Tuesday, March 23, 2010

Tayar pancit lagi????

  Pagi ahad masih lagi melepak kat rumah julie. Mak, jol dan kak jal dah bersiap-siap nak balik muar manakala jol pulak lepas hantar mak kena balik batu pahat pula sebab ajid dah sekolah hari isninnya. Pagi tu kak ambah masak lagi ayam panggang yang tinggal lagi 2 ekor yang dia dah perap pada hari sabtunya. Ingatkan malam semalam dia nak masak tapi sebab semuanya dah keletihan berjalan takde lah nak makan sangat lagipun pada petangnya dah makan nasi berkat kenduri kahwin.

  Selain daripada ayam panggang julie pula telah keluar mencari roti canai sebab si fahmi dah teringin nak makan roti canai. Jadi sarapan pagi tu memang macam-macam pemakanan yg terhidang. Selesai semua dia orang pun mula mengemas barang-barang.

 Pukul 11 lebeh kak jal dan mak pun berangkat balik di hantar oleh helmi dan hafiz sampai ke Nilai. sempat lagi tu nak berhenti kat Nilai 3. Aku dan kak ambah pulak bila dia orang balik je pun terus bersiap nak balik ampang. Selesai semua kami pun terus balik ke ampang. Sebelum ni aku dah tunjuk jalan daripada highway besraya melalui hospital serdang dan terus ke puchong untuk sampai ke rumah julie pada kak ambah sebab lain kali kalau nak ke rumah julie dah tau jalan. Tapi masa balik aku lalu jalan melalui pasar borong serdang pula. Sedang slow jalan sebab di hadapan ada lori dan bila belok ke kiri tiba-tiba...bunyi sesuatu... alamak..... tayar kereta aku pancit ke sebab bunyi tu dah 2 kali aku dengar. aku pun bagi signal ke tepi dan bila tenguk huh tayar depan sebelah kiri pecah. Aduhaiiii macamana ni? Tak lama kemudian ada sebuah jeep berhenti di depan aku. Masa tu aku dah kelam kabut talipon julie suruh datang tolong. Rupanya orang tu datang tenguk kenapa kami berdua berhenti di tepi jalan. Dia yang tolong pasangkan tayar ganti. Aku takan le nak pandang je jadi tolong lah juga mana yang boleh, tapi tu lah kan mana lah aku tau nak ganti tayar. Jeck tayar pun salah letak sampaikan kena letak semula. Kesian kat orang tu macam marah juga sebab buat kerja 2 kali tapi nak buat macamana org pompuan mane le reti nak buat benda tu semua. Sebelum ni dah 2 kali tayar aku pancit dan selalunya aku talipon julie dan kalau hafiz ada dia yang datang tolong. Malahan ada sekali tu polis yang tolong tukarkan sampai 3 orang jadi aku cuma pandang je lah. Kali ni julie dah salah dengar information jadi lambat sampai ke tempat kereta aku pancit padahal kami belum lama keluar dari rumah dia.  Nasib baik tuhan gerakkan hati orang tu untuk menolong kami dan tak berapa lama tayar siap ditukar ke tayar spare. Alhamdulillah. Sempat ucapkan terima kasih tapi lupa nak hafal plat jeep kereta dia. Alahaiiiii apapun terima kasih lah encik yang budiman. Hanya allah sahaja yang dapat membalasnya.

Monday, March 22, 2010

Fiesta belon panas

  Petang sabtu lepas buat Overtime dalam pukul 5 aku pun balik. Sebelum tu julie talipon tanya samada nak bawakan baju atau tidak sebab  mereka masa tu berada di ampang sebab mak nak tenguk rumah kak ambah setelah renovate depan, dia belum sampai lagi dan nak tenguk rumah kak ambah. Oleh kerana malamnya nak tenguk bunga api dengan belon panas jadi kak ambah terus je ikut mereka semula dengan membawa baju. Aku ingat nak balik ampang tapi mengubah fikiran bila ada baju spare kat pejabat. Habis je kerja terus ingat nak ke tempat fiesta diadakan tapi rupanya semua jalan masuk ke tempat tersebut jem. Jadi cari jalan keluar terus je ke rumah julie di puchong tapi entah macamana makan buah langsat la pulak sekali tenguk haittt dah toll utara selatan pulak da.... terus je contact julie dan akhirnya hafiz tunjuk jalan keluar toll USJ. berpusing juga le nak balik semula ke rumah julie.

