Thursday, February 24, 2011

Kecemerlangan Hospital Awam

                                    HOSPITAL kerajaan adalah permata dalam sistem penjagaan kesihatan di negara ini.

KEMUDAHAN penjagaan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik berikutan peruntukan yang besar oleh kerajaan, tetapi masih ramai yang lebih gemar mendapatkan khidmat kesihatan di hospital swasta.
Menurut pengamal perubatan Dr. Y. Foong, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masyarakat memilih rawatan di klinik atau hospital kesihatan swasta.

"Ada orang tidak suka tempoh menunggu yang agak lama di hospital awam. Mungkin, ada juga yang kurang berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. Kadangkala, mereka mahu pendapat kedua tentang masalah yang mereka hadapi," kata Dr. Foong.
Peniaga Abdul Rahman Bakar yang lebih gemar mendapatkan rawatan di hospital swasta berkata: "Di hospital swasta, saya mendapat rawatan lebih cepat dan saya boleh pilih pakar yang saya mahu," kata beliau. Pakar teknologi maklumat Steven Lim bersetuju dengan pendapat Abdul Rahman.

Katanya, rawatan di hospital swasta dapat diberikan dengan cepat sementara konsultasi dan temu janji diadakan pada waktu yang sesuai bagi pesakit.

"Keluarga dan rakan dapat melawat tanpa banyak halangan," katanya. Hari ini, ramai yang gemar ke hospital swasta kerana majikan menyediakan insurans penjagaan kesihatan sebagai salah satu kemudahan di tempat kerja.

Terdapat pelbagai perlindungan insurans kesihatan, daripada pelan keluarga hinggalah kepada pakej perlindungan pakar.

Polisi insurans

"Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang yang mendapat perlindungan insurans ialah menghubungi syarikat insurans untuk mengetahui perlindungan perubatan yang diberikan bagi sesuatu khidmat rawatan itu.

"Mereka juga perlu mengetahui sama ada perlindungan tersebut meliputi konsultasi dan ujian bagi pesakit luar," kata aktivis sosial dan pengguna Fatimah Mansur. Beliau turut mengingatkan kebanyakan polisi insurans kesihatan tidak meliputi masalah kesihatan yang sedia ada serta penyakit kronik yang tidak boleh sembuh.
TEMPOH menunggu yang agak lama di hospital awam antara sebab ramai yang memilih mendapatkan rawatan di hospital swasta.

"Lebih baik anda menghubungi syarikat insurans untuk mengetahui rawatan dan perlindungan kesihatan yang diberikan," kata Fatimah.


"Mahal lah," kata peruncit K. K. Wong yang mahu dikenali sebagai Kay, ketika ditanya sama ada beliau memilih hospital swasta atau pusat kesihatan awam.

Menurut Kay, kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk menyedia dan meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan awam di negara ini.

"Kerajaan membelanjakan wang yang banyak dari segi penjagaan kesihatan untuk orang ramai. Sudah tentu jika anda mencari kemewahan seperti bilik yang dilengkapi televisyen, ia tidak ada di hospital kerajaan.

"Hospital adalah tempat untuk mendapatkan rawatan, jika anda nak tengok televisyen lebih baik duduk di rumah sahaja," kata beliau.

Kata Kay, orang ramai perlu sabar dengan masa menunggu dan rawatan di hospital awam.

"Terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk konsultasi, mendapatkan ubat dan masuk wad adalah perkara biasa. Apatah lagi bayaran yang dikenakan amat murah," tambah Kay.

Seorang doktor yang sudah bersara, M. Anthony berkata, bekerja di hospital kerajaan merupakan sesuatu yang beliau banggakan.

"Semasa zaman kolonial tahun-tahun selepas merdeka, kemudahan dan infrastruktur kesihatan awam memang tidak mencukupi serta ketinggalan. Tetapi kini, semua kelengkapan di hospital kerajaan di negara ini bertaraf dunia," kata Anthony yang merupakan graduan perubatan dari universiti di Ireland pada tahun 1950-an.

RAWATAN di hospital swasta yang lebih cepat menyebabkan ia menjadi pilihan kepada yang berkemampuan

Kata Anthony, hospital kerajaan adalah permata dalam sistem penjagaan kesihatan di negara ini. Institusi kesihatan itu mudah menerima reputasi yang tidak baik tetapi sebenarnya merupakan model atau contoh bagi kecemerlangan di bidang klinikal.

"Hospital ini masih merupakan institusi yang dituju pesakit bila mereka memerlukan rawatan," kata beliau.

Katanya, masalah utama ialah kekurangan petugas di hospital awam.

"Sepatutnya bilangan jururawat, doktor, ahli fisioterapi dan petugas perubatan lain mencukupi, tetapi bilangan pesakit yang mahukan rawatan terlampau ramai. Ini menunjukkan masih ramai yang mahukan perkhidmatan di hospital kerajaan", kata beliau.

