Hah siapa pernah makan sagun potong? Sebenarnya kuih ni merupakan satu kenangan membuat kuih raya aku dengan aruah mak aku. Buat kuih zaman guna dapur kayu time sekolah dolu-dolu. Dan kuih ni rasanya memang susah wooo nak jumpa. Kalau sagun tu hah memang ada jual lagi. Tapi sagun potong emmm memang kuih tradisional dolu-dolu.
Alkisahnya 2 minggu kat koridor E6 dan E7 dekat dengan cafe tu selalunya ada orang berjualan. Tapi sebab nak raya jadi di bagi can berniaga 2 minggu sebelum nak raya. Macam-macam ada jual, kuih, tudung, telekung emmm macam-macam ada. Tempat adik yang jual kuih ni aku selalu beli biskut, pelbagai jenis yang beli pakai timbang berapa gram kita nak. Macam-macam biskut dalam tin dia jual. Sekali masa lalu sebelum nak ke Anjung, nampak le kuih sagun potong ni. Sekali eh eh sagun potong lah. dalam hati dah sukanya sebab memang susah nak jumpa. Tanya adik tu sepaket ni berapa harganya. Harga dia Rm 15. Ada 4 paket aku borong 2 dululah. Tapi kalau ikut qualiti kontrol aruah mak aku, kuih ni memang tak leh jual ni sebab banyak yang hangus... tapi sebab susah nak jumpa aku beli juga. Sekali minggu last aku lalu lagi ada lagi tinggal 2 paket je, terus aku sambar lagi sampai habis. Sebab aku nak tunjuk kat adik-beradik aku kuih yang Aruah mak selalu buat dulu. Aku penah cerita tentang cara nak buat kuih sagun ni dalam kuih dolu-dolu. Jadi bila nampak ianya ada di zaman dunia gadjet sekarang ni sudah tentu aku jadi seronok. Sekurang-kurangnya ada orang pernah buat. Sempat juga lah tanya adik yang jual tu siapa yang buat. Jiran dia yang buat kiranya kuih orang jawalah. Dan adik tu tak segan kata dia berketurunan jawa juga. hehehehe aku pun keturunan jawa jugalah cuma tak pandai speaking jawa je. Tapi yang simple-simple ngomong jawa tu taule dan paham.
Ok jadi masa raya aku tunjuklah kat akak-akak aku, wah semuanya pun teruja. Malahan ada 3 paket lagi entah siapa yang ambil. Tak kisah lah memang nak bagi adik-beradik aku rasa. Hasil kuih sepaket yang kami dah buka, kuih tu keras sikit kemungkinan masa di tekan tu kuat sikit kut. Tapi yang tak leh tahan tu emmm hangus-hangus pun di jualnya juga. Teringat masa dengan aruah mak aku, kalau hangus emmm memang kita orang kena marah punyalah. Dan kalau bakar tu kuih sagun tu dia cantik dan puteh bersih je. Kalau tergaring sikit oklah tapi ni terus nampak hitam emm memang tak lulus untuk jualan tau. Apa lagi kalau masa susun dalam plastik tu kena hati-hati tak leh patah. Apa pun rindunya kenangan buat kuih sagun potong ni. Ala bahannya macam sagun juga cuma di tekan pada acuan dan di bakar. Tu yang membezakan antara sagun dan sagun potong. Jadi petang raya tu berama-ramai kami belasah kuih sagun potong yang dah berkurun kami tak jumpa. Hangus pun hangus lah janji dapat makan. Rangup je rasanya. krup krap krup.
tak pernah rasa sagun bakar ni, selalu makan sagun biasa..yg berdebu..
ReplyDeleteSAGUN POTONG NI MMG SEDAP TERUTAMA YG DIBUAT SENDIRI...
ReplyDeleteKalau sagun serbuk tu bunda tahu lah....tapi kalau sebut sagun potong bunda tak pernah dengar...tapi sebut tekan dalam acuan tu baru lah rasa macam pernah makan...
ReplyDeleteSedap jugak ...kurang sikit tersedak banding ngn sagun serbuk tu kan..
Nohas... oh nama lain sagun bakar ek.. kita orang panggil sagun potong sebab selepas di bakar tu kena potong... huhuhu tapi sagun biasa pun sedap juga nanti bila dah masuk dalam mulut lepas tu bila nak bercakap menyembur-yembur sagun kuar dari mulut.. hehehehe
ReplyDeleteKak PI memang sedap apa lagi kalau di bakar dibawah api kayu. wangi semerbak baunya
Bunda... wah pernah makan ya.. kuih ni dah jarang keluar... entah macamana hari tu saya jumpa ada orang jual terus le beli sampai habis... hahahahaha padahal cuma 4 paket je dia jual... tul tul sagun serbuk asyik buat tersedak je... tapi sodap
Tak pernah makan.. tapi teringin nak makan sebab nampak macam sedap huhuhuu.. :D
ReplyDeleteMohon maaf sebab lama tak singgah sini :D
TT susah nak jumpa dah sekarang kuih tu. Ni kuih dolu-dolu
Delete