Tuesday, January 31, 2012

Jalan Jalan cari makan di Piza Hut Jogjakarta

                                

 Salam semua. Baru-baru ni aku dan geng UB pergi jenjalan ke Yogjakarta. Seronok sangat dapat melihat banyak tempat pelancongan. Tapi paling syok sudah tentu shopping malahan pergi Jalan Malioboro sampai 2 kali hingga tutup kedai dek kerana kita orang. Hahahaha tidak ler dah memang dah lambat sampai jadi memang depa nak tutup kedai lah. Lepas tu malam akhir di Jogja kita orang makan di Piza Hut. Mana yang biasa ke Indonesia, bercerita kalau pergi Indon mesti masuk kedai Piza hut dia sebab rasanya sedap dan berbeza dari di malaysia. Jadi setelah duit rupiahnya menyosot dan shopping pun sampai kedai dah tutup, dah buat Spa lagi jadi perut pun lapar lah. Kebetulan pulak malam tu hujan jadi memang sedap le dah selesai semua baru pergi makan.

 Kalau tenguk menunya memang lah banyak jenis makanannya dans emuanya nampak sedap.


Masa tenguk menu air dia yang baru ni hah mata aku seperti biasa le terus zoom kat air warna biru. Jadi orde le Air Mixberry yang tengah tu. Kalau tenguk pada katalog tu airnya adalah campuran dengan bluebery dan strawberry. Ada selasih lagi dalamnya. Lepas tu aku paling suka kalau ke pizahut mesti orde  mushroom supnya  jadi ordelah mushroom supnya. Nak rasa sama tak dengan di malaysia. Lepas tu cuba pula  makan pasta dia tapi lupa namanya. Chesse pasta kut.

Treng teng teng tada air mixberry aku dah mai. Nampak sedap je kan. Hush kecur air liur bila teringat. Mana nak dapat kat malaysia takdok pun.

hah ni apa pulak? Cuba teka?


Mushroom sup aku lah. Atasnya adalah roti yang menutup mangkuk. Besar juga mangkuknya.


Dalam dia cendawannya banyak. Memang merbeles ler.


Ni pula Cheese pasta aku. yeh. Sedap tapi sebab aku layan air je yang sedap dengan mushroom sup jadi perut cepat kenyang. Lagi pun cheese dia banyak cepat muak.  


Hah ni lah menu supper aku. Air Mixberry tu bila di kacau jadi warna macam tu. Tapi sodap sampai licin aku teguk.

 Ni pula bread garlic dia tapi atasnya letak udang. Hish sedap tau. Sebab walaupun kita orang tapau bawa balik sebab dah tak larat nak makan bagi perabis dan makan untuk breakfast esoknya rasanya masih sedap. Kecur aku bila teringat. Dahle udang besar dengan bahan kelilingnya yang banyak. Sedap dan murah. 

Ni makanan yang wan orde. Jenis pasta juga dan masak black peper. Aku jamah sikit dan memang sedap.

Jemput makan. Meh lah sedap tau.

Air kak su tu pun sedap juga tapi lupa namanya.

  Kami seronok menjamah makanan sebelum balik esok paginya. Ni bukan dinner lagi dah jadi supper sebab dah larut malam. Yang kelakornya sampai kedai Piza Hut tu tutup tau. hahahahaha memang cerita kelakor sungguh sebab semua tempat yang kami pergi pada hari last ni semuanya tutup kedai. Sebelum tu sebelah petangnya selepas melawat Gunung Merapi berhenti lunch kat tempat makan bernama Roro Mejar yang di luar takde apa-apa tapi didalamnya cantik sebab makan style kampung dengan dikelilingi kolam ikan dan air terjun kecil. Makan ikan bakar lagi sampaikan ada orang tu makan bertambah-tambah. Aku pulak makan tapi tak berani nak kenyang sangat sebab lepas tu nak ke Spa menyantaikan diri. Sampai di Spa Qarinah, terus kedai di tutup sebab pekerjanya yang seramai 8 orang kena melayan Puteri-puteri dari Malaysia seramai 7orang termasuk kraton dari Indon seorang. Habis je kami semua berSpa terus je kedai tutup sebab dah pukul 7 malam. Lepas tu di Jalan Molioboro pun cam tu juga. Sekali kat Piza hut lagi kelakor sebab shopping kompleks tu dah tutup lampu lagi. Penjaga bangunan tu siap tunjuk jalan keluar yang dibelakang sebab pintu depan dah di kunci. Apa pun memang best lah malam terakhir kami di Jogjakarta. Yang lain nanti aku cerita ye. Sebab aku masih teringat makanan di Piza hut ni. Dahlah berbagai jenis malahan murah lagi. Oleh kerana duit rupiah dah susut terpaksalah Taukeh JS jadi Along. Makan dulu claim balik kat malaysia atau kalau ada duit malaysia bayar guna duit malaysia. hahahaha    Jadi bagi sesiapa yang melancong ke Indonesia sesekali cubalah pergi ke kedai Piza Hut dia dijamin puas hati.   
  

