Thursday, February 24, 2022

Gempa bumi di Sumatera Putrajaya rasa bergegar

 


Assalamualaikum,

Berita terkini hiburan sensasi....neno neno ....di lapurkan terdapatnya sessi gegaran di putrajaya....wah apa kah ini yang terjadi. Oh rupanya ada gempa bumi di Pekan Baru Indonesia. Patutlah malaysia kena tempiasnya.

Hari ini opis kita orang buat bacaan yasin setelah lama tak buat baca yasin. Jadi Boss suruh buat bacaan yasin sebab ramai staff yang dijangkiti virus covid 19. Minggu lepas dan minggu ni dah 5 orang staff yang positif. Buat juga majlis persaraan staff perangkaan yang sepatutnya tamat bekerja pada 1hb April. Jadi lepas habis baca yasin kita orang pun ambil sarapan nasi kerabu dengan sedikit kuih muih yang telah disediakan. Bacaan yasin start pukul 8.30 pagi. 

Jadi bila dah habis baca yasin tu masing-masing ambil nasi kerabu dan kuih dan makan di tempat masing-masing. Dah kenyang sarapan nasi kerabu yang sungguh sedap kami pun sambung buat kerja.

Tengah sedap buat kerja tiba-tiba aku rasa kerusi yang aku duduk kok rasa bergoyang. eh napa ni aku pening ke sampaikan tempat duduk rasa bergoyang. Lepas tu meja pc rasa bergegar. Yang lebih efektif lagi aku nampak partition Cik Mimi bergoyang-goyang sambil aku tanya eh ada rasa goyang tak. Ke akak yang pening kepala. sister Siti pun menyahut....eh haah lah rasa bergoyang.

Semua pun bising ada rasa tak ada nampak tak. Tak lama kemudian satu pengumuman dibuat menyuruh semua staff turun dan berhimpun di tempat yang telah disediakan untuk kecemasan. Hah apa lagi semua pun berduyun-duyun turun tangga. Aku sempat lagi tu buang air kecil sebab takut lama masa kat bawah.... hehehehe sempat lagi tu padahal kalau kecemasan emmm mana sempat buat semua tu.


sempat lagi tu posing.....masa ni belum ramai orang yang turun tempat parking ni.

       Kawasan parking antara parcel E7 dengan E8 yang menjadi tempat perhimpunan warga KKM apabila ada kecemasan.


Ambil gambar staff yang kami dah berhimpun dan hantar pada boss yang sedang meeting dengan Pengarah Perancangan.


En Rushdi tukang ambil kedatangan. Kut ada staff yang tercicir entah kemana....hehehe 



Jabatan meteorologi siap keluarkan surat makluman. Cepat sungguh ko....


Pengarah kami Dr Rozita Halina Tun Hussin sempat lagi tu sambung meeting yang tergendala kat tepi laluan pejalan kaki kat E1. Perghhhh komited sungguh Big boss.


Jom lah kita baca doa ketika gempa bumi berlaku. Semuga Allah lindungi rakyat  Malaysia dari segala bencana dan musibah. Aamiin.


Sunday, February 20, 2022

KL - JB - Tumpat - KB - KL Hari ke 3 Ayam percik Yati

 




Assalamualaikum,

Selesai bayar duit parking yang kena saman kat kaunter depan Pasar Siti Khatijah kami pun teruskan perjalanan. Mula-mula tak tahu iejay nak singgah mana sekali bila turun dari kereta nampak le gerai Ayam percik Yati wah tu dia ayam percik ko. Dah le dari jauh nampak berasap dia bakor ayam. Hish hish cepat-cepat kami cari meja makan.

Tuesday, February 15, 2022

KL-JB-Tumpat-KB-KL hari ke 3 Pasar Siti Khatijah





Assalamualaikum,

huh trip dah masuk tahun baru masih tak habis lagi cerita. hehehehe hangpa tahule aku lagu mana asyik tak selesai celoteh. Apa pun kita sambung lagi ya. Dah nak habis ni. jom jom jom. 


KL - JB - Tumpat - KB - KL - Hari ke 3 Pantai Senok



Pagi-pagi semasa menunggu wan nak jemput kami sarapan, kita orang keluar le awal dan jenguk pasar Siti Khatijah. tapi masa tu pasar belum sepenuhnya di buka. Tapi dah ada gerai dan kedai yang di buka. Seronok kalau jenguk kat sini. Macam-macam ada...memang rambang mata sokmo je.

Monday, February 14, 2022

Cuti Raya cina buat apa

Assalamualaikum,

Citer cuti raya cina lagi. hehehehe Cuti raya kan tengah minggu tapi hari sabtu lagi kita orang dah balik. Tu pun Jaki datang pagi-pagi ingatkan nak tolong racunkan rumput dan semak kat belakang kebun serta tebang pokok yang tak elok. Sekali tebang gergaji dia rosak pulak. Nak racun sampai belakang semaknya rimbun sangat takut ada yang menyusur keluar je. Jadi tak habis le kerjanya kena tunggu Adik datang bawak gergaji mesin.

Thursday, February 10, 2022

Tragedi di cuti Raya cina lagi

Pokok kelapa sebelum di tebang

Assalamualaikum,

Nampak gayanya setiap kali balik kampung bercuti raya cina ni kita orang tak boleh plan buat gotong royong lagi lah. Mana taknya balik kali ni pun ada tragedi berlaku lagi. Kalau ingat  2 tahun lalu kita orang kena panggil  abam bomba datang sebab bakar lalang tiba-tiba kebun sebelah terbakar. 

Kali ni pulak kononnya nak tebang pokok kelapa sebab dah tinggi sangat dan takut kalau bila ribut melanda pokok tumbang menghempap dapur. Tapi rupanya kena juga.

Tuesday, February 8, 2022

Fobia positif belum reda kurantine contact rapat lah pulak


 Assalamualaikum,


Apa khabar semua. Lamanya tak jenguk rumah...huhuhu ni bahana kena kurantine sebab contact rapat le buat aku lupa nak menjenguk rumah sendiri apalagi rumah kawan-kawan pun sesekali je muncul.

Aku ni dah le fobia sebab Positif covid 19 dulu tak kebah lagi sekali hah ko kena pakai gelang pink lagi ko..