Assalamualaikum,
Tiba-tiba nak mengimbau kenangan lalu lah pulak...hahahahaha
KORANG BERTUGAS DI "DEPARTMENT" MANA...?!
MAJLIS PERKHAWINAN ZAMAN KITA DULU² KEMERIAHANNYA LAIN MACAM...
Waktu kita membesar dulu² kalau ada majlis kenduri khawin di kampung, inilah antara tempat yang paling meriah...mungkin anda pernah berkhidmat di tempat² ini sepanjang majlis berlangsung.
Tukang Bancuh Air ni best....kalau kat muor dulu-dulu buat air sirap bandung. Dia bancuh dalam tempayan pergh bila dia tarik......perghhhhh sodap. Ais krim soda pulak guna yang botol kaca. Memang mantap rasa sirap bandungnya. Menambah le banyak kali.
Penanggah orang yang merewang ramai-ramai. Ada ketua penangah yang uruskan bahagian masak memasak dan berurusan dengan ketua perempuan yang menguruskan bahagian hadapan.
Juru Hidang yang menyediakan hidangan di bahagian makanan dan membawa ke hadapan tempat tetamu menjamu selera.
Isi Lauk Pauk tukang menceduk lauk pauk dan isi dalam mangkuk.
Tukang Masak aka chef di dapur. Part paling utama ni. Kalau takde chef jenuh lah sapa nak masak lauk pauk.
Bagi Bunga Telur ni gadis-gadis manis di bahagian hadapan.
Rebus Air & Telur pula ni part kat bahagian belakang. Sebelum masjlis bermula kena masak air dahulu dan di simpan didalam periuk atau tong air. Jadi nanti bila membancuh air dah sedia air masak. Manakala telur rebus pula kalau orang johor buat telur pindang. Tapi masa dolu-dolu telur ni di bagi sebagai buah tangan kepada tetamu.
Serve Meja Makan pula tukang yang menyediakan hidangan. Kalau meja pengantin pula selalunya mak andam yang sediakan meja pengantin.
Gubah Bunga Telur ni selalunya keluarga tuan rumah yang mengubah bunga telur. Kadang-kadang ada juga orang kampung terutamanya yang perempuan akan datang merewang ke rumah pengantin untuk membantu menyiapkan persediaan untuk majlis pengantin.
Cuci Pinggan Mangkuk ni selalunya orang lelaki dan di bahagian belakang. Masa ni orang lelaki membasuh pinggan dan dulang serta gelas yang telah di gunakan. Kadang masa ni lah anak dara konon-kononnya nak tenguk lah anak bujang mana yang hensem. kalau anak bujang pula nak mengurat anak dara hah dia pergi lah ke depan menjenguk anak-anak dara yang sedang menyediakan makanan kepada tetamu dan juga tukang beri bunga telur.
Bahagian Potong Memotong ni sebelum majlis bermula sehari sebelum tu dah ada orang yang datang merewang dan kadang sampai ke malam, apa lagi kalau ada lembu yang tumbang untuk menjadi juadah semasa majlis nanti. Kalau tak mampu tumbang lembu , beli ayam berekor-ekor.
Pernah berlaku kat rumah pakcik aku ayam-ayam yang dah di goreng bila nak masak takde. jenuh lah beli semula dan goreng balik. kalau tak apa juadah nak bagi tetamu makan. Sampai ke sudah tak tahu kemana satu bakul ayam goreng hilang. Bahagian potong memotong bawang ni pun kena pandai agak. Pernah terjadi masa majlis perkahwinan adik aku tahun bila aku dah lupa. Bawang yang di beli habis semua di kopek dan akhirnya berlebih-lebih yang tinggal. Padahal patutnya tanya lah tukang masak agak-agak bawang tu takat mana untuk di masak. Selebihnya bawang yang belum di potong kan tahan lama. Ni dah di kopek terpaksa kami mengoreng jadikan bawang goreng daripada busuk sebab dah di kopek.