Monday, January 30, 2012

Kojo oh Kojo


 Salam semua. Lama sungguh tak update N3. Aduhai naik tahun baru je orang dah pening dengan data. Hari -hari dok membelek data di Pc, mata pun macam dah blurr je. Huh rasa macam juling tenguk angka-angka. Kalau betul takpe ler juga ni tak, bila dah cantum semua tiba-tiba data tak tally. Aduhaiiii rasa macam nak meletup kepala otak mencari mana yang silap.

 Tapi tu lah pagi-pagi je dek kerana tekun melihat data mata jadi ngantuk pulaknya. Boleh pulak dalam pada buat kerja tu sempat pulak mata  terlelap. Kalau aku dah senyap je tu huh nampak gaya dah lolap ler tu.  hahaha . Nasib baik orang lain tak perasan tapi kadang ada sekali tu Encik Wan lalu sebelah partition aku nak ambil kunci tiba-tiba dia stop depan pc aku. Bila aku buka mata je dia dah sengeh.  " Kak T... ngantuk ke? " Alahai kantoi aku ngantuk depan PC. Nak buat macamana ianya tindakan tanpa disedari. Jadi sengeh je le ye. Ala biasa ler kalau dah hari-hari dok kejenya ngadap PC mesti ada hari-harinya yang tiba-tiba kita rasa ngantuk sangat. Jadi janganler paksa diri ye pi rehat jap. Itu ayat untuk aku ler tu ye. hehehe.

  Bila citer pasal ngantuk, time sekolah dulu, akulah johan tidur dalam kelas. Huh bila teringat malu ler juga kat orang lain tapi bila terkenang aiseymen kelakor ler juga. Tapi nak buat macamana dah mata ni asyik berat je bila belajar tapi alhamdulillah  berjaya juga aku sampai form 5. Malahan masa form 3 berjaya juga aku masuk kelas sains jadi agaknya sambil mata aku lelap, telinga mendengar apa yang cikgu ajar. Adeh boleh ke lagu tu. Malahan pernah dulu aku cakap kat member sebelah kalau aku tersengguk-sengguk tidur, cubit aku kat paha huh sampai berbintat dia mencubit tapi aku tetap  zzzzzzzz juga. Lolap tetap lolap. Tersedar bila sakit lepas tu lelap lagi. Hahahaha memang kaki tidur sungguh aku. Apa pun itu zaman sekolah lah ya. Time keje ni ado kureng sikit sebab sempat lagi lelap time lunch. Jadi buat semua adik-adik jangan tidur dalam kelas macam akak ye. hahahahahahaha

Friday, January 13, 2012

Geng Ulat buku bercanda di Bumi Korea

   Salam Jumaat buat semua. Kenangan  bercuti ke korea tahun 2011 selama 6 mlm 8 hari memang lah kenangan yang seronok apa lagi dapat bawa akak dan member baik, kak zah dan anaknya serta June dan adiknya serta geng ulat buku. Kiranya kenangan terindah lah tu bersama kengkawan . Apa lagi dapat menjejakkan kaki ke lokasi KDrama Coffee Prince, Winter Sonata, Full House, Sad Love Song, My Girl dan KBS yang merupakan tempat penghasilan drama Korea yang best walaupun tak dapat jumpa pelakonnya namun dapat menjejakkan kaki pun dah rasa teruja. Tempat shopping yang biasa disebut-sebut seperti Myeongdong, Dongdaemun, Namdaemun, Insa Dong dan Itawon  sudah semestinya. Malahan setiap waktu dapat mengerjakan solat di Masjid di Itawon dimana satu-satunya masjid di seoul mengembirakan hati sebab dapat berjumpa dengan ramai orang Malaysia yang makan angin seperti kami semua. Cuma tak tahan dengan cuaca yang sejuk sebab nak masuk musim winter. Walau bagaimana pun memang enjoy. Lupa semua kerja yang di tinggal di malaysia sebab dapat tenguk mat sepet hensem di korea. hahahahaha Sebenornya yang hensem pelakonnya kalau mat korea yang biasa alahaiiii biasa je. Kali ni layan je dulu gambar onni-onni sedang bergumbira ya. Lain kali kalau ada masa aku citer setiap hari yang telah kami jejaki sepanjang di korea.  


