Friday, October 21, 2022

Majlis "Gema Maulidur Rasul" Peringkat Ibu Pejabat KKM 1444H/2022M


 MAJLIS "GEMA MAULIDUR RASUL" PERINGKAT IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 1444H/2022M

Kelab Kebajikan dan Sukan Ibu Pejabat (KESKIP) dan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) ingin menjemput warga IPKKM ke program berikut pada:


Tarikh    : 25 Oktober 2022 (Selasa)

Masa      : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat  : Dewan Serbaguna IPKKM, Aras 8, Blok E7


Atur Cara :

1.    Majlis dimulakan oleh alunan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan KKM oleh Dr. Muhammad Hazim bin Sharum, Pegawai Perubatan di Jabatan Oftalmologi, Hospital Selayang.  

(Doktor Qari ni, hebat..Suaranya merdu tawwww. Bacaannya menusuk qalbu)


2.    Kemunculan khassss Dr. Mohd Azmi bin Yaacob, Pegawai Perubatan Pakar Anaesthesiologi dan Rawatan Rapi, Hospital Kuala Krai. Menyampaikan Ceramah "Sihat Cara Rasulullah SAW"..

Beliau adalah Doktor Ustaz taww.. 

(Penyampaiannya amatlah mendalam, dikaitkan sains perubatan dengan agama. Hebatt)


3.    Jeng.. jeng.. jenggg...      

Sesi yang ketiga ini amatlah terpesona. Kita akan selawat beramai-ramai bersama penampilan istimewa Nazrey Johani (bekas vokalis Kumpulan Raihan) dan pelbagai persembahan menarik daripada beliau. 


Macammana, menarik kan....

Jom, hadir beramai-ramai ke Majlis "Gema Maulidur Rasul" ini.

Kita kasi bergema Dewan kita ini.

Meraikan hari kelahiran Rasulullah SAW yang tercinta. 


Sekian, terima kasih. 



Ekspo Makanan Selamat - eMAS

 


Assalamualaikum,

Wah banyak aktiviti ni masa ekspo tersebut. Hah sapa-sapa yang free tu hah bolehlah join. Ada artis tu yang popular join dalam aktiviti tersebut. Nampak ada Dato Fazley.  Hah Bell ngasri pun ada. Ayuh warga putrajaya utamanya dan juga warga wilayah putrajaya. Jom jom jom  



wah ada apron aerobik juga ni. 100 pertama dapat apron free. 

Persediaan sebelum banjir bagi Ibu Hamil

 


Tuesday, October 18, 2022

KL JB Tumpat KB KL - Balik

 




Assalamualaikum,

Ya Allah rupanya aku lupa nak cerita hari last jenjalan aku  dari JB ke KB.  Bila tenguk nohas citer pi KB dan dok kat hotel yang kami tempah baru teringat eh yang last day tak habis lagi. Hah nampak tak manjang je tak nampak jalan pulang tu pasal kalau citer penutup jenjalan aku manjang je tak habis cerita. Maaf kan daku alahai maafkan daku. 

Wednesday, October 5, 2022

Majlis Pelancaran Portal KKMNOW

 



Assalamualaikum,

Alhamdulillah pagi tadi telah berjalan dengan lancarnya Majlis Pelancaran Portal KKMNOW oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Portal tersebut adalah kolaborasi dengan pihak DOSM.

Oleh kerana ianya melibatkan data kesihatan sudah semestinya opis aku terlibat secara langsung. Jadi sebelum pelancaran tersebut emm beberapa pegawai terlibat termasuk boss aku yang sibuk meeting dengan bahagian yang terlibat. Almaklumlah ianya satu event yang agak besar juga.










Di belakang tabir


Big boss aku orang tersibuk yang memastikan semuanya berjalan lancar


Menteri Kesihatan sedang berucap merasmikan pelancaran Portal KKMNOW



eh eh napa kosong lorrrr.....sebelum majlis lah.


Ada beberapa information yang boleh di lihat melalui portal tersebut.  









Beberapa pegawai tertinggi yang terlibat terutamanya kader dari Perangkaan iaitu Encik Sofi memang bekerja keras supaya semuanya berjalan lancar. 


Para jemputan yang hadir dan di undang 






                    
               Dr Hammad doktor yang berkaliber dalam medical dan tecnology IT. Seorang doktor yang tidak sombong dan tidak kedekut dengan ilmu yang dia ada. Pandai buat kek tau. Hari tu birthday dia sekali esoknya datang bawa kek birthday dia sendiri. Sedap sekali. Tak pernah umur birthday boy bawa kek birthday dia sendiri kecuali Doktor Hammad. Sedap.....boleh lah order lagi. hehehe Blueberry cheese ko.    


Penuh screen gambar KJ


Pegawai yang terlibat. Oleh kerana Pengarah aku Dr Halina sedang kurantine covid 19 jadi Dr Fazilah lah yang mengantikan tempatnya. 


Semua yang terlibat yang menjayakan majlis pelancaran tersebut. 

 

Pelancaran KKMNOW adalah era baharu bagi ketelusan Kerajaan.

Portal KKMNOW merupakan portal kesinambungan atau perluasan kepada fungsi portal COVIDNOW. Langkah ini selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan dan usaha KKM mewujudkan satu platform bersepadu bagi tujuan perkongsian serta rujukan data oleh pengurusan KKM dan seluruh rakyat Malaysia.

Portal KKMNOW.. permulaan zaman baharu untuk data terbuka dan ketelusan maklumat.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku