan akak aku kak Mashitah dah jadi nenek dara lagi opss bukan dah ada cucu. Rasanya kak mashitah tu aku ingat dia kahwin muda samada lepas sekolah atau habis SPM tak pasti tapi ingatlah bila pagi-pagi pergi sekolah nampak pakwe dia hantar ke sekolah naik motor. Kat tepi pintu pagar tu sebelum dia masuk kawasan sekolah cium tangan dulu. 

  Bila Kak Taizah sampai sessi pendaftaran nama pun dibuat. Selain daripada tu acara majlis ialah cabutan no bertuah dan selepas tu sessi beramah mesra sambil menjamu selera. Ok kita layan pula gambar makanan yang di bawa.

  Ni ayam ungkep yang Kak zarinah bawa. Memang sedap. Rasanya nak kena belajar lah buat ayam ungkep ni sebab selama ni akak aku yang kat Pt Sulong tu masak tak penahnya nak tanya. Bila dah makan ni rasa sedap hish sayang kalau tak tahu nak buat. Masalahnya ayam ungkep ni sedap dgn ayam kampung sebab dia masak lama dengan api perlahan sehinggakan rempahnya meresap kedalam daging ayam.

Mee Bandung hasil tangan kak Noraishah Md Tap. Dia sampai awal tapi lepas tu pegi sekolah dia ambil meja. Mee Bandung makanan femes di Muor.

  Mee siput juga makanan femes di Muor. Rupanya hanya terdapat di Muor sahaja. Sebab masa aku kerja di Segamat tak ada jual pun malahan org Segamat tak pandai pun nak makan benda ala ini. Dulu2 zaman sekolah makan mee Siput layan dengan sambal kicap cair2. Masa tu dok kat sekolah rendah SAB 1 ingat lagi beli kat rumah salah seorang pelajar yang rumahnya kat belakang sekolah. Entah siapa namanya. Tapi kat rumah layan dengan sambal tumis ikan bilis lagi meletops beb. Sodap hingga menjilat jari. Jari sendiri ye bukan jari org lain. hehe   

Laksa Johor entah siapa yang bawa.

Nyanyian koir beramai-ramai lagu sekolah. Emm ada baca doa kut lupa lah. Rasanya Kak mamie cool yang baca doa kalau tak salah aku le.
Kak Sharifah kawan sepasukan rumah sukan dan saing basikal akak aku. Berbasikal bersama-sama ler. hehe

Semakin ramai yang sampai suasana semakin kecuh. Seronok tenguk keletah depa semua.

Pendaftaran peserta dengan mendapat door gift sovenier dari kak Taizah. Business woman le katakan.

              Apa saje lah tu Kak Zarinah dan Kak fuzie. AJK  mesyuarat tengah jalan.

 Kak shikin vogue sungguh.

Cabutan no bertuah yang pertama hamper besor tu aku yg sponsor jatuh pada Kak Fuzie. Yang best dan besar semua yang mula-mula cabutan dan dapat pada orang yang sampai kemudian. Yang selepas itu kecil2 je dapat pada org yang datang awal. hahaha Nasib lah kan. Malahan Kak mamie cool lagi best dapat hadiah yang harganya RM1000 dan Kak Ainul Mardziah lagi best dapat set pinggan mangkuk. Ala rezeki masing-masing.

Kak kamariah memang ong sungguh sebab dapat beg dari oxford sponsor dari Kak Nor Khurshiah yang dok UK nun. Tak rugilah jadi orang yang pertama sampai.
                                                          
Kak Chik datang juga. Memang menunggu kedatangannya sebab dah rindu.


Sebahagian yang hadir.

                                           Lepas tu berkelah beramai-ramai sambil bersembang.

 Kulaan rupanya kami. Tak tahu pun rupanya Kak Chik Anak saudara Aruah Wak Bolah suami Mak saudara aku Aruah Wak Eju. Dah habis sekolah baru tahu, padahal aku dengan Kak chik satu Dorm dulu.

Makanan macam-macam ada sampaikan dah tak tahu nak makan yang mana satu. Dah dapat berkumpul beramai-ramai  berceloteh bersembang bagai nak rak.
 Kak Amilah, Kak shikien, Kak fuzie dan Kak Zalina. Semua tak berubah cuma body bertambah sikit je tak banyak dan semakin anggun setelah bertambah usia seiring dengan masa. Kak Milah ni aku memang tak boleh lupa sebab dia pernah jatuh katil dulu masa kat asrama. hahahaha Lepas tu bila dengar dia bercerita rasa nak gelak je sebab dia kata macam nangka busyuk jatuh berdebuk. hahahaha Tetap kelakar macam dulu2 juga.

Apa saje le celoteh Kak Noraisah ni sampaikan semua terpegun mendengar ceritanya. Sebelah tudung hitam tu Kak Rozita sekarang dah jadi orang Singapura sebab kahwin dengan orang sana.

Kecoh sungguh tapi hepey je kan. Senior dengan Junior bergolak ketawa. Tudung Hijau pucuk Pisang tu Kak Norhana Sahar. Cikgu di Tangkak. Tudung Purple Kak Zaidah orang kampung CT Habesah dan sekarang cikgu juga di Sengklang. Kak zaidah cerita shollmate aku Yuslina sekarang bersama suaminya dah jadi business sebab dah ada buka hotel di Melaka. Kak Zaidah ada cakap hotel apa tapi aku dah lupa.
Entah siapa yang bawa kek.

Amboi manjanya anak Kak Noraishah

Bersama Intan Muhzir. Sampai lambat tapi sempat join bersama. Kerja kat Kl dok Ampang agaknya. Dia kahwin dengan Mat Salleh,. Anaknya comel sungguh.

Sebelah Kak Norhana ialah Kak Zaharah. Dia sampai lambat juga jadi tak dapat jumpa Kak NurKhurshiah yang dah balik awal sebab tak sihat. Tenguk tu anak Intan dengan rambut krinting comel sungguh.

Makanan yang ada banyak tak habis. Jadi bungkus bawa balik. Nasib akak ingat nak bawa beg plastik malahan plastik sampah pun semuanya siap dengan getah lagi. Lengkap sungguh peralatan akak aku. 

Semua dah berbungkus jadi acara pun mulai tamat pada pukul 6 petang. Masing-masing bersalaman dan berpelukan sambil membawa bekas makanan masing-masing dan juga berkat makanan kawan yang lain. Silaturahim yang terjalin pada petang tersebut sungguh meriah dan mengujakan. Insyallah jika umur panjang perjumpaan ini dapat diadakan lagi di tahun lain. Apa pun semuanya hepey dapat berjumpa kengkawan lama. Rasanya batch aku cuma aku sorang je. Nampak kat FB yang jawab nak datang Azah Win tapi takde pun. Teringin juga nak jumpa dia. Begitu juga Fareha band gurls junior aku tapi tak nampak pun. Apa pun sepetang di majlis Jejak Kasih tetap dalam memori yang tidak dapat dilupakan. Insyallah semuga silaturahim berpanjangan hendaknya  AMIN.