TIDAK KETERLALUAN JIKA DIKATAKAN MAJLIS KENDURI PERKHAWINAN DULU² LEBIH MERIAH BERBANDING SEKARANG NI, TAPI DIA PUNYA PENAT DAN LETIH BUKAN BIASHE BIASHE...MAKLUMLAH MAKAN HIDANG MEMANG CAMNI LA GAYANYA.
Makan berhidang guna dulang. Aruah mak aku ada banyak dulang macam ni. Kalau kenduri kendara memang senang je.
Rewang time kenduri yang best tukang masak dan penolong dia lah. Kalau nak makan pi je ke dapur ngendeng dengan tukang masak. Lauk fresh-fresh baru di masak.
Dolu-dolu aku ingat lagi masa majlis perkahwinan kakak-kakak aku ada balai di pasang bila nak buat majlis. Kat kampung aku masih ada pakatan kampung dimana kalau ada majlis kahwin seminggu sebelum orang kampung dah hantar balai yang akan di pasang kat depan rumah. Depa gotong royong memasangnya. Tuan rumah cuma sediakan minuman dan makanan untuk yang datang memasang balai.
Time-time macam ni lah kalau nak mengurat ke nak memandang anak dara orang pun boleh. ahaks..
Anak dara jeling mana anak bujang yang rajin menolong kat belakang. Anak bujang menjeling anak dara kat depan yang menolong menghidangkan makanan pada tetamu. Acara jeling menjeling gitu. hehehe Mana tahu jodoh datang menjenguk. hehehe
Ni makcik makcik dan anak dara berkumpul menyediakan hidangan. Masa ni makcik bawang lagi kaw-kaw tau daripada saman sekarang. Kalau makcik tu jenis kuat bercerita hah macam=macam cerita yang boleh kita dengar. Kalau ada yang kuta melatah dan mengusik hah lagi meriah majlis.
Pernah tak potong kayu dan susun macam piramid macam tu. Rumah kami dulu macam tu lah. Sebulan sebelum majlis aruah mak aku dah cari kayu getah. Kalau pergi kebun nampak ada pokok getah tumbang hah apa lagi geraji kayu nanti aruah bapak aku kapak kecil-kecil dan kami anak-anak akan susun buat macam piramid.
Tukang sediakan lauk pauk. Masakan yang dah masak dimasukan dalam besen dan masukan dalam pinggan lauk.
Tukang masak dan penolong begitu sibuk memasak di bahagian belakang
Dolu-dolu seronok bila buat bunga telur. Letak kat depan pelamin. Ada sekali tu aruah mak aku mengumpul bekas bunga telur. Bila banyak di bersihkan dan digunakan sekali lagi. Bila di kumpul eh banyak lah pulak sampaikan dijadikan sepohon pokok bunga telur. Dapat 2 pohon letak kat depan pintu bila tetamu salam kaut dengan aruah mak aku, kakak-kakak aku akan bagi bunga telur pada tetamu yang bersalam dengan aruah mak aku. Sekarang susah nak dapat bunga telur sebagai buah tangan sebab telur mahal.
Kadang pokok kelapa di tebang nak ambil umbut kelapa buat gulai. Sedap bila masak lemak.
Aku teringat balai kat kampung aku dolu dia tinggi sikit siap ada tangga tau. hah makan macam ni lah makan berhidang. Masa tu aku kecik-kecik lagi. Bila dah habis majlis buat tempat main dengan adik-adik aku sebelum orang kampung bukak balai tersebut.
Ni masa melapah daging dan juga memotong bahan-bahan masaka kan. Aku tak nampak dulang makanan depan mereka. Jadi ni mungkin sedang rewang.
hah tenguk tu susunan lauk pauk dah sedia untuk dihidang kan buat tetamu.
Bila tenguk gambar-gambar lama ni hish rindu zaman majlis perkahwinan dahulu. Sekarang semua dah buffet dan dah ada katering. Tiada lagi orang kampung datang merewang. Semuanya main upah je. Kalau rewang pun keluarga sendiri je.