  Sampai je di puchong rupanya kawasan puchong hujan lebat. Jadi dia orang kena hujan dan sampai je terus mandi setelah selesai makan nasi kenduri. Maklum le dah berkeliling berjalan tu daripada subang lepas tu ke ampang dan akhirnya balik semula ke puchong. Aku sampai je kat rumah julie nampak ayam panggang ada lagi hah apa lagi lah belasah le lapor balik kerja dah penat dengan makan langsat lagi. hehehe

  Lepas magrib kami keluar rumah dengan 2 kenderaan pergi ke putrajaya pula. Kalau ikut acaranya yang aku tenguk kat laman web ada acara bunga api, tapi petang nya semasa lalu kat peresint 8 tak nampak pulak belon panas ada orang naik. Ataupun tak ada orang naik belon tu kut. Aku ingatkan nak terjah dan naik sendiri tapi dek kerana jem jalan huh tak merasalah nak naik belon udara tu. Mungkin tahun depan ada lagi manalah tahu ianya jadi acara tahunan bagi menarik ramai orang ke putrajaya. Insyallah tahun depan mesti nak rasa naik. hehehe

Belon panas bermacam rupa

Dengan hisyam



Chewah ajid dan fahmi macam utromen je

Ada juga pancaragam mengiringi irama malam




Bunga api berwarna-warni



Amacam atas kepala tu? Nampak benda bulat ada 2 tu?

   Habis acara bunga api majlis pun habis. Nasib baik ianya habis dalam pukul 9 kalau lama lagi huh penat le nak menunggu. Kesian pulak pada mak yang dah sakit kaki nak berjalan. Masa nak balik tu nampak le benda bernyala-nyala kat kepala orang. Wah apa tu? Rupanya dia ada bateri dan bila di petik 2 benda bulat tu bernyala-nyala berwarna-warni. Kak ambah borong habis siap beli kan untuk anak adik. tapi bila nak beli untuk anak ijan pulak hanya dapat satu je. Yang lain banyak dah rosak. Yang kelakor tu masa dalam kereta kami berlima memakainya. maklumle dalam kereta gelap jadi saje je suka-suka. Sekali ada orang di kereta sebelah pulak menoleh. Agaknya hairan apa benda lah yang berwarna-warni kat kepala kita orang. Tapi cantik lah bila malam hari. Rupanya kata kak jal kereta dia di belakang kami dok nampak dari belakang berkelip-kelip kepala kami berlima. hehehehe.  Sampai di rumah semua dah lepak. Besok mak dah nak balik muar dan jol pulak balik batu pahat sebab hari isnin ajid dah sekolah. Apa pun ajid dah fahmi seronok berjalan di putrajaya.   

Besday Izzudin @ ajid

Hari sabtu kelmarin merupakan besday ajid. Malam Sabtu mak, kak jal dan jol telah datang ke Puchong sebab hari sabtu ada majlis kenduri kahwin anak saudara mak zaini di subang. Hari sabtu aku nak buat ot jadi pagi tu terus je bawa kak ambah dengan ayam panggang serta nasi himpit dan kuah lodeh, kami angkut ke rumah julie. Dalam lebeh kurang pukul 8 terus ke puchong. Sampai di rumah julie terus je siapkan makanan dan kek di meja. Aku terus je belasah mee kari yang kak jal masak. Terus je gesa ajid potong kek sebab aku kena pergi pejabat. Selesai acara memotong kek semua pun menjamu selera. Oleh kerana dah kenyang makan mee kari lepas tu belasah nasi himpit kak ambah layan dgn lodeh dan sambal erkkk perut dah kenyang jadi tapau kek dan ayam panggang aje lah buat bekal kat pejabat. Selepas pergi kenduri kahwin kat subang mak nak singgah kat ampang. Dan acara seterusnya malamnya nak tenguk fiesta belon panas dan bunga api. selesai santap aku pun terus ke opis.


Kek besday yg julie belikan kat persint 8. Ok juga rasanya.


