Tuesday, December 20, 2016

Terima kasih SS & JM


Assalamualaikum,

Alhamdulillah atas limpah kurnia rezeki dari blogger tersohor dan blogger rerupis seantero dunia. hehe
 Toche toche. 

Seronoknya bila balik kerja eh ada surat coklat.... wah apa kah dia. Belum sempat buat apa pun terus je sambar dan buka. Wah... souvenir dari SS dan JM rupanya.  SS bagi semuanya warna biru emmm lagilah mata ku jadi biru...... saya suke... saya suke lagak macam mei mei lah pulak. Hishhhh sedor diri jap. hehehe 

Semuga rezeki SS dan JM Allah tambahkan dan dapat melancung lagi banyak tempat di dunia ini. Dan semuga Allah lindungi mereka bertiga termasuk  HH tidak kira dimana mereka berada. Aamiin



Buat JM aka Jari Manis..... memang sweet je sovenir yang di beri. Semanis insan yang memberi. Semuga JM semakin sembuh dan sihat seperti dahulu.Semuga hari-hari yang mendatang membawa kebahagiaan dan keceriaan buat kalian berdua..... Cayang banget sama kamu..... muah muah 100000 kali.

Tuesday, December 13, 2016

Majlis perkahwinan di Tangkak




Alhamdulillah majlis menyambut menantu dari Brunai akhirnya berjalan lancar.  Majlis berlangsung pada 3hb Disember yang lalu tapi almaklumle aku ni tengah sibuk sebab sistem baru nak start tahun depan jadi tak sempat nak bercerita panjang. Majlis di Brunai pun tak habis lagi nak cerita. Banyak kejadian lucu berlaku. Nanti kalau sempat aku cerita ya. dengan adat majlis perkahwinan Brunai yang pertama kali aku hadiri. 

Monday, November 21, 2016

Termetri ikatan antara negeri Johor dengan negara Brunei




Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya selesai majlis pernikahan dan persandingan antara anak buah aku Helmy dengan Nurul Azimah. Dan dengan rasminya termeterai satu ikatan perkahwinan juga silaturahim antara Tangkak dengan negara Brunei Darul Salam.

Alhamdulillah juga rombongan dari malaysia selamat pergi dan selamat balik. Kita orang pergi hari Khamis 17hb 11 yang lalu dan balik pada 20hb 11 iaitu semalam. Huh masih terasa penat perjalanan sebab sampai pukul 6 lebih petang semalam namun sekarang tunggu majlis di pihak lelaki pula.

Tuesday, November 15, 2016

Minum air je boleh sampai ke 4 tempat




Assalamualaikum,

Seronok pulak tenguk orang jual air ni. Bila tenguk satu-satu airnya wah.... international dan local ok.

Kalau lah hanya dengan minum air boleh lagu tu emmm memang syiok le, tak yah fikir nak beli tiket air asia banyak-banyak. hahahahaha. Masa tenguk orang jual air kat Padang Besar ni terfikirlah pulak kenapa ya Teh Ais jadi Teh Ais Hatyai, Asam boi Singapore, Teh Hijau chingmai dengan air kelapa Ipoh.


Tapi memang kecur juga tenguk. Masa tu tengah panas jadi memang kecur je. Jadi belilah air asam boi tu konon-konon bila minum nanti ting eh kita dah sampai Singapura. hahahaha Pelik sungguh apa conection asam boi dengan singapura. emmm muskil aku muskil sungguh ni *Garu pala*  ☺



Kalau kata kelapa tu datang dari Ipoh emm boleh pakai lagi lah istilah tu air kelapa Ipoh mali. Mali mali mali.... ipoh mali ma..... ajeeee


Teh hijau chingmai.... mungkin rasa air teh hijau daun tehnya datang dari chingmai. emmm lojik sikit kut. Masa beli tu ala aku lupa lah nak interview adik penjual air tu apasal air ada macam-macam jenis ikut tempat. Tak menahan sungguh tu over the sea beb. hehehehe dah lagak macam wartawan terjah pulak tanya why hah air dari singapore lah dari chingmai lah... hah hatyai tu takpa dokek jo seberang sempadan jo laiiii.

