Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Monday, December 6, 2021
Resepi Gaya baru - Lukisan
Sunday, December 5, 2021
Senyumlah Kuala Lumpur - Alleycats
Apa khabar semua. Baru-baru ni KL menang lawan JDT. Hah hari jumaat lepas dapat le cuti Menteri Wilayah Persekutuan bagi cuti. Hah apa lagi seronok le kami warga putrajaya dapat tempiasnya.
Walau pun aku penyokong JDT dan JDT kalah untuk mempertahankan piala Malaysia edisi ke 100 tu apa pun bola tu bulat ye dan adat permainan ada kalah dan ada menang. Mungkin kali ni rezeki KL dan bagi JDT anggap lah bukan rezeki pada tahun ini. Apa pun kena post mortem balik permainan kenapa boleh tewas. Cuma tak suka je fan-fan bola ni kadang eksyen sangat dengan team mereka. Komen kadang-kadang cam bola tu dibawah kuasa dia je seolah-olah mereka yang menentukan kemenangan team mereka. Hish Padahal main bola ni biarlah dengan semangat kesukanan gitu. eh aku ni lebih-lebih pulak komen. Sori ye.
Aku tak layan sangat bola ni sebab tak tahan bila tenguk bola boleh kena sakit jantung. Jadi nak selamat hah tenguk besoknya eh bukan tahu resultnya je esok. hehehehehe teruk nau. Padahal aku dulu sport gegel tau. Hoki player sekolah dengan netball rumah.
Apa pun senyumlah Kuala Lumpur
Ps...bila dengar lagu ni teringat memori daun pisang semasa sambutan hari merdeka. Jeling-jeling mata dengan budak VI semasa latihan pancaragam di padang vokasional setapak. hehehehe so enjoy