Monday, November 28, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H





    Wah dah masuk tahun baru Hijrah 1433. Diam tak diam dah setahun masa berlalu Semuga tahun yang akan mendatang membawa kebaikan dan kesejahteraan buat diriku sekeluarga. Amin

  Ingatkan nak balik kampung sebab hari Isnin cuti ganti Hari Ahad tapi sebab malamnya ada majlis meraikan maliga yang telah berkahwin  jadi tertunda lah balik. Kena balik Hari Ahadlah nampaknya. Jadi malam selepas solat magrib baru keluar rumah. Niat hati nak pergi sendiri ke Nilai tapi hati rasa cuak je. Tak boleh jadi ni kena talipon June juga. Dan kebetulan June belum bertolak lagi jadi aku pun tumpang dia lah jadi dari rumah terus zoom sampai putrajaya. Sampai stesyen minyak Petronas rupanya aku yg tercepat tapi tak pelah jangan dia yg menunggu. Sampai di sana Mek Jay dan eyda pun ada. Kitaorang duduk semeja. Lama juga lepak sebab seronok melihat acara di pentas. Mali suruh tunggu juga nak suruh dengar dia menyanyi walaupun jam dah hampir pukul 11 malam. Aku dah cuak juga takan nak pergi rumah Julie pukul 12 malam. Rupanya 2 pengantin sekali diraikan. Setelah puas meraikan Mali kita orang pun terus balik.

  Semasa nak pergi ke rumah Julie call 2 kali tak dapat, ni dah tentu Julie dah tidur. Sampai rumah betul rumahnya bernyala tapi tak ada orang jawab. Call hafiz rupanya hafiz kat kampung. Tak lama kemudian Julie sedar. Rupanya penat main badminton siangnya sampaikan terlelap tak menyadar. Lawan orang yang pro jadi hari pertama je semua geng dia kalah so hari Ahad takde game lagi le. Dah tengah malam sebelum tidur layan Kdrama kat KBS dan kebetulan masa tu di tayangkan Partner. Kdrama ni aku dah tenguk dan di 8tv juga sedang diulangtayang.

 Dek kerana malam tidur lambat pagi pun terlambat bangun lah. Lepas tu layan lagi KBS sedar-sedar dah pukul 10 pagi. Wah ni nak balik pukul berapa ni. Lepas sarapan terus zoom balik muar. Sebelum tu call Aini kut dia ada kat rumah bapa Mertuanya. Dari raya Aidilfitri sampai dah raya haji nak singgah rumah dia asyik tak sempat je. Jadi sebelum sampai muar kena singgah rumah dia dulu baru leh bersembang panjang. Kalau balik Isnin nanti aku yg terkejor-kejor nak balik KL.

 Gembiranya dapat jumpa Aini. Kebetulan hari tu dia sekeluarga balik rumahnya jadi seronoklah menyembang. Macam-macam makanan di sediakan siap ada mee bandung, buah pisang kaki, karipap. Mula-mula macam cuak je nak makan pisang kaki tu tapi bila dah makan eh sedap juga. Orang bayangkan buah pisang kaki tu lembek macam pisang rupanya keras macam makan epal.

 Sembang punya sembang masa terus berlalu. Tak puas rasanya bersembang dengan Aini tapi terpaksalah balik juga takan nak menyembang sampai santak ke malam. hehehehe Aini pun perlukan rehat juga.

 Apa pun balik kampung pada Awal muharam ni dapat menyambung silaturahim menziarahi kawan tersayang sambil berjumpa mak tersayang. Semuga silaturahim ini kan terus berkekalan sehingga akhir hayat. AMIN

Tuesday, November 8, 2011

Wordless Wednesday 1

Winter Sonata

Coffee Prince

Dream High


Yahoo cuti-cuti makan angin