Hish hish aku ni banyak cekadak lah pulak. Dah orang tu jual beli dan minum dah le. Banyak songel pulak tanya napa napa napa air tu datang dari mana lah apa lah. Mudahan air tu air masak kalau air mentah huh ada yang aku sakit tekak minum air tak masak. Alhamdulillah minum air asam boi mai dari Singapura ok je. Tapi tak boleh lawan lah air asam boi putrajaya mari wei.... hehehehe eh air asam boi malaysia mari... memang  sedap habak mai..... jempul 1.Ok tata titi tutu.... hehehehe pasal air pun nak cerita. 

Monday, November 14, 2016

Gerabak train macam tin kemek je


Assalamualaikum,

Seminggu sebelum kita orang pi JJCM ke Padang Besar naik ETS, si Eila tiba-tiba wasap kata ETS tak boleh lalu. Dia kebetulan balik Ipoh pada hari Jumaat dan pada hari Ahad nak balik KL. Rupanya ada gerabak KTM yang tergelincir di stesyen Batu Gajah. Eila kena naik bas dari Ipoh ke kampar untuk naik ETS lain ke KL.  


 BATU GAJAH: Sebuah kereta api barang Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bersama 41 gerabak yang dalam perjalanan dari Kuang, Selangor ke Tasek, Ipoh untuk mengambil simen tergelincir selepas mengalami kerosakan dan kebakaran kecil pada bahagian enjin di Kampung Bakap berhampiran Stesen KTMB Batu Gajah, di sini awal pagi tadi. Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Khairul Jamil berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.43 pagi tadi sebelum dua buah jentera bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dan BBP Simpang Pulai dikerahkan ke lokasi berkenaan. Katanya, seramai kira-kira tiga pegawai kanan dan 18 anggota terbabit dalam operasi pemadaman berkenaan. "Operasi pemadaman tidak mengambil masa yang lama iaitu hanya kira-kira 10 minit sahaja namun kami perlu menunggu pihak KTMB memotong bekalan elektrik terlebih dahulu sebelum memulakan operasi pemadaman bagi mengelak kejadian tidak diingini. "Kira-kira 25 daripada 41 gerabak kereta api berkenaan terbakar dan tiada penumpang yang cedera berikutan kereta api berkenaan tidak membawa sebarang muatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Mohd Jamil berkata kebakaran berjaya dipadamkan dan anggota bomba membuat pemantauan rapi bagi memastikan api selamat dipadamkan sepenuhnya. "Kini operasi pengalihan sedang giat dilakukan dan operasi pemadaman tamat pada jam 8.15 pagi tadi," katanya. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, setakat ini 10 gerabak sudah berjaya dialihkan dan hanya tinggal 15 gerabak lagi yang masih dalam proses pengalihan. Sementara itu, jurucakap KTMB berkata, kerja-kerja pembaikan mungkin mengambil masa yang agak lama dan kemungkinan mengakibatkan gangguan pada jadual perjalanan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS). Katanya, penumpang ETS akan dibawa menaiki bas dari Ipoh ke Kampar dan Tanjung Malim untuk menaiki ETS lain hingga sampai ke destinasi.

Sumber dari Berita Harian.




Jadi bila lalu tempat kejadian train slow je. Mula-mula tak perasan tapi dalam hati berdetik juga eh napa pulak Train slow je jalan. Sekali bila lalu nampaklah depa tengah buat jalan landasan. Dan masa tu juga lah nampak gerabak yang tergelincir yang dia orang angkut letak kat tepi. Fuh banyak tu gerabak rosak. Benda tu kan berat. Agaknya kren pengangkat tu main kumpul je kat tepi.

    Laluan yang rosak masih lagi dalam pembinaan. Tapi tak boleh tahan mata melihat gerabak yang dah macam tin kosong kemik di kumpul macam di campak-campak je ke tepi landasan. Teruk sungguh tu. KTM Sdn Bhd mengalami kerugian yang teruk sekali sebab ianya merupakan  kemalangan yang paling teruk. Nasib baik kontena barang kalau keretapi biasa .....hish di jauhkan lah hendaknya.


                                       Hah tenguk tu.... ni aku cuba zoom lebih dekat.


          Hah ni dah makin jauh. Tapi ngeri juga tenguk keadaan keretapi terbalik macam tu. Selalu tenguk dalam surat khabar je ni hah depan mata walaupun ianya telah di angkut ke tepi. Kata pegawai tiket ETS, train memang paling slow lalu kawasan itu disebabkan masih lagi di perbaiki landasan berhampiran. Katanya pemandu terlelap sebab dah malam masa tu dan berkemungkinan di bawa laju. Apalagi bila kontena kosong memang laju le menghentam satu demi satu.


