Alahaiiii ada ke perumpamaan tu. Rasanya dalam kamus Dewan pun takde istilah seperti tersebut. hahaha ni perumpamaan yang aku berikan le sebab semalam memang banyaknya rezeki yang aku dapat. Syukur alhamdulillah malahan masih lagi terasa kenyang dek kerana rezeki rimau yang aku dapat. hahahaha kalau le orang Dewan Bahasa tau istilah yang aku gunakan tak termaktub dalam istilah mereka emmm memang kena katok le aku. adeyyyy yana deyyyy
Ok semalam oleh kerana sang kucing kebanyakan tiada di opis maka sang tikus pun bermaharajalela le. hehehe depa big- big boss semuanya bersantai di bawah bukit genting nun kat Institut Aminudin Baki sebab mesyuarat tahunan rekod dan oleh kerana dah lama tak buat pot luck dan masak kat opis aku pun syorkan kat mek jay buat steambot. Jadi tengahari tu menu kami ialah steambot tom yam. Yeh sodap sampai kekenyongan. CC Kakok pun join sama malahan June pun singgah ke opis dek kerana nak makan steam bot. Sambil makan sambil bergosip. hahahaha biasakle kalau dah jumpa geng. Dek kerana tamak setelah selesai tom yam , masak steam bot perasa ayam pulak daaa tapi dek kerana masih kekenyangan lagi masing-masing dah usap pewot. hahahahaha memang kenyang giler ah layan steam bot tengahari tu. Kenyang sebab banyak lagipun tak ramai yang join sama. Dulu pernah buat dek kerana ramai masak 2 kali pun licin. Kali ni emmm tak habis.
Kebetulan pulak bahagian perancangan ada buat meeting menggunakan bilik meeting opis aku. Mereka order nasi minyak untuk makan tengahari. Rupanya yang datang meeting tak ramai dan meeting mereka selesai tengahari tu walaupun dah booking bilik sampai petang. Oleh kerana nasi minyaknya banyak dan ramai yang tak ada jadi apa lagi le kami semua beragenda TAPAU TIME. hahahahahahahaha. Iye banyak walaupun 6 orang tapau tetap tak habis lagi. Selalunya kalau orang ramai kat opis memang tak cukup le jadi kali ini dinamakan rezeki rimau. hahahahaha Rezeki banyak sampai tak habis-habis.
Selesai steam bot masih ada lebihan lagi aku suruh june tapau je bawa balik. Manakala kami dah mula le mata nak tertutup. hehehe biasakle bila pewot kenyang mata pun ngantuk. Sekali petangnya orang kantin hantar kueh pulak untuk minum petang. Abang Daud siap talipon Doktor yang incharge meeting tu beritahu berkenaan minum petang tersebut sebab orang yang meeting dah balik. Doktor tu kata orang PIK le habiskan jadi orang PIK le yang bermeeting minum petang tu semua. Yehhhhhhh apa lagi le jadi minum petang orang PIK le. Tu pun tak habis tapau lagi kueh.emmm tapau aje tak habis2.
Sebelum balik Irah ingatkan aku tentang Malam Mesra Bahagian Penyelidikan & Sokongan Teknikal kat IPK. Ala..... malasnya nak kuar rumah malam-malam. Tapi nama dah di calunkan emm terpaksalah pergi. Nasib baik ada Irah. Jadi kami berjanji calling2 malamnya.
Rupanya petang KL hujan dan bila aku keluar rumah dalam pukul 7.15 jalan Loke Yew jem giler. Huh merangkak-rangkak le kat situ dalam hampir 1 jam. Yang Irah pulak tersesat dan terlepas jalan masuk ke IPK sebab dia tak ingat jalan masuk ke situ. Aku sampai dah nak 8.30 juga dan bila sampai mak oiiii banyaknya kereta. Dan nasib baik juga rupanya bukan aku je yang lambat, ada juga orang lain yang lambat. Aku nampak Dr Saudah baru sampai masa aku tunggu irah pusing balik dan cari jalan semula ke IPK. Kami terus je tuju bilik air sebab tangki dah penuh baru lah ke tempat majlis berlangsung. Rupanya ramai orang beb dan nasib baik ada tempat duduk. Kami terus tuju tempat makanan dan tenguk apa yang ada. Oleh kerana perut kenyang lagi ambil lauk dan nasi sikit. Tambah dengan satay. Ada laksa, meehoon soto tapi aku pandang je. Habis makan tenguk tempat kueh dan buah-buahan. Sambil tu layan nyanyyian dan persembahan dari perlbagai bahagian P & ST tu. Ada yang jadi yuna tapi tak reti main gitar dan ada juga jadi panca sitara lah. Ok juga no bad nyanyian diaorang. Dalam 9.45 aku dan Irah pun chau lah sebab dah kenyang sangat. Oleh kerana nampak ada yang dah balik walaupun majlis belum habis apalagi kami pun pakat chau le.
