Assalamualaikum,
Alhamdulillah dapat tidur dengan lenanya. Subuh masuk awal dalam pukul 4.38 pagi. Semua handphone dah charge penuh. Maklumlah hari ni kita nak pi Khasmir pula ya. Nak dok dalam rumah bot. Tak sabor je ni. Siap-siap semua dan terus check up pagi-pagi sebab nak naik flight pi khasmir dalam pukul 9.15 pagi gitu. Yeh kashmir aku datang. hehehehe
Bayaran tambahan untuk naik gondola dan kuda dah ketepikan siap-siap. Sebab kata kaksu dia nak collect nak bagi kat agen. Bayaran ni tidak termasuk dalam pakage. Begitu juga masuk taman. Kaksu juga collect cepat supaya mudah nak bagi pada tourist guide kat kashmir nanti.
Turun ja kat lobi dah tersedia minuman panas dan sedikit buah-buahan dan cookies. Nampak tak jenis tea yang ada. hehehehe Sebab banyak jenis aku kutip setiap satu jenis. Nanti balik malaysia nak rasa.
Dapat minum tea o panas wah sedapnya.
Yang ni phamplet kecil tempat-tempat menarik nak pergi. Banyak sungguh ni padahal nanti lepas balik kashmir pi Taj Mahal ja.
Pihak hotel juga menyediakan kotak sarapan setiap seorang. Untuk dimakan semasa dalam perjalanan ke airport. Jadi ambil sorang satu nanti boleh makan dalam bas.
Selesai semuanya, kita orang pun berangkat keluar. Duit tambahan dah bagi kaksu. Kunci dah bagi kat kaunter. Sarapan dah ambil. Ok jom kita jalan
Hah ni lah pintu ajaib nak masuk hotel. Belah kiri tu letak beg untuk scan. Bila masuk hah dia scan pula orang. Malam semalam gelap tak nampak sangat. hah pagi ni aku ambil gambar nampak semuanya.
Tu dia beg kita orang jenuh le orang hotel masuk kan dalam bas.
Hah nak juga posing naik bangku. Memang tinggi sungguh lah tangga bas ni. Mahu terkangkang kaki kalau takde bangku nak naik.
Semua dah naik bas dan beg pun dah masuk, bas pun memulakan perjalanan ke airport.
Kotak sarapan ada sandwich, mufin, air kotak dan air mineral. Alhamdulillah syukur nikmat. Rezeki pagi hari. Sementara nak sampai ka airport apalagi jom lah kita sarapan.
Semasa keluar dari Hotel nampaklah hotel diatas bukit ni. Cantik. Malam semalam tak nampak sebab sampai dah malam. Cantik dan besarrrrrrr amat.
Hotel dari kejauhan. Tata Hotel Radisson. Nanti balik dari kashmir dok hotel lain.
Hari masih pagi lagi dan belum ramai rakyat India yang bangun pagi. Jadi jalan macam nampak lengang gitu. Matahari naik pukul 6 pagi tapi rakyat India start kerja katanya pukul 9.30 pagi. Patutle masih sunyi dan sepi. Semalam bukan main jem sana jem sini. Kenderaan bertali arus.
Tapi sedih tenguk kedaifan rakyat mereka. Rumah di bawah flyover.
Ni lah pintu yang mengasingkan antara pemandu dengan penumpang. Nampak macam special je kan.
Kak mon dengan Bang Mat dan sebelahnya Tuan Haji. Si Ryn nun kat belakang. Senyum kak mon sebab nak pergi kashmir. hehehehehe
Bas dia luas , orangnya tak ramai...kita orang kat belakang sorang satu seat. Tu yang nampak kepala je kat tepi....hehehehe
Kita orang di bawa ke terminal 2 untuk flight domestik. Naik flight Go Air Airlines ala macam flight Air asia juga .
Nampak je gate 3 wah seronoknya. Tak sabar ni. Ambil beg masing-masing dan terus masuk untuk check in.
Hah tu dia kaunter banyak untuk check in. Ramai sih orang India nak terobang.
Suasana di dalam airport, walaupun pagi sudah meriah dengan orang nak terbang sana terbang sini.
Masa ni rasanya cari kaunter untuk checkin. Dia punya besor tempatnya menjajau juga kami cari kaunter Go Air. Mr Abhisek cuma hantar kami depan pintu masuk je. Selepas kami ambil beg masing-masing dia pun jalan bersama bas yang menghantar kami. Tak pe kaksu kan ada.
Akhirnya dapat check in dan beg besar masuk dalam flight. Ok jom kita cari gate untuk terobang.
Nak posing kat sini sebab ada nama delhi tu. hehehehe
Sempat lagi tu posing. Kalau dah semuanya kaki berjalan dan kaki bergambar. Nasib baik kaki semuanya normal. hehehehe
Dah dapat boarding pass. Kena cari gate 33. Terobang pukul 9.15 waktu Delhi ya.
Gate 33 diantara Gate 20 hingga 35. hahahaha apa dah aku punya cerita. emmm hentam saje lah labu
Yeh dah masuk dalam kapal terbang. aku dok seat tengah.
Dok bersama dengan mak su Ti, sebelah nun kak su. Sekali ada orang lain sebelah aku. Emm terus tak leh buat apa. Penerbangan ambil masa beberapa minit je. Dalam pukul 10.40 pagi lebih kurang kita orang pun sampai kat kashmir.
Oleh kerana dok seat hampir ke belakang jadi keluar dari pintu belakang le. Hah sebijik sejibon macam naik makchik Asiah ko. hahahahaha Bersama wan posing kat airport Srinagar. Yeh kashmir aku dah sampai.
Selamat datang ke airport Srinagar. Dah gaya ala-ala artis dari malaysia dan brunei gitu.
Jauh juga le nak menapak ko. Nun kat hujung bangunan tu.
Airport Srinagar kecik je.
Masuk je ke dalam terus nampak conveyer untuk collect beg. Jadi kami pun tunggu beg besar bagak kami sampai. Penuh juga flight kami pagi tu.
Masuk kat dalam sebelum keluar kami kena isi form. Soalan dia pergh berjela. Mula-mula tercangak-cangak juga camno nak isi. Sekali ada yang terus tanya kat kaunter bagaimana nak isi form kemasukan. dah ada contoh hah berjemaah lah kami copy paste. hehehehe
Ni yang ramai-ramai dok kalut camno nak isi form kemasukan.
Setelah selesai mengisi form maka berjemaah lah kami keluar daripada airport. Masa ni rasanya Mr Abdul dah jumpa kaksu. jadi kami beramai-ramai mengekor Mr Abdul Rahman aka selalu kita orang panggil Mr Abdul.
Selamat datang ke Kashmir. Sungguh nyaman udara di Kashmir.
Nun tu airport Srinigar.
Yang kami kelaur ni dari kawasan ketibaan.
Berbondong-bondong semuanya mengekor Mr Abdul nun di hadapan. Kami di bawa ke tempat bas di parkir.
Tu lah Mr Abdul. Ssangat baik orangnya.
Aku ambil seat kat belakang. Bila semua dah masuk dan beg kami telah dinaikkan kat atas bumbung maka bas pun jalan ke Tasik Dhal dimana House bot kami terletak. Jom lah kita ke Housebot. Jom jom jom jom pi Housebot.