Assalamualaikum,
Haiiii lama cuti raya layu je nak buat citer dalam blog ni. Padahal minggu lepas dah start naik kerja tapi tu lah lemau nau nak buat citer.
Oleh kerana hari ni ada Jamuan raya KKM hah nak citer le sikit. Kali ni buat besaran le juga malahan mula-mula dengarnya Agong nak datang tapi Agong tiba-tiba tak dapat hadir. Lepas tu katanya Pm pulak nak datang. hah nampak tak meriahnya. Tapi memang meriah sebab makanan melimpah ruah dan banyak. kalau datang awal nak duduk sampai pukul 2 pun boleh selagi boleh makan hah makan,
Kali ni buat kat PICC dan memang best sebab kawasan besar dan tempat duduk pun banyak.
Aku pergi dengan geng belakang. Lepas tu dapat tempat makan hah apa lagi mula mula sekali carik satay.