Shopping time di Dongdaemun

Lepak time lepas shopping di Myeodong


Shoppingdi Namdaemun

Onni - onni di Gyeongbok Palace

Dalam studio KBS

Lokasi Full House


Lokasi Sad Love Song - my feveret actor Kwon Sang won berlakon

Depan cafe Coffee Prince - kena pekena kopi dulu baru leh ambil gambar


Sungai pelancongan emm lupa nama


Nami Island - lokasi Winter Sonata my feveret place


Perkampungan tradisional


Posing ala-ala Charlie Angels di Nami Island

Main ba ba cak di sebalik pohon di Nami Island

Apa pun memori terindah bersama kengkawan memang mengasyikkan.  



Tuesday, January 10, 2012

Sejenak di Glossop, UK



 
Belakang cottage di waktu pagi sebelum check-out

Best ni kalau lepak kat belakang cottage

Nun ladang terbentang luas nyaman udaranya

 Masa aku buat attactment di UK tahun 2010 dulu pada akhir minggu ke 2, kami bertiga telah pergi ke Glossop, Derbyshire, UK dimana satu  temujanji telah di buat dengan Dr Richard Fitton  berkenaan dengan klinik swasta yang di usahakannya  dan semasa meeting kami telah di perkenalkan dengan salah seorang ahli komuniti dia yang menjadi sukarelawan di situ. Peramah dengan kami dan rajin bersembang semasa berhenti rehat selepas selesai sessi perbincangan. Selepas di bawa melihat klinik swasta tersebut kami telah di bawa ke Manor surgery dan dikenalkan dengan sistem yang mereka gunakan bila sesuatu pembedahan dilakukan. Semuanya mengikut appoitment yang telah di buat. Manor surgery tu kecil je tetapi agak sibuk juga di pekan kecil seperti Glossop tu.
Ni depan Klinik swasta Dr Richard  

  Ni pula di Manor Surgery  dimana ada 4 ke 5 presentation untuk kami dan juga Mayor dan isterinya yang sudi datang berjumpa kami delagasi dari Malaysia, sambil memperlihatkan kegiatan komuniti penduduknya yang rapat diantara satu sama lain. Walaupun bandarnya kecil tetapi penduduknya memang mesra dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Yang aku tabik tu warga emas mereka memang sentiasa dan rajin menghadiri apa juga aktiviti yang dijalankan. Dah le tu loving couple memasing kalau join event.

Ni lunch kami di manor Surgery. hehehe makan salad je beb. Ops makan piza sayur-sayuran hehe

Buah-buahan memang tak tinggal. Tenguk lah tu besar2 buah Pisang dan epalnya.
Lunch ada kek aduhaiiiiii lapor aku tapi memang makanan berkhasiat. Opss bukan kek ler tu hah salad lawan dengan roti ops bukan roti dengan piza sayur-sayuran

  Selepas tu kami di bawa ke Manor Inn dimana lebeh ramai penduduk mereka yang datang untuk sama-sama mendengarkan presentation yang di sediakan.  Maklum lah sehari dengan masa yang suntuk sebab habis je di Manor Inn ni kami dah terus nak balik ke London. Jadi sepetang yang di gunakan tu banyak info mereka bagi. Malahan Dr Richard terpaksa menggunakan loceng disebabkan masa yang limited jadi bagi sesuatu sessi hanya 20 minit di berikan dan soal jawab pun kadang kena bagi jawapan cepat sebab banyak lagi presentation nak di selesaikan.  

Warga emas yang hadir.


  Ok berbalik pada perempuan yang aku kata awal tadi nilah dia minah saleh berambut perang.Agak-agak umurnya berapa? Mula-mula kami main teka teki berapa umurnya. Aku agak dalam 30 ke 40 gitu. Kak Kam, aku dah lupa teka berapa. Tapi sebenornya umur dia dah 50 lebeh. Aku dok belek kulit mukanya yang licin dan tegang gitu. Dia senyum je bila kami tidak percaya akan usia sebenarnya. Selain menjalani kehidupan yang gembira bersama keluarga, dia juga mengamalkan minum air masak sebelum tidur. Itulah amalan yang di buat dari usianya remaja sehingga lah sekarang. Kami berdua apa lagi oooooooo sebab tertawan dengan kelicinan dan ketegangan kulit mukanya. So dari sekarang mulalah amalkan minum air masak sebelum tidur untuk membersihkan dalaman kita.

 Seharian di pekan Glossop memang mengasyikkan sampaikan rasa tak nak tinggalkan sebab mereka semua penduduk yang mesra dan ramah. Tak puas sebab sampai kat cottage dah petang lepas tu tak sempat meraound pekan dah nak balik. Tapi dok cottage tu mang best sebab rasa bagaikan di kampung. Malahan sebelum naik Jeep tuan punya cottage yang dengan baik hatinya tolong hantarkan ke klinik Dr Richard, Dr Ilyas sempat pula bagitau aku... " Kak ati ada Ilama dalam kandang sebelah cottage tu!..." Hah pasal lah Dr tak habak awaiiiiiii.... Frust aku tak sempat nak bedek gambar Ilama tu camno rupanya. Hish hish.