Balik rumah jalan loke yew ok dan sambil balik emm teringat rezeki yang banyak sekali malahan yang di tapau pun masih tak luak malahan hari ni dalca kari layan dengan lempeng. yehhhhhh alhamdulillah rezeki yang tuhan beri.Gitulah adanya napa aku gelar rezeki rimau. hehehehehe
Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Friday, December 17, 2010
Thursday, December 16, 2010
Berkelah di Cyberjaya
Ni siaran tertunda yang di buat dalam bulan 10. Oleh kerana rasa dah lama tak berkelah maka aku pun pakat le dgn mek jay nak ajak june dgn ida berkelah di cyberjaya sebab dekat dgn rumah mek jay dan june. Kata mek jay kat cyberjaya ada tasik dan tempat rekrasi. emm boleh le tu. Kenapa tiba-tiba teruja nak berkelah ek. hehehehe sebenornya banyak benda nak bergosip apa lagi semasa aku kat obersea sempat lagi bzbody hal kat mesia. Terutamanya mengenai ida yang dah berhenti kerja. Nasib baik aku bawa laptop ke Uk jadi bila dah lepak dalam bilik hotel bukak FB le nak tau apa citer. Oleh kerana tak puas bergebang di awangan balik je mesia aku pun ajak depa berkelah.Tapi tu le nak cari date yg sesuai buat semua memang le kena adjust betul2 supaya keempat kami takde hal. Bukan senang wei. Kalau aku free ida n june tak free, kalau aku free nanti ida dgn mekjay tak free. Hish susah juga nak cari date yg mantap semua ado baru leh bergosip. hehehehe tu je tujuan utama berkelah ni. Ada tujuan lain ke?
Akhirnya pada 23hb 2010 petang sabtu dapat le kami ber4 bersantai di tepian tasik di cyberjaya.
Akhirnya pada 23hb 2010 petang sabtu dapat le kami ber4 bersantai di tepian tasik di cyberjaya.
Ayam ponggeng dek kerana nak balas dendam jamuan raya tahun ni tak buat aku bakarle 2 ekor hah ko ambik ko melantak le sakan dengan ayam ponggeng masakan ku. hehehe
Mee goreng hasil tangan mek jay
Spageti hasil tangan ida
Air kotak june yang sponsor. Roti dan sardin aku bawa tuk jadi sandwich.
Makanan untuk di balun. hehehe
Amboi minah 2 orang ni bukan main ek
Amboiii semua sedang melantak. Kelaporan sebab dari tengahari tak makan lepas tu tunggu ida lagi yang lambat sampai asyik le on the way tak habis2. Maklum le dari klang jauh tu.
Sambil makan sambil bergosip le apa lagi. Aku siap bawa tikar dok melepak kat bawah. Tempat yang kita orang pergi kat sebelah tasik cyberjaya ni kira ok juga tapi sunyi. Tak ramai orang. Lepas tu bilik airnya siap berkunci. Anak si mek jay, amir dan athiya bukan main suka berlari-larian keliling tempat kita orang lepak. Nun di sana ada juga tempat permainan kanak-kanak. Bila dah kekenyangan mula le nak ngantuk tapi bila tenguk cuaca dah semakin nak hujan kita orang pun mula lah berkemas nak balik. Tapi sekurang-kurangnya terlepas le rindu bergosip ber4. Maklum le June dah dapat naik pangkat daripada OMPD ke PT dan dah keluar opis aku, la ni kerja di Jabatan bomba di putrajaya manakala ida dah habis kontrak Pt sambilan di pejabat aku, la ni jadi surirumah tangga. Jadi la ni tinggal le aku dan mek jay je teman bergosip. Lepas ni memang susah le nak berjumpa bergosip lagi seperti petang itu.
