Assalamualaikum,
Apa khabar sahabat sekelian baik yang di kenali ataupun yang hanya sekadar menyinggah tanpa di sedari.... Apa pun saya sayang kamu semua. Kerana tanpa kalian semua sunyi dan sepi lah rumah ku tanpa kunjungan.
Lamanya blog aku sepi tanpa berita....maklumlah kadang mood tu kadang ado kadang tak. Kalau aku kata busy hangpa mesti kata PM lagi busy sempat je update status... aku ni kadang suam-suam kuku nak menaip tapi sebenarnya banyak juga benda nak cerita. Tapi apa pun di bulan baik dan mulia ini aku mohon maaf ya jika ada coretan ku yang menguris rasa dengan sedar atau tanpa sedar almaklumlah aku sekadar insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Dah 3 hari kita berpuasa dibulan Ramadan tahun ini. Aku bersyukur sangat sebab Allah masih memberi peluang aku berjumpa dengan Ramadan tahun ini. Syukur sangat-sangat diatas limpah kurnia yang tiada ternilai yang Allah kurniakan padaku. Kadang-kadang merenung dan bermuasabah diri apakah amal ibadah ku cukup buat bekalan di sana nanti. Ya Allah kau ampunkan lah dosa-dosaku serta kaum keluarga ku juga buat semua sahabat-sahabat ku serta semua Umat Islam di seluruh dunia. Semuga Ramadan tahun ini kurangkan lah kesulitan umat Islam di Palestin, Umat Islam di Syria dan juga buat semua Umat Islam di mana-mana jua di serata dunia yang dalam kesusahan dalam menyambut Ramadan . Semuga mereka kuat menghadapi segala dugaan dan cubaan di bulan yang mulia ini. Semuga Allah ampunkan semua umat Islam diseluruh dunia termasuk diriku, kaum keluarga ku, sahabat-sahabat ku. Aamiin ya rabal Alamin.