Posing sebelum balik, comel kan stesyen dia

  Berhenti di stesyen Mancester Piccadillary sebelum balik ke London. Tang sini frust tak sempat ambil gambar kat stadium Mancester United sebab masa yang terhad. Apa pun memang nostalgia sungguh mengenangkan perjalanan yang telah di lalui. Mudahan ada rezeki Allah bagi dapat jejak kaki lagi.

Sunday, January 1, 2012

Penutup 2011 bermulanya 2012

Kunjungan keluarga aku di hari raya pertama 2009

  Al Fatihah buat bapa saudara Aruah Cikgu Hj Mesbah Bin Abd Majid aka Pak Itam yang telah menghembuskan nafasnya pada pagi  31hb 12 2011 pukul 2 pagi. Pagi Sabtu tu aku dikejutkan dengan deringan talipon. Dengan mata yang masih ngantuk aku menjawab talipon rupanya Julie talipon mengatakan Pak Itam meninggal. Terus mata celik dan maklumkan pada kak Ambah dan kami terus bersiap balik muar. Rupanya aruah meninggal di Seremban sebab beberapa bulan ni Aruah sudah semakin uzur malahan kata Natrah anaknya No3 Aruah dah rosak buah pinggangnya dan bila nak berjalan kena di angkat. Malahan kali akhir masa aku balik dengan Kak Ambah memang nampak dah uzur. Dan akhirnya di pagi akhir tahun 2011 Pak Itam di jemput Allah akhirnya. Ni lah satu-satunya waris Aruah bapa yang tinggal. Kiranya waris kuat juga bagi aku sebab boleh jadi wali kalau nak menikah nanti. Apa pun dari Allah kita datang pada Allah jua kita kembali. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan termasuk didalam golongan orang yang beriman.

 Sepatutnya pagi sabtu tu aku dah janji dengan kaknoor dan nacha nak pergi Opis Js sekejap nak beli buku baru JS dan kemudian nak pergi ke Jalan TAR nak tukar duit tapi kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Jadi semuanya cancel dan aku serta Kak Ambah terus bersiap balik ke Muar. Sampai di rumah Mak akak-akak aku dah sampai dan sibuk memasak. Rupanya jenazah belum sampai di muar lagi dan kemungkinan nak masuk Zohor baru sampai. Rupanya semua anak-anak Mak Itam berada di Seremban. Selesai masak memasak untuk keluarga adik beradik aku dan juga untuk keluarga Mak Itam yang mungkin bila sampai di Muar setelah selesai semuanya masing-masing akan keletihan. Betul juga dalam pukul 2 jenazah sampai. Kami terus berkunjung kerumah yang selang sebuah dari rumah tinggal Aruah Chik yang juga merupakan mak saudara aku yang setelah kematiannya rumahnya tinggal usang tiada berpenghuni. Anak-anak angkatnya tak berani lagi tinggal di situ setelah aruah Chik tiada. sayang juga melihat rumah Aruah Chik terbiar macam tu sebab ianya terletak di tepi jalan. Patutnya kalau tak ada orang nak duduk sewakan lah. Tu pun dengar kata nak sewa tapi letak harga tinggi. Patutnya tak kiralah berapa sewa yang penting ada orang tinggal tapi kalau dah takde orang yang nak duduk akhirnya benda lain yang duduk pulaknya. Hish hish.

 Jenazah dah selamat di mandikan dan dikapankan dari Seremban jadi selesai sahaja sanak saudara melihat buat kali terakhir ia pun di sembahyangkan dan dikebumikan di perkuburan Batu 6. Apa lagi yang dapat aku katakan hanya doa dan Al fatihah sahaja yang dapat disedekahkan semuga rohnya aman di sana. Al fatihah.

 Kemunculan tahun 2012 semuga membawa kebahagiaan dan keberkatan didalam kehidupan aku dan keluarga aku. Tahun berganti tahun dan dengan bertambahnya tahun maka semakin kuranglah umur kita di dunia ini. Semuga hari-hari yang mendatang membawa kebaikan dan semuga aku menjadi manusia yang lebeh baik di masa akan datang. Semuga hidup dilimpahi rahmat  dan allah memurahkan rezeki aku disepanjang tahun 2012. Dan juga semuga impian dan harapan aku terlaksana dengan keizinan Allah jua hendaknya AMIN.