Apabila jumlah pesakit yang mahukan rawatan di hospital awam menjadi terlalu ramai jika dibandingkan dengan petugas yang berkhidmat, sudah tentu beban tugas menjadi lebih berat, tambah beliau.

Rawatan percuma

Pendidik V. Vasugi mempunyai pendapat tersendiri: "Hospital awam tetap ada untuk kita semua. Ini sebabnya kita perlu menghargai mereka. Mereka memberikan khidmat yang cemerlang dan ini kita patut bangga", kata beliau.

Kerajaan juga menyediakan rawatan percuma di hospital bagi penjawat awam dan keluarga mereka. Atas alasan itulah, masih ramai yang memerlukan perkhidmatan di hospital awam.

"Kerajaan memberikan perkhidmatan rawatan percuma bagi kakitangan awam dan keluarga mereka. Ini jarang berlaku di negara lain," kata Ahmad Kassim, yang bersara daripada perkhidmatan diplomatik Malaysia.

Baru-baru ini juga, penulis menerima rawatan di wad ortopedik di sebuah pusat perubatan awam di Kuala Lumpur.

Jururawat, doktor dan atendan di wad itu menjalankan tugas mereka secara profesional dan penuh dedikasi.

Contohnya, bila loceng bantuan dibunyikan oleh pesakit, kurang beberapa saat jururawat muncul untuk memberikan bantuan yang diperlukan pesakit.

Para pegawai perubatan menjalankan tugas mereka di wad itu secara bergilir-gilir hampir 24 jam sehari.

Bagi penulis, kecemerlangan dan profesionalisme tetap wujud di hospital awam yang merupakan permata dalam sistem kesihatan di Malaysia. - Bernama



Kredit to Kosmo online

 
 
Komen aku:- Sebagai kakitangan kementerian kesihatan malaysia aku tetap berbangga berkhidmat dalam kementerian tersebut. Nak ikut kan perkhimatan kesihatan sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan zaman dahulu apa lagi dengan perkembangan IT yang semakin berkembang, bahagian perkhidmatan kesihatan juga semakin berkembang. Memang lah masih banyak lagi komen-komen dari orang awam mengenai perkhidmatan yang tidak memuaskan hati apa lagi untuk mendapatkan perkhimatan pesakit luar. Jenuh nak menunggu di OPD hanya kerana nak jumpa Doktor.   Tak payah cakap orang luar lah aku yang staff KKM masa check up di kelinik Kesihatan Putrajaya pun kalau datang pagi sampai tengahari baru siap. Nak buat macamana kan kakitangan tak ramai tapi kedatangan pesakit semakin tahun semakin bertambah. Belum lagi masuk pesakit warga asing. Malahan hutang tertunggak warga asing terutamanya orang indonesia hish banyak juga tu beb. Nak tau berapa banyak emm ni kena rujuk bahagian kewangan le. Office aku yang hanya kumpul data kesihatan boleh nampak lah peningkatan pesakit samada dari pesakit luar atau pun pesakit dalam dari setahun ke setahun. Takdenya yang makin berkurangan malahan semakin bertambah. Kalau pesakit luar je tahun lepas hampir 42 juta orang mendapatkan rawatan. Ini bermakna walaupun kadang perkhimatan tidak memuaskan hati tapi masih terdapat hospital yang memberikan perkhimatan yang lebeh baik. Mereka tidak tahu bagaimana kakitangan kesihatan yang bergelut dengan orang awam untuk memberi perkhimatan yang lebeh baik dan juga bergelut dengan masalah dalaman tempat mereka berkerja. Sebagai contohnya berbagai sistem di wujudkan seperti ISO lah Akreditasi lah. Hah bayangkan staff hospital yang hanya biasa kerjanya merawat pesakit kena pulak buat kerja admin seperti itu. Huh boleh berasap juga lah kepala masing-masing nak menyiapkan fail-fail kerja lah fail ISO lah fail Akreditasi lah. Walau bagaimana pun kerajaan masih memberi penekanan yang utama bagi memberikan perkhidmatan  kesihatan yang tip top kepada rakyatnya.

Saturday, February 19, 2011

Karnival sure heboh karangkraf

 Baru-baru ni karangkraf buat karnival di pejabatnya di Shah Alam selama 3 hari iaitu 28 sehingga 30hb jan 2011. Selama ini aku hanya kirim kawan je novel-novel alaf21 tapi masa besday Teta hari tu bila aku tanya kaknoor dan nacha nak pergi tak ke karnival tersebut. Depa kata ok jadi aku pun on ajelah. Tapi tak nak pergi hari sabtu sebab nak buat Ot , jadi oleh kerana semuanya free hari ahad jadi beronggeng le kami ber3 ke Shah Alam. Bawa peta tapi berpusing juga le kat area tu sebelum pusing balik ke roundabout bawah flyover sebelum jumpa destinasinya. Cuaca pada mulanya muram terus menitiskan airmatanya. Manakala aku pulak dengan tiba-tiba di attack selsema. Wacha....virus selsema....jadi sepanjang jalan dengan cuaca yang sejuk apa lagi le asyik le hacum hacum je bersin sampai rasa nak tukar hidung yang bersih sikit tak berpenyakit. Ajeeeee. Sorile kaknoor n nacha virus selsema bertebaran satu kete. Alahaiiiiiiii.