Perjalanan di teruskan dengan pemandangan sawah padi yang menghijau. Tot tot tot..... eh mana lah ada asap keretapi keluar.... dah moden beb. hehehehehe terkonang naik keretapi zaman dolu yang keluar asap hitam sebab pakai bahan bakar kayu arang. 

Sunday, November 13, 2016

Pasar Sabtu di Pekan Parit Sulong



Assalamualaikum,

Alhamdulillah akak yang Sulong yang menunaikan Fardu Haji ke Mekah  2 bulan yang lalu sudah selamat sampai di tanah air. Flight dia orang sampai pada 22hb September 2016. Aku ada jemput kat KLIA dan hujung minggu tu balik ke rumah akak kat Parit Sulong Batu Pahat. Masa kat KLIA tu jumpa sekejap je jadi hari Jumaatnya selepas balik kerja terus pergi ke Parit Sulong. Nak dengar cerita akak masa kat sana sambil tu boleh cilok jap ke PekanParit Sulong sebab dah lama tak jenguk Pasar pagi dia. Suka pergi Pasar pagi Parit Sulong tu sebab macam-macam produk kampung ada. Sayur-sayuran murah, makanan murah malahan akak aku cukup suka beli bunga orkid potong yang katanya murah. Hah macam kat atas tu... cantik tak? Huh mahu rambang mata tenguk.

Friday, November 11, 2016

Teratai Putih Resort Dan Restoren di Padang Besar



Assalamualaikum,

Cerita pi padang besar

  Wah nampaknya dah ada peminat ni nak terjah ke Padang Besar dengan menaiki ETS. Apa pun memang aku alu-alukan. Sebab setelah 2 malam tidur di Resort Teratai putih ni rasa seronok sekali sebab dia terletak di dalam kawasan rumah kampung. Pagi-pagi dengar suara orang azan dari masjid berhampiran yang aku tak nampak lokasinya dimana. Hanya mendengar suara sahaja. Lepas tu suara ayam berkokok wah rasa macam balik kampung je. kokokookkkkk eh aku pulak yang berkokok..... ayam ye bukan aku.

Tuesday, November 8, 2016

Misi mencari Mangkuk tingkat - pi padang besar naik ETS



Assalamualaikum,

Wah gigih benor mencari mangkuk tingkat sampai pi sempadan siam ko. Hahahaha sebenornya saje nak rasa naik ETS pi padang besar sambil jalan sambil membeli belah sambil JJCM. Apa pun alhamdulillah mangkuk tingkat dapat di perolehi sampai 2.  Macam biasa kalau pi padang besar, beg kalau tak beranak pinak tu memang tak sah le.

Wednesday, November 2, 2016

Kenduri Jemari Seni menyambut 10 tahun penubuhannya


Assalamualaikum,

Diam tak diam dah 10 tahun rupanya Jemari Seni Sdn Bhd ni beroperasi. Dan dari mula ianya bermula sehingga sekarang dah banyak novel dan buku di terbitkan. Malahan dah ada anak syarikat pula iaitu Jemari Seni Adiwarna. Tertubuhnya hasil perkenalan dan persahabatan Puan Mariah dan Puan Noor Suraya aka Kak su dengan impian dan minat yang sama, menerbitkan buku yang berilmiah dan memurtabatkan lagi bahasa ibunda bahasa malaysia.

Monday, October 31, 2016

JJCM Melaka ke PD - Upside Down dan Balik KL

Assalamualaikum, wah lama sungguh nak update citer sampaikan dah nak basi dah. Ok lah nak selesaikan cerita misi mencari asam pedas melaka ni ya. 

Setelah bergembira diDesa Balqis,  kita orang pun meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Kuala Linggi ni bersempadan dengan Linggi di Negeri Sembilan. Dah dekat dah dengan Port Dickson jadi kita orang pit stop kat PD dulu sebelum balik KL. Kali ni persinggahan kita orang ialah Rumah terbalik.  Rumah terbalik ni sebenarnya terletak didalam rumah kedai 2 tingkat. Rasanya dia ambil 2 blok. 

