Thursday, January 24, 2019

Jeju 2018 - Hari Ke 3 Bhg 3 (Lunch)


Assalamualaikum,

Setelah puas posing dengan daun kuning kita pergi lunch pula ya. Masa ni bila kata lunch je terus lah perut pun keriuk keriuk. Maklumlah dah lambat waktu untuk lunch. Padahal tadi semua meratah oden macam tak habis-habis. hehehehe

Wednesday, January 23, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 3 Bhg 2 (The road of Cherry Tree)





Assalamualaikum,

 Akhirnya setelah hari ke 3, kita jumpa pokok warna-warni. Masa masuk jalan ni semua dalam van....dah berkeriau.... sebab geram tenguk pokok warna-warni. Cantik beb. Tak terkata dengan perkataan. Wawa bawa van pusing dulu dalam laluan serba kuning ni. Lepas tu keluar dari jalan ni dan parking kat tepi jalan. Apalagi semua yang dalam van dah tak sabar-sabar nak menikmati keindahan alam serba kekuningan ini.

Jeju 2018 - Hari ke 3 Bhg 1 (Dongmun Market dan Asharafia Masjid Jeju do)




Assalamualaikum,

Hari ke 3 macam biasa, sarapan pagi aku melantak mushroom soup dengan layan kopi dia yang sedap.  hahaha.  Bila wawa sampai je terus kami memulakan perjalanan. Kali ini wawa bawa kami ke Pasar Dougmun. Kata wawa pasar tu dekat je dengan hotel. Dia adalah tunjuk arah kalau nak pergi tapi aku ni blurr sikit dan tak pandai ingat jalan, jadi takde lah meredah sendiri. Lagi pun bila balik je dah penat.

Thursday, January 17, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 2 Bhg 6 (Seongeup Folk Village)

                                                               Pokok Pisang kaki

Assalamualaikum,

Hari dah petang. Dah merata kita jalan kan. Tempat akhir pada hari ini ialah Seogeup Folk Village. Tapi sebelum tu kita solat dulu.  Entah mana wawa bawa sampai ke sebuah toilet yang sunyi tapi nyaman persekitarannya. Kita orang solat kat tempat lapang berhampiran dengan toilet. Wawa bawa tikar dan telekung spare, lagi pun masing-masing ada bawa telekung sendiri.  Berhampiran dengan toilet tu aku nampak pokok pisang kaki nun sayup dan tinggi tapi buahnya banyak.

Wednesday, January 16, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 2 Bhg 5 ( Seopjikoji Lighthouse)


Assalamualaikum,

Dah kenyang perut makan ramen, jom jalan lagi. Dalam perjalanan nak sampai ke tempat destinasi ni masing-masing macam terlelap jap. Ya lah kan perut dah kenyang, berjalan puas juga. Van pun beraircond....emmm memang terlelap jap sebelum sampai destinasi seterusnya.

Sampai tempat parking, ramai juga orang selain dari pelancong, orang korea pun melancong juga. hehehe

Tuesday, January 15, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 2 Bhg 4 (Lunch)




Assalamualaikum,

Selesai penat berjalan merata kat Seongsan Ilchulbong, jom kita makan. Kali ni kita makan ramen asli dari korea. hehehehe

Monday, January 14, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 2 Bhg 3 (Seongsan Ilchulbong)

                                   Pemandangan dari atas...macam bentuk kawah kan.


Assalamualaikum,

Setelah di bawa meninjau 2 pantai yang cantik....wawa bawa pulak kita ke Seongsan Ilchulbong, yang merupakan bekas gunung berapi dan sekarang dilabelkan sebagai Unesco heritage. Pemandangan dari atas cantik , nampak bentuk kawah dia tapi dari bawah tak nampak lah.