Ajid tiup lilin

Ni ayam panggang yang kak ambah masak. Dia perap sampai 4 ekor beb....walah


Makanan macam-macam adooo

Makanan yg sodap sih

Ni saje je posing dgn ayam panggang hehehe


Ajid dan adiknya fahmi

Wednesday, March 10, 2010

Info berguna - fadilat air

    Tips yang berguna


Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion low

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack




Tuesday, March 9, 2010

Certifications Of Coders

     Semalam semua AMRO dan peg yang dah pernah pergi kursus ICD 10 kene duduki exam. Aduhaiiii. 2 jam dengan soalan 40 markah bagi tahap 1 boleh lah tu. Tahap1 kalau ada basic boleh le jawap. Tapi bila sampai tahap 2 fuh kepala dah berasap dan berpinar nak menjawap soalan. Kali ni daripada seramai 28 orang hanya lulus 9 orang sahaja. Start pukul 9 pagi dan habis pukul 11. Pukul 11.30 mana yang namanya tertampal di pintu masuk kena masuk pulak exam bagi tahap ke2. Semua AMRO PIK lulus kecuali Fazlina. Malahan Sarirah dan Shakira yang baru sahaja belajar buat koding lulus tahap 1.

   Tapi bila part tahap ke 2 huhuhu setelah selesai exam dijalankan nampaknya semua peg kat PIK tak lulus. Mana taknya kelulusan 90 markah ke atas bagi tahap 1 dan 2 manakala 80 markah bagi tahap ke 3. Kiranya siapa yang sampai tahap ke 3 tu memang pakar le menjawap koding ICD 10 base pada diagnosis yang Doktor bagi.

   Dan pagi tadi meeting dengan semua JKN negeri dan hospital yang bermasalah dengan penghantaran data pesakit dalam telah di panggil ke PIK untuk memberitahu masalah di setiap negeri dan hospital masing-masing kenapa data lambat di siapkan. Dan isu tentang Certifications of coders juga telah boss bangkitkan. Rupanya ada rumors yang negatif telah berlangsung dan beredar di setiap pelusok negeri yang memperlekehkan tentang certifications of coders ini. Aku tak jaga bab ni jadi takde lah ambil pot sangat lagi pun kerja pengumpulan data aku pun melambak-lambak tak siap lagi. Nak semak lagi nak compile lagi.... fuh poning sih. Dateline semakin hampir. By hook or by crook end of this month mesti dah setel semua data compilation. Bulan 4 dah nak masuk dalam health fact pula. huhuhu kena kejor masa sih. Apa pun penerangan mengenai certifications of coders daripada boss nampaknya telah memberi pemahaman yang lebeh pada semua AMRO baik daripada JKN ataupun di hospital. Ianya bukannya apa sekurang-kurangnya koding yang kita buat selama ini adalah berqualiti dari segi pembelajarannya dan juga penghasilan input hasil dari koding yang berkualiti. Sekurang-kurangnya PKI bagi error rate dapat di turunkan peratusannya. Dan manalah tau berkemungkinan ianya boleh jadi PKI KKM pulak nanti.

Friday, March 5, 2010

FB oh FB

     Rupa-rupanya dek kerana FB aku dapat bertemu semula secara maya dengan kengkawan semasa sekolah dahulu. emmm windunya kat depa semua terutama aini dan anifah. Dan ada yang lepas SPM je terus aku tak jumpa seperti as dan azah rahman. Bayangkan dah berpuluh tahun tu.....

  Singkat cerita masa balik dari padang aku teruja pulak tenguk june update dalam Fb dia. Lepas tu tenguk nacha hishh ni tak boleh jadi. Sebelum ni FB kena blok kat pejabat jadi bila wan dan nacha dok asyik melayan kebun dia sampai kan kemana-mana pergi asyik dok teringat kebun dan rumah dia dalam Fb tu, aku pun heran apa yang ada dok dalam tu samapaikan tak boleh ingat apa....asyik je. Rupanya game dalam tu bagaikan seperti hidup.

   Jadi aku teruslah jadi ahli, dan selang beberapa hari tiba-tiba Aini add aku sebagai kawan. Wahh depa cari aku rupanya, dan selepas tu aku tenguk anifah pun ada. Tak lama selepas tu lin khairi, azah rahman, as, jah, ipun pun ada. Malahan junior kita orang mas abrizah pun ada. wahhhhh windunya dan seronoknya dapat bertemu mereka walaupun hanya di alam maya dan di tempat yang berlainan. Itu lah namanya kecanggihan  internet.

