Monday, March 4, 2024

Majlis Perkahwinan Muaimin dan Farah

 


Assalamualaikum,

2hb March yang lalu kita orang geng Ulat buku telah menghadiri majlis perkahwinan anak Anim.  Kiranya ini pertama kali Anim dapat menantu. Walau pun sibuk baru balik dari Jordan lepas tu Mak pula tak sihat tapi bila dah tenguk majlis kahwin anaknya fuh...grand juga tu.

Kata anim anaknya yang selesaikan semua, dia ikut je. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Bila tenguk pengantin dah macam tenguk pasangan korea je. Muaimin tu memang ikut rupa Anim sungguh.  tapi tulah kurang tinggi. Kalau tinggi sikit lagi wow. Sara pulak lagi lawa.  



Kita orang datang majlis awal sebab nak chop tempat. Kak Su dan Yah yang baru balik dari Chengmai akan datang juga. Nasib baik ada Nawwir.  



Mak pengantin anggun berwarna grey. Kak Su, Yah , Nawwir dan aku. Ada juga rakan penulis 2 orang datang atas jemputan Anim.

Kak su novel dia Panggil aku Dahlia akan di adaptasikan ke drama. Tak sangga pulak anim salah seorang penulis skrip dia. KAk su jangan tanya le dah dia penulis novelnya. Bila tenguk Sara anak anim rasa macam sesuai je nak jadi Dahlia tapi Sara kata tak nak jadi artis. Tak sesuai dengan jiwanya padahal dia pernah berkawan dengan Raja Iddin anak Raja Kamarul Bahrin iaitu Kerabat  Diraja Terengganu.  Femes tu Raja Iddin.    


Aku juga terperanjat rupanya Bunga dan kakaknya Mbak Rini juga hadir. Baru teringat kalau masa majlis perkahwinan anak Mbak Rini dulu , Anim dan Wan ada pergi ke Jakarta. Kita orang geng Ulat buku yang lain tak di jemput takde le dapat tenguk perkahwinan orang Indonesia. Cuma geng-geng rapat Bunga je yang hadir. Kita orang geng jauh-jauh. hehehehe   



Tak pasti lah pulak budak di tengah tu anak saudara Anim atau anak pengantin atau pengiring. Suka budak tu duduk atas pelamin. 


                                              Lauk pengantin. Sedap daging dendeng dia. 



                                  Bergambar bersama pengantin dengan geng Ulat buku dan tetamu dari Jakarta.




Sambutan Birthday CC Su dan Teha

 


Assalamualaikum,

Lama no tak bukak rumah...emmm ada je tapi sebenornya lately ni macam malas no nak jenguk blog. Dengan sibuk macam-macam kat opis. Sibuk lagi uurusan di rumah. Nak menulis pun memang ke laut dalm semua. Alahaiiii. Jenguk jiran pun takde mood. Tabik sungguh pada amie dan sha yang boleh menulis hari-hari. KEna ambik semangat depa lah kali i.

Ok Semalam 4b March birthday CC Su dan Teha. Jadi untuk mudah sambut sekali harung. Jumaat hari tu dah buat majlis buat Aulia yang habis praktikal di pejabat kami. Lepas tu sambut birthday Ila dan juga sambutan nak menyambut Ramadan yang tidak lama lagi. 

Anak buah aku sampai 3 orang sambut birthday bulan ini. Ila 1hb, Teha 4hb dan ALia 11 Haribulan. Jadi aku sponsor  kek birthday sekali hari tu. 


Carrot kek cc Mila order dengan Mamasab. Sedap. Warna warni gitu


Selamat ulang tahun Teha. 

Selamat ulang tahun buat CC Suhaizah dan Teha. Semuga Allah berkati kalian berdua. Semuga doa kalian berdua Allah makbulkan. Aamiin