Today is Day 8 of my travel photos challenge.
I
was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel
photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 2 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Erna Bunga to take up this travel photo challenge without any explanation.
Assalamualaikum,
Hai apa kabar semua. Semuga semuanya sihat-sihat sahaja di rumah. Jaga diri sebab kuman Covid 19 versi Delta sedang bermaharaja lela. Semuga kalian semua di lindungi Allah SWT hendakNya. Aamiin
Ok terobek hari ke 8. Kali ni wish list aku nak pi kashmir tercapai. Masa dulu-dulu tenguk citer hindustan Shashi kapoor berlakon dimana dia merupakan tuan punya rumah bot. Jatuh cinta dengan heroin yang menyewa rumah bot dia. Aku dah lupa tajuk Filem tu tapi memang buat aku teringin nak duduk dalam rumah Bot di Kashmir. Lepas tu bila tahu dapat tenguk bunga tulip lagi le aku seronok. Pergi musim bunga tapi dapat pergi naik kereta kabel dan bermain salji.
Melihat bunga tulip saujana mata memandang memang seronok. Kalau kat Amsterdam emm memang lagi meroyan aku, sebab banyaknya dan lagi saujana mata memandang bunganya. Mudahan allah rezekikan aku ke sana. Aamiin.
Naik pergunungan Gulmarg naik kereta kabel ke atas dan lepas tu disorong atas sledge lagi emmm seronok. Cuma nak guling-guling atas salji aku malu....kalau ada geng memang aku buat je. hahahaha
Terbaring terlentang hahahahaha buat malu orang kampung je nanti
Pengalaman naik shikari memang mengasyikkan sambil di terjah dengan penjual dalam boat... depa ni tak bagi can lah kita nak feeling-feeling naik shikara ni. hehehehe Rasa macam puteri gunung datang bercanda didalam shikari yang cantik menawan. hehehehe berangan memang le tak hengat aku ni. hehehe
Seronok feeling feeling naik kuda. pertama kali ni menunggang kuda. Boleh lah nyanyi nyanyi..... Kuda hitam aduh kuda hitam
Keindahan sebelum sampai ke Pahalgam. Gunung-ganang bersalut salji namun di bawah kaki gunung air mengalir deras....amboiiiii nak berpuisi bagai lah pulak aku ni.
Keindahan yang mendamaikan di Tasik Dhal. Walaupun pendapatan datangnya dari pelancong tapi mereka rajin berusaha menambahkan pendapatan keluarga.
Keindahan taman yang mengamit memori
Kemerahan bunga tulip bagaikan mengoda para pelancong untuk mengulit keindahan warnanya.
Keindahan warna kekuningan ladang mustard bagaikan dalam cerita Dilwale Dulhanis Le Jayenge...konon-kononnya beraksi ala Kajol dengan Shah rukh Khan....hehehehe
Kashmir indah terletak pada keindahan muka buminya dengan kebaikan penduduk Kashmir. Dalam hiruk pikuk perebutan kuasa antara India dengan pemerintah kashmir, rakyatnya menjalani kehidupan dengan penuh ketenangan walaupun nampak dalam kesusahan..
Hah apa lagi tak nak terobek macam aku ke. hehehehe