  Lepas tu tenguk gambar pada FB anifah wahhhh gambar lama zaman sekolah dan asrama. hish hish tak sangkanya aku. Macam aini dan anifah lepas sekolah ada lah juga aku jumpa, tapi macam azah dan as memang trus tak penah jumpa selepas habis SPM, sikit punya lama tu.

      Ni aku kidnap dari FB anifah. Ni masa ni kalau tak silap dalam tingkatan satu. Kami baru je selesai menganjurkan malam mesra di asramaputeri. Dan ada sebahagian yang mengambil bahagian membuat pertunjukan pentas. Bila tenguk gambar cikgu Bedah teringat kat dia. Dengar cerita dia dah tak sihat lagi kene angin ahmar dan tinggal di Kluang.

    Gambar ni kami ambil di belakang asrama blok baru yang baru je siap. Masa ni rasanya dalam Form 3 kut sebab kalau tak silap aku form 3 dok kat blok lama Dorm puteh. Lepas tu Form 4 dok Dorm coklat. Lepas tu form 5 baru dok blok bangunan baru. Masa ni kunun-kununnya berangan kat obersea di kelilingi salji ke bunga ke apa ke. Masing-masing dok berangan. hahahahaha Apa yang aku tau azah, Enon dan maybe Sab yang dapat result bagus pi obersea. Yang pertama kali kahwin ialah Yus. Manakala anifah aku jumpa masa dia training staffnurse di JB. Lepas tu Aini pulak jadi cikgu. Manakala Kecik dan Rusnaini terus tak tau apa citer. 

                                                                               

Gambar ni masa kami Form 4, tengah honeymoon selepas habis SRP. Bila tenguk masa ni alahai.... semuanya kudut-kudut lagi tapi la niiiiii alahai sedar sendiri le betapa lamanya masa telah berlalu di telan zaman semuanya.


   Masa ni dah form 5 dan kununnya dah insaf le tu gamaknya. hahahahaha sebenornya aku join pancaragam daripada form  2 hinggalah  Form 5. Jadi bila dah nak ambil SPM takde lah aktif lagi malahan dah lucut jawatan dari jadi ahli pancaragam. Tu yang kononnya datang keinsafan menutup aurat. Selagi tak habis join pancaragam susah le nak tutup aurat. Tau je lah uniformnya macamana. Pakai skirt pendek u.... Tapi aku suka tempat posing kita orang kat belakang hostel ni. Memang banyak memori lah bila citer pasal dok hostel ni. Hish kalau jumpa depa semua dok citer lama-lama mesti gempak habis laaaa. weiiiiiii aku windu lah kat korang semua. Teringat time buah kuini masak kat blok form six. Siap cari kayu baling buahnya. hahahaha. Lepas tu main tiang galah kat  padang Hostel dengan cikgu bedah release tension sebelum exam SPM. Masa tu semua budak hostel tengah bersiap nak balik kampung cuti sekolah bulan 11 dan tinggal le budak SPM dan STPM dok melangut kat dalam hostel tu tunggu masa nak perang. Apa pun kredit kat anifah lah sebab tayang gambo nostalgic kita orang zaman dolu-dolu. Ohhhh asramaputeri SMSAB i miss u so much. muah muah muah luv u all girls.

Tuesday, March 2, 2010

Santau dan sewaktu dgnnya???

   2 malam yang lepas Kak A** tiba-tiba je call aku kat umah. Ialah setelah lama tak bertanya khabar aku pun dah lupa kat dia. hehehe Banyak juga cerita tertunggak berkenaan keluarganya yg di khabarkan. Anaknya azim dah nun kat negara Arab tu.... wah dah besor si azim. Tinggal le si manja aiman dah tingkatan 5 kalau tak silap aku le. Setelah minta no talipon aku kat pejabat ke esokkannya dia call aku kat opis.