Gerimis mengundang semasa nak balik
Nak balik daaaa
4 kawan sesengal
Apa gaya le ida dgn suaminya emmm cam nak terobang jo
Penuh tangan dengan barangan yang di bawa. Pi picnic le katakan
Akhirnya berakhirle sepetang di cyberjaya yang havoc dengan gosip tak berkesudahan bersulamkan dengan gelak ketawa kami ber4. Suami mek jay dan suami ida kata emmm org pompuan bergosip sampai lupa anak dan suami. hehehe
Wednesday, December 15, 2010
Dapat hadiah tempat ke 3 yehaa
Petang semalam selepas syiok makan angin keliling monorail dan lrt , selepas habis attend seminar casemix kat Hotel Parkroyal di Bukit Bintang, sampai je di rumah wah ada surat dalam peti pos. emm ada surat untuk aku lah tapi bila tenguk chop stem, hish ni dari mana pulak da. Sekali bila aku buka walahhhh contest 7up 7 wonders tu. Yeh yeh aku dapat tempat ke 3. emm jadi le tu kan dapat digital camera lagi. Tak kisah dan bersyukur lah daripada tak ada. Dah melabur beli 7up tu jadi dapat hasil sikit cukup lah.
Sebenornya aktiviti masuk peraduan memang aku suka. Rasanya dah berapa kali dapat. Pertama yang aku dapat tempat ke 3 contest citer korea princess hour dapat le melancung ke thailand dan pataya 5hari 4 mlm. Lepas tu dapat HP motorola contest 100plus dan citer kat 8tv juga emm lupa tajuk tapi drama footsal lepas tu dapat baucher RM300 barangan Nike yang aku tukar dapatle sepasang kasut, beg silang dan stokin. Baucher tu aku dapat contest 100plus juga. La ni dapat digital camera jenama canon. Walaupun dah ada camera digital juga jenis olympus yang aku beli sebab nak pergi kursus ICD 10 di brisbane dulu, tak pe lah. Apa pun syukur. Kalaule dapat contest grand prize macam contest petronas yang sedang berjalan emmm tak taule nak kata apa. Wauuuu. Amin.
Dek kerana casemix oh casemix
2 hari kena pegi seminar casemix yang ke 5 anjuran HUKM di Hotel Parkroyal telah membuatkan aku asyik je round jenjalan. Nak tau kenapa? Hanya kerana salah stesyen semasa menaiki monorail dan LRT. huhuhu aku dan hani MRO hosp seremban dah tak boleh nak cakap apa lagi petang tadi. Kiranya hari bersejarah le.
Kisahnya bermula oleh kerana Hotel Parkroyal tu di Jalan Bukit Bintang aku memang le tak pandai area tu. Lepas tu teringat pulak nak cari parking kan susah lagipun memakan masa dari pagi sampai petang, jadi pagi selasa naik LRT di Bdr Tasik selatan dan turun di stesyen Hang tuah menaiki monorail pulak ke Bukit Bintang. Seminar berlangsung dengan jayanya pada hari pertama di mana tempat duduk penuh malahan pihak hotel terpaksa menambahkan bilangan tempat duduk di belakang kami. Mula2 sampai aku ternampak kak mariani, kak onni kak jamie dan encik ghani. Selepas pendaftaran kita orang pun carik le tempat duduk. Kak yan ajak duduk tempat belakang sekali sebab dia kata senang nak kuar. aku pun join le jadi sederet ada 6 orang di mana sebelah aku Ija dan bestfrennya Datul. Ya allah budak berdua tu yg bestfren forever ni asyik le bergebang sahaja. Banyak tul cerita. Aku tak duduk dgn org PIK sebab tak best le dok dgn geng opis dah le setiap hari memandang muka yg sama. Dpt jumpa member yg ok hah join sekali. Syiok juga dok sebelah Ija dan kak jamie. Cerita pasal kerja sambil tu komen pasal casemix yg sedang kami hadiri. Presenter dari sweden best di bandingkan yg lain. Seminar berlangsung dari pukul 8.30 sehingga lah 5.30.