Sunday, January 13, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 2 Bhg 2 (Woljeoung Beach)



Assalamualaikum,

Hah kita sambung lagi. Tadi kita dah ke pantai Gimnyeoung kan.  Lepas pantai Gimnyeong kita terus je jalan dan tak lama kemudian sampailah pantai Woljeoung. Huh tergeliat lidah aku nak ingatkan nama. Tempat tarikan pelancong yang cantik dan tak jauh je dari jalanraya. Tadi masa kat Gimnyeoung banyak kincir angin di tepi pantai manakala di woljeoung ni macam banyak cafe shop ala-ala hipsters gitu. Pantai dia ada juga kincir angin tapi  jadi unik sebab dia ada buat tempat posing yang cantik. Cafe-cafe dia cantik-cantik dengan hiasan dan rata-rata aku nampak warna biru. I like.

Thursday, January 10, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 2 Bhg 1 (Gimnyeong Beach)


Alhamdulillah tidur dengan nyenyaknya setelah semalam tak cukup tidur.  Member baru ok sebab peramah.  Pagi ni dah syiok sebab nak jelajah Jeju. Tapi bila di fikirkan pakage 5h4m tapi bila dicheck itinari hanya selama 4 hari ja sebab 1 hari dah habis dalam perjalanan. Nak buat macamana dah flight pagi tapi sampai Jeju petang. Hah memang habis sehari perjalanan je lah.  Takpelah kita tenguk macamana hari ni.  

Hari ni start tour pukul 9.30 pagi. Jadi pergi breakfast dulu lah ya.  Tempat dia comel je jadi bila ramai memang sesaklah. Menu hari-hari sama ja. Ada roti, mushroom soup, juice. Aku bawa sambal bilis jadi boleh layan dengan roti. Yang fresh ialah telur dadar.  Tapi aku paling suka mushroom soup dia. Hari-hari lantak tu, sampai bertambah-tambah. Sedap macam kat Piza hut. hehehehe Lepas tu ada disediakan tempat nak minum kopi, comel je cup dia. Hah hari-hari melantak, kopi dia tu best je. Kadang sampai 3 cup aku ambil sebab cup dia kecil je.  Cuaca sejuk dapat kopi nyaman perut. 

Jeju 2018 - Hari Pertama


Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat juga aku jejak kaki di  Jeju. Alkisahnya terjebak nak ke Jeju ni bila tenguk Kdrama  My Girl yang ada adegan heroin curi limau dan lepas tu jual limau dengan tuan punya kebun aka hero, aku terus excited nak pergi Jeju sebab nak panjat pokok limau. hahahahaha angan-angan tak sudah tapi akhirnya dapat juga tapi takdelah pergi panjat pokok tu ya sebab pokoknya rendah ja. Tak payah nak panjat-panjat bagai... nak panjat pun takde dahan aku nak panjat sebab semuanya penuh dengan buah limau yang sedang masak ranum ko.... mau tak giler tenguk limau masak merata-rata. Tanam tepi rumah pun dah melayut-layut ko....hish hish hish geramnya aku.

Wednesday, January 9, 2019

Aktiviti penutup 2018 dan selamat Datang 2019


 Assalamualaikum,

Tahun 2019 dah hampir 2 minggu berlalu aku baru nak up cerita. Tapi ni cerita tahun lepas ya.

Penutup Tahun 2018 sempat lagi buat aktiviti keluarga pada Cuti Krismas. Walaupun tak semua dapat balik tapi tetap meriah dengan makanan. Yang meriah tu bila buat BBQ. Apa lagi yang tak balik semuanya kecur melihat makanan yang di hidangkan melalui whasap keluarga. hahahahaha saje je menyakat keluarga yang tidak dapat join. Supaya lain kali bila buat aktiviti keluarga lagi, semua bersemangat nak balik kampung. Kalau tak memang kena seksa bila melihat menu-menu makanan yang selalunya legend -legend semuanya. hahahahaha

Walaupun hanya aktiviti kecil tetap ada itinari tau. Hah hari Ahad selain buat potluck buat juga tahlil kecil. Lepas tu baru buat BBQ dan buat sukaneka sikit.Walaupun tak sediakan hadiah namun semua pun seronok je terutama yang si kecik-kecik tu.

Jadi lepas zohor,  baru kami mulai bacaan Tahlil bila satu demi satu family sampai.  Lepas tu baru buat BBQ. Bila masing-masing bawa makanan emm memang kenyang lah. Apa lagi bila Azli keluarkan kambing perap dia emmm memang walah.