Monday, October 3, 2016

JJCM Melaka ke PD - Desa Balqis


Assalamualaikum,

Wah dah banyak hari tak mengupdate... tiba-tiba mood nak bercerita pulak ke laut.... huhuhu lepas tu busy sikit tu yang terlupa cerita pi melaka ni. Tu pun dah ada ura-ura nak repeat lagi .... amboiiiii sakan sungguh. Ok kita sambung balik cerita. Kali ini mengenai Desa Balqis Resort. 


Rumah yang kita orang booking ni iaitu Rumah Kak chik ni ada 1 bilik tidur dan 1 bilik air. Ada 4 kategori nama yang berlainan tapi konsep rumahnya sama. 

Thursday, September 8, 2016

JJCM Melaka ke PD - Santai pagi



                Assalamualaikum  semua. Ada yang cuti balik kampung ke? Nak sambut Hari raya Haji dan juga bersamaan dengan cuti sekolah rupanya. Tahun ni tak meriah sangat sebab Kak Ijah dan Abang Cuin kat Mekah dan kebetulan pulak Kak Nong sekeluarga buat korban dan buat kenduri akikah untuk anak Wani yang lahir lepas raya hari tu. Jadi kali ini semua pi melaka lah rumah Kak Nong. Aku pun tak jengah lagi cucu saudara yang baru ni.

Ok kita sambung semula cerita Semalam di melaka


Tuesday, September 6, 2016

JJCM Melaka ke PD - Port Supai




Assalamualaikum



Alhamdulillah akhirnya sampai Desa Balqis Resort. Masa ni dah pukul 5 petang, punggah barang dalam kereta yang penuh dengan pelbagai barangan sambil tu jenguk bilik, jenguk bilik air. Jenguk belakang rumah. Rumah Kak chik ada 1 bilik tidur dan 1 bilik air. Tapi best bila buka pintu belakang. Wah bestnya tenguk ada pangkin kat belakang sambil mengadap laut. Tapi masa tu masih panas lagi. Jadi tak boleh nak lepak kat pangkin kena cahaya matahari yang memancar terang.

Masa kita orang masuk jalan ke Rumah Kak chik ada ternampak kanopi dengan ramai orang sedang menjamu selera. Tak pastilah samada family day atau gathering opis sedang buat BBQ. Semerbak bau masakan yang diorang bakar dan masak. Jadi laparlah pulak bila bau masakan mereka di bawa angin ke tempat kita orang.      

Monday, September 5, 2016

JJCM Melaka ke PD - BUSTEL




Assalamualaikum,

Kita sambung balik misi mencari asam pedas ya. Setelah ku keciwa tak dapat terjah Kedai Asam Pedas tersohor di melaka, acara diteruskan juga. Selepas makan kat kedai Mak gayah terus lah pi Klebang. Jadi dari Batu Berendam tu kiranya merentas negeri Melaka separuh je lah. Maknanya tak payah turun ke bawah ke bandar Melaka. Terus menuju ke Klebang mencari coconut shake yang femes seantero dunia tu.

Selain daripada Asam Pedas kat Pasar Borong, terdapat juga kedai Asam pedas di Kota Laksamana. Kata Kak Uda,  kedai tu buka waktu malam dan dia dah pernah makan kat situ. Sebenarnya kedai Asam pedas tu banyak, cuma aku yang tidak tahu secara detail kedai mana yang sedap. Walaupun aku selalu ke rumah akak dan adik kat Melaka, manalah sempat terjah kedai makan sebab bila ke rumah Kak Nong je, Kak Nong dah sediakan masakan asam pedas. Bila dah makan kat rumah Kak Nong, mana lah dan nak ke kedai makan lain. Lepas tu terus balik KL. Jadi mana tempat makan best kat Melaka memang le aku tak tahu. 

Thursday, September 1, 2016

JJCM Melaka ke PD - Freeport A'Farmosa Outlet


Assalamualaikum,

Siapa yang ingat pada Kak Nam. Ala Kak Nam yang banyak hal semasa percutian kami ke Surabaya doulu. Ala yang banyak cerita terlajak laris dan adegan yang menggeramkan hati aku semasa percutian kami tu. Dah 2 tahun episod jenjalan kami berakhir dan baru-baru ni kita orang pergi lah jenguk dia kat rumah. Kesian kat dia. Walaupun kadang geram tapi mengenangkan kawan kan, apa lagi sejak sakit ni memang dah jarang join ulat buku gathering. Walaupun dah 2 tahun tapi penyakitnya masih belum sembuh. Walaupun dah kurang banyak tapi kalau jalan masih lagi slow dan tangan pula masih lagi kebas. 

Masa datang rumah tu, cerita punya cerita terbangkitlah kisah pasal asam pedas. Kononnya nak cari asam pedas sedap sudah semestinya lah ke Melaka. Itu yang timbul idea jenjalan ke melaka mencari asam pedas kononnya. Masa kita orang datang rumah Kak nam ni sebelum puasa. Jadi bila bulan puasa mestilah sibuk lepas tu raya lagi. Rupanya kak nam dah excited dengan idea kita orang ni. Dia nak join sama. Dah sibuk menanya bila nak pergi.

Friday, August 26, 2016

Buat mereka yang teristimewa



Assalamualaikum,

Tajuk memang istimewa sebab special buat mereka-mereka yang aku sayang. Ianya timbul bila aku ni kadang bila tenguk orang buat penghargaan  top ten komen ni rasa jeles je, almaklumle sikit punya ramai yang komen tapi lepas tu , aku fikir balik siapa saje lah yang nak jenguk rumah aku ni sampaikan ko nak letak topten komen bagai. Ko retis ke sampaikan begitu fofular. Tapi kadang rasa macam nak bagi something je bagi sesiapa yang rajin masuk rumah aku yang kadang macam rumah hantu senyap dan sunyi  kadang meriah pulak, ikut mood tuan rumahnya. hehehe

Wednesday, August 24, 2016

Hari ke 4 di UK - Trafalgar square, Oxford street






Assalamualaikum,

Ok kita sambung lagi citer kat UK ni. Setelah habis melilau kat Buckingham Palace, kita orang pun jalan slow-slow. Entah mana le kak kam bawa aku jenjalan ni.... aku pun tak tahu. Ikut je lah rentak kaki dia. Sekali dia kata hah tu lah Trafalqar Square. Erkkkk dalam hati aku bukankah tempat ni dulu banyak burung-burung merpati  hinggap. Sekali aku jenguk takde burung pun. Tapi sebelum balik Malaysia puas juga bermain dengan burung merpati di Marble Arc. Masa kat Regents park pun ada juga burung merpati siap bagi makan lagi.



Ni adalah roundabout depan Trafalgar Square. Kita orang berkeliling je jalan depan Trafalqar Square sebab bukannya ada burung merpati hanya memerhatikan orang dan kenderaan yang bertali arus.  Ni minggu pertama kan jadi jalan-jalan je. Suka tenguk kereta antik orang London. 


Bas double decker  banyak agaknya tu Bas stop turunkan orang kut. Pandai-pandai aku je cakap macam tu. Sebab banyak sangat bas kat situ. Walaupun banyak tapi takde lah rasa sesak sangat. Steady je lalu lintas.


Ni ambil dari seberang jalan yang setentang dengan Trafalqar Square. 


Comel kan kereta hitam tu. Rasa macam balik zaman dolu pulaknya dengan berlatarbelakang kereta antik tersebut. Agaknya zaman 70an kut. hehehe  Pusing punya pusing kat sekitar Trafalgar Square ni terjumpa satu kedai sovenir. Hah lama juga lah kat situ membelek oleh-oleh buat adik beradik dan kawan-kawan. Tapi masa ni dek kerana seronok sampai lupa nak ambil gambar dalam kedai tu. Rambang mata dengan otak ligat je convert duit ke malaysia....berputar-putar otak beb dok menghitung duit. hehehehehehe cukup ke tak cukup ni nak beli sovenir. Beli keychain sikit FM sikit. Tak berani beli banyak-banyak takut jumpa kedai sovenir lain yang lagi best.

Dah sepetang kat situ Kak kam bawa aku ke oxford street. Nak cari jaket atau kot. Sebelum datang aku ada bawa baju sejuk juga tapi kata Kak Kam macam nipis sangat. Apa lagi bila cuaca kadang terasa sejuknya.  Terutama bila turun hujan emmm memang rasa sampai ke tulang juga walaupun body banyak lemak tapi sejuk juga beb. hehehehe Lemak kat badan masih tak boleh lawan cuaca sejuk di UK... hehehe



Di sepanjang jalan Oxford yang dikatakan syurga membeli belah ni apa lagi lah kita orang masuk kedai keluar kedai. Mencari jaket yang murah dan cantik. Fuh sakan juga le dari satu kedai ke satu kedai. Akhirnya tersangkut di kedai  Marks & Spencer. Ada jaket yang cantik, simple but nice dan harganya aku mampu nak beli. Tapi mata aku terkenan dengan satu jaket warna biru. Pening kepala samada nak beli 1 atau keduanya. Yang biru tu murah sikit lah tapi takde le elegance sangat. Sesuai untuk jenjalan. Manakala yang putih tu sesuai untuk kerja. Emmm poning pala. Akhirnya congak punya congak ambil yang putih bercorak garis hitam sebab untuk kerja kan. Terpaksa lepaskan yang warna biru. Beli keduanya tak boleh sebab aku ada seminggu lagi kat UK. Rasa membazir kalau beli kedua-duanya. Kena fikir yang penting saja kegunaannya. 

Yeh hasil buruan satu hari ni. 


             Suka tenguk bangunan-bangunan di Uk ni. Panorama malam di bandar London.



Dah malam dengan sejuk lagi perut pun dah lapar.Kak Kam bawa aku makan kat kedai Melur. Kedai makan rakyat malaysia. 

Ada soto apa lagi terus order. Sukanya dapat makan soto.  Soto dengan coke 6 pound huhu jangan convert ya. Kalau tak gerenti rasa mahal. Tapi belasah je pejam mata sebab dah rindu makanan malaysia. huwaaaaa 


     Masa dalam perjalanan ada pulak terjumpa kereta ni. wah panjang menjalar ko. Rasanya kereta orang Arab... depa kan loaded malahan ada satu tempat aku lupa nama dia ramai orang Arab serta kedai makan makanan arab pun banyak.  Oh lupa nak cerita rasanya aku ada cerita yang beg baju aku pecah semasa baru sampai. Oleh kerana kita orang dah nak tukar hotel jadi kena lah cari beg baju baru.  Cari punya cari dapat yang paling murah 50 pound huhuhu rasa sayangnya tapi kerana terpaksa kena beli juga. Kalau tak  boleh beli sovenir lagi kan.... huhuhu

          Posing beg baru di tepi bus stand. Ok lepas tu terus balik hotel. Besok jalan pi mana pulak ya





Monday, August 22, 2016

Teaser - Cerita hujung minggu




Assalamualaikum, 

Lama dah tak update blog. Asyik kena pergi Mimos je nak cerita pun takdak mood. Tapi hari minggu semalam ni memang best. Dari melaka sehingga ke Port Dickson jenjalan saje. Kunun-kununnya nak cari asam pedas tapi semuanya ke laut sebab acara santai kan. Apa pun memang enjoy bila dapat berjalan dengan geng. Rasa ringan je kepala tanpa fikir pasal kerja dan masalah dunia.  

Ok aku tayang sikit je dulu ya nanti kalau idea merapu sampai aku cerita lah lagi.... hehehehe saje je nak bako sesiapa yang jenguk rumah aku ni.

Mula-mula kita orang singgah kat Free port A farmosa outlet di melaka.  Tergoda semuanya sampai korek lah mana yang ada fulusnya almaklumle lepas raya, semuanya dah kering poket.  Mana taknya kalau offer Hush puppies sampai 70%, Carlo Rino 50 %, semua jadi rabun mata sekejap. Offer Merdeka  sampai 31hb Ogos ni. Sesiapa yang balik Johor hah boleh singgah. Tu lalu kat depan je baru 2-3 outlet, belum lagi ke belakang. Luas sebenarnya tempat tu. Tapi takut terjebak lebih teruk kita orang semua serender....cepat-cepat balik. Hahahaha.



Mau tak rambang mata tenguk....


Singgah kat oriental fruit kat Sg Udang nampak macam-macam buah-buahan. Kan sedang musim buah kat melaka. Geram je nampak rambutan sedang merah menyala di setiap rumah kampung di sepanjang jalan di Melaka.


Menikmati pemandangan matahari terbenam di Port Sukai Kuala Linggi melaka.

Bersantai di tepian pantai dengan alunan ombak memukul pantai bagaikan irama dan muzik yang mengiringi alam. Chewah.... melankolik lah pulak.

Posing depan rumah Balqis....best resort ni , memang rasa balik kampung je dengan suasana yang nyaman di tepi pantai gitu. 


Akhirnya sebelum balik ke KL sempat lah menghirup kuah asam pedas Nogori Sembilan. Walaupun dah nak habis tapi alhamdulillah ada rezeki kami dapatlah juga kami berempat merasanya. 

Adakah misi mencari Asam pedas berjaya? Kalau ikutkan memang le tak berjaya tapi janji dapat makan asam pedas jadilah.   

Sunday, August 7, 2016

Pi Kelana Jaya hantar akak menunaikan haji


Assalamualaikum,

Hari Sabtu baru ni hantar akak dan abang Ipar menunaikan ibadah Haji di Kelana Jaya. Alhamdulillah kali ini Kak Ijah dan Abang Cuin dapat menunaikan haji. Pada mulanya nak tarik Kak Ambah dan Kak Jal supaya sama-sama dapat pergi bersama tapi sebab masa pendaftaran yang berlainan tahun jadi akhirnya setelah merayu tak dapat juga. Jadi Kak Jal dan Kak Ambah pasrah je lah berkemungkinan ada rezeki di tahun akan datang. Tapi kesian juga pada Kak Ijah sebab walaupun ada suami tapi bilik kan berasingan. Sekurang-kurangnya kalau ada adik beradik lain sebilik boleh membantu maklumlah Kak Ijah tak sekuat dahulu. Malahan sakit kaki dan tak boleh berjalan sangat. Apa pun kita orang adik beradik doakan semuga Allah mempermudahkan urusan Kak Ijah dan Abang cuin. Ikutkan ni yang ke 2 kali buat Kak Ijah. Yang pertama dulu tahun 1990 pergi bersama dengan Aruah Mak.  Masa tu tragedi Trowong Al-Muassim roboh. 

Dijadualkan mendaftarkan diri pada pukul 12 tengahari di Kelana Jaya. Penerbangan KT8. Jadi rombongan dari Parit Sulong bertolak pada pukul 12 malam. Manakala adik aku yang di Batu Pahat pula dengan Kak Jal bertolak lepas Magrib dari Tangkak. Kita orang yang kat KL ni yang tertunggu-tunggu depa sampai pukul berapa? Rupanya orang berkunjung tak putus-putus di rumah Kak Ijah. Maklumlah kali ini pergi kononnya tak nak beritahu orang kampung. Jadi bila dah last minit orang kampung tahu tu yang tak putus-putus datang berkunjung. Ikut perancangan nak pergi awal tapi akhirnya pukul 12 malam baru bertolak. Semua anak dan cucu ikut sama menghantar. 

Friday, July 22, 2016

Sambutan Raya 2016 - Majlis bermula


Assalamualaikum,

Ok akhirnya sampai masa majlis berlangsung. Ini lah penyambut tetamu masa majlis jamuan raya.  Aku ni tak biasa bab menyambut tetamu bagai ni. kalau Kak Temah ada, dia lah terer dengan Fazlina. Kak Temah dah pindah dan Fazlina dah ke unit lain, jadi ni muka-muka baru menyambut tetamu. Dahle tetamu VVIP ramai kita orang tak kenal. Jadi tu hentam saje lah ya. hehehehe Siap jemput Timbalan menteri dan KSU lagi tau. Dah depa tu orang busy memanjang tapi depa hadir juga walaupun majlis dah bermula. 

Sambutan Raya 20hb Julai 2016- pagi kejadian



Assalamualaikum,

Wah sampai nak bern3 n3 pulak aku nak citer sambutan raya pejabat ni. Mana taknya tak pernah-pernah umur unit kita orang kena jadi penganjur selalunya admin yang buat. Entah kali ini bila meeting sambutan raya Datuk Noraini terus je cadang unit kita orang jadi penganjur. Apa lagi lah kelam-kabut cari tarikh sesuai. Buat jemputan, buat aturcara. Siapa nak buat itu buat ini. Makanan macamana. Menu apa? Sebelum raya lagi dah sibuk. Aku pulak kena jadi penyambut tetamu... huhuhu nasib tak jadi penyambut tetamu VVIP... hu masak ramai yang aku tak kenal orang besor-besor ni. 

Sambutan Raya 2016 - sebelum kejadian



Assalamualaikum,

Hah ingat tak hari tu iouls kata unit kita orang kena jadi penganjur Jamuan Raya. Sebelum tarikh kejadian iaitu 20hb Julai 2016 maka kena lah hias dan sediakan tempat jamuan. Kali ini masih seperti sebelumnya iaitu menyediakan gerai makan ikut Unit masing-masing. Kali ni Datuk Noraini merangkap Ketua pengarah akan bersara tahun ini jadi dia belanja sate dan minuman. TQ Boss Perancangan semuga semakin murah rezeki. 

Monday, July 18, 2016

Raya Pertama Anak-anak Wak Dolah beraya Bil 4 2016

Assalamualaikum,

Amacam raya? Best tak? Masih lagi mood raya kan jadi aku nak cerita lah sambutan keluarga aku beraya.
Walaupun kita orang dah jadi anak yatim piatu tapi seperti biasa hari pertama memang semua akan balik Bakri dulu. Cuma lambat atau cepat. Paling cepat balik pun selalunya Faizol lah yang balik sebelum raya. Dan pada tahun ini malam raya tidur Bakri lepas sembahyang raya baru balik Batu pahat. Tu pun sekejap je petangnya nanti dah balik muar lagi. Maklumlah keluarga aku ramai manakala jaja adik beradiknya cuma 2 ja. Ala lagi pun mereka sekeluarga memang duduk dengan Mak dan bapa jaja. Anak-anak depa memang seronok balik Bakri sebab boleh lenjan aku punya Tab. Apa lagi lah main game.


Ni lah keluarga adik aku Faizol. Si bungsu  Fariz tu selalu kita orang usik muka macam TMJ johor.... hehehehe 

Friday, July 15, 2016

Berkelah raya




Assalamualaikum,

Selamat Hari raya semua. Wah seronoknya berhari raya kan. Sana sini cerita pasal raya. Aku pun suka je sebab cuti panjang tapi yang tak best tu domam lah pulak. Apa pun kene redho. Kan sakit itu dapat menghapuskan dosa-dosa.


Amacam best kan berpiknik macam ni. Sebenornya pada tahun ini entah macamana opis aku kene jadi organizer jamuan raya bahagian. Jadi ini sebenarnya AJK deko sedang merancang nak deko untuk gerai makanan. Jamuan akan di adakan pada Hari Rabu depan. Jadi dah kena standby lah apa deko nak buat. Jadi kadbod besar yang Dr Shae ambil digunakan buat pelapik. Agaknya dah last minit tiba-tiba termuncul idea potluck raya. Oleh kerana unit kita orang kena jadi tukang organise jadi tiadalah jamuan raya di pejabat. Ni kiranya idea spontan.

Aku pulak baru semalam naik kerja setelah cuti raya sakan seminggu lebih. Jadi bila tenguk depa berpiknik ala..... napa tak cakap. Kalau tak boleh le bawa lauk sikit untuk makan bersama. Ni pun sebab dah kenyang join saje-saje je. Tapi seronok lah pulak kan duduk bersantai macam ni. Sambil makan sambil gossip berjemaah. Nasib baik big boss tak ada kalau tak emmmm memang takdenya kita orang dok bersantai macamni waktu lunch hari jumaat.  Apa pun yang penting enjoy. Yehhhh*angkat tangan gaya Nora Danish cakap enjoy*

Friday, July 1, 2016

Hari ke 4 di UK - Buckingham Palace



  Assalamualaikum,

Dah hari ke 25 Ramadan. Besok dah nak balik kampung. Jadi ni cerita buat penglibur lara masa raya ya. Aku bila balik kampung memang tak hadap pc dah. Nak update nanti lah balik raya. Cuti seminggu raya ni. 

Di kesempatan yang ada ini memohon ampun dan maaf dari hujung kaki dan hujung rambut. Maaf jika ada kata-kata saya yang menyinggung hati. Kadang pada kita gurauan tapi pada sesetengah orang menyentap perasaan. Jadi maaf lah ya. Apa juga coretan aku kadang hanya bergurau senda tanpa mengaitkan orang lain. 

Apa pun semuga kalian semua bergembira menyambut Hari Raya Aidil fitri. Semuga Allah sentiasa melindungi kalian tidak kira dimana berada. Semuga hari lebaran nanti membawa kegembiraan buat semua. 

SELAMAT HARI RAYA