Masa balik nak naik monorail rupanya hani pun sama tujuan dengan aku bila bersembang2. Dia duduk Dengkil dan berulang ke seremban setiap hari. Jadi bila nampak kami arah yg sama aku pun jalan le bersaingan ke stesyen monorail bukit Bintang. Sambil sembang sambil menunggu monorail. Ingatkan dah betul sekali bila dah naik hani dah perasan salah stesyen. Cepat-cepat kami turun di stesyen yang seterusnya iaitu Raja chulan. Nasib baik takde kena bayaran sebab cuma tukar line je. Dah le orang ramai macam ikan sardin sebab dah time orang balik kerja ni pulak salah stesyen jadi daripada nak cepat jadi lambat lah sebab bila tukar line kena tunggu monorail yg lain dah ambil masa juga kan. Bila turun di stesyen Hang Tuah terserempak dgn Kak jue, zarimah dan Tini. Depa nak balik ke seremban. Dlm hati aittt cepatnya. Cakap dgn Hani . eh apsal diaorang sampai cepat? Takkan jalan kaki kut. Hah tak pe kalau dekat esok kita join dia orang jalan kaki dari Bukit Bintang ke stesyen Hang tuah. Lepas tu naik LRT ke Bdr Tasik selatan sebab park kete kat situ. Ya allah panasnya LRT dengan orang macam ikan sardin seperti Monorail juga. Rasa peluh bercucuran dalam baju aku. Huhuhu Panas. Peluh di muka merembes habis.
Hari pertama kita orang sampai di rumah hampir pukul 7 petang. Jadi besoknya aku cadang nak kuar awal lah boleh park tempat yg dekat dgn stesyen LRT sebab pagi semalam masa nak park tak nampak park kat situ ada kosong lagi. Dah le kena naik yg kat atas, jalan jauh le juga nak ke stesyen.
Hari ke 2 iaitu hari ini aku kuar rumah seperti nak pergi kerja setiap hari iaitu 6.30 pagi. Tapi tu pun terlambat juga sebab selalunya aku dah jalan dulu tapi kali ni terpaksa saing dgn Kak maya pulak. Sampai stesyen LRT terus je tuju tempat yg dekat stsyen. Yeh banyak lagi kosong dan rupanya harga cuma RM 3 je di banding kat atas tu RM4. Dah le semalam masa nak masuk yg dekat surau dia minta kunci kete aku pulaknya sebab tempat tu dah nak penuh. Aku tak bagi lah jadi dia suruh park kat atas. Jadi kali ni sampai Parkroyal hotel dlm 7.30. Oleh kerana awal dan pendaftaran belum ada lagi aku pun terus sarapan dengan seorang Doktor. Doktor tu sambung belajar lagi dan seronok bersembang dengan dia sebab dia pun peramah walaupun kami tak penah kenal. Macam-macam sembang pasal coding lah pasal hospital la. Bila kawan dia warga antarabangsa datang kami pun bersurailah. Sampai balik aku tak nampak dia dengan siapa. Lepas tu terjumpa kak jue tanyalah semalam dia orang naik apa dari Bukit Bintang ke stesyen Hang Tuah sebab cepatnya. Kita orang turun stesyen dia orang naik naik stesyen. Rupanya dia orang nak pergi stesyen b as ekspress naik bas ke seremban. Bas tu berhadapan dengan Penjara Pudu. Dia orang naik ke atas tu ingatkan ada jalan nak seberang ke sebelah sana rupanya takde. Kena lalu bawah. Dan mengapa dia orang cepat rupanya naik teksi. alahaiiiii
Hari ni penutup dan kalau ikut jadual pukul 2 panel discusiion. Presentation dah habis paginya. Jadi aku pun pakat le dengan Hani pukul 4.30 cabut. Tak tunggu close ceremony lah. Minum pun tak sebab dok nak kejor Monorail dan LRT. Sijil pun dah dapat masa makan tengahari. Kalau nak balik masa tu pun boleh juga tapi boss aku ada tunggu le sampai sudah. Bukan apa dah le semalam dah macam sardin jadi kali ni kalau cepat keluar tentule tak jadi sardin. Kali ni kat stesyen monorail kami tak salah line lah. Ok le tu jadi sampai stesyen Hang tuah ok juga. Sekali kat LRT pula dah seronok le sambil bersembang sebab aircond kuat dan orang tak ramai. Sekali sampai stesyen Miharja aku pandang signboardnya dah pelik. Eh selama ni ulang alik dari kL ke Bdr Tasik selatan mane ada aku lalu stesyen tu. Huwaaaaaaa hani tegur 'kak kita salah jalan lagi lah'. huwaaaaa kena patah balik lagi le. Rupanya LRT ke stesyen ampang bukan sri petaling. Masih lagi boleh tukar stesyen di Chan saw Lin kalau nnaik LRT Ampang tapi Lrt kami dah belok ke Ampang. Terpaksa lah turun stesyen seterusnya iaitu Maluri. Nasib baik juga tukar line balik semula ke Chan saw lin pun masih dalam stesyen tak kena kuar pintu. Sampai je kat Chan saw Lin kami pun turun dan tunggu LRT Sri Petaling. Kami berdua dok gelak je. Ingatkan semalam dah silap hari ni dah sedap sampai cepat rupanya makan angin putar-putar juga. huhuhu sabor je lah aku. Hani kata kalau tak tadi dah sampai dah kan tapi dek kerana salah train jadi lagi lambat. Huh kiranya kami berdua 2 hari berseminar casemix 2 hari juga le putar2 keliling monorail dan LRT. huhuhu

Sunday, December 12, 2010
Masih Setia - Aisya Sofea
Sinopsis : MASIH SETIA
Miera - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!
Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.
Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?
Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?
Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?
Harga : RM 19.90
Halaman :512
Komen aku:-
Sejak akhir-akhir ni mood nak membaca novel memang merundum jatuh betul lah. Tapi mood membeli tu tak le pulak. hehehehe pantang je ada buku baru pasti aku rembat. Hari tu pi rumah JS pun ada 2 buku dia yang macam best dan kelakor emmm entah mana lah aku campak dia. Buka sampul belek depan belek belakang lepas tu letak balik kat bawah meja. Huh nanti-nanti le. Sampai la ni tak baca lagi. Dan dah bersusun juga buku baru yg aku buat pandang tak pandang je. Entah le napa ek.
Tapi masa balik dari melaka dan kerja pada hari jumaatnya, semasa pegi anjung nampak le buku Aisya sofea yang terbaru dengan buku Sarnia. La ni novel kat kedai anjung tu dok offer 20 persen bagi novel lamanya yang tak laku tu walhal baru lagi semuanya . Agaknya bila aku cakap aku beli dpt diskaun kat minerva baru dia nak bagi diskaun kut. hehehehe . Novel aisya sofea dpt 10 persen sebab cepat habis manakala novel sarnia dapat 20 persen. Huh rembat le nak pi minerva jalan TAR tu entah bila.
Jadi sepanjang mlm sabtu aku dah start membaca. Sambung semula hari sabtunya. Rehat sekejap tenguk tv dan akhirnya petang sabtu aku habis membacanya. Huh bestnya layan jiwang karats. hehehehe Aku ni peminat tegar jiwang karats n citer kelakor tahap romantik memang aku layan tahap tak hengat le.
Cerita kali ni membawa aku mengimbau semula perjalanan ke Bukit Tinggi dan Padang di Sumatera, Indonesia tu. Aku memang suka pi Bukit Tinggi tu, sampaikan 2 tahun berturut pergi ikut pakage. Walaupun tempat yang sama dan berlainan tourist guidenya aku tetap suka. Dan andainya tiada bencana seperti yang berlaku sekarang rasanya macam tahun depan nak pergi lagi. Seronok dan nyaman rasanya perjalanan di Bukit Tinggi tu. Shopping tu jangan cakap le memang rambang mata tenguk kain sulaman.
Pergi kali kedua tu hampir saja tidak jadi kerana gempa bumi yang berlaku pada bulan Oktober 2009 seperti yang di ceritakan dlm novel masih setia ni jadi bila dia tulis berkenaan Hotel Ambacang sebenornya plan asal memang rombongan kami akan menginap di hotel tersebut tapi oleh kerana gempa di tukar kepada hotel lain. Hah tu boleh tenguk disini.
Ok berbalik semula pada cerita masih setia ni mengisahkan Miera yang cantik merupakan waris Piliang yang tinggal yang di warisi dari maknya yang merupakan orang Minang. Mula-mula bab lagi kita dah boleh berbahasa Minang. Best juga tu sesekali berbahasa minang walaupun sepatah haram aku tak paham kalau takde alihbahasa. Jadi moyang miera telah bercadang nak menjodohkan Miera dengan Rudi agar harta pusaka turun temurun suku Piliang dapat di berikan kepada Miera yang merupakan waris minang yang tinggal dan ianya akan berterusan seandainya setelah berkahwin Miera memperolehi anak perempuan. Cakap minang ni lain sikit ek dari cakap nogori walaupun mereka asalnya dari adat perpatih juga kan. Dimana melebehkan anak perempuan dari anak lelaki.
Oleh kerana moyang Miera dah uzur jadi dipanggillah keluarga Miera untuk balik beraya sambil tu nak di jodohkan dengan Rudi. Rudi ni ada kacukan belanda huh aku rasa mesti hensem ni sebab kalau tenguk citer indonesianya cowok-cowoknya yang kacukan mesti hensem giler. Jadi kena le bayangkan Rudi ni macam artis cinetron Indon yang hensem2 tu. Agak2 cam Ari wiboro tak? huh hensem tu.
Miera ni walaupun cantik dan ramai kawan lelaki tapi hatinya masih belum terbuka lagi kepada orang lelaki walaupun peminatnya seperti Kudin dan Zali dok kejor-kejor tapi semuanya dia anggap kawan je. Tapi gesekan gitar di waktu malam dan alunan suara seseorang bersebelahan dengan rumahnya telah membuat hatinya bergetar walaupun tanpa melihat dan mengetahui siapakah gerangan suara yang berkumandang mengusik hati perempuannya. Bila dia resah mengenangkan hasrat moyangnya itu bila mendengar suara tersebut membuatkan keresahannya hilang di bawa bayu malam. Chewahhhh.
Pertemuan dengan keluarga di Minang mempertemukannya dengan Rudi yang terus sahaja setuju di jodohkan dengan Miera tapi Miera yang berat hati sebab hatinya masih belum terbuka walaupun Rudi tu baik dan ganteng sih. Perjalanan ke Bukit Tinggi juga membuat aku mengimbau kenangan di Bukit Tinggi yang nyaman itu. Hish ni tak leh jadi ni aku kena simpan duit lagi le nak melancung lagi ke Bukit Tinggi. Harap-harap tahun depan tiada lagi bencana melanda. Risau juga ni. Oittttt apa ni citer pasal Miera melencung pulak nak jenjalan ke Bukit Tinggi. hish hish.
Oleh kerana Moyang Miera masih belum puas dengan Miera dan juga nak beri peluang merapatkan hubungan Miera dengan Rudi telah menyebabkan Miera terpaksa tinggal seminggu lagi dan semasa tinggal di Padang di rumah Omnya musibah bencana gempa bumi berlaku. Retetan peristiwa gempa yang berlaku tu membuatkan kita bagaikan merasa sama keadaan yang berlaku di sana. Kalau kita tenguk keadaannya dalam tv apa lagi kalau mengalaminya boleh membuatkan kita trauma apalagi dengan anak-anak kecil yang kehilangan kedua ibu bapanya dengan sekelip mata. Kesian juga tu tenguk keadaan mereka.
Hah masa bencana ni lah munculnya Dr Malik. Jejaka yang membuatkan hati Miera dug dag sebab sama-sama pandang memandang tenguk menenguk. Bencana juga telah merapatkan Miera dengan Dr Malik tapi akhirnya Miera makan hati sebab Dr Malik adalah tunang orang. Miera cuba menjauhkan diri tapi Dr Malik tetap mendekatkan diri sehingga lah merka sama-sama balik malaysia dan bertemu dengan tunangan Dr Malik si Mia anak Tan Sri yang sememangnya cantik dan memang sepadan lah dengan Dr Malik. huhuhu sedihnya idaman hati tunangan orang. Nak lupakan tapi ianya sentiasa dalam ingatan. huhuhuhu.
Bagaimana kesudahan antara Miera dengan Rudi dan Dr Malik? hah kena beli lah ye. Apa pun pada aku tetap best melayan romatika d amor antara Dr malik dengan Miera di Padang walaupun hati tersagat pedih sebab hakikatnya buah hati tunangan orang. Pedih tu perasaan tersebut sebab aku pernah mengalaminya.
Cuma ada 2 kemuskilan yang aku tak puas hati setelah mengakhiri Masih setia tu. Siapa Dr Malik dah tau tapi huraian siapa yang memetik gitar dan mengalunkan lagu-lagu pada waktu malam tidak di huraikan. Lepas tu bila part Miera di katakan mengandung tapi tiba-tiba timbul pulak part memandang anak-anak yang sedang tidur. eh bila masa beranak padahal baru je confirm oleh Doktor mengandung anak pertama. ayo yo
Apa pun tajuk masih setia rasanya bagus untuk Dr malik kut yang setia pada tunangannya walaupun hati terpikat dengan Miera. hehehehe
Thursday, December 9, 2010
Mabuk data entry huhuhu
Aku mabuk weiiii mabuk sesangat buat data entry. huhuhuhu sadis tul ayat, nak tau napa.... Huh bayangkan 48 bundle data yang perlu di keyin coding diagnosis penyakit. Satu bundle ada 1500 data... huhuhu satu bundle kena 2 data operator yang buat. huhuhu itu le penyakit yang terpaksa aku tempuhi semasa kena hadiri bengkel Validasi dan pengekodan semula data mortaliti bagi tahun 2008 yang di buat oleh IKU di Hotel Puri, Melaka daripada 6hb sehinggalah 9 haribulan Disember 2010.
Mula-mula ingatkan bila jadi operator bagi validasi takde le banyak sangat data coding yang perlu di key in. Sekali rupanya bengkel validasi tersebut bukannya bengkel validasi seperti hospital kerajaan yang sebelum ni opis aku anjurkan. Data yang kami terima merupakan raw data dari bahagian Pendaftaran bagi kematian yang di daftarkan. Oleh kerana orang kat pendaftaran tak pernah buat coding diagnosis jadi tujuan validasi ni ialah panggil coder untuk buat coding semula data tersebut. Selepas tu baru buat validasi data.
Hari isnin je petang tu dah start coding. Oleh kerana operator kena tunggu coders siap buat coding baru boleh keyin data jadi petang isnin tu takde le sibuk sangat dan aku pun ajak fazlina pergi jenjalan kat Jokers road sambil pi bangunan merah tu. Bila malam pukul 8.30 dah start le buat data entry. 1 bundel 1500. Kalau ada data yng sama sedap le sebab copy paste je code yang sama tu. Yg jadi lambat tu kalau code yang berlainan bagi satu row diagnosis. huhuhu mabuk aku mabuk.
Pagi selasa maal hijrah tapi kami kena kerja weiii. Aku dah siap satu bundle lepas tu pass pada nora pulak untuk operator yang ke dua. Sampai malam aku baru dapat buat 3 bundle. huhuhu banyak lagi beb. Mata dah tak larat tenguk pc. aduhaiiiii ponat weiiiii.
Pagi rabu aku dah tak sedap rasa. Fazlina pun macam tu juga. Kami dah rasa seram sejuk entah kenapa macam nak demam padahal aircond takde le sejuk sangat. Lepas sarapan makan kentang lecek dengan roti tekak aku dah rasa lain macam. Kentang lecek tu ada rasa manis tekak dah rasa loya. Sambung lagi buat data entry aku dah tak leh tahan. balik semula kat bilik apa lagi le huwekkkk. Habis semua isi perut keluar. Rasa lembek tapi tahan juga sambung balik buat data entry. Si fazlina dah tak sihat. Hari ni makan entah rasa apa tah tak tahu. Semua yang di makan habis keluar semula. Perut lapar tapi tekak tak lalu. Alahaiiiii.