  Dia tanya kenal tak CC H*****. CC tu hah kenal le napa plak? Lepas tu kenal tak S***** S*****. Laaaa kalau dia mane tak kenal punya dulu satu opis sebelum dia naik pangkat. Rupanya S berjiran dengan kak A**. Laaaa tak tau pulak aku. Memang le aku tau dia dah dok kat putrajaya cuma tak tau kalau dia dah berjiran dgn Kak A**. Kak *** pun bukalah cerita  pasal S yang menurutnya telah membuat kehidupan keluarganya kacau bilau dengan pelbagai benda yang terjadi. Hish hish aku macam tak percaya je. Rupanya mereka dah berjiran selama 3 tahun. Last aku pergi rumah kak A** masa dia pergi haji tahun 2007 kut. Lepas dia balik dari mekah jirannya berpindah dan gantinya S. Pada peringkat awal memang le tak dapat rasa macam-macam benda yang di hantar pada Kak A**. tapi Kak A**   kata masa kat mekah memang dia ada berdoa semuga di jauhkan daripada manusia yang berdengki khianat pada dirinya. Dan kemungkinan dia selalu beramal ibadat jadi pendinding kuat dapat merasakan benda-benda yang bukan-bukan datang dalam kehidupannya. Dengan benda yang di tanam kat belakang rumah le dgn santau dlm makanan lah dgn ada benda lain di hantar ke rumah lah sampaikan Kak A** rasa panas dok rumahnya. Banyak yang Kak A ceritakan tentang pelbagai benda yg di tujukan ke keluarganya yang membuat aku macam tak percaya je dia sanggup buat macam tu.

 Entah lah aku tak berani nak komen kalau mendengar cerita Kak A** tentang S. Sebab sikit-sikit tentang perangai S tu aku tau lah cuma bab santau menyantau dan menghantar benda yg bukan-bukan ni tak tau pulak aku. baru ni aku tau tapi takan le Kak A** nak bohong kat aku sebab aku kenal dia dah lama sejak aku belajar PJJ tahun 1997 lagi manakala S aku kenal bila aku pindah KL tahun 1999 walaupun dengan kak A, kami jarang berjumpa. Dulu masa rumahnya kat ampang aku selalu ke rumahnya. Cuma bila dah pindah putrajaya ni aku malas nak ke rumahnya. Maklum le anak-anaknya dah besar dan keempat-empat semuanya lelaki.  Kak A** juga nasihatkan aku supaya berubat kut masa dulu-dulu aku dah makan makanan yang di bawa. Hah tang tu memang ada tapi dah lama nun...

 Bila di fikir-fikir kan apa le yg S jealous sangat dgn Kak A tu. Dulu masa aku baru pindah KL setelah naik pangkat memang tak di nafikan aku baik dengannya, malahan masa kursus orentasi kat Port Dickson aku tidur sekatil dan sebilik dengannya. Masa tu dia tgh pregnant anak ke dua rasanya. Setelah balik dari kursus tu aku ada cakap sesuatu di mana aku dah suka seseorang dan entah mengapa aku selalu teringat kat orang tu. Tapi ialah kan kadang bila kita suka dan ada peristiwa yang seronok terjadi melibatkan orang yang kita suka tu tentu lah bila balik ianya mendatangkan kenangan manis dalam pemikiran kita. Ingatkan kawan baik jadi bercerita lah yang aku teringat je kat orang tu. Sekali dia kata aku perasan sendiri. Apa lagi tersentap le aku..... lahhhh aku cakap just orang kata suka-suka je. Ialah kan kadang kita admier org tu lah admier org ni lah tapi kadang saja suka-suka takde lah sampai jatuh syok sangat sebab kita pun tak tahu hati orang tu, sekali dia kata aku perasan sorang. Manalah aku tak tersentap hati.  Dan ada benda yang kadang dia macam jealous kat aku malahan kadang ada benda yang dia sibuk nak tau. Aku pulak bila dah tersentap hati tu memang le aku dah tak boleh get along lagi dengan kawan macam tu. Dan akan timbul benda-benda yang memang aku tak serasi dengannya dimana pada masa mula-mula kita nampak manis je tapi bila dah lama baru tau buruk dan tak baiknya perbuatan dia. Dan akhirnya sedikit demi sedikit aku jauhkan diri sebab dah tau dia kawan jenis apa. Sekali kak A ceritakan hal yang berkait dgn S tu pada aku.... huh tak sangka pulak dia macam tu.  Patut le hari tu tenguk muka dia macam tak berseri je malahan makin nampak tua pulak walhal aku dengan dia muda dia setahun dari aku ja. hahahaha Perasan je aku masih muda lagi hahahaha. Ya allah di jauhkan le aku dari berkawan dengan kawan macam S tu. Rasanya aku kena ikut nasihat kak A le pergi berubat kut aku termakan sesuatu masa dulu-dulu yang aku tak tau. Nauzubillah min zalik.