Maka sampai je ke tempat karnival berpayungan le kami sorang satu payung. Ala leceh sungguh le nak bawa payung. Dah le aku asyik bersin  aje, lagi nak pegang payung lagi, nak belek novel lagi alahaiiiiii tersiksa sungguh. Oleh kerana kesiksaan disebabkan selsema aku cuma beli 8 buku aje..... Aje ... hahahaha yelah kan. Kalau tak mesti lagi banyak aku borong tapi sebab selsema jadi tak rasa selesa nak belek lama-lama. Lagi pun jarang woooo Alaf nak bagi 30 persen harga novel baru selalunya 20 persen je. Pertama sekali aku tuju ialah buku terbaru kak min. Dan pagi tu kak min ada. Penulis lain seperti Hani Fazura (aku sambar buku terbaru dia), Lyn Dayana (sipnosis buku dia macam best je sambar satu juga), Aisya sofea pun ada juga serta sorang penulis baru yang aku tak tahu. Novel aisya sofea yang terbaru  Masih Setia  aku dah beli dah tapi terlupa nak bawa padahal dah tau dia ada. Jadi aku bawa le yang lama nak minta sign.

Ni yang aku beli

Penulis Hani Fazuha dengan hasil terbarunya. Best sesangat. Kategori JK ahaks..

Penulis Aisya Sofea

Asyik menandatangi novelnya. Top penulis Alaf ni tau.

Wah nacha dan iejay bukan main dok ralit.



Kak meen dengan buku-buku hasil nukilannya. Congrats kak

Lynn Dayana dgn novel Juara Carta cinta... best kategori JK ahaks

Aku, nacha dan ryn bersama novelis yang bertugas pagi Ahad tu... Tahniah semua best citernya. 

Thursday, February 17, 2011

Tayar Oh tayar

 Alahaiiiiiii tayar kete aku buat hal lagi....aduhaiiiii. Hari Jumaat beberapa hari sebelum cuti raya Cina tayar kete pancit lagi. Jadi aku pun terus le ke petrol stesyen berhampiran Puteri park nak pam tayar. Eh tayar tu tak kembong pun. Lorrrr napa ni? Dan kebetulan disebelah petrol stesyen tu ada la pulak servis centre Proton jadi aku pun slow2 bawa kete dan park depan servis centre tu yang rupanya buka pada pukul 8 pagi. Waktu tu pukul 6.30 pagi emm nampak gaya kena tunggu dia buka lah. Aku pun terus sms Big Boss minta izin El ataupun kalau dah beres check kete akan pergi keje lah. Huiiii kerja banyak ni weiii awal tahun ni dah le tu dapat email mengatakan tak boleh cuti dari bulan 1 sehingga 3 selagi data untuk health facts tak siap. Lagi pun rasanya sebelum tengahari selesai kut semuanya.

Sambil menunggu pukul 8 menjelma dok lepak dalam kete sambil pasang radio sambil lelap. hehehe sempat lagi tu. Tapi dalam hati risau juga mengenangkan tayar kete ni. Risau bukan apa mengenangkan apa pulak masalahnya. Banyak sungguh memori ngeri telah di alami hanya kerana tayar kereta.

Rupanya kata adik servis centre tu semasa di check huhu ada paku beb. Dan masalahnya di tempat servis tu tak buat untuk tayar cuma untuk servis kereta ja. Dah kebetulan ke servis centre trus je lah servis sekali sebab dah plan nak servis hari sabtunya nak tukar minyak pelincir tapi rupanya tempat tu pakai appoitment. Alala tok...jadi kena tunggu le turn org yang dah booking awai. Aku lepak le dulu sambil  layan tv dan paper. Sempat lagi pesan minta tolong tukarkan tayar ke tayar spare. hehehehe

Pukul 9 lebeh siap lah servis kete dan kena cari kedai tayar la pulak. Sampai kat simpang berdepan dengan kedai Piza hut nampak kedai tayar terus je masuk. Sekali bila check rupanya tayar yang lembek mula-mula tu dah pecah bahagian dalamnya. Hish hish nasib le tak meletup tayar semasa jalan. Lepas tu tayar lagi satu dah haus.... huhu melayang le RM kena tukar kedua-dua tayar.  Aku suruh juga check tayar yang kedua lagi. Aduhaiiii satu ok manakala yang satu lagi ado paku beb terpacak dalamnya. Panjang juga dalam 1inci setengah. hah macam gambar kat bawah ni.


Nasib baik le boleh di tampal dan pakai lagi. Tayar tu rasanya baru tahun lepas tukar maklum le dah 4 kali tayar pancit masuk ni dah 5 kut. Tapi kata tokeh tu dah ada harapan nak kena tukar juga ....huhuhu Tayar oh tayar kau buat aku semput je.....