Malam tu sambung balik buat data entry. Fazlina dah tak tahan minta excuse. Pening kepala dan demam. Malam tu masa balik bilik fazlina cerita dia minta orang dapur buatkan bubur. Dah tak larat makan semuanya keluar balik. Aku pulak dah ok tapi tak makan sangat sebab takut akan muntah balik. Tapi ngenangkan kalau tak isi perut nanti angin naik ke kepala sumbat le juga nasi sikit. Bila sembang-sembang dengan budak IKU yang jadi data operator rupanya dia pun sama muntah-muntah juga. Kami sangkakan kami dah mabuk data sekali pagi khamis dok menyembang dengan geng lain yang buat coding rupanya mereka pun sama juga. Masa pagi khamis aku jumpa pengurusnya supaya minta buatkan bubur. sambil tu aku cakap juga le ada 2-3 orang yang muntah-muntah. Dia tak terima sebab tak semua yang muntah2 mungkin ada yang makan luar. Aku pun diam le dan terfikir yelah pihak hotel kena le jaga reputasi mereka. Lagi pun tak semua yang jatuh sakit. Kalau kata serentak semuanya muntah-muntah mungkin boleh di ambil tindakan. Ni takde yang mengadu jadi aku pun diam ajelah.
Malam Khamis org coders dah boleh rehat sebab semua coding dah siap. Yang tinggal bertungkus lumus buat data entry ialah para operator yang tah berapa kerat tu. Jenuh juga le key in data. Big bos aku dah gertak selagi keyin data tak siap tak boleh balik. Dan akhirnya pagi khamis sebelum pukul 11 semuanya 48 bundle siap di keyin kedua operator. Huhuhu leganya. Aku ingatkan nak cuti jumaat ganti hari selasa tapi dek kerana si fazlina semasa datang tumpang kereta aku dan kali ni demam pulak jadi terenjat agenda aku nak cuti. Aku dapat siapkan 7 bundle kali 1500 yang bermakna sebanyak 10,500 data telah aku keyin. Huwaaaaaaaaa mabuk aku mabuk tenguk data.

Wednesday, December 1, 2010
Salji teruk di London
Ribut salji ganjil di London.
LONDON - Ribut salji yang berlaku buat pertama kali di luar musim sejuk melanda bandar raya ini semalam telah menjejaskan jadual penerbangan, ratusan sekolah ditutup dan menyebabkan dua mati manakala perlawanan bola sepak Liga Scotland terpaksa ditangguhkan.
Seorang pegawai ramalan kaji cuaca, Tom Morgan memberi amaran bahawa suhu akan kekal berada antara satu darjah Celsius hingga dua darjah Celsius dengan tiupan angin yang kuat.
Dua kematian berlaku dalam ribut itu melibatkan seorang lelaki berusia 53 tahun yang maut apabila sebuah trak penunda melanggar dua kenderaan lain di lebuh raya berdekatan Concater di utara England.
Seorang lagi lelaki maut apabila keretanya terbabas ke dalam parit di Lincolnshire, timur England.
Lapangan Terbang London dilaporkan membatalkan dan menunda beberapa penerbangan namun lapangan terbang tersibuk Britain, Heathrow meneruskan operasinya seperti biasa.
Anggota-anggota polis dan seorang petani turut menyelamatkan kira-kira 60 buah kenderaan yang terkandas di kawasan sama. - AFP
Fuyooo kalau lah aku pergi masa ni emm mesti banyak yang tergendala. Schedule messting mesti ada yg postpone. Huh tapi mesti seronok ada salji tapi yang buat aku tak tahan hancum hah ko tu le yg selalu aku tak tahan mesti kena selsema bila sejuk sangat. hehehe orang berdarah panas le katakan. Apa pun tak pe lah dapat juga rasa main salji masa pergi korea dulu. Orang kata kalau sebelum turun salji suhu amatlah terlalu sejuk tapi bila dah turun salji suhu kurang sikit tapi masih sejuk lagi le dah kata musim sejuk. Apa pun mesti seronok kan buat snowman. huhuhu mengigil aku kesejukan. Hancum ah sudah. Kat mesia pun musim sejuk juga weiii tapi musim hujan. Alaaaa nampak putrajaya dah mendung. Semalam hujan turun dengan derasnya sampaikan gelap pandangan dek kerana lebatnya hujan yg turun.

Subscribe